Terdapat dua jenis takdir yang kita sedia maklum iaitu QADA' dan QADAR. Tapi jelas ker kita dengan maksud QADA' dan QADAR ni? Meh nak kongsikan supaya uols jelas dengan maksudnya.
QADA' dan QADAR
Takdir Qada' (kehendak Allah) boleh diubah melalui berdoa, melakukan amalan soleh, ataupun berusaha.
Contoh Takdir Qada' adalah berkenaan dengan rezeki (duit), jodoh (perkahwinan - pemilihan, kebahagiaan), tarikh kita mati (sama ada panjang ataupun pendek, itu sebab ada doa supaya memohon panjang umur dan sebagainya, menyambung silaturahim.
Takdir Qadar adalah berkenaan ketentuan Allah (tidak boleh diubah sampai bila-bila)
Contoh Takdir Qadar adalah mati, (setiap yang hidup pasti akan mati), jantina (kita boleh ubah, tetapi itu dilaknat, tetapi ianya hanya usaha yang palsu dan tidak berhasil secara sempurnanya), Setiap orang yang panjang umur pasti menjadi tua (tidak boleh ubah yang sudah tua hendak jadi muda).
Kedua-dua jenis Takdir ini perlu diketahui dengan jelas, supaya seseorang itu tidak menyalahkan takdir, apabila pendapatannya sedikit, ataupun jodohnya tidak panjang, kerana perkara seperti ini termasuk di dalam Qada' Allah iaitu Takdir yang kita boleh ubah dengan mengamalkan 3 kaedah mengubahnya termasuk berdoa.
Malam Lailatur Qadar itu adalah masa yang antara terbaik bagi mendoakan supaya Qada' kita berubah dari yang baik kepada lebih baik. Sekiranya sekarang kurang baik, supaya menjadi baik.
Sumber: FB Shamsuddin Kadir
Sumber: FB Shamsuddin Kadir
So...dah jelas kan apa maksudnya. Jangan sedap mulut jer nak cakap "owh...dah takdir aku hidup miskin"..."owh...dah ditakdirkan jodoh aku dengan si dia"...bla,,bla...bla.... Pada hal kita boleh jer ubah nasib kita. Pokok pangkal nya diri sendiri....NAK atau TAK NAK. SANGGUP atau TAK RANGGUP.
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum (bangsa) melainkan kaum itu sendiri mengubah nasibnya” - Ar-Ra’d : 11
Tersenyumlah ketika kita kehilangan sesuatu kerana ALLAH telah menyediakan yg terbaik untuk kita
Tersenyumlah ketika kita bersedih kerana ALLAH akan menghilangkan kesedihan kita kepada kebahagiaan
Tersenyumlah ketika kita disakiti kerana ALLAH akan mengubah kesakitan kepada ketenangan
Tersenyumlah dan terus tersenyum kerana pertolongan ALLAH sudah hampir
Note: Wanita yang kuat/tabah adalah wanita yang mampu tersenyum di waktu pagi seperti dia tidak menangis semalam.
Extra Note: People will forget what you said, people will forget what you did, but people will never forget HOW YOU MADE THEM FEEL