Baju Muslimah Kanak-kanak

Salam pagi Rabu yang dingin. Al maklumlah...baru lepas hujan. Memandangkan skang ramai parents especially yang 1st time anak nak masuk darj...

KELENGKAPAN SEKOLAH MURID DARJAH SATU YANG PERLU IBUBAPA TAHU!!!

/
58 Comments
Salam pagi Rabu yang dingin. Al maklumlah...baru lepas hujan. Memandangkan skang ramai parents especially yang 1st time anak nak masuk darjah 1 tahun depan. Jadinya...saya up balik entry berkenaan kelengkapan persekolahan untuk rujukan ibu² dan bapa² diluar sana yerp ☺
_____________________________________________________________________

Hamek ko...Huruf besar aku letak tajuk tu. Menandakan topiknya yang agak penting juga buat IBUBAPA yang anak nak masuk darjah 1 (satu) tahun depan. Sila bersiap sedia untuk membaca karangan yang agak panjang ini yerp. Membuak² idea datang masa memandu tadi.

Semalam terbaca satu status dari sahabat FB. Anak nak masuk darjah satu katakana. Apakah kelengkapan yang perlu di beli untuk anak masuk darjah satu ni. Memandangkan ramai jugak kawan² aku yang anak² mereka akan memasuki tahun satu. Meh nak share pengalaman #makbanyakanak tahun lepas. Harap dapat membantu.

Perkara utama yang perlu ibubapa amik tahu adalah:

1) Yuran Sekolah

Tak perlu risau pasal yuran sekolah sebab tiada yuran yang di kenakan. Sekolah lain aku tak sure tapi sekolah Iman Hakimi ni tak der. Cuma kena bayar duit PIBG sebanyak RM50 sahaja. 

2) Buku sekolah 


Untuk buku sekolah ni, better beli awal². Jangan beli masa hari orientasi sebab faham² lah kan. Dah tentu ramai parents yang nak membeli buku jugak. Kat kedai buku ada disediakan list² buku untuk dari darjah satu sampailah darjah enam. Kalau tak sure buku apa yang nak dibeli, masa hari orientasi tu nanti tanya cikgu² darjah satu buku apa yang perlu dan tak perlu dibeli. Pastu terpulang lah nak beli haritu jugak atau selepas tu. Kalau tabah nak beratur panjang, dipersilakan…hehehe… 

Kalau nak tau, total untuk suma buku termasuk neck tie dan lencana sekolah adalah RM119.90. Buku teks tak payah risau sebab sekolah bagi free jer.

3) Baju Sekolah (Kebangsaan dan Agama)

Model tak berbayar Jony & Jeny

Untuk Iman Hakimi, aku peruntukkan 3 pasang (Baju dan Seluar) untuk sekolah Kebangsaan dan 3 pasang (Baju, Seluar dan Sampin) untuk sekolah agama. Jenama plak untuk rakyat marhaen macam aku ni memang beli yang mampu poket. Aku beli kat Pusat Pakaian Hari2 jenama Jony & Jeny. Alhamdulillah…tahan lasak dan tahan lama baju tu. Apa ada pada jenama kan. Kalau uolls mampu poket, boleh jer beli jenama canggih manggih, professor dan juga jenama² yang lain. Bergantung pada kemampuan masing². Kalau nak tempeh baju anak pon boleh. 

4) Bag Sekolah

Aku peruntukan 2 bag sekolah. Satu untuk sekolah kebangsaan dan satu untuk sekolah agama. Bag sekolah kimi tu dapat free masa graduation day. Penjimatan di situ. Tapi bagi aku, better beli bag sekolah yang mahal sket sebab tahan lasak daripada beli bag murah yang terpaksa tukar berkali2. Betul tak….hehehe…Faham² lah budak lelaki kan. Koyak sana sini bag sekolah tu di kerjakan. Dengan zip bag tercabut lah. Dua kali lah kimi tukar bag sekolah…ahaksss…Kalau budak perempuan mungkin pandai jaga sket kot.

5) Kasut Sekolah


Bagi pendapat aku. Better keli kasut sekolah jenis canvas, bukan jenis canvas + PVC yang macam span tu. Dan ingat…beli kasut lekat dan bukan kasut bertali melainkan anak² anda memang sangat mahir ikat tali kasut. Kenapa kasut canvas? Sebab kekadang kan cuaca tak menentu. Hari mendung dan hujan buatkan kasut lambat kering. Jaman kita dulu kalau kasut basah kita boleh sidai kat belakang besi freezer. Sampai kuning² kasut ko kan. Ingat tak? Freezer skang mana ada besi kat belakang tu. Jaman skang ni kalau kasut basah sidai bawah kipas dengan volume kipas pon bukan main laju lagi. Tapi kalau nak beli kasut canvas + PVC tu pon boleh. Make sure beli jugak kasut canvas sebab kalau basah ada back up. Aku beli 3 pasang kasut sekolah untuk kimi untuk sekolah kebangsaan dan agama. Tapi skolah agama si kimi ni pakai selipar jer. Sekolah KAFA. Tak der strict sangat.

Jangan lupa juga beli kapur kasut. Kalau agak² lupa nak basuh kasut, kapur jer kasut tu bagi putih…hahaha…macam ada pengalaman jer…ngeeee…Kimi memang aku suruh dia [basuh kasut sendiri]. Sebab ibu dia ni dulu pon basuh kasut sendiri jer. 

6) T-Shirt Putih dan Tracksuit

Yang ni pon perlu di ambil kira jugak. Budak² sekolah skang kalau ada subject pendidikan jasmani dorang kena pakai baju sukan PJ sehari . Tak macam kita dulu. Ada PJ jer baru kena tukar baju pastu tukar balik pakai baju sekolah. Actually baju PJ ngan tracksuit (bertampal nama sekolah) ni ada jual di kedai buku. Tapi memandangkan permintaan tinggi, stok cepat habis. Kalau ada pon size besar. Jadi ko kena menunggu. Ni pengalaman dari #makbanyakanak sendiri yer. Mana yang tak der baju PJ tu, cikgu akan suruh pakai t-shirt putih. 

7) Stationery

Haaaaaa…bab stationery ni kekadang mengundang amarah jugak kat parents. Asal bagi jer, hilang. Asal hilang jer mesti pencil. pembaris ngan pemadam. Colour pencil jangan cakap lah. Kontot² di kerjakannya...ppffttt…Cadangan aku, anda beli stationery macam pencil, pemadam, pembaris dan jugak colour pencil secara banyak. Tak der lah membazir kalau asyik nak membeli jerk kan. Gi jer dekat GM. Beli banyak dapat murah kan. 

8) Bag Tags

Maaf empunya blog. Pinjam gambar jap

Cute kan. Aku tau kalau barang cute mute ni ibu² yang over kan. Yang ni untuk gantung kat bag sekolah anak kalau anak tak cam atau lupa mana satu bag sekolah dia. Biasalah…bag sekolah kan kekadang sama design nya dengan kawan² yang lain. Jadi nya bag tag ni adalah penyelamat. Tapi Kalau tak letak pon tak per. 

Iyer lah tu tak nak kan. Order untuk diri sendiri pon boleh jugak ni. Nak lettwe...ekekeke...Boleh order kat [SINI] atau bley gi [FB] dia untuk tengok design² yang cute miut. Boleh juga cuci mata kat [AnnaRozy Homemade Kids Couture]. Ada bag tags jugak. Pilihan di tangan anda.

9) Sticker Nama


Bagus jugak kalau order ni. Boleh tampal kat stationery anak². Tampal kat botol air dan juga bekas makanan. Kalau rasa malas nak menulis nama kat buku anak, boleh juga tampal sticker nama ni. Order nama ngan nama kelas. Tapi untuk tampal kat buku sekolah anak² pilihlah gambar yang senunuh sikit. 

10) Lencana dan Name Tag Sekolah


Dulu pakai lencana besi jer. Name tag plak pakai pin  Skang ni suma nya kena berjahit. Kalau baju kurung mungkin senang nak jahit. Tapi kalau baju kemeja sekolah ni agak payah sket sebab nak kena jahit kat poket tu *Alasan malas jahit..hahaha..*. Baru nampak cantik. Yang ni aku hantar kat kedai jer. Untuk 3 pasang baju sekolah bawah RM10. Tak ingat dah berapa dorang charge. Cuma [name tag] tu aku jahit sendiri. Lama jugak tunggu name tag nih.

11) Duit Belanja

Aku bagi Iman Hakimi duit belanja sekolah sehari RM3 pagi dan RM1 petang sebab tengah hari abah dia datang amik pastu bawak gi makan. Tapi better bawak bekal sebab jimat plus kalau dorang beli ntah apa makanan yang di belinya. Pastu [makanan kat kantin skolah pon boleh tahanmahal] wei. Sian kat bebudak. Untuk 1st day tu cikgu akan guide murid² untuk kekantin. Tapi parents kena ajar anak² macam mana nak membeli tau.

12) Transit

Yang ni sangat penting. Macam aku pepagi En. Bos atau aku sendiri yang hantar. Sekolah agama kimi plak memang berhadapan dengan sekolah kebangsaan. Jadinya…kalau murid² habis sekolah, cikgu sekolah agama akan tunggu kat pondok pengawal dan bawak bebudak ni gi sekolah agama. Mana yang transit akan terus mandi dan tukar baju utk sekolah agama terus.  Tapi aku amik yg private yang di panggil kelas KAFA. Tapi berdaftar under JAKIM

Ada jugak sekolah agama gomen. Tapi jauh dari rumah. Banyak factor yang aku kena fikir sebab anak² aku yang amik waktu petang. Keselamatan kimi kalau aku terlewat balik yang paling merisaukan. Kalau KAFA ni ada day care skali. Transit kat area rumah aku tu RM70 even sekolah ngan umah sekangkang kera. Dan aku rasa tahun depan naik lagi kot yuran van/bas sekolah.

Zaman skang tak macam zaman kita dulu. Gi sekolah agama dulu jalan kaki jer. Agak jauh jugak lah dari rumah. Tapi skang ni kalau nak lepaskan anak² gi sekolah sendiri memang fikir banyak kali. Jenayah makin berleluasa tak kira umur. Parents pon kena ajar anak² macam mana nak transit. Ikut dari belakang van/bas sekolah dalam seminggu ker.  Biar anak² hafal dan tau van/bas sekolah mana yang dorang perlu naik. Jangan lupa letak nombor HP parents sendiri dekat bag sekolah anak² kalau ada emergency kes ker kan. 

Ok...dah panjang berjela. Harap dapat bagi panduan untuk ibu² yang anak nak masuk darjah satu tahun depan, Banyak benda nak kena amik tahu. Especially bab transit tu. Alhamdulillah...aku tak der masalah dalam bab transit ni sebab En. somi yang handle. Kalau dia tak dapat amik, aku sendiri yang amik. 

Note: Nanti jangan lupa bawak camera gi masa 1st day sekolah. Moment yang tak boleh di lepaskan. Macam² aksi nanti. Parents yang over amik gambar anak. Anak relax jer,,,hehehe...





You may also like

58 comments:

  1. pheww.. daku kena planning macam ni lah masa Qebal darjah 1.. qebal tahun 2016 darjah 1.. dengan adik masuk tadika.. mau kena peruntukkan yuran + kelengkapan sekolah banyak ni kan.. adeh adeh adeh..

    ReplyDelete
  2. sangat2 la membantu,.,...nanti tunggu tahun 2017 akan ku bukak balik entry ni untuk syawal yafiq

    ReplyDelete
  3. baru tahu ada jenama Jony Jeny..tak pernah cuba..biasanya akak beli yg canggih je..tapi kira ok la..also thn lasak..

    ReplyDelete
  4. fiza!!!! good entry.... mane2 parents yg baru anak darjah satu sure tercari2 entry mcm nie...lots of info yg boleh bantu mereka....lengkap n padat semuanye....

    lieya lega dahhh..semua dah settle...tgl nak gi sekolah beli buku2 sekolah jek next week....hope lepas tu takde ape dah.....tinggal garu2 tapak tangan tgu bonus masuk jek plak hahaahahahaha

    ReplyDelete
  5. Hehehehe! Kimi dah bsr! Dah darjah 1. Bestnya! Perasaan ibu, of cos over excited. Sy ni pun Aydin msk kindy je, dah rs touching yg amat!

    ReplyDelete
  6. hehehe,,syok gak kan...anak masuk darjah satu...perubahan fasa kehidupan org kata

    ReplyDelete
  7. darjah satu..mmg mkn duit byk..huhuhu.. ni thn 2015..nt time anak sy entah mcm mn la agaknya

    ReplyDelete
  8. oklertu senang mak pak madam fiza dah kasi tipstu...
    pompuan lelaki samajer ganasnyer...

    ReplyDelete
  9. tips yang bagus nih Fiza.
    kadang2 kita nih ade jer yang terlepas pandang kan~

    ReplyDelete
  10. iman dah nak darjah 1, kejap betul masa berlalu....dah besar ...:)

    ReplyDelete
  11. Walaupun lg 5 tahun luth nak masuk darjah 1, tapi saya dah start nervous ni. Over kan?

    ReplyDelete
  12. model tak berbayar tu ada talent la ... macho beb .

    ReplyDelete
  13. anak cik iman kecik lagi tapi mungkin dah kena fikir dah untuk masa depan :)

    ReplyDelete
  14. Nice entry #makbanyak anak... toce toce...
    Boleh saya buat panduan bila balik M'sia nanti...

    ReplyDelete
  15. Bagus perkongsian ni utk mereka yg memerlukan sbg persediaan. Tahun depan anak bongsu saya masuk darjah satu juga... lepas ni tak merasa lagilah pengalaman antar anak masuk darjah satu.. klu ada pun kenalah tunggu lagi 7, 8, 9 tahun kot huhu.. :D

    ReplyDelete
  16. wah seronok baca, memang details dan membantu sangat info ni

    ReplyDelete
  17. Name tag tu kena buat sendiri ke sekolah yg watkan??

    ReplyDelete
  18. wah...lengkap..saya pun fikir2 kali ni nak kena beli kasut sekolah lebih sikit.ytahun lepas beli 2 tu pun tak cukup.cepat sanagt kotor nya.mata mak2 ni bukan boleh nampak benda putih jadi hitam ni..kalau musim panas boleh la 2 hari sekali tukar kasut.tapi kalau musim hujan bedal je la kasut hitam tu..hehehe

    ReplyDelete
  19. Nice sharing akak..memang banyak membantu tips akak nie..tak dak la nanti ter-missed benda penting..=D

    ReplyDelete
  20. info yg baik sekali.erm...darjah 1 la yg paling byk nk siap kan kelengkapan nya...

    ReplyDelete
  21. Belum beli lagi pun okje wahai makbanyakanak....hihi....
    Tulah.... mmg kena sparekan duit tu utk anak anak sekolah...biasalah tu Fiza...

    ReplyDelete
  22. tu dia... banyaknya belanja... belum lagi anak2 mintak tab ke hp ker... errr ada ker anak tuan blog mintak benda ganas2 mcm tu? parah lah kalau ada

    ReplyDelete
  23. Bulan 12 adalah bulan paling byk guna duit sebab anak2 nak mula sek untk thn baru plus cuti sek haruslah bawa anak bercuti2 malaysia .. :)

    ReplyDelete
  24. I FOUND A CLASH OF CLANS GEMS GIVEAWAY! http://clashofclanshelper.com/ - you receive free Clash of Clans gems instantly! Best players use this!! (KGsfEXFnF3)

    ReplyDelete
  25. Anak sulong saya nak masuk darjah 1 tahun depan..

    ReplyDelete
  26. Wah! dah siap dah yer...bagus2...jangan last2 minit...nanti sibuk...lagi pun orang yang nak sekolah tu pun bertambah xcited lah nak masuk kesekolah nanti..

    ReplyDelete
  27. Menarik sesangat. Berguna untuk parents yang 1st time anaknya masuk tahun 1.

    ReplyDelete
  28. Teringat dulu, baju sekolah umy je Yg jahitkan..

    ReplyDelete
  29. mmg pening bila anak2 nak masuk sekolah ni ! dh tanggungjawab kita kan fiza

    ReplyDelete
  30. Masa anak2 sekolah rendah memang mak tulis nombor hp makpaknya kat beg sekolah diaorang.... :)

    ReplyDelete
  31. tq for sharing fiza..
    lya pon xreti nak mulakan dari mana ni.. cuma setakat ni dh beli baju n kasut sekolah.. al;at2 tulis tak beli lagi..mcm buku latihan tu dh blh beli dr sekarang ye?? igtkan time nk msuk darjah 1 nanti baru beli..

    eyh..eyh..comel plok tag nama tu.. nk kena silau2 jugak ni

    ReplyDelete
  32. Mmg pengalaman yg dasat tahun lepas masa faris darjah 1... menangis melalak tu semua serah ke dia.. huhu ni lak nak kena pindah sekolah... aduhhhhh la....

    ReplyDelete
  33. banyak tul lhkn..mujur ank ti taun depn baru tadika..huhuhu..sediakn yuran dan beli baju jer...

    ReplyDelete
  34. ataupun bab nama tu tempah je cop dan cop pada buku anak.boleh pakai sampai cop tu reput, untuk penjimatan la jugak ekekeke. sebab sticker nama tu mesti mahal jugak kan wuuuu

    ReplyDelete
  35. perkongsian yang bagus
    saya pun ada anak darjah 1 tahun depan
    alhamdulillah semua dah settle
    baju buku beg alatulis semua dah selesai
    tinggal yuran je la gi

    ReplyDelete
  36. Belum dapat merasa lagi, hujung tahun macam biasa jer...

    ReplyDelete
  37. siap lagi bg pesanan penaja.hihj
    tau x pa kak..

    byk bnda kan yg kena peetimbangkan
    teringt zaman sekolah dulu

    bab beratur beli buku dgn koperasi mmg tak tahan.asyik habis stok j memanjang

    a’aa pernh juga buat mcm tu. bila kasut kuning ltk kapur manyak manyak.hahaha

    bab transit tu mmg paling risau kan.

    thanks akak, smga bguna buat sy satu hari nanti.aamiin :)

    ReplyDelete
  38. bajet untuk tujuh orang anak.Tiga tinggal di asrama sebab dah masuk sekolah menengah.agak-agak sebulan gaji cukup tak?hehe,memang tak cukup punya...kalau tak ada simpanan,mana mahu cover?hmm...

    ReplyDelete
  39. Hehehe... jelas dan terang kalau tak faham gak I tak tahulah. I dah ada pengalaman dua tahun lepas makanya okeylah, I baca je tapi tak sumbat dalam kepala sungguh-sungguh. First time I lagi kelam kabut, tapi okeylah lepas juga tugas sebagai mak baru hantar anak sekolah. Sekolah Abang ni senang sikit. Buku latihan, buku kerja sekolah suruh bayar siap-siap lepas tu amik bawa balik rumah minggu terakhir sebelum sekolah tutup. Yuran bayar siap-siap juga adalah dalam RM100 kot. Naik sekolah tak payah risau apa lagi nak bayar, apa nak buat. Tinggal hantar anak dan tunggu anak balik first day dengan penuh keterujaan.

    Bab pensel bagai tu I setuju, selang sehari mesti hilang takpun kontot dikerjakan. Pelik tau. I pun beli pukal. Malaslah asyik nak pergi beli jerk.

    ReplyDelete
  40. i pun beli uniform brand Jony & jeny tu gak, mesra poket skit. stationaries pun beli stok banyak banyak & dah order bag tag jugak :-)

    ReplyDelete
  41. lya x beli lg psiapan sekolah..tkut terbanjir kat sini...

    ReplyDelete
  42. teringat psl kasut tu...dulu gak susah...kasut pun 1 je...memang akan letak bawah peti ais atau belakang peti ais...hehehe...nostalgia betul

    ReplyDelete
  43. nice sharing..
    terbekenan lah pulak dgn bag tags tu..

    ReplyDelete
  44. Wah! Bergaya sungguh model tu!
    Masih belum punya peluang utk merasa membeli pakaian sekolah anak2... Tapi lihat sekarang ni, pelbagai pilihan ada, cuma siapkan ongkosnya saja.

    ReplyDelete
  45. haaaaaaaaaaaaa itudia senarai nak kena disiapkan.. adeh banyaknya..

    ReplyDelete
  46. terima kasih fiza berkongsi segala tips ni, sangat penting untuk akak ni, berdebar je abg adam nak masuk darjah 1 tahun depan

    ReplyDelete
  47. bagus lah tips ni.. walaupun dh lama tinggal sekolah. hehe

    ReplyDelete
  48. nice sharing.. boleh ibu2 muda refer..

    ReplyDelete
  49. bila anak makin membesar lain pula persiapan yang perlu disediakan....semoga dipermudahkan buat semua ibubapa yang bersiap sedia untuk anak-anak ke sekolah

    ReplyDelete
  50. Salam sis, nak tanya yuran utk sekolah darjah 1 berapa banyak ya?

    ReplyDelete
  51. terima kasih bagi info ni. terutama pasal bag tag tu. sbb bila anak nk masuk darjah satu, ibu yg selalu anxious.

    www.drshimamatsaad.com

    ReplyDelete
  52. Baru 2 hari anak masuk darjah 1 dan sekolah petang, maknya pulak yg rasa penat. Haha..itu baru sorang..kalau adik dia start sekolah nnti..tak tau lah camner..anyway..tq for sharing.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...