Antara moment indah bagi seorang ibu, bila anak dia dah pandai meniarap, mengesot, duduk, merangkak, bertatih sampailah bila anak dia dah b...

Yeayyyy... Saya Dah Boleh Berjalan!!

/
0 Comments
Antara moment indah bagi seorang ibu, bila anak dia dah pandai meniarap, mengesot, duduk, merangkak, bertatih sampailah bila anak dia dah boleh berjalan. Yeayyyy... Saya Dah Boleh Berjalan. Umur 16 Bulan @ 1 Tahun 4 Bulan baru anak kau boleh berjalan. Bagi sesetengah orang, usia macam ni di kira lewat sangat berjalan sebab secara amnya kanak-kanak mula berjalan seawal usia sembilan bulan. Risau ker bila anak lambat berjalan? Atau cemburu tengok anak orang lain yang sebaya dengan anak kau dah boleh berjalan tapi anak kau masih bertatih?


Sikit pon tak risau sebenarnya. Cemburu apatah lagi. Cuma aku risau dengan persepsi sesetengah orang yang akan terkejut bila kau bagitau anak kau masih belum boleh berjalan even umur dia dah setahun lebih. Tak dinafikan, mungkin ada juga parents yang risau bila anak dia lambat berjalan. Lebih-lebih lagi bila tengok IG @theyusufiskandar yang boleh dikatakan development nya agak cepat. Mulalah ada yang komen 'cepatnya jalan. Anak saya tak jalan lagi'... 'umur anak kita sebaya. Tapi anak saya masih belum boleh berjalan'... 'Bestnya dah boleh jalan. Tak sabar nak tunggu anak saya berjalan'... Gittew lah contohnya. Rajin betul kau baca komen kan... Kahkahkah...

Korang kena ingat, development setiap anak-anak kita ni berlainan. Ada yang cepat development nya dan ada yang lambat. Chill lah babe. Cuma korang patut dan perlu risau kalau anak masih tidak dapat berjalan atau tidak berjalan dengan betul selepas 18 bulan. Yang ni memang kena cepat-cepat rujuk dengan doctor pakar. Kelewatan anak berjalan perlu diambil serius oleh parents agar perkembangan mereka tidak lewat dan membantutkan keseluruhan perkembangan otot-otot lain yang dibimbangkan membawa kepada masalah yang lebih buruk.


Bahaya Ker Anak Lambat Berjalan?


Bagi aku, kalau dah anak ada masalah lambat berjalan tu, mesti ada something wrong somewhere. Menurut Ketua Pusat Perkembangan Kanak-kanak Hospital Canselor Tuanku Muhriz Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Juriza Ismail, punca kelewatan berjalan berkaitan dengan masalah otot, tulang dan saraf dan otak. Ini juga merupakan tanda kepada masalah seperti sindrom Down, serebral palsy, distrofi otot, congenital hip dysplasia serta penyakit-penyakit lain.

Kelewatan berjalan juga boleh merupakan sebahagian dari kelewatan perkembangan global (GDD) di mana kanak-kanak itu mengalami kelewatan perkembangan dalam dua atau lebih bidang perkembangan seperti kelewatan perkembangan motor halus, pendengaran, pertuturan dan kemahiran sosial. Ini disebabkan oleh masalah perkembangan otak, masalah kecelaruan genetik dan masalah inborn error of metabolism.

Seperti yang kita sedia maklum, proses perkembangan motor kasar kanak-kanak adalah menurut urutan yang tertentu. Pada usia enam mereka mampu untuk meniarap, kemudian duduk, merangkak dan seterusnya cuba berpaut untuk berdiri apabila mencecah usia sembilan bulan. Pada usia sepuluh bulan dan ke atas, bayi akan mula bertatih dengan berpaut kepada orang dewasa atau perabot di sekelilingnya. 

Pada usia itu, kita sebagai parents perlu memberi rangsangan kepada anak untuk berjalan dengan kaedah memimpin anak tersebut, bermula dengan memimpin kedua-dua belah tangan dan kemudian memimpin sebelah tangan. Anak akan berjalan dengan sendirinya apabila mereka mempunyai keyakinan dan keseimbangan, jadi parents perlu peka dengan kebolehan anak melalui pemerhatian ketika anak mula berjalan.

Sumber: [SINI]

Tengok lah ni. Saya dah boleh berjalan ☺


Sejujurnya... Pengalaman anak pertama yang lambat berjalan memang amat merisaukan. Bukan aku jer yang risau. Orang sekelilling pon risau. Mana tak risau, umur dah 17 bulan masih belum berjalan. Siap bagi petua suruh bawak anak berjalan atas rumput. Bagi anak pijak embun lah. Mak siap suruh bawah pergi berubat. Bawaklah pergi berubat. Orang tu siap cakap kena kenan. Entah kenan apa pon aku tak tahu. Siap mandi air bunga bagai. Risau punya pasal kan. Yang aku pulak tak reti nak search dekat internet. Maklumlah... anak sulung kan. Ilmu parenting masih kurang. Hurmmm... Tak lama lepas tu dah boleh berjalan. 

Itulah dia pengalaman masa anak pertama. Masuk anak kedua dan seterusnya. Aku dah tak risau lagi dah kalau anak-anak lambat berjalan. Sebab dah banyak info yang aku dapat. Dah tak kisah kalau orang bertanya pasal anak dah boleh jalan ke belum sebab aku dah ada jawapan nak menjawab. Kesimpulannya... Development anak sama ada cepat atau lambat. Sebab tu kita kena rajin membaca. Cari info kalau tak tahu.

Note: Iman Harraz ni dapat package berjalan dengan memanjat sekali ☺




You may also like

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...