UNIQLO | Shopping Yang Menyeronokkan Untuk IBU dan ANAK!!!

Friday, April 18, 2014


Ada yang masih tak kenal atau tak pernah dengar lagi tentang produk UNIQLO? Tipu lah kalau tak tau kan. Kalau ada yang tak tau tu, meh nak citer sikit serba sedikit pasal UNIQLO ni.

UNIQLO is a brand of Fast Retailing Co., Ltd. di mana ianya merupakan syarikat runcit Jepun yang terkemuka yang mengeluarkan, mereka bentuk dan menjual pakaian di bawah 7 jenama utama. Antaranya Comptoir des Cotonniers, GU, Helmut Lang, J Brand, Princesse tam.tam, Theory dan juga UNIQLO. Ia juga menitik beratkan pakaian yang berkualiti tinggi, sangat selesa untuk dipakai, reka bentuk yang bersesuaian dan tawaran harga yang hebat.


Antara koleksi² pakaian yang terdapat di UNIQLO. Ada untuk Wanita dan juga Lelaki. Dari gaya santai, ranggi dan juga kasual. Baju² untuk ke pejabat juga sangat lah cantik.


Bukan itu jer tau, UNIQLO juga baru melancarkan koleksi pakaian untuk kanak² dan juga bayi. Design nya sangatlah menarik. Antaranya koleksi UT = UNIQLO T-SHIRTS untuk kanak² ni yang memaparkan 30 tema. Antaranya Disney PIXAR, Hot Wheels, Disney Project Dan macam² lagi lah. 

Baby (Thanks LIZ)

Girls (Thanks LIZ)

Kids

Cantik, menarik, terbaik dan tertarik kan. Kalau nak tau, UNIQLO stores untuk Kids ada 13 cawangan kat Malaysia ni. Tapi untuk LifeWear Kids and Baby ni hanya ada 4 stores. Dan yang baru di lancarkan baru² ni adalah di cawangan Sunway Piramid dan juga Alamanda Shopping Centre.

Dengan murah hati aku tepek cawangan² UNIQLO yerp.

Ok...tak nak bebel panjang² lagi. Apa yang aku boleh cakap. Baju² kat UNIQLO ni memang best. Kain yang berkualiti tinggi sebab tengok Qhalif pakai pon rasa selesa. Untuk pengetahuan uols, sempena pelancaran koleksi terbaru untuk Kids/Baby ni, UNIQLO telah mengadakan aktiviti untuk anda dan keluarga iaitu 'PHOTOBOOTH' secara percuma di empat cawangan UNIQLO yagn terpilih: 

Date: 12 - 13 April 2014 (Sat and Sun)
Store: Fahrenheit 88 and 1Utama

Date: 19 - 20 April 2014 (Sat and Sun)
Store: Mid Valley and KL Sogo

Caranya mudah sahaja uols. Hanya perlu membeli koleksi pakaian Kids/Baby di UNIQLO. Tak kisah lah nak beli banyak mana pon. Tapi setiap pelanggan berhak mendapat satu sesi PHOTOBOOTH dengan menyertakan resit pembelian. Dan tunggu sampai gambar siap.

Ruang untuk ber PHOTOBOOTH (Thanks LIZ)

Bergambar lah uols ngan anak memasing mengikut gaya bebas yerp. Jangan buat gaya ghairah plak...hahaha...Props semua di sediakan. Pilih lah nak yang mana. Macam² ada. 


Frame gambar pon boleh pilih nak design apa. Cute kan. Gambar memang cantik.


Cantik macam ni. Comel tak kami...hehehe...Mak jer yang hover posing. Anak muka selamba jer. Tu pon puas memujuk sebab budak nig tengah bad mood.

Thanks FB Uniqlo

Tadaaaaaa...muka gembira sebab gambar photobooth dah siap. Dapat buat sekeping jewr. Kalau boleh nak berkeping². Tapi apakan daya. Anaknda tercinta dah mengamuk.

Ok uols. Dah baca kisah iols yang happy go lucky shopping kat UNIQLO khenn. Kesimpulannya, We had joy...we had fun at UNIQLO walaupon aku rasa macam nak fengsan sebab uruskan Iman Qhalif secara solo. Tapi puas hati sebab dapat shopping baju anak². Ko tengok ni, gambar pompuan yang hover dan rambang mata posing ngan baju anak ☺

Thanks FB Uniqlo

Yang tengah nak cari baju raya untuk anak² tu, elok sangat lah terjah UNIQLO minggu ni yerp. Pergi kat cawangan Mid Valley atau pon KL Sogo. Bley shopping sambil ber Photobooth secara percuma. Jangan gi tempat lain plak tau.

Untuk maklumat lanjut. Boleh layari website Facebook UNIQLO Malaysia di https://www.facebook.com/uniqlo.my 

Note: Phewwwww...habis jugak tugasanku. Ehemmmmm...ehemmmm...muka iols masuk FB UNIQLO. Nak vangga jap...ekekeke...





You Might Also Like

37 komen

  1. wahh.. jadik model uniqlo ke nih? tak penah lagi masuk uniqlo ni. slalu tgk dr luar je.

    ReplyDelete
  2. lantak lah klu nak gelak ... first time dgr ... hehehee

    ReplyDelete
  3. fiza, harga nya cemana?
    mcm mothercare ke?
    sori, xpenah soping kat uniqlo huhu

    ReplyDelete
  4. Saya selalu juga ke uniqlo ni dekat sangat ngan opis..suka kemeja n tshirtnyer cantik sangat...

    ReplyDelete
  5. ko dpt jemputan ke babe? best ar..
    mmg kannn kalau mak2 dah sampai kods dept mmg akan jd rambang mata.. silap2 habis duit kt situ je.. comel lah gmbr korang.. kalau kesempatan aku pn nk try jg lah nnt on that date..

    ReplyDelete
  6. Wahh menarik juga ni ye Fiza... thanks sharing.. :)

    ReplyDelete
  7. muka ada masuk FB uniqlo ye..glamer lepas ni

    ReplyDelete
  8. dok berhajat nak soping kat sogo jugak ni..
    nanti boleh la menyinggah situ..

    ReplyDelete
  9. wow bestnya.. nak terjah jugaklah.. :)

    ReplyDelete
  10. uniqlo brand jepun yg top..harga kat jepun dikira murahan je.. sampai kat malaysia tengok harga agak pengsan la.. tapi kami mmg suka brand uniqlo.. hehe

    ReplyDelete
  11. ya ampun bestnya gambor segala ni..tak pernah lagi shoping baju anak di uniqlo..

    ReplyDelete
  12. Suka sangat Uniqlo. Murah kan.. Haritu kat Tokyo pun cari Uniqlo jugak nak beli sweater baby kita hehe

    ReplyDelete
  13. syoknya..
    pi usha2 je la, boleh.hihi

    ReplyDelete
  14. seronoknya fiza, setel hal baju raya anak2 :)

    ReplyDelete
  15. amboi murah rezeki Fiza yer,,. done nuffnang dah !

    ReplyDelete
  16. Wah...syok jugak ye...siap bley bergambar bagai...

    ReplyDelete
  17. wah sudah bershopping sakan ibu n anak ya...bagus shopping lbh awal nanti xsibuk sgt.

    ReplyDelete
  18. Segak aih ibu ngn anak.. cantik2 jugak koleksi baju budak Uniqlo yer akak.. nnti nk try tgk kt outlet Penang ada x.. =D

    ReplyDelete
  19. salam k.fiza..

    seronoknyeee....
    alhamdulillah..murah rezeki dlm berblog.. ^^

    comeyyyyy

    ReplyDelete
  20. wahh bestnya shopping, terapi minda paling mujarab ni fiza ;)

    ReplyDelete
  21. ada tgk kat Queensbay...haha oket yg kembung boleh jadi kempis kalau kesana..

    ReplyDelete
  22. bab membeli memeh ceria beli bju baru katakan heee

    ReplyDelete
  23. First time dengar brand UNIQLO. Boleh suggest kan ke kawan-kawan yang ada baby ni.. Nice info sis :)

    ReplyDelete
  24. Malu sangat kan? mmg KN tak pernah pun dengar brand ni! huhu

    ReplyDelete
  25. kalau bab soping barang anak nie. mak pak mesti rambang mata kihkihkih

    ReplyDelete
  26. husband akak sgt la minat shopping ka uniqlo ni.... kadang smpi berjam2...huhuh

    ReplyDelete
  27. x penah dgr pon kak..hihi

    salam ukhwah...lama x singgah..sebuk dan malas... :D

    ReplyDelete
  28. dah terlepas tarikhnya...kat Mines ada tak?

    ReplyDelete
  29. amboi jadi duta uniqlo ler pulok... dah shopping baju rayakerni... akakni belum lagi sempatnyer... nak ke uniqlo tempatnyer suami akak tak berapa nak berkenan lak...

    ReplyDelete
  30. ehem..ehem... harga dia mcmn? Mahal ke tidok? Bestnya shopping. Kalo ada kat nu sentral harus le takleh dibiarkan, tp takde plak.

    ReplyDelete
  31. wah menarik la Fiza..tq bagi info ya

    ReplyDelete
  32. aida x pernah shopping di uniqlo. time kursus kat mines hotel, penceramah tu inform gi la uniqlo, tiap hari ada offer. tapi tak gi sebab kelas sampai mlm!!! ari tu gi klcc, nampak la uniqlo ni... tak masuk! sebab penat berpetrosains dan beraquaria dgn anak-anak... duit da abis ha ha ha...

    ReplyDelete
  33. mmg vangga la kan. hihihi
    menarik je brand ni

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive