Memang gandingan yang mantop. 1st time makan
lempeng kelapa pak burn 2 minggu lepas kat Bandar Tasik Selatan. Sedap lah
pulok wei. Selalu makan lempeng biasa jer. Apalagi….terus godek resepi. Senang
jer rupanya. Misi mencari bahan². Ada jer halangannya. Hujan lebat…ikan bilis
habis. Gi kedai lagi satu pon nan hado jugak ikan bilis. Gi pasar malam lupa
plak nak beli…ppffttt…
Balik hari jumaat singgah kedai lagi. Alhamdulillah…ada suma
bahan². Jadinya…weekend kita buat projek lempeng kelapa bersama sambal rumis
ikan bilis. Pepagi dah masak sambal tumis. Petaang tu baru buat lempeng kelapa.
Ini lah hasilnya:
Lempeng Kelapa cicah Sambal Tumis Ikan Bilis lawan dengan
kopi-o. Minum petang dalam cuaca hujan dan sejuk...perrgghhhh...nikmat tak
terkata. Tapi Lempeng kelapa tu agak sedikit tebal. Mungkin aku nyer bancuhan
tak berapa cair. Tu yang jadi macam tu. Tak per…practise make perfect kan. Next
time nak buat lagi.
Meh salin resepi nih:
Bahan²
11/2 cawan
tepung gandum
1 cawan
kelapa parut putih
1 camca the baking
powder
Garam
Cara² Membuatnya
1) Bancuh
tepung, baking powder, kelapa parut dan gaul rata bersama air yang di bancuh
dengan garam hingga sebati.
2) Panaskan non-stick
pan. Lencer dengan sedikit minyak dan
cedok bancuhan lempeng tadi ke dalam pan dan ratakan dengan senduk.
Masak dengan api yang sederhana.
3) Dah masak apalagi...bedal lah dengan sambal. kuah kari dan yang sewaktu dengan nya...hehehe...
Pastu tengah² makan teringat plak Ubi Kayu. Sedap jugak kalau dapat ubi kayu cicah sambal ikan bilis kan. Pastu ada leftover kelapa. Bestnya kalau dapat ubi kayu cicah kelapa dan gula. Haishhhhh...makan jer kerja #makbanyakanak ni wei. Rasa macam nak cari ubi kayu plak lah ☺
Note: Leftover kelapa tu aku buat kuih. Tunggu next resepi yerp.