Baju Muslimah Kanak-kanak

Alhamdulillah...masih diberi peluang olehNYA untuk bernafas hingga saat ini. Aku harap ini bukan entry aku yang terakhir. Ajal kan...ta...


Alhamdulillah...masih diberi peluang olehNYA untuk bernafas hingga saat ini. Aku harap ini bukan entry aku yang terakhir. Ajal kan...tak siapa yang tahu. Maaf di pinta andai sepanjang 2014 aku ber blog ni ada terlebih bicara dalam mengarang entry. Atau terkasar bahasa dalam meninggalkan komen di kotak komen kamu semua. Maaf kan aku sahabat.

Tinggal beberapa jam dari sekarang tahun 2014 akan melabuhkan tirainya. How time flies. Cepat betul masa berlalu. Tahun 2014 yang banyak dugaan buat kita semua. Bermula dengan kehilangan pesawat MH370. Tak lama lepas tu kita dikejutkan dengan tragedi MH17 yang menyanyat hati. Penutupnya...Banjir besar melanda Panti Timur. Hebat sungguh dugaan buat mereka semua.

Aku sendiri tak terkecuali. Dugaan tak pernah lari dari hidup kita semua. Hanya kekuatan, semangat dan doa yang mampu dipohon supaya dikembalikan aura² positive dalam diri ini. Kita lupakan kesedihan. Baik kita imbas kenangan suka duka 2014 ni.



Keterujaan seorang ibu bila anak sulong dah masuk Sekolah Rendah. Perasaan excited, sayu, pilu, sebak sumanya ada lah. Macam tak caya jer anak aku yang lahir 3.3kg dulu ni dah darjah 1.



Buat pertama kalinya aku join event blogger nih. Dan buat pertama kalinya aku bersua muka dengan kawan² blog yang selama ni hanya bersua di alam maya saja. Harap² tahun depan ada blogger event macam nih lagi.



Rezeki blogging....Alhamdulillah. Di beri peluang untuk join event UNIQLO ni. Dapat voucher RM500 tu. 1st time aku dapat blogging job macam nih. Task yang agak mencabar juga sebab aku berdua jer dengan qhalif. Dengan nak amik gambar lagi. Dengan nak layan karenah anak bujang ni lagi...phewwwww...



Diberi peluang Advertorial Job Mamee dengan melawat kilang mamee kat Melaka. Memang meriah. Dapat kenal ngan blogger² baru dan juga dapat bersua muka dengan blogger yang dah lama kenal. 



Perkara paling careless yang aku buat. Aku harap tak jadi macam ni lagi. Setahun aku memandu dengan lesen yang dah tamat tempoh.



Rezeki blogging yang terkumpul. Amount paling banyak pernah aku dapat.



Rezeki lagi bila dapat buat advertorial job untuk iPrice. Penutup untuk tahun 2014 nih.

Gittew lah kisahnya. Tahun 2014 ni juga dah beberapa kali aku menang giveaway/contest kat blog. Tak terkecuali dapat hadiah pemberian dari kawab blog jugak. Alhamdulillah atas rezeki dariNYA ini. Panjang plak kisah 2014 aku ni.

Ok...till we meet again. Selamat tinggal 2014. Selamat datang 2015. Semoga tahun baru ni memberi sinar baru buat kita semua. Dan semoga kita terus kuat dan bersemangat dalam menempuh kos sara hidup yang makin meningkat dan mencabar ini.  

Note: Selamat kembali jalan yang sesak...ahakssss...  


Buat parents yang hantar anak kat Sekolah Agama, sila ambil perhatian. Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tetap mulakan sesi persekola...


Buat parents yang hantar anak kat Sekolah Agama, sila ambil perhatian. Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tetap mulakan sesi persekolahan pada 5 January 2015. Kalau dah tau, baguslah. Pada yang tak tau lagi sila alert. 

Kalau tak sure Sekolah Agama anak² uolls buka bila, cer call sendri Sekolah Agama tu minta kepastian. Mana tau lain sekolah agama lain plak tarikh bukaknya. Ikut tarikh Sekolah Kebangsaan ker. Sian plak kat anak nanti kalau salah tarikh.

Note: Sana sini tengok gambar orientasi bebudak darjah 1 ☺


Last minute join. Support kawan blog. Sempat lagi kalau uolls nak join. Klik jer banner tu yerp ☺


Last minute join. Support kawan blog. Sempat lagi kalau uolls nak join. Klik jer banner tu yerp ☺

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Segmen Bloglist Januari 2015 by CN Pencarian bloglist bagi bulan Januari 2015 di  cekguno...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Segmen Bloglist Januari 2015 by CN


Pencarian bloglist bagi bulan Januari 2015 di cekgunorazimah.com bermula pada hari ini, 30 November 2014, iaitu tepat jam 12.00 tengah malam sehingga 30 Disember 2014, iaitu tepat jam 11.15 malam. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  • Buat entri bertajuk "Segmen Bloglist Januari 2015 by CN" 
  • Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.   
  • Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI.

Seramai 15 orang peserta akan dipilih untuk masuk dalam bloglist CN untuk bulan Januari dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog CN ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 1 Januari 2015.

Kredit untuk Kak Mialiana

Rumah opah kat Kg. Selat Pulau. Area Kg. Gajah, Perak tak terkecuali terkena musibah banjir. Gambar hasil tangkapan dari adik ipar yang...


Rumah opah kat Kg. Selat Pulau. Area Kg. Gajah, Perak tak terkecuali terkena musibah banjir. Gambar hasil tangkapan dari adik ipar yang balik kampung hari sabtu baru nih. Air paras pinggang. Rumah bawah dah separuh dimasuki air. Mesin basuh sempat bawak naik atas rumah. 


Gambar cilok dari FB mak mertua. Sebelum ni pernah jugak banjir. Tapi tak der lah teruk macam nih. Memang banjir kali ni sangat teruk. Bertabahlah buat mereka yang terlibat. Semoga terus diberi kekuatan dan semangat yang tinggi dalam menempuh ujian dan dugaan dariNYA ini. 

Note: Sedih tengok gambar² selepas banjir. Dah macam tsunami. Hilang rumah dan harta benda sekelip mata :-(

[Tidurlah Sayang] Bila tengok si ayah mendodoikan si anak yang nak tido. Cer tengok baby ni duduk kat mana. Dalam polisterin. Dengan ...


Bila tengok si ayah mendodoikan si anak yang nak tido. Cer tengok baby ni duduk kat mana. Dalam polisterin. Dengan baju singlet dan berpampers saja. Entah tukar entah tidak baju tu. Luluh hati aku. Anak² kita tido berbuai. Baju lengkap. Baby ni? Ok...mata aku dah masujk habuk :-(

My heart is breaking kalau membatikan anak² kecil nih, Hanya doa...doa dan terus berdoa supaya banjir berlalu pergi, air segera surut dan keadaan kembali pulih. 

Note: Kita sayu, tapi yang menaggungnya lagi sayu :-( 



Cuaca pagi ni masih mendung. Hujan dari semalam. Bersambung sampai petang ni. Masih lagi hujan. Seakan tak mau berhenti. Office pon...

Cuaca pagi ni masih mendung.


Hujan dari semalam. Bersambung sampai petang ni. Masih lagi hujan. Seakan tak mau berhenti. Office pon dah terasa semacam sejuknya. Bila sejuk² macam ni, Mulalah mengundang rasa lapar. Tapi tak per, kat office ada biskut. Macam² jenis biskut ada...biskut gula, biskut lemak dan juga biskut kacang. Boleh buat air...milo, teh-o, nescafe tarik. Semua ada. Kalau tak der kudap kudapan, boleh keluar gi kedai kejap.

Tapi fikiran mula terkenangkan mangsa² banjir. Berebut makanan...tak cukup makan...malahan tak makan berhari². Anak² kecil dan bayi yang tak cukup makanan dan susu. Warga² emas yang kurang tenaga. Dalam keadaan cuaca sejuk lagi. Kita enak berselimut diatas timalm yang empuk. Mereka? Ada ker selimut dan tilam? Cukup kah selimut dan tilam? Ya! allah...hebatnya dugaan mereka. 

LANGIT, BERHENTILAH HUJAN
BUMI, TELANLAH AIR
SUNGAI, REDAKAN GANASMU
JALAN, BUKALAH LALUANMU

Bertabahlan buat mangsa² banjir. Semoga terus diberi kekuatan dan semangat yang tinggi dalam menghadapi musibah ini. Buat petugas² dan sukarelawan, semoga dipermudahkan semua urusan olehNYA. 

Note: Rumah opahku kat perak pon ta terkecuali. Air naik paras pinggang. 


KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJ...



KENYATAAN MEDIA
YAB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA

PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA
SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR

Sepertimana semua pihak sedia maklum bahawa banjir yang sedang melanda negara sekarang masih berterusan khususnya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia. Sehingga pada tarikh 28 Disember 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati sejumlah 340 buah sekolah daripada tujuh buah negeri terlibat dengan banjir, sama ada dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau sekolah tersebut ditenggelami air akibat banjir.

Sebagai Menteri Pendidikan, saya amat memahami dan mengambil berat akan kesukaran yang bakal dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekiranya persekolahan bagi tahun 2015 dibuka seperti dijadualkan iaitu pada 4 Januari 2015 (bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor) dan pada 5 Januari 2015 bagi negeri-negeri lain.

Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa KPM dengan ini bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu. Dengan penangguhan ini, tarikh baru sesi bermula persekolahan tahun 2015 bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad). Manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin). Penangguhan ini juga dibuat setelah mengambilkira;

a) Sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai PPS atau ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan; dan

b) Keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka.

Sekiranya keadaan banjir tersebut pulih, maka pihak pengurusan sekolah hendaklah menggunakan tempoh tersebut untuk mengadakan gotong royong pembersihan kawasan sekolah masing-masing bagi memastikan anak-anak kita dapat belajar dalam keadaan selamat, selesa dan sempurna.

Terima kasih.

Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin
Timbalan Perdana Menteri
Merangkap Menteri Pendidikan
29 Disember 2014

Whatsapp yang aku dapat pagi ni. Dan memang disahkan. Dah keluar kat [Berita Harian Online]. Hati masih dirundung kesedihan. Mengenangkan nasib mangsa² banjir. Especially anak² yang akan memulakan sesi persekolahan. Ya! allah...sedihnya :-(

Note: Nak update citer happy² pon rasa macam tak sesuai skang ni. 

posted from Bloggeroid

Segmen 12 Jam Bloglist #12 Mialiana.com Pencarian bloglist bagi bulan Januari dan Februari 2015 di Mialiana.com bermula pada hari ...


Pencarian bloglist bagi bulan Januari dan Februari 2015 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 24 Disember 2014, iaitu tepat jam 10.30 pagi sehingga 10.30 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #12 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Disember 2014.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

google pic. Sebak tengok berita malam tadi. Dan juga gambar² kat media sosial. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya. K...


Sebak tengok berita malam tadi. Dan juga gambar² kat media sosial. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya. Kesian kat warga² tua, ibu², anak² kecil dan bayi. Cukupkah makanan mereka? Cukup kah makan mereka? Cukupkah pakaian mereka? Cukupkah selimut mereka? Selesa ker di tempat penempatan sementara?


Hampir tenggelam. Gambar dari [FB]. Bangunan SMK Manik Urai yang makin tinggi airnya. Sedih bila baca kat caption gambar tu [DISINI]. Sedih sangat sebab ramai mangsa terdiri dari kanak². 


Ya! allah...Redakanlah bencana yang kami alami. Lindungilah kami semua. Elakkan daripada berlaku bencana² yang lebih besar dari biasa. Kasihanilah kami semua Ya Allah. Sesungguhnya Engkau lah penetu segalanya. Bantulah kami mangsa² bencana alam. Kami bermohon kepadaMu. Engkaulah maha Pengasih lagi maha Penyayang. Makbulkanlah doa kami Ya! allah. Amin ya rabbal'alamin.

KUALA LUMPUR 23 Dis. - Fenomena ‘New Moon’ iaitu kedudukan bulan berhampiran dengan bumi yang menyebabkan air pasang merupakan antara faktor yang mencetuskan banjir luar biasa di kawasan Pantai Timur pada tahun ini. 

Pegawai Meteorologi Kanan, Pusat Cuaca Nasional, Jabatan Meteorologi Malaysia, Dr. Mohd. Hisham Mohd Anip berkata, keadaan banjir menjadi lebih teruk apabila ditambah dengan tiupan angin Monsun Timur Laut secara konsisten merentasi Laut China Selatan ke negara ini bermula bulan November hingga Mac. 

“Meskipun hujan semakin reda dan tidak lagi lebat, namun air banjir dilihat sukar untuk surut disebabkan fenomena ‘new moon’ yang mana bulan berada dekat dengan bumi yang menyebabkan air pasang lebih tinggi daripada biasa. 

“Selain itu, hujan yang tidak berhenti sebelumnya menyebabkan aliran sungai dari hulu ke kuala tidak sampai sehingga menyebabkan air sungai melimpah keluar sehingga menyebabkan banjir teruk,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. - [UTUSAN ONLINE]

Note: Sama² kita berdoa semoga mangsa² banjir sentiasa di bawah lindunganNYA. #PrayforPantaiTimur


My KL by Lisa Surihani is part of Groupon’s global campaign that was first initiated in the United States in May this year. Giuliana Ra...


My KL by Lisa Surihani is part of Groupon’s global campaign that was first initiated in the United States in May this year. Giuliana Rancic, E! News anchor and Fashion Police host presented the My Chicago Collection that gave the inside scoop on her favourite local spots and Padma Lakshmi, "Top Chef" host, award-winning author and entrepreneur presented the My New York Collection featuring her handpicked deal collection featuring New York experiences.

Groupon today launched a deal collection made up of Kuala Lumpur experiences specially-selected by “Malaysia’s Sweetheart” Lisa Surihani. Available for one month, “My KL by Lisa Surihani” features compelling deals on Lisa’s top things to see, eat and do in the city she calls home. 

“From my favourite dining spots to unique experiences, this Groupon collection features some of the best spots in KL to me,” said Lisa Surihani. “These are elements of the city that truly make it ‘My KL,’ and I’m delighted that it gives me another avenue to connect with my fans by helping them discover great experiences.”

As a self-professed shopaholic and foodie, some of Lisa’s favourite KL spots include:

Societe Fancaise de Cosmetiques (Sothys) – an award-winning Parisian brand with 47 outlets throughout Malaysia, Sothys specialises in non-invasive skincare using plant- and fruit-based ingredients.

Melur and Thyme – serving Western and Asian fare in KLCC and KLIA2, the subtle anyaman details and whimsical wire installations have garnered Melur and Thyme a “Top 10 in Restaurant Design” 2013 award from iN Publishers.

Jumpstreet Trampoline Park – making its mark on Malaysia’s alternative fitness scene this year, Jumpstreet Trampoline Park has 9,000 square feet of space in Seksyen 13 where urban athletes can either jump or take in a game of dodgeball or basketball.

House Gtower – located at the chic Gtower Hotel, House offers Western-Asian cuisine such as chicken satay pizza and beef hor fun alongside its 6-foot health juice bar and downstairs winepost.

Sunway Lagoon – an award-winning them park offering more than 80 rides and, including the world’s largest man-made sandy surf beach, Malaysia’s first interactive zoo, Lynton V Harris’ Scream Park, the world’s first Waterplexx 5D and the Vuvuzela.

“From the very beginning, our quest has been to offer the best, most locally relevant deals we possibly can, and working with Lisa to identify her favourite KL spots is a significant step forward,” said Rafiq Razali, Country General Manager at Groupon Malaysia. “These deals represent the character and unique experiences our remarkable city has to offer. We’re confident everyone will find something here to love.”


Macam gempak jer tajuk tu kan. Mana tau bila buat tajuk macam tu PV (pageviews) naik mendadak...hahaha...Berangan itu percuma. Siapa yang t...

Macam gempak jer tajuk tu kan. Mana tau bila buat tajuk macam tu PV (pageviews) naik mendadak...hahaha...Berangan itu percuma. Siapa yang tak kenal dengan pakar SEO Hasrul Hassan tu kan. Entry yang selalu mendapat tempat pertama dalam carian google. Tapi memang dapat pon hadiah dari Abang Hasrul Hassan ni. Meh tengok:


Dapat hadiah buku BUAT DUIT DENGAN AFFILIATE. Rezeki menang giveaway [Ilmu Buat Duit Dengan Affiliate] anjuran Hasrul Hassan haritu. Tak sangka plak nombor naik...Alhamdulillah. Terima Kasih Hasrul Hassan. Smoga rezeki bertambah murah.


Siap ada signature lagi tu dan juga business card. Bertambah business card dari blogger dalam collection aku. Bilalah aku nak buat blogger name card ni. Nak kena buat jugak ni. Kalau ada event bagi jer business card kan. Macam selalu jer gi event erkk...hahahahaha...

Note: Dah habis baca nanti iolls sharing isi kandungan dalam buku ni yerp ☺




Nak buat sesi luahan perasaan sket lah. Tengok gambar pon dah jelas maksudnya kan. Aku paling menyampah lah orang yang suka spitting mer...


Nak buat sesi luahan perasaan sket lah. Tengok gambar pon dah jelas maksudnya kan. Aku paling menyampah lah orang yang suka spitting merata² ni. Ko agak² lah nak spit sket. Tengok lah tempat. Kalau boleh biarlah kat tempat yang susah nak nampak dek orang. Ni kat kaki² lima, kat tangga, kat basement ko nak spit. 

Cuba lah jaga kebersihan kawasan persekitaran perumahan sket. Aku anak beranak naik tangga kat umah tu kekadang bersepah² spitting orang. Siap berkaler bagai dan bersemut...bluerkkkk...Kalau terpijak macam mana? Geli tau tak. Aku ni kalau berjalan naik turun tangga memang tengok keadaan sekeliling. Sebab kekadang ada macam² khazanah kat tangga tu. Air sampah lah, taik kucing lah, ulat lah dan salah satunya spitting orang ni lah. Jangan kata kat tangga, dalam lif pon sama. Memang nak kena haakkkttuuuiii lah orang macam nih. Tak der kesedaran sivik langsung. Menyusahkan orang. 

Sorry kah kalau buat uolls kembang tekak. Aku tau uolls bukan jenis macam ni kan. Tolong lah jangan spit merata² erk. Aku rasa macam nak print jer gambar tu dan tampal kat koridor dan juga kat notis board kat umah nih.  

Note: Malam tadi hujan sampai pagi. Harini mendung jer cuaca. Beku plak rasanya dlm office nih.


Tu nak tanya. Uolls sanggup ker? Hehehehe...dah macam soalan cepuk cemas plak. Bisalah kan musin cuti sekolah nih. Memasing export an...


Tu nak tanya. Uolls sanggup ker? Hehehehe...dah macam soalan cepuk cemas plak. Bisalah kan musin cuti sekolah nih. Memasing export anak balik kampung. Aku ni cuti sekolah dah nak sampai ke penghujungnya baru terhegeh² nak export anak kat kampung. Macam jauh jer kampung nya tu kan. Pada hal kat Rawang tu jer. 

Itu perancangan nya jer. Kekonon nak hantar Iman Hakimi kat umah nenek rawang. Nak bagi dia belajar hidup berjauhan dengan ibuabah ni dalam beberapa hari. Anak bujang ni memang tak nak. Tapi pujuk punya pujuk...nak pulak dia. Nenek pon dah tanya bila nak hantar. Tapi kannn...kannn...

Tetiba...ibuabah plak yang rasa berat sebenarnya nak berjauhan dengan anak bujang nih. Acaner tu...muahahaha...Anak dah ok. IbuAbah plak ko. Poyo jer ibuabah kimi ni tau. Siap nak packing baju dah semalam. Tapi rasa berat plak nak melepaskan si anak. Masa cuti skolah awal tahun haritu export kat gombak. [Bila Dekat | Bertekak...Bila Jauh | Merindu] Macam mana lah kalau masuk asrama nanti kan. 


Jawapanya memang kami tak sanggup nak berjauhan dengan anak² ni. Anak² lah penyeri kat umah tu. Even ada masanya ibu jadi tak berseri  dengan macam² karenah anak². Biasalah...zaman anak² dalam fasa nak membesar memang kena banyak bersabar ☺

Note: Persiapan persekolahan kimi dah hampir complete. Cuma qahirah this week mungkin registration tadika. Hantar kat PASTI jugak. 


Phewwwww...tenet masuk ICU dari petang semalam. Ni baru ok. Tu yang lambat ke udara. Suka tak dengan tajuk tu? Dah bersepah tips² kurangkan...

Phewwwww...tenet masuk ICU dari petang semalam. Ni baru ok. Tu yang lambat ke udara. Suka tak dengan tajuk tu? Dah bersepah tips² kurangkan berat badan nih. Tapi kan, tips ni senang jer. Tak perlu keluar modal pon. Hari² boleh lose weight kalau rajin amalkan. Kalau pemalas, tak dapat den nak nolong. Weekend adalah paling baik untuk lose weight sebab banyak kerja menanti.


Kan senang ni. Buat kerja rumah jer dah boleh lose weight tau. Siap dah tulis tu kerja rumah mana yang paling banyak lose calories. Kira exercise jugak lah nih. Buat surirumah separuh masa, memang ni lah kerjanya hari².


Membasuh baju. Kalau tak basuh sehari memang sekejapan dah bertimbu. #makbanyakanak katakan. Campur ngan baju #jejakaidamanmalaya lagi. Tak ker banyak tu. Kekadang 2 trip basuh baju. 


Ni pon satu hal jugak ni. Antara kerja yang aku tak suka buat. Tapi kena buat jugak. Basuh baju bebanyak, pastu tak bersidai sebab dah kepenatan + sidai dah penuh...hahaha...


Kerja ni memang tak kan habis. Kalau tak berlipat berhari² memang bertimbun lah jawabnya. Elok jer habis lipat, Dah susun cantik² dalam lemari. Sekali bertimbun balik minta di lipat. Dah susut baju cantik berlipat dalam lemari tu. Nak maintain memang susah. Kalau boleh lepas angkat baju di jemuran tu teruslah lipat. 


Pinggan mangkuk ni pon kalau tak basuh senang bertimbun gak nih. Biasalah...sebelum masak memang berkecah sinki ko. Lepas makan lagi lah berkecah ngan pinggan. Sebab tu aku suka suap anak² makan sebab boleh jimat pingan untuk di basuh...hahaha...Kekadang kalau hari bekerja bila dah penat sangat aku biar jer. Bangun pagi baru basuh. 

Senang citer, kerja rumah memang takkan pernah habis. Hari² ulang benda yang sama jugak. Kalau nak kuruskan berat badan, rajin² lah buat kerja rumah yerp. Kalau nak result yang cepat, kemas rumah tu sehari semalam, Buat lah seminggu 2-3 kali ker. Sure turun. Siap dapat package mata panda...muahahaha,,,Gurau jer.

Note: Have a great weekend uolls.


Asam Pedas Ikan Merah berenang² didalam kuali. Daun kesum + bunga kantan = takkan terpisah dari asam pedas. Bendi kasi lebih. Amacammmm....


Asam Pedas Ikan Merah berenang² didalam kuali. Daun kesum + bunga kantan = takkan terpisah dari asam pedas. Bendi kasi lebih. Amacammmm...Lulus tak asam oleh #makbanyakanak nih...hehehe...

Saja jer nak tunjuk hasil masakan. Last week punya Asam Pedas. Boleh di kira kot berapa kali masak asam pedas nih. Stok ikan merah ada dalam 9 ketul. Tak tau nak masak apa. Tu yang terfikir nak buat asam pedas. Gi kedai cari daun kesum ngan bunga kantan. Tapi bunga kantan laku betul lah. Nasib ada tinggal setangkai.

Sedap asam pedas ikan merah nih. Selalu makan asam pedas kembung jer. Nak masak style asam pedas melaka, tak berapa pandai sangat. Jadinya kita masak ikut suka hati lah. Daun kesum tu memang aku letak lebih. Wangi jer kuahnya. Tapi tu lah, rasa macam pahit sket. Ker lidah aku yang weng sket.

Kalau nak tau, ikan merah tu kan 3 ekor saiz sederhana besar RM10. En bos memancing kat pasar pudu. Tanjat gegirl sebab murah. Beli 3 ekor siap siang dan potong. Bila potong dapat sekor 3 ketul. Total dapatlah 9 ketul. Ayam kampung plak sekor RM13.00. Memang puas hati lah sebab barang basah kat situ murah. 

Note: Sapa tengok bola semalam? Korang tengok bola ker tengok pemain thailand yg handsome² tu...muahahaha...


Entry sebelum balik...hehehe...Jom support segmen dari Diana Rashid ni. Tak susah pon. Cuma uolls nyatakan entry yang uolls rasa terba...


Entry sebelum balik...hehehe...Jom support segmen dari Diana Rashid ni. Tak susah pon. Cuma uolls nyatakan entry yang uolls rasa terbaik untuk tahun 2014 nih. Dah nak masuk hujung tahun kan. Mesti dah beratus² entry tu. Dan mesti dalam banyak² tu ada entry yang uolls sangat suka. Macam #makbanyakanak ni kan, antara entry yang paling disukai:


Antara entry yang mendapat banyak komen. Dan antara entry yang aku suka baca. Sebab ayat² yang aku tulis tu macam best jer...bersahaja gittew...hahaha...puji tulisan sendiri plak kan. Hover ko. Kalau terlepas pandang, sila lah baca balik. Peringatan buat diri sendiri juga tu.


Antara entry yang agak detail. Khas untuk rujukan parents² yang ada anak naik darjah satu tahun depan dan juga tahun² yang akan datang. 

Banyak lagi yang terbaik. Tapi nasib aku perasan yang Diana nak 2 entry jer. Kalau tak dah berderet dah nih....ekekeke... Apa lagi, jom join. Klik jer banner tu yerp.

Note: Good luck Harimau Malaya. Luaskan kuasamu...aauummmmm...


Muzium Negara kami datang gittew. Dah lama betul tak menjejakkan kaki ke sini. Last pergi masa zaman sekolah rendah dulu kot. Cer kir...


Muzium Negara kami datang gittew. Dah lama betul tak menjejakkan kaki ke sini. Last pergi masa zaman sekolah rendah dulu kot. Cer kira dah berapa tahun tu? Saja bawak anak² jalan² cuti sekolah ni. Tak dapat tidur hotel atau gi tepi pantai, gi Muzium Negara pon jadilah. Sambil timba ilmu pelajaran...cewahhh...


Kita bergambar dulu. Itu harus even tak der gambar #makbanyakanak dengan #jejakaidamanmalaya posing kat Muzium tu. Tapi tak per, gambar anak² dah mencukupi. Macam biasa, anak² aku ni memang payah nak berposing. Sorang ke kiri sorang plak ke kanan. Gasak ko lah nak.

Ok...mari membaca pengalaman aku ke Muzium Negara ni yerp. Kat Muzium ni terbahagi kepada 4 Galeri. Galeri A, B, C dan D. Kalau malas nak mendaki tangga, naik lif pon boleh. Macam kitorang ni main redah jer. Kalau nak ikutkan, start dari Galeri A lah kan. Tapi kotorang start dari Galeri B.

Galeri A: [Sejarah Awal]

Galeri ini membawa pengunjung menerokai proses pembentukan muka bumi serta menghayati cara hidup masyarakat awal menerusi setiap artifak yang dipamerkan di sini. Pengunjung juga berpeluang mengenali evolusi alat-alat batu yang digunakan pada zaman Paleolitik, Hoabianh serta Neolitik. Antara artifak yang menarik perhatian ialah Manusia Perak, rangka manusia tertua yang hampir lengkap di Asia Tenggara yang ditemui di Negara ini berusia kira-kira 10,000-11,000 tahun dahulu.


Galeri ini menelusuri sejarah perkembangan tamadun Melayu menerusi pembentukan kerajaan-kerajaan Melayu di seluruh Nusantara khasnya kerajaan-kerajaan yang wujud di Semenanjung Tanah Melayu dan Kepulauan Borneo. Fokus galeri ini adalah kepada Kerajaan Melayu Melaka yang merupakan era kegemilangan sejarah ketamadunan Melayu-Islam di rantau ini.

Galeri C: [Era Kolonial]

Galeri ini menyelusuri peristiwa yang berlaku dari tahun 1511 hingga 1945. Ia memaparkan sejarah kedatangan kuasa asing bermula dari penjajahan Portugis ke atas Melaka pada tahun 1511 yang menandakan berakhirnya zaman Kesultanan Melayu Melaka sehingga pendudukan Jepun. Turut dimuatkan di dalam galeri ini adalah impak yang ditinggalkan oleh penjajah ke atas Tanah Melayu dari sudut politik, sosial dan ekonomi yang membawa kepada asas pembentukan Malaysia pada hari ini.

Galeri D: [Malaysia Kini]

Galeri ini menyingkap sejarah gerakan awal nasionalisme yang dipelopori oleh tokoh-tokoh kebangsaan daripada pelbagai kaum yang berlatarbelakangkan kepelbagaian parti politik bermula daripada campur tangan Inggeris sehingga mencapai kemerdekaan pada 1957. Galeri ini juga memaparkan pencapaian negara selepas kemerdekaan hingga kini.


Kat sini dah haru biru di buatnya. Tengok lah nih, dah macam rumah sendiri di buatnya. Berlari sana sini. Usik itu ini...haishhhh....Tak senang dan tak sempat ibu ko nak membaca sambil amik gambar.


Penjaga singgahsana Kesultanan Perak. Posing bukan main lagi ko dik. Dah boleh jadi jaga kat situ...hehehe...


Turn abang kimi plak posing kat model Bahtera Majapahit.  


Dah puas IbuAbah terjerit² dan berlari² kejar hero ngan heroin kecik tu, seterusnya kami ke sini plak. Dataran Muzium Negara. Tengok bermacam² jenis senjata.

Pameran senjata yang kali pertama diadakan di Muzium Negara itu akan menghimpunkan lebih 360 senjata bermula daripada senjata prasejarah, zaman logam, tradisional sehinggalah ke senjata moden termasuk helikopter, kereta kebal, meriam dan senjata berat. Selain itu, ilustrasi gambar daripada pelbagai peristiwa yang berlaku di dunia antaranya peristiwa pengeboman Hiroshima, penghapusan etnik di Asia dan Eropah serta konflik keagamaan juga ditayangkan.


Posing dulu sebelum tengok senjata² yang ada. Budak bijak dua pusar ni takut dengar bunyi gajah beso kat belakang tu. Tapi ibu paksa gak dia posing...hahaha...Macam² jenis senjata ada. Tapi aku tak sempat nak amik gambar. Baru masuk separuh jalan anak² ajak ke toilet plak. Sebelum masuk tak nak usul plak nak gi toilet. Mengundang kebengangan jer tau. Kalau ada toilet dalam tu tak per gak. Ni nak menapak. Takkan nak patah balik kan. Jadinya...kita ronda² secepat yang mungkin.


Sebelum keluar tu, sempatlah bergambar ngan senjata ni. Jadilah daripada tak der kan even kurang sorang dalam gambar tu. Tiket masuk plak memang murah. Untuk masuk Muzium. RM2.00 untuk dewasa dan juga kanak² yang berumur 6-12 tahun. Untuk pameran  Evolusi Senjata dan Kemanusiaan Sedunia plak RM5.00 untuk dewasa dan juga kanak² yang berumur 6-12 tahun.

Kalau dah tak tau nak bawak anak² gi mana, boleh lah bawa ke Muzium Negara nih. Pastu jangan lupa singgah cafe kat Muzium tu tau. Mee hoon sup ngan Mee Kari sedap wei....hehehe...

Note: Dah lama tak tengok laut. Rasa  macam nak gi PD jer. 


Sapa tengok citer ni? Meh sep sket...hehehe...Jebak wei tengok citer ni. Dah lama tak layan citer korea. Dedulu layan Full House . Skang...

Sapa tengok citer ni? Meh sep sket...hehehe...Jebak wei tengok citer ni. Dah lama tak layan citer korea. Dedulu layan Full House. Skang layan Feast of The Gods plak. Memang tak boleh terlepas. Bestnya sebab pasal masak memasak. Aku bab citer memasak ni memang feveret. Meh baca sket sinopsis citer nih:


Feast Of The Gods menceritakan kisah Joo Young, gadis yang dibesarkan oleh orang tua angkatnya setelah dia ditemukan tenggelam di laut. Setelah dewasa, Joo Young memiliki impian untuk menjadi seorang koki hebat karena kecintaannya pada memasak. Dia pun bekerja di sebuah restoran Korea Tradisional bernama Arirang. Di restoran itulah dia bertemu dengan Master Chef Sung, yang sebenarnya adalah Ibu kandungnya dan bersama dengan Ha In Joo, gadis yang selama ini menggantikan kedudukannya sebagai putri dari Master Chef Sung. Sumber [SINI]


Menarik tak sinopsisnya? Kalau nak baca lebih detail, sila baca kat [SINI]. Sangat detail jalan ceritanya. Rupanya drama ni dah ditayang kan tahun 2012 lagi. Suka tengok watak Joon Young (Sung Yu Ri) yang selamba dan juga Km Do Yoon (Lee Sang Woo) yang pendiam, serius dan penuh misteri. 


Ok...Aku dah terpaut dengan si Lee Sang Woo ni. Tak sabar nak jumpa dia malam nanti....hahaha...#makbanyakanak over. Tak sabar nak tengok episod malam ni dan episod seterusnya. Apsal lah seminggu 2 kali jer drama ni. Aku harap ending citer ni biarlah Kim Do Yoon couple dengan Joon Young. 

Note: Blur plak harini. 



Note: Klik [SINI] kalau nak join. 

GA Ilmu Buat Duit Dengan Affiliate
Note: Klik [SINI] kalau nak join. 



#makbanyakanak kembali ber blog setelah 4 hari (termasuk weekend) hilang di alam maya ni. Ada yang rindu atau tercari² ke?...ekekeke.....


#makbanyakanak kembali ber blog setelah 4 hari (termasuk weekend) hilang di alam maya ni. Ada yang rindu atau tercari² ke?...ekekeke...muntah hijo jer tengok perkataan 'rindu' tu khenn. Siapalah kita. Hanya blogger marhaen jer...,muahahaha...ok, sambung citer.

Aku cuti hari jumaat tu. Khamis tu kan birthday Sultan Selangor. jadinya aku lanjutkan cuti sampai jumaat. Terus pagi ni rasa lemau nak gi kerja sebab dah lama cuti. Tu yang malas kalau cuti lelama nih. 

Cuti haritu pon saja² jer. Nak merehatkan diri. Anak² suma hantar nursery, Lepas hantar dorang aku bantai membuta kat umah, Syiok wei tido tak der orang ganggu. Tapi nama jer cuti, Kerja rumah tetap jalan. Memang non stop kerja rumah ni kan. Redho jer lah. Itu jer lah kisahnya. Ada hutang kisah Muzium Negara. Tunggu erk.

Note: Sila sediakan air. Kejap lagi #makbanyakanak nak datang umah uolls....hehehe... 



Ok…Setelah melenjan Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk ni. Kini tiba masanya si pemakai untuk membuat review berkenaan keberkesanan gela...


Ok…Setelah melenjan Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk ni. Kini tiba masanya si pemakai untuk membuat review berkenaan keberkesanan gelang penghalau nyamuk ni terhadap pengguna nya sendiri. Terima Kasih buat Mia Liana  dan juga syarikat X Cube Enterprise kerana memberi peluang untuk mencuba sendiri gelang Bugslock nih. Sebelum tu, mari kita ambil tahu apa itu demam denggi dan statistic ni dulu yerp.

Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamukAedes betina. Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat. Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS). Ini hanya ringkasan. Kalau nak baca lebih lanjut, sila klik [SINI]

Untuk statistiknya pula, Sepanjang minggu ke 47 tahun 2014 dari 16 hingga 22 November, sejumlah 2,400 kes Demam Denggi telah dilaporkan, meningkat 204 kes (9.3%) berbanding dengan minggu sebelumnya iaitu 2,196 kes. Dari Januari hingga 22 November 2014, kumulatif kes Denggi yang dilaporkan di seluruh negara adalah 93,402 kes, meningkat 172% (59,014 kes) berbanding dengan hanya 34,388 kes yang dilaporkan bagi tempoh yang sama pada tahun 2013. Boleh baca lebih detail kat [SINI]

Nampak tak, kes denggi bukan semakin menurun, tapi semakin meningkat saban tahun. Apa kaitan denggi dengan buglock gelang penghalau nyamuk ni? Haaaa…ni nak berkongsi kisah saya dan anak² yang menggunakan gelang bugslock dan ternyata Bungslock  ni merupakan antara produk anti-nyamuk yang berkesan buat saya dan anak². Kenapa? Sebab saya dan mencubanyanya sendiri.

Posing dengan gelang Bugslock sebelum tidur

Saya menggunakan gelang Bugslock waktu malam ketika anak² hendak tidur. Sebelum tidur memang saya akan sembur dulu ruang tamu dan juga bilik anak² dengan penyembur nyamuk dengan harapan tiada lagi nyamuk yang datang. Tapi berapa lama jer tahan nya kan. Tak lama lepas tu akan kedengaran bunyi nyamuk merayap² kat telinga ni. Siapa yang tak risau kan. Seperti yang saya nyatakan [DISINI] kenapa saya memerlukan gelang Bugslock.

Tapi sejak pakai gelang Bugslock penghalau nyamuk  ni, saya dah jumpa cara mengusir nyamuk yang berkesan dan serasi buat kami sekeluarga tanpa perlu semburan nyamuk lagi. Memang macam tak der dengar bunyi nyamuk plak. Lena anak² tidur. Tak der nak menggaru² macam sebelum ni. Walaupon baunya agak kuat, tapi ianya wangi dan bau yang 100% datangnya dari bahan semulajadi iaitu citronella oil @ Serai Wangi. Mana lagi bagus? Bau semburan nyamuk yang beracun atau bau Serai wangi yang 100% nya semulajadi? Dah tentu serai wangi yang memancarkan aroma dan membuatkan serangga tak tahan dengan baunya kan. Komen anak saya Iman Hakimi ‘Ibu…kita rasa dah tak kena gigit nyamuk lagi lah pakai gelang ni. Best lah ibu’.

Posing dengan gelang Bugslock kat Taman Permainan

Haaaa…tak perlu susah² nak pakai semburan nyamuk yang baunya sangatlah kuat menusuk hidung. Hanya pakai gelang penghalau nyamuk bugslock jer untuk elak kena gigitan nyamuk. Bugslock bukan saja boleh di gunakan di dalam rumah. Malah boleh digunakan semasa berkebun, makan angin dan juga aktivit² luar yang lain. Macam kat playground ni. Jangan tak tau. Saya pon try pakai kat office jugak.


#makbanyakanak posing dengan gelang Bugslock. Kat office ni banyak nyamuk tau. Dari umah sampai ke office di ikutnya #makbanyakanak ni…hehehe…gurau jer. Kawan office ni memang akan sembur dengan penyembur nyamuk yangg tengit baunya tu sebelum mula kan kerja. Bau satu office. Pening rasa kepala. 

Tapi kan, rasa macam magic plak bila pakai gelang Bugslock ni. Dah tak menggaru² dan tak perlu bertepuk tampar lagi. Tak de kelibat nyamuk. Even bau kuat satu office. Tapi baunya wangi semulajadi serai wangi. Memang dah pesan ngan member office ni soh beli gelang Bugslock.

Nak tau tak, kesan semburan nyamuk/serangga ni agak merbahaya buat sesiapa yang mengidap Asma Pesakit asma yang terhidu racun ini boleh mengalami lelah serta merta. Jika kerap kali terhidu racun ini boleh menyebabkan saluran atas pernafasan gatal-gatal, radang kerongkong, rinitis dan berlaku gerakbalas hipersensitiviti. Boleh baca kat [SINI]

Kesimpulannya…kalau tak cuba, kita tak tau keberkesanannya kan. Bugslock gelang penghalau nyamuk bugslock memang merupakan produk anti-nyamuk yang berkesan dan menggunakan 100% bahan semulajadi penting. Tak susah nak menghalau nyamuk ni, hanya pakai gelang bugslock di pergelangan tangan atau di pergelangan kaki merupakan cara mengusir nyamuk dari mendekati kita. Kalau nak elak kena gigitan nyamuk ni, pakailah gelang Bugslock setiap hari. 

Tapi perlu di ingat juga, Faktor persekitaran memainkan peranan penting dalam penularan wabak denggi. Pastikan tiada air yang bertakung terutama di dalam besen air, pasu bunga, bekas plastik dan juga tong² kosong. 

Oh! Ya. Lepas dah pakai gelang Bugslock ni, boleh simpan kembali dalam pek asal sebab ianya jenis plastik yang ber zip. Dan bertahan sehingga 240 jam.

Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk yang ORIGINAL dari Korea
boleh dibeli secara online di :- 





Giveaway Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk Di Mialiana.com ini dianjurkan oleh blogger Mia Liana dan ditaja sepenuhnya oleh Malaysia Bugslock - Syarikat X Cube Enterprise. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...