Iyer... Tak tau lagi ker? Ramai betul yang upload gambar air kotak Dutch Lady singgit smalam. Rasan...

Air Kotak Dutch Lady Seringgit jer kat 7Eleven

Iyer... Tak tau lagi ker? Ramai betul yang upload gambar air kotak Dutch Lady singgit smalam. Rasanya dah macam trending bila memasing dok menayang banyak air kotak yang tersangat murah tu. Kau memang pantang nampak barang murah kan. Tak pasal² menjebakkan diri gak gi terjah 7Eleven balik keja petang smalam.


Hasil tangkapan. Tak menaruh harapan sangat kot sebab takut dah habis kan. Sekali masa gi 7E petang smalam nengok banyak lagi. Nyesal plak tak beli berkotak². Dasar tamak kau kan. KitKat pon singgit wei. Tapi aku tak beli. Pastu menyesal dah kenapa kau tak beli...ppffttt... Ada beberpa jenis barang jugak yang harganya singgit. Tak ingat apa benda nya. 

Nak tau tak, kalau dapat kat anak² ni memang sekejapan jer hoi!!. Dapat 16 kotak smalam dah tinggal 6 jer. Kalau aku tak menyinga mau habis dikerjakannya. Aku rasa kalau beli sekaton mau dalam sehari tu jugak habis. Balik nak nak try singgah lagi kot² ada rezeki nak memborong susu Dutch Lady ni lagi ker kan. Sebab dekat kebanyakan 7Eleven dah habis.

Oh! Ya. Promosi jimat berganda ni sampai 28 August ni jer yerp. Tapi aku tanya budak7E kat bangi tu sampai harini jer. Tak tau lah kalau lain tempat lain tempoh promosinya. Jadinya... Silalah serbu 7Eleven berdekatan anda skang yerp. Cer cari 7Eleven yang tak berapa pupular dan tak ramai orang datang. Mesti banyak lagi kot... Hehehe...

Note: Pasal susu murah pon boleh jadi entry kan... hehehe... 



Siapa yang tak suka makanan laut kan. Rugi hoi siapa yang tak suka makanan laut tu. Tapi kalau yang...

Nikmati Makanan Laut Segar Di Just Seafood, Sunway Giza Mall!!

Siapa yang tak suka makanan laut kan. Rugi hoi siapa yang tak suka makanan laut tu. Tapi kalau yang ada alergik dengan makanan laut memang dah tak boleh nak buat apa lah kan. Mohon bertabahlah. Baru² ni saya berpeluang mencuba hidangan yang berasaskan makanan laut di sebuah retoran yang terletak di Sunway Giza Mall.


JUST SEAFOOD… Inilah restorannya. Menyediakan sajian hidangan laut yang terbaik dan segar untuk setiap pelanggan yang datang. Makanan² lautnya terdiri dari KETAM, SOTONG, UDANG, TIRAM dan KUPANG. Nak tau tak, makanan² laut yang dibawa masuk setiap hari ni adalah dalam keadaan yang segar. Brought in fresh daily gittew. Dimasak dengan perasa 3 sauces yang berbeza iaitu LOUISIANA CAJUN, BUTTER MILK dan CREAMY PEANUT. 

Cara penyediannya pulak ianya dihidangkan di atas meja makan. Meja tu akan di alas dengan kertas dan makanan² laut ini akan disajikan terus atas meja berbekalkan sarung tangan, bekas dan juga pengepit ketam. Nak makan ketam kan. Tak kan nak gigit pakai gigi kot. Mau patah gigi kau. 

Signature sauces di Restoran Just Seafood ni diilhamkan dengan pelbagai rasa dari Amerika Syarikat, Vietnam dan Malaysia. Pilih jer nak sauce apa. Ikut tekak dan selera memasing. Tapi yang pasti, sauces² dari Restoran Just Seafood ni memang terbaik dan sedap. Ok… Tak nak bebel panjang². Nak bagi korang telan ailio tengok gambar² ni.


Air harus diutamakan dulu. Fresh Orange untuk saya. Watermelon Juice untuk dia.


Tu dia... Lambakan hidupan laut diatas meja makan untuk round yang pertama. Besar² baq hang. Yang ni perasa LOUISIANA CAJUN. Sauce ni paling popular di Just Seafood. Oh! ya... Korang boleh pilih nak makan dengan nasi atau pon roti yerps. Pilih salah satu. Nak makan dengan nasi dan roti pon boleh. 


Close up sket. Sangat sedap dan menyelerakan sungguh. Rasa LOUISIANA CAJUN ni agak pedas sikit. Tapi tak der lah pedas sangat pon. Just nice. Kalau orang tak makan pedas langsung boleh order sauce lain. Ada rasa rempah² tapi sedap. 


Bersedia untuk dilambakkan diatas meja. Ini perisa CREAMY PEANUT. 


Kita kasi close up nak bagi hati korang panas hati... Hahaha... Serious... saya paling suka sauce ni. Rasanya tersangatlah sedap bagi tekak saya. Rasa macam kuah kacang sikit. Tapi tak pedas. Memang highly recommended lah sauce ni. Bila CREAMY PEANUT bergabung dengan makanan laut segar yang manis... perghhhh... double triple sedap.


Yang sauce ketiga ni pulak namanya BUTTER MILK. Nampak tak besar² makanan laut tu.


Yang ni pon tersangat lah sedap. Lemak² manis memang disukai ramai... erkkk... Cuma bila makan banyak rasa cepat muak. Dah nama pon BUTTER MILK kan. Petua nak elak muak, makan dengan cili padi atau cili kicap. Kalau boleh makan makanan lain dulu baru makan perisa butter milk ni. 


Oyster pon ada uols. Segar² dan besar² datangnya. Tapi saya tak makan. Tekak kampungdotcom katakan. Husband jer yang makan. Sedap katanya sebab tak der rasa hanyir. 

Menu dan Harga. Mahaplah kalau tak terang. Sila buntangkan biji mata anda...ngeeee...

Ok... Beralih kepada menu. Ianya didatang kan dengan hidangan untuk 1-2 orang, 3-4 orang dan 5-7 orang. Kalau nak buat event or party pon boleh jugak. Untuk satu set biasa, terdapat KETAM YANG PENUH DENGAN DAGING, UDANG GALAH, TAMBAHAN UDANG BESAR, KERANG BESAR, KUPANG CHILE, SOTONG, KENTANG, LOBAK MERAH, JAGUNG dan NASI atau ROTI BAKAR. Dan yang paling istimewa di Just Seafood adalah. Tiram sebenar yang diimport dari Amerika Syarikat


Dah muak nengok gambar makanan kan. Haaaa... ni gambar si raksasa pemakan pulak. Tak padan denga kecik tapi kuat makan. Versi gelojoh dengan versi cute... muahahaa... Nak muntah dengar perkataan cute tu yerp. Gi cari gayung.... hahaha...


Ini plak permandangan kedai dari luar dan dalam. Konsepnya open kitchen. Kau boleh nampak dorang masak. Nak duduk luar boleh nak duduk kat bahagian dalam pon boleh. Nak duduk tempat tinggi, bley naik kat tingkat atas sebab Restoran Just Seafood ni dua tingkat yerp. 


Last but not lease... Si raksasa pemakan bersama pemilik Restoran Just Seafood, Mr. Terence Ham yang sudi belanja kami makan. Thanks for having us Mr. Terrance. Memang makanan² kat Just Seafood tersangatlah sedap. Rasa puas dapat makan seafood haritu. Memang gendang gendut tapi kecapi kenyang perut senang hati betul lah. 

Kecur ailio kan nengok makanan² ni. Saya yang menaip pon telan² ailio tau. Kalau korang rasa teringin, mengidam dan tak tau nak makan kan mana, boleh terjah Just Seafood. Ini alamatnya:

Just Seafood
A-9-G, Sunway Giza Mall
Jalan PJU 5/14, Dataran Sunway
Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan

Tel: 012-229 0855 / 03-6144 6366

Operating Hours: 12.00 pm – 10:30 pm Daily



Mind Benders ni adalah satu teka-teki yang dianjurkan oleh HP Malaysia. Bagi HP Malaysia, mereka in...

HP Mind Benders Challenge!!

Mind Benders ni adalah satu teka-teki yang dianjurkan oleh HP Malaysia. Bagi HP Malaysia, mereka ingin menggalakkan ibu bapa diluar sana untuk membantu anak² mereka mengembangkan kemahiran berfikir pada usia yang masih muda. Dengan adanya HP Mind Benders ini, ibu bapa boleh mendidik anak² mereka dengan aktiviti yang menarik dan menyeronokkan secara tak langsung dapat membangunkan otot fikiran mereka ketika bermain.


Saya telah diberi peluang oleh HP Malaysia untuk mencuba HP Mind Benders set ini. Kiranya cabaran untuk saya dan anak² untuk menyelesaikan teka teki yang terdapat didalam kotak ini. Agak teruja masa dapat kotak ni. Anak² apatah lagi. Over teruja dibuatnya. Nak tau apa isinya? Meh tengok nih:


Penuh sekotak. Dalam kotak ni terdapat 3 pakej yang disediakan. Antaranya:


Set yang pertama. HP Mind Banders Puzzle Set. Dalam ni ada 3 teka teki. Memang menguji emosi dan minda betul lah soalan nya sebab kau kena think out of the box gittew dalam nak mencari jawapannya. Kalau orang yang padai, memang boleh jawab kot. Kalau tak boleh jawab, tak perlu risau. Sebab ada disediakan jawapannya sekali...hehehe... Tapi kau kena selesaikan dulu lah teka teki tu. Kalau dah surrender baru boleh nengok jawapnnya. 
 

Set yang kedua. Illusion Science. Permainan sains yang didatangkan bersama dengan buku panduan yang berguna untuk buat gambar 3D, buat geometric dan banyak lagi lah. 


Si kakak sedang berimaginasi dengan set Illusion Science


Si adik pon tak nak ketinggalan. Lagi hebat imaginasinya. Dengan kuku² jari
 dan tangan di kalernya. Stress mak nyah. Gasaklah asalkan kau bahagia nak.


Set ketiga. Math Magic. Mengandungi permainan matematik, teka-teki dan tips berguna yang didatangkan dengan calculator sekali. Cute jer calculator tu.

Overall memang best HP Mind Banders set nih. Buat anak² lupa pada gadget dengan adanya Mind Benders. Selain dari menguji minda parents dan anak², ia juga salah satu aktiviti yang sangat menyeronokkan bila kita dapat menghabiskan masa bersama anak² untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan dengan kerjasama antara satu sama lain. 

Kalau anda nak tahu lebih lanjut  mengenai aktiviti² dan juga nak tau product² terbaru yang dianjurkan dan dilancarkan oleh HP Malaysia, boleh intai² [Facebook Page HP Malaysia]. Jangan lupa LIKE skali tau. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Shoplinks