Baju Muslimah Kanak-kanak
Showing posts with label Accident. Show all posts
Showing posts with label Accident. Show all posts

Accident pagi tadi. Walau kita dah berhati². Tapi malang tak berbau. Kalau nak kena tu, kena jugak. Alhamdulillah...tak teruk sangat. T...

Tragedi JUNE!!!


Accident pagi tadi. Walau kita dah berhati². Tapi malang tak berbau. Kalau nak kena tu, kena jugak. Alhamdulillah...tak teruk sangat. Tapi hati aku yang teruk dan remuk. Lampu belakang tu retak menanti pecah. Tapi sikit jer. Nampak jugak crack kat area lampu yang nak pecah tu. Pastu calar balar sket kat bumper. Nasib tak kemek.

Menggigil jangan cakap lah. Ketar² satu badan. Tragedi [accident 3 tahun lepas] pon tak habis lagi. Serious....aku fobia dengar bunyi dentuman ni. Agak kuat jugak lah bunyi nya pagi tadi. Kisahnya.

Kejadian berlaku kat kawasan apartment aku ni jer. Masa nak hantar Qhalif gi nursery. Nak keluar parking. Ada teksi waja parking kat parking lot tu. Masa nak reverse...aku tengok teksi tu memang tak der tanda² nak bergerak. Aku pon reverse lah keta. Tengah reverse tak lama tu teksi ni pon reverse jugak. Erkkkkk...Tak kan lah teksi ni tak nampak keta aku yang tengah reverse nih????

Ko tak pandang cermin pandang belakang ker teksi??? Aku dah nampak teksi ni reverse, cepat² lah tekan break dengan hon. Tapi tak sempat sebab teksi ni dah reverse laju sangat. Maka berdentum lah bunyinya. Vontot keta saga bertembung dengan vontot keta waja. 

Yang aku sakit hati, boleh dia cakap aku reverse laju sangat sampai tak nampak dia pon nak reverse jugak. Phuiiiiii...Takkan lah aku ni bodoh sangat nak reverse keta masa ko pon tengah reverse keta. Mentang² aku lady driver. Suka suki ko nak cakap salah aku. Nak cover balik, boleh plak cakap sama² salah sebab sama² nak reverse. Boleh pusing² plak statement. WTFish. 

Pak gurad plak cakap. Teksi tu dari masuk apartment tu dah nampak kelam kabut. Kelam kabut memandu atau kelam kabut masuk parking, aku tak sure. Tapi memang driver teksi ni nampak kelam kabut. Nak amik customer tapi salah rumah...ppfftttt...

Malas citer panjang, amik no HP memasing. Aku serah kat en. somi jer uruskan. Lebih senang lelaki dengan lelaki. En. somi cakap kalau accident macam ni memang tak tau sapa yang salah. Nak minta ganti rugi pon susah sebab situasinya masing² nak reverse keta. So...redha jer lah.

Memang rasa tak puas hati jugak lah. Sebab aku yakin BUKAN SALAH AKU. Bukan tak nak mengaku salah. Memang AKU TAK SALAH.

Note: Spoil mood harini :-(


Salam semua. Kejap jer dah masuk bulan september kan. Apa yang menarik bukan sepetmber ni yer? Hhmmmmmm...birthday anak dara ku itu. Owh......

SAGA sepet sebelah


Salam semua. Kejap jer dah masuk bulan september kan. Apa yang menarik bukan sepetmber ni yer? Hhmmmmmm...birthday anak dara ku itu. Owh...nak masuk 2 tahun dah umur kamu yer nak.


Ok...berbalik kepada tajuk. SAGA sepet sebelah...keta SAGA yg accident aritu lah. Si dia cakap dah macam SAGA mata sepet. Bila di ingat² kan balik...memang sedih tak hingat lah kan. Tapi benda dah nak jadi, let bygones be bygones sudah.

Semalam hari cuti berjemaah. Sebabnya nak hantar SAGA sepet tu ke bengkel. Nak touch up balik kasi cun. Heboh bebudak kat office nih bertanya...kenapa, bila, bagaimana...bla..bla...SAGA sepet jadi perhatian uols. Pergi beraya pon orang dok bertanya. Malu mak uols sebab mak yang menyebabkan keta SAGA tu jadi macam tu.


Dari tengah hari sampailah petang, SAGA sepet sebelah dah tak sepet lagi. Tapi mata mak yang sepet uols bila nengok baki account dah susut. Owh my money. Duit terbang dengan pelbagai gaya bebas...bak kata pn.amirah kita *pinjam ayat ko yer nok*. Lepas tu kan, kesan ketuk tu masih belum di cat lagi. Tak der lah banyak sangat. Buat step by step. Tapi tak per...duit boleh di cari kan. Alhamdulillah...duit hasil blogging pon dah on the way. Boleh cover sikit². Gaji pon lambat lagi nih...alahaiiiii...Nampak gaya nya ada yang kena bawak bekal gi office nih...muahahaha...

Tapi kan, rasa fobia tu masih ada lagi lah. Mudah sangat terkejut bila ada keta berdesup laju kat sebelah. Hi! lah fobia...pegilah kau jauh².

Note: Sedap mata memandang bila keta dah ok...tak kemek lagi. Kalau tak tu, tak sanggup nak pandang.




Kemek...sedihnya nengok :-( Setiap apa yang berlaku, pasti ada hikmah disebaliknya kan. Alhamdulillah...saya bersyukur kerana masih diberi...

Dugaan lagi...ACCIDENT Petang semalam


Kemek...sedihnya nengok :-(

Setiap apa yang berlaku, pasti ada hikmah disebaliknya kan. Alhamdulillah...saya bersyukur kerana masih diberi peluang bernafas dimuka bumi ini. Semuanya berlaku dengan pantas. Saya pon tak dapat nak describe macam mana bley terjadinya accident tu.

Kejadian berlaku dekat tol Sungai Ramal. Masa tu on the way nak amik anak². Sebelum tu dah rasa macam tak sedap hati. Ntahlah kenapa. Tak lama lepas tu, masa nak sampai tol tu...'kebabom'...saya dah langgar kereta MYVi depan. On the spot saya tersedar. Kalimah Allah memang tak lekang dari mulut. Perasaan saya masa tu...hanya DIA jer yang tahu. Berdebar²...badan menggigil/menggeletar. Ya! allah...apa aku dah buat ni? Tetiba jadi blank.

Myvi yang cedera

Berhenti kat tepi jalan. Settle apa yang patut. Owner MYVi tu pon ok. Tak der lah nak melenting ker apa kan. Berkali² aku minta maaf. 1st time accident sepanjang saya memandu nih. Rasa seriau nak memandu pon ada ni. Malam tu, si dia jumpa owner tu sebab nak hantar keta dia gi bengkel.

Apa² pon saya bersyukur sangat² sebab masa kejadian tu anak² tak der dalam kereta. Alhamdulillah, saya, owner MYVi dan isteri tak cedera. Rupanya wife dia tengah pregnant 2 bulan. Ya! allah...pasti saya akan rasa bersalah kalau terjadi apa² kat kandungan dia. Alhamdulillah juga, even keta kemek, tapi masih bley berjalan lagi.

Peringatan buat diri sendiri dan kawan² diluar sana. Berhati² dijalan raya. Tak boleh nak jalan jauh lah raya nanti. Nak hantar bengkel macam tak sempalt pulak. Iyerlah...orang sibuk nak raya kan. Kelam kabut plak nanti. Kang hasil tak memuaskan. Si dia cakap nak hantar lepas raya. Hantar kat bengkel kawan dia. Ada gak org bengkel datang masa accident semalam. Biasalah...org² macam ni, klo ada accident cepat jer dorang dapat tahu. Katanya sebelum raya boleh siap. Kos plak dalam RM800.00. Tu belum campur kos untuk kereta MYVi lagi. Hurmmmmm...

Duit boleh dicari, tapi nyawa...tiada galang gantinya. Mungkin ini ujian dan dugaan dariNYA.

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

Note: Rasa sedih nak sambut raya. Hilang segala mood. Gone with the wind.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...