Baju Muslimah Kanak-kanak

Semalam ibu saya lupa nak update pasal saya. Ibu sibuk lettew kan. Selalu tiap-tiap bulan mesti update. Tak per... Harini saya ganti te...


Semalam ibu saya lupa nak update pasal saya. Ibu sibuk lettew kan. Selalu tiap-tiap bulan mesti update. Tak per... Harini saya ganti tempat ibu. Semalam 29 September 2016 genap usia saya 7 bulan. Cepat betul saya membesar kan. Masih belum tumbuh gigi lagi. Tapi gusi saya dah start gatal sebab saya rasa asyik nak menggigit jer. 

Alhamdulillah... Saya membesar dengan sihat. Cuma ada batuk-batuk sikit. Ibu pon risau tu bila saya dah start batuk. Rajin ibu buat garlic steam. Hobi saya macam biasa... Kuat menyusu. Sejak dah mula makan makanan pejal ni, makin kuat saya makan. Rajin ibu saya buatkan bubur dan puree. Ibu kata kalau boleh dia tak nak bagi saya nestum. Ibu nak masak sendiri untuk saya. Doa kan ibu saya terus istiqamah menyediakan makanan untuk saya yerp.

Diusia 7 bulan ni saya dah pandai berguling-guling. Sampai masuk bawah katil. Kalau berguling-guling atas katil boleh jatuh saya dibuatnya. Sebab tu ibu tak tidurkan saya atas katil. Saya pon dalam proses nak merangkak. Kalau orang lain merangkak maju ke depan. Saya pula merangkak maju ke belakang. Tapi saya masih tak pandai lagi nak angkat punggung. Punggung berat kot... hehehe...

Saya pon dah pandai mengutip. Ibu kena bagi extra attention kat saya. Ibu pon dah bagi amaran dekat abang-abang denga kakak saya supaya berhati-hati ketika bermain. Barang-barang kecil jangan sepah-sepahkan kat lantai. Takut nanti saya kutip dan masuk dalam mulut. Haritu ibu terkejut bila saya pegang duit syiling. Nasib saya tak masukkan dalam mulut. Apa lagi... bising lah ibu kat abang-abang dengan kakak saya. 

Oh! Ya... saya juga suka membebel. Dan saya dah boleh sebut perkataan 'Bah'. Merujuk kepada 'Abah'. Tu yang buat ibu saya sentap. Sekian kisah saya diusia 7 bulan. Doakan saya membesar sebagai anak yang sihat yerp. 

Note: Saya tak sabar nak tunggu ibu balik amik saya ☺


Atau dalam Bahasa Melayunya 'Menyekat Panggilan Telefon Dari Nombor Yang Tak Dikenali' . Nak letak tajuk ni panjang sangat pulak. D...

Atau dalam Bahasa Melayunya 'Menyekat Panggilan Telefon Dari Nombor Yang Tak Dikenali'. Nak letak tajuk ni panjang sangat pulak. Demi nak memendekkannya, kita letak tajuk in English tapi isi kandungannya dalam Bahasa Melayu yerp. Bagi yang dah tahu pasal Aplikasi ni, baguslah sebab korang sangat advanced dari aku yang baru tau kewujudan aplikasi CM Security nih.


Apa function CM Security ni? Ada banyak sebenarnya. Korang baca jer lah detail aplikasinya kat [SINI]. Tapi yang paling menarik perhatian aku ialah, aplikasi ni boleh menyekat panggilan dari nombor-nombor yang tak dikenali. Terutama call yang terdiri dari penjual-penjual insurans yang kau sendiri tak tau dari mana diorang dapat nombor telefon kau ni.


Kalau kau selalu diganggu oleh orang yang tak dikenali yang selalu telefon tak kira masa, aplikasi ni juga sesuai sebab ia boleh mengelakkan gangguan dengan menyekat panggilan telefon yang tidak diingini tu. Teringat kisah 2 tahun lepas bila [Nombor HP Di jaja untuk Khidmat Seks!!!] sampai aku fobia nak angkat telefon.


Function lain yang aku suka dalam aplikasi CM Security ni ialah boleh apply lock untuk  laman social yang ada dalam telefon macam IG, Facebook, Email atau picture dari dibuka oleh orang yang tak dikenali atau dibuat main oleh anak-anak. Iyerlah… anak-anak kan suka main handphone. Bila dorang terbukak whatapps, ntah siapa-siapa dibaginya message. Lagi haru kalau terbagi gambar kan. Buatnya ada gambar yang terdedah auratnya. Tak ker malu.


Macam mana fungsinya? Haaaa… korang boleh select apps apa yang nak di lock tu. Contohnya FB. Setiap kali nak bukak FB, ko kena masukkan password baru kau boleh bukak FB tu. Selalunya function ni kita boleh setting kalau kita nak bukak telefon kan. Dengan aplikasi dari CM Security ni korang boleh setting lock untuk apps apa yang korang suka. Boleh lock Play Store dan Youtube untuk mengelakkan anak-anak daripada membeli aplikasi, permainan dan menonton video yang tidak diingini.

Aplikasi ni hanya untuk pengguna Android sahaja. Harap maklum. Ok... Sila download sekarang sebelum ejen insurance call... ngeee...


Note: Macam-macam aplikasi skang ni. Sampai tak tau nak download yang mana kan.





Ada budak tu dapat Anugerah. Anugerah Pengamal Gaya Hidup Sihat. Sejak bila dia amalkan gaya hidup sihat pon ibu dia ni tak tahu. Balik d...

Ada budak tu dapat Anugerah. Anugerah Pengamal Gaya Hidup Sihat. Sejak bila dia amalkan gaya hidup sihat pon ibu dia ni tak tahu. Balik dari sekolah bukan main gembiranya Iman Hakimi bagitau aku yang dia dapat hadiah. Haaaa…. Hadiah apa? Terus dia tunjuk medal dia nih. Wahhhh… Rasa berbunga² dan excited ibu dia nih nengok. Aku pon tanya lah macam mana boleh dapat anugerah nih? Tau apa jawapan dia… 'Entahlah ibu. Kita pon tak tau macam mana boleh dapat. Kita dapat jawab semua soalan yang cikgu bagi'.


Aku pon tak tahu macam mana pemilihan cikgu untuk Anugerah Gaya Hidup Sihat ni. Cara pemakanan ker? Cara gaya hidup kat sekolah ker? Cara pembawakan diri kat sekolah ker  Atau ada kuiz untuk kempen gaya hidup sihat ni. Nak kena tanya cikgu gamaknya… muahahaha… Apa pon pemilihannya, ibu ucapkan Tahniah Iman Hakimi. Ibu tumpeng excited dengan anugerah yang awak dapat nih. 

Siapa yang tak excited bila anak dapat Anugerah kan. Walaupon bukan anugerah pelajar cemerlang atau anugerah dapat tempat pertama hingga ketiga dalam kelas. Atau anugerah pelajar terbaik dalam matapelajaran. Tapi dapat Anugerah Pengamal Gaya Hidup Sihat bagi Tahun 3 pon aku sebagai seorang ibu dah rasa happy sangat. 1st time kot. Kalau Iman Hakimi kata dia tak sangka dapat Anugerah ni. Aku lagi lah tak sangka.

Boleh dia cakap... 'Malu kita tadi ibu bila naik atas pentas sebab semua orang tengok'... ppffttt... Pemalu anak bujang aku ni sebenarnya. 

Note: Anak dapat anugerah pon nak kecoh  kan... Hahaha... 



Klik jer banner nih! Pssttttt... Kaklong kawasan sedang dalam proses rombakan. Katanya nak buat bloglist baru. Maklumlah... Kaklong k...

Klik jer banner nih!

Pssttttt... Kaklong kawasan sedang dalam proses rombakan. Katanya nak buat bloglist baru. Maklumlah... Kaklong kata banyak blog ohsem yang dia tak tau kewujudannya. Kalau korang rasa blog korang ohsem, meh lah meriahkan segmen Kaklong kita ni. Syarat² pon simple jer. Janji ada Blog. Kalau korang rasa tak der idea nak update entry macam aku ni. Cepat join segmen ni. Janji Blog berupdate... erkkkkk/// hehehehe...

Note: Ada je benda nak citer. Tapi tu lah... Otak tengah tepu. 


25 September 2016... How time flies. The one and only Princess ibu ni dah 6 tahun usianya. Teman bermesra, teman meluah perasaan dan tem...


25 September 2016... How time flies. The one and only Princess ibu ni dah 6 tahun usianya. Teman bermesra, teman meluah perasaan dan teman bergaduh tiap² hari nih. Seorang kakak yang penyayang. Tapi adakalanya jadi kakak yang garang macam singa sebab kuat mencakar. Adik Qhalif yang selalu jadi mangsa sebab dorang berdua ni panas. Ibu pon dah tak tau nak buat apa dengan korang berdua nih sebab kuat sangat bergaduh. Rasa macam nak bawak jumpa ustaz minta air penawar. 



Hari² ibu berdoa supaya kalian adik beradik saling berkasih sayang antara satu sama lain. Janganlah saling bercakaran. Pening kepala ibu nak. Dalam garang² Qahirah pon, ada terselit kelembutan. Dah bergaduh pandai pujuk adik dia balik. Dan paling boleh harap boleh jaga adik dan  tidurkan adik Harraz. Rajin jugak tolong ibu kat dapur. Alhamdulillah... Membesar dengan sihat anak dara ibu nih.



To my dear Princess. Selamat Ulangtahun Kelahiran Yang ke 6. Walaupon kita selalu bergaduh... Errkkk... Hehehe.. Tapi ibu tetap sayang kakak hingga hujung nyawa. Siapa tak sayang anak kan. Dah lah sorang jer anak perempuan. Smoga kakak membesar sebagai anak yang solehah dan dapat menjadi peneman dan kawan setia ibu setiap masa. Maafkan ibu kalau ibu garang sangat dengan kakak. Marah seorang ibu tu tandanya ibu sayang. 



Kek special for you. Tapi lagi special kalau ibu buat sendiri kek kan. Ibu tak sempat lah sayang nak buat. Ada masa nanti ibu buat kek special untuk kakak yerp. We πŸ‘¨ Abah, πŸ‘© Ibu, πŸ‘¦ Abang Kimi, πŸ‘Ά Adik Harraz dan πŸ‘¦ Adik Qhalif LOVE πŸ’– you so much kakak #Qahirah πŸ‘§


Note: Macam mana lah bila dah naik darjah 1 tahun depan nih. 




Woot... woot... Ada yang terlepas pandang ker pasal Mattel warehouse clearence nih? Ok... Kalau ada yang tak tau lagi, Ni nak bagitau. M...


Woot... woot... Ada yang terlepas pandang ker pasal Mattel warehouse clearence nih? Ok... Kalau ada yang tak tau lagi, Ni nak bagitau. Mattel Warehouse Clearance sedang berlangsung skang nih. Dah start 21 September rabu baru ni. Tapi tu untuk MAXIS Postpaid users yang dijemput untuk Exclusive Preview saja. Kalau korang nak serbu, detail seperti diatas yerp. Aku malas nak taip.


Ni antara barang² yang aku rajin nak tepek kat sini. Kalau korang rajin, gi lah tengok sendiri kat page [FB Page Warehouse Clearance] tu. Ada macam² hokay. Nak cari bag sekolah pon boleh. Brand Fisher Price antara brand yang terkenal dan aku suka. Ada gak yang murah. Rasa macam nak pergi jer. Nak cari mainan Harraz. Sian Harraz tak der mainan... huhuh... Orang gomen dah gaji kan. Apa lagi, gi lah serbu. Nak cari hadiah birthday untuk anak pon boleh nih. Erkkkk... Birthday anak dara Ahad ni lah. 

Note: Have a great weekend uolls ☺


Psstttttt… Korang ada masalah Miss V atau kawasan intim ker? Masalah kegatalan atau ketidakselasaan pada kawasan tersebut? Penjagaan kawasa...

Psstttttt… Korang ada masalah Miss V atau kawasan intim ker? Masalah kegatalan atau ketidakselasaan pada kawasan tersebut? Penjagaan kawasan keintiman wanita adalah sangat penting tau. Bukan untuk wanita yang dah berumahtangga jer, malah yang muda belia pon patut amik tahu mengenai penjagaan kawasan intim nih. Jangan sampai Miss V dah kena jangkitan dan berbau baru nak cari ubat. Mencegah lebih baik dari mengubati kan. 


Ni nak sharing dengan korang semua mengenai satu produk pembersih wanita iaitu Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU. Merupakan penjagaan semulajadi untuk kawasan intim yang bersih dan sihat. Pembersih kewanitaan Daun Sireh Sumber Ayu ni dah berwajah wajah baru yang lebih segar. Mengekalkan bentuk botol yang diinspirasi daripada keanggunan lekuk tubuh wanita, pembersih kewanitaan ini tampil dengan rona yang lebih menarik bagi membezakan setiap varian di hiasi dengan kemasan yang lebih sofistikated

Apa yang bestnya Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU nih? Ianya diformulasi dengan bahan semula jadi agar kawasan intim wanita sentiasa dalam keadaan sihat dan bersih serta bebas dari bakteria jahat, kegatalan dan juga bau yang kurang menyenangkan. Kawalan pH pada paras pH3.5 merupakan paras ideal agar ekosistem berada dalam keadaan baik.

Bahan utama ekstrak Daun Sirih kini dipertingkat dalam Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu bagi membekalkan perlindungan tanpa bakteria. Formulasi ini diperhebat dengan wangian semula jadi yang memberikan kesegaran berpanjangan. Terdapat enam wangian yang menarik. Memang tersangat lah wangi. Meh tengok nih:


Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU Orkid – Haruman segar dari kuntuman orkid, memberikan wangian ringan dan rasa bersih yang kekal sepanjang hari. Amat sesuai buat wanita ayu yang sentiasa mengekalkan keanggunannya dalam pelbagai cara.

Pembersih Wanita Daun SirihSUMBER AYU Mawar – Wangian mawar mekar yang manis memberikan aroma yang menenangkan dan rasa bersih sepanjang hari. Pilihan bagi mereka yang berjiwa romantis 

Pembersih Wanita Daun SirihSUMBER AYU Floral – Kombinasi percikan aroma pelbagai bunga memberikan rasa segar sepanjang waktu. Ciptaan ideal bagi wanita yang sentiasa ceria dan bersahaja.

Pembersih Wanita Daun SirihSUMBER AYU Musk – Aroma semula jadi kasturi yang ringan menyuntik kesegaran optimum agar kekal sepanjang hari. Varian ini sesuai dengan wanita yang sentiasa kehadapan dan meminati haruman patchouli yang terkenal dengan nuansa anggun.

Pembersih Wanita Daun Sirih SUMBER AYU Gambir – Bauan herba yang harum serta memberikan kesegaran semula jadi. Pilihan terbaik buat wanita klasik yang sofistikated dan menghargai sentuhan alam di dalam kehidupan.

Pembersih Wanita Daun SirihS UMBER AYU Fruity – Aroma manis buah-buahan tropika mampu memberikan anda rasa bersih dan segar sepanjang hari. Pilihan terbaik bagi si gadis yang ceria, lincah dan sentiasa bersedia dan yakin dalam apa jua keadaan.

Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu merupakan produk ideal bagi semua wanita di setiap peringkat umur. Dan tak perlu rasau kerana ini juga di perakui Halal oleh JAKIM bagi manfaat para pengguna Muslimah. 

Rangkaian Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU boleh didapati pada harga RM 3.60 (90ml) dan RM5.80 (200ml). Boleh di dapati si semua pasaraya utama dan juga Farmasi sekitar anda 




Siapa yang tak risau bila anak dah start batuk² kan. Bukan setakat batuk jer. Kalau sakit, demam dan terluka pon dah buat kau menggelab...


Siapa yang tak risau bila anak dah start batuk² kan. Bukan setakat batuk jer. Kalau sakit, demam dan terluka pon dah buat kau menggelabah kerisauan. Lebih² bagi ibu yang bekerja yang cutinya banyak dihabiskan untuk anak² bila anak² tak sihat dan baki cuti tinggal nyawa² ikan. Kalau cuti tinggal zero dan kebetulan kau kena cuti emergency, maka tolak gaji lah jawabnya. Kesian kan.

Ni kisah last week. Harraz batuk². Bagi ibu macam aku yang ada pengalaman anak admitted due to bronco pneumonia, bila anak dah start batuk sikit jer hati kau sebagai seorang ibu dah mula risau tahap langit ke tujuh. Risau yang amat sangat. Terbayang saat² dimana ahli physio masukkan tiub kat tekak anak kau untuk keluarkan kahak² jahat. Nangis wei. Aku tak nak benda tu berulang. 

Kenapa tak bagi makan ubat? Kau tau kan, pemberian ubat batuk dan demam kepada anak² kecil terutama berumur 3 tahun ke bawah tidak dibenarkan. Banyak kajian yang dilakukan membuktikan bahawa ubatan ini sebenarnya tidak membantu dalam melegakan batuk dan selsema mereka. Sumber [SINI]. Macam Harraz ni dah macam² ubat masuk dalam badan dia since kena UTI (Urinary Tract Infection) due to Prolonged Jaundice. Admitted sampai 7 hari. Lepas tu kena [Bronco Pneumonia] plak. Admitted 5 hari. Dah berapa banyak ubat yang masuk selama Harraz admitted tu? Kalau boleh aku nak elak bagi ubat dah. 

Tu yang bila Harraz start batuk aku dah cuak giler. Jadinya moh lah kita try buat Garlic Steam. Nasib last week aku cuti seminggu. Ada hikmah disebaliknya. 4 hari berturut² aku buat sehari 2 kali. [Minyak Herba Asma Mujarab] pon sapu jugak. Kita usaha, tawakal dan berdoa sebab yang menyembuhkan tu DIA. Macam mana nak buat garlic steam ni? Ramai yang dah sharing macam mana nak buat. Tapi aku nak share jugak...hehehe... Senang jer.    


Pakai rice cooker senang. Banyak sikit wap yang keluar. Kalau pakai air panas letak dalam bekas, air tu cepat sejuk. Letak air dalam periuk. Tak payahlah kau isi penuh². Suku sudah lah. Ketuk bawang putih dalam 5-7 ulas. Letak dalam periuk yang berisi air tadi. Titiskan dengan minyak Habatussauda dalam 2-3 titik.


Bila perik dah panas dan dah mula berasap, wap kan lah muka anak tu kat periuk tadi, Jangan tundukkan muka anak tu ke bawah sangat. Panas wei. tiarapkan dia dalam 90 degree. Towel tu aku tutup kejap jer sebab wap tu macam tak kena sangat kat muka. Bukan tutup penuh pon. Tapi tak yah tutup tower. Biar jer dia pusing² kan kepala. Janji wap kena kat muka. Buat lah dalam 5-10 minit.


Menangis jangan cakaplah. Sebab tu hati kau kena kental dan tabah kalau nak buat garlic steam nih. Memang menangis² dibuatnya. Kalau tak tabah sila buat teknik lain. Tapi lagi bagus dia nangis sebenarnya. Hasilnya... hati kau rasa puas sebab keluar lendir² pekat dari hidung. Bak kata [Doc Khairul]... Memang effective untuk keluarkan lendir/ kahak, especially kalau nasal blocked.


Masa Harraz admitted haritu pon physiotherapist tu siap pesan kalau anak batuk, rajin² lah buat teknik percussion . Alaaaa... yang tepuk² dada ngan belakang badan tu. Tangan dalam keadaan melengkung ke tengah. Macam dalam gambarajah diatas. Ini bagi melonggarkan kahak² jahat dan degil yang dok melepak kat paru². Buat dalam 15 minit. Make sure sejam atau setengan jam sebelum tu anak tak minum susu lagi, Ini bagi mengelakkan muntah.  


Boleh jugak buat macam nih. Member yang sharing. Katanya serasi dengan anak dia. Dia buat 3 hari berturut². Hilang batuk ngan selsema anak dia. Tips lain boleh jugak buat minyak bawang putih. Caranya... BAKAR BAWANG PUTIH. CAMPURKAN DENGAN OLIVE OIL SIKIT DAN PICIT² BAWANG PUTIH YANG DAH DIBAKAR TADI BERSAMA OLIVE OIL BAGI SEBATI BAWANG PUTIH DEGAN OLIVE OIL. AMARAN... SAPU SIKIT DULU TAKUT KULIT ANAK JENIS SENSITIVE. KALAU OK BOLEH PROCEED SAPU KAT DADA, BELAKANG BADAN DAN TAPAK KAKI.


Alhamdulillah... Sejak buat garlic steam ni, ada lah nampak perubahan. Dah tak batuk malam². Tak terganggu dah tidur Harraz. Kena rajin buat kalau anak dah start batuk.

Note: Kita ni alau boleh nak anak sihat jer sepanjang masa kan. Tapi tu lah... 


Orang kata, kalau nak beli barang² murah atau secara borong, Negara China lah tempatnya. Tapi tu lah… Tak kan nak pergi China semata² nak b...

Orang kata, kalau nak beli barang² murah atau secara borong, Negara China lah tempatnya. Tapi tu lah… Tak kan nak pergi China semata² nak beli barang² yang murah tu kan. Tak kan tak der alternative lain selain dari nak kena pergi China… hurmmmm… Jangan risau. Seiring dengan teknologi zaman sekarang yang serba canggih ni. Kau boleh shopping barangan yang murah² dari China hanya dihujung jari saja. Janji ada computer atau telefon pintar, ada internet dan akaun bank kau ada duit lah. Kalau takder tiga benda ni macam mana nak shopping kan


Pernah dengar ezbuy tak? Ezbuy adalah sebuah pembekal professional yang memberi perkhidmatan membeli belah dalam talian. Ditubuhkan pada tahun 2010 lagi dan menjadi platform membeli-belah di luar negara yang pertama dan terbesar di Singapura. Sehingga hari ini, ezbuy menyediakan perkhidmatan membeli-belah dari China, Taiwan, Amerika Syarikat, Singapura, Malaysia, Australia, Thailand dan akan memperluaskan lagi perkhidmatan kepada lebih banyak negara.

Pelbagai pilihan produk yang ditawarkan di ezbuy. Memang rambang mata kau nak memilih. Senang ker nak order barang dengan ezbuy ni? Kan barang dari luar Negara? Haaaa… Untuk kaki² shopping yang suka membeli dan memborong barang dari China, boleh lah membeli belah dengan ezbuy. Tak susah sebenarnya. Ikut jer steps ni:

Step 1


Register dulu account dengan ezbuy kat [SINI] bagi yang belum mendaftar lagi. Kalau dah ada terus LOG IN jer.

Step 2

Pilih CATEGORY. Ada macam² category kat ezbuy ni. 

Step 3

Dah pilih category sila lah select barang apa yang nak dibeli. Kalau jadi mak orang ni cenggini lah. Barang anak jadi keutamaan. Make sure size suma betul Pastu ADD TO CART.

Step 4

Dah habis cuci mata dan pilih² barang, korang gi kat Shopping Cart bahagian atas belah kanan tu. Check balik barang² yang dibeli betul ker tak warna dan saiznya dan klik CHECK OUT.

Step 5


Lepas dah Check Out nanti akan kluar box macam ni. Untuk pendaftaran baru, korang akan dapat 15% discount. Untuk USE CREDIT AND COUPON CODE, ada special code untuk pembaca blog SUPERMOM WITH SUPERKIDS. Korang masukkan code ni ezfriend15 untuk dapatkan 15% discount daripada kos penghantaran. Lepas tu terus klik CHECK OUT.

Step 6


 Tapi sebelum tu korang kena isi detail untuk shipping dan klik NEXT. Nanti akan keluar box macam nih dan klik TOP UP NEXT.

Step 7


Dah... Silalah bayar. Terpulang nak pakai apa sebab ada pilihan sama ada nak pakai E-Banking, Manual Internet Banking, Credit Card atau ATM Transfer. Nanti akan dapat notification pembayaran melalui telephone. Kalau bil pulak pihak ezbuy akan hantar email. 


Ok... Ni ada lagi satu good news. Kalau korang nak menjimatkan kos penghantaran, boleh klik kat bahagian PRIME ni. Kat bahagian ni ada banyak barang² terpilih yang kos penghantarannya cuma RM8.80 saja. Bukan itu jer tau, Penghantaran untuk barangan PRIME ni tak mengira saiz bungkusan, berat dan kuantiti. Memang tak der had barang lah. Berat, ringan, banyak atau sikit tetap RM8.80... Wowww... Best nih. Pergi survey barang² kat PRIME sekarang untuk penjimatan kos penghantaran.

Apa tunggu lagi. Jom shopping di ezbuy. Boleh layari https://ezbuy.my/ dan dapatkan voucher RM15.00 untuk pendaftaran baru dengan mendaftar di http://bit.ly/2bOn1Ua 




Kau yang tidur dulu. This thing happen many times and I'm proud to admit it. Nak tidurkan anak² yang lain tak der masalah sebab dor...


Kau yang tidur dulu. This thing happen many times and I'm proud to admit it. Nak tidurkan anak² yang lain tak der masalah sebab dorang dah boleh tidur sendiri. Cuma dorang jenis tak tidur siang. Takkan kau nak pura² tidur dengan budak² dah banyak akal sebab nak soh dorang tidur siang. Tapi masalah aku skang nak tidurkan Harraz. Siang tak der masalah sebab dia memang kuat mentido waktu siang. Janji dapat candu. Kekadang tak tidur siang gak budak nih. Ikut mood gittew,


Malam plak kalau nak tidur kan Harraz kena letak dalam bilik, tutup lampu, susukan dia dan kau kena berzikir sambil tepuk². Kekadang dia lelapkan mata kekadang mata dia bulat pandang muka kau. Time tu kau kena pejamkan mata buat² tidur. Sambil kau berzikir, sambil kau katup mata tetiba sedar² dah pagi. Ntah bila anak kau tidur pon kau tak tau dan kerja yang kau nak buat malam tu dah terbengkalai dek penangan pura² tidur.

Ini bukan masalah aku sorang jer. Sesiapa yang bergelar Ibu/Mama/Mummy/Mak/Bonda memang ada masalah ni jugak. 

Note: Jadi lah satu entry harini ☺ 



Curlass kau jah, Nak bagi anak makan pon nak kena ada kelengkapannya yerp. Kalau tak der tak boleh ker? Alaaaa... Kalau tak der pon tak per...

Curlass kau jah, Nak bagi anak makan pon nak kena ada kelengkapannya yerp. Kalau tak der tak boleh ker? Alaaaa... Kalau tak der pon tak per sebenarnya. Orang over memang cenggini... Hehehe... Semua ibu² memang over kalau bab anak ni kan. Ok.. Meh check it out apa peralatan yang kau kena ada.


Ini lah antara gadjet² yang kau kena ada kalau nak prepare solid food for your baby. Hover sangat kau kan. Kata nak masak sendiri. Ada yang tak kenal lagi ker gadjet² ni? Ok lah.. untuk ibu² yang baru nak introduce solid food tu, meh nak bagitau.

1) PRESSURE COOKER

Apa funtion pressure cooker ni? Erkkkk... takkan lah tak tau. Kan senang nak masak bubur. Tak payah nak masak atas dapur dan tak payah nak tunggu lama. Dengan pressure cooker, sekejapan jer bubur kau dah masak. Kemahen beso lagi pressure cooker kau kan #makanakempat. Tak sia² aku beli pressure cooker NOXXA ni tau. 15 minit jer nak masak bubur anak nanti. Kalau tak der budget, korang beli lah pressure cooker yang mampu milik ok. Banyak dah yang  murah². 

2)  BABY FOOD PROCESSOR

Ini pon kena ada. Takkan kau nak blender makanan anak pakai kau punya blender bawang, cili dan yang sewaktu dengannya kan. Sian kat anak nanti. Bukan rasa bubur. Tapi rasa bawang, cili, halia suma ada. Baby food processor jenama Baby Bullet ni aku beli tahun 2012. Tapi tak pakai² sebab malas nak keluarkan dari kotak. Boleh gittew. Tahun 2016 baru terhegeh² nak rasmikan. Nasib masih function lagi. Kalau tak mau #nangistepibucukatil. Kalau korang ada budget lebih, boleh jugak beli baby food processor macam nih:


Teringin gak nak grab salah satu nih. All in one... Food Steamer and Processor. Tak payah susah². Kau steam jer dalam tu pastu terus blend. Tapi tu lah. Dah beli Baby Bullet. Takkan kau nak membeli lagi. Nafsu tu wei. 

3) WARMER

Yang ni senang kalau nak panaskan makanan baby. Tapi kalau dah frozen, silalah defrost dulu yerp. Kalau kau rajin, boleh jer panaskan atas dapur. Tapi aku ni jenis pelupa. Mau hangus dibuatnya nanti. Nak selamat, pakai warmer jer lah. Lepas tu nak memudah kan kerja pengasuh nak memanaskan makanan baby, Tak der lah dia merungut sebab kau memudahkan kerja dia.

4) STORAGE CUP/TRAY

Yang aku punya ni memang dapat satu set masa beli Baby Bullet dulu. Yang bestnya storage tray ni, ada tarikh kat bahagian atas tu. Kau boleh laraskan date bila kau buat puree. Macam nih:


Puree Apple, Pear, Carrot and Sweet Potato untuk Harraz

Jadinya tak der lah kau lupa frozen puree kau dah berapa hari. Kalau nak tahu, Puree di chiller tahan 48 jam dan kalau di freezer tahan 4 bulan. Haaa... Nanti aku share pasal solid food plak yerp. 

5) FOOD JAR/FOOD CONTAINER


Alaaaa... Bekas makanan macam nih. Ada macam² bekas comel² kan. Tapi pastikan BPA free yerp. Kalau tak sempat panaskan, letak jer dalam bekas. Tapi kalau boleh jangan lah bagi yang frozen. Sian kat pengasuh. Sian juga kat anak sebab lama tunggu makanan nak dipanaskan. 

6) FEEDING SETS


Apa² pinggan pon boleh. IKEA kan ada pinggan mangkuk, suda dan cawan yang colorful tu. Tak der masalah sebenarnya. Biasalah... Orang hover memang cenggini. Pinggan makan anak kena ada. Pantang nampak yang cute miut. Mulalah tergoda nak beli kan. Pada hal anak yang nak pakai. Mak pulak yang over nak beli macam hemak yang nak pakai. 

7) BABY BIBS

Perlu ker bibs ni? Kalau kau tabah tengok baju anak kotor kena makanan, tak payah beli pon tak per. Tapi aku tak tabah. Sakit mata nengok baju anak kotor kalau kena makanan. Jadinya... mak yang hover kena beli nih. Alaaaa... Alas pakai kain lampin pon boleh sebenarnya. Mengada kan...ngeeee... 

Itu jer lah sharing dari #makanakempat mengenai persediaan barangan untuk solid food for baby. Harap dapat membantu ibu² baru diluar sana yerp. 

Note: kalau ada yang kurang tu sillalah tambah 😊



Ada yang cuti panjang ker minggu depan? Rasanya ramai yang sambung cuti seminggu sebab Jumaat tu Hari Malaysia kan. Pastu bebudak tengah cu...

Ada yang cuti panjang ker minggu depan? Rasanya ramai yang sambung cuti seminggu sebab Jumaat tu Hari Malaysia kan. Pastu bebudak tengah cuti sekolah seminggu. Memang elok lah cuti direct. Aku Raya Qurban ni mereput kat rumah sebab terpaksa korbankan cuti 3 hari gara² nursery tutup. Tiga hari wei. Dah lah cuti aku tak banyak. Balance cuti sampai bulan ni berkaki sehari jer... huhuhu... Nak tak nak terpaksa gak amik cuti. Sapa nak jaga anak².


Ok lah... Nak ucapkan Selamat menunaikan ibadah korban buat semua umat muslimin dan muslimat diluar sana, Hari last day kerja. Jadinya blog pon bakal bercuti seminggu. Bagi yang pulang ke kampung...berhati² di jalan raya. Rancang perjalanan anda supaya tak tersangkut dalam kesesakan lalulintas. Jaga kelajuan kenderaan. Ingat...CAMERA AES ada di mana². Jaga², ada yang memerhati...ekekeke.. 

Buat bakal² haji, semoga dapat menunaikan rukun islam yang ke 5 ini dengan sempurna dan semoga mendapat haji yang mabrur, insya'allah. Dan untuk peringatan kita bersama, marilah sama² kita hayati perayaan yang istimewa ini kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Note: Bercuti kat umah jer lah nampaknya. 



Masih ada yang tak aware lagi pasal WORLD #QuranHour ker? Mana yang terlepas pandang tu, meh nak war² kan. WORLD #QuranHour ni bukan ...


Masih ada yang tak aware lagi pasal WORLD #QuranHour ker? Mana yang terlepas pandang tu, meh nak war² kan. WORLD #QuranHour ni bukan satu event dimana ianya akan selesai selepas berinteraksi dengan Al-Quran yerp. Ianya lebih kepada Gerakan untuk mengajak semua orang mendekati, berinteraksi dengan al-Quran. Apa yang disampaikan sangat santai tetapi mengesankan hati-hati yang mendengar. Sumber [SINI]

Apa yang korang kena buat pada hari tersebut? Tak susah mana pon. PADA 11 SEPT 2016 Seluruh *UMAT ISLAM DIDUNIA AKAN BERIKTIQAF MEMBACA AL-QURAN SELAMA 1 JAM. LIVE TV serentak ASTRO, TV1, TV3, TV9 , AL-Hijrah bermula jam 0830 pagi sehingga 0930pagi. Hentikan segala aktiviti lain. Ambil wuduk dan dampingi lah Quran selama 1 jam.

Antara aktiviti yang patut korang lakukan dalam 1 jam adalah MEMBACA AL-QURAN, BACA TERJEMAHAN/TAFSIRAN (KALAU TAK TAU BACA AL-QURAN), BERBINCANG/BELAJAR TENTANG AL-QURAN DENGAN YANG MAHIR ATAU APA SAJA YANG BOLEH KITA MANFAATKNA APABILA BERDAMPING DENGAN AL-QURAN. 

Dalam setahun kita ada 8760 jam kan. Hanya 1 jam yang kita perlu untuk memberikan sokongan kepada kempen WORLD QURAN HOUR!!!

Dampingi lah Quran.
Kasihi lah Quran
Hayati lah Quran
Jadikanlah Quran panduan.

Mana mana yang dah lama sangat tak mengaji atau membaca AL-QURAB tu JADIKANLAH ini sebagai suatu PERMULAAN. Hadap FB, IG, Twitter dan Blog sehari boleh jer berjam². Tapi nak soh baca Al-Quran dalam masa sejam takkan tak boleh kot. Peringatan buat diri sendiri juga nih.

Jangan lupa set alarm untuk gerakan WORLD QURAN HOUR!!! untuk 11 September ni. Boleh juga download aplikasi World Quran Hour kat Google Play. untuk pengguna Apple saya tak sure. Jom download skang.

Note: Sejuk jer cuaca harini kan ☺


Banyak betul gambar dalam Handphone kan. Tak cukup dalam phone, kat PC ada. Dalam thumb drive pon ada kan. Mengaku jer lah. Suka amik gamba...

Banyak betul gambar dalam Handphone kan. Tak cukup dalam phone, kat PC ada. Dalam thumb drive pon ada kan. Mengaku jer lah. Suka amik gambar tapi nak mencuci gambar tu bukan main malas lagi kan. Bukan apa, kekadang rasa malas nak gi kedai nak cuci gambar. End up kau perap jer lah gambar tu dalam phone. Aku lah tu… ngeeee… 


Tapi kan. Skang ni semua teknologi dihujung jari. Dulu ada photobooth. Itu pon kalau ada majlis kenduri kendara atau majlis² besar. Boleh lah kau bergambar dan dapat terus gambar tu. Tapi tak semua majlis ada sediakan photobooth nih. Nah… ni nak share satu machine yang membolehkan korang print jer gambar direct dari handphone. Macam gambar yang aku print ni. Omey angat kan... hehehe...


Ini lah machine nya. WePrint nama diberi… cewahhhh… WePrint Machine adalah mesin cetak terkini di pasaran yang membolehkan anda untuk mencetak foto serta merta dengan telefon pintar anda melalui aplikasi WeChat. Sila lah download aplikasi WeChat ni yerp. Machine We Print ni telah dibawa masuk ke Malaysia pada tahun 2015 lagi oleh Liberty Printing dan telah banyak terlibat dengan beratus-ratus pameran dan juga pameran bergerak, mempunyai beribu-ribu pengikut di Wechat serta sudah mencetak beribu-ribu salinan foto dalam setiap pameran yang disertai.

Macam mana nak pakai WePrint machine nih? Meh nengok cara² ya ni. 


1) Buka Aplikasi WeChat dan Scan QR code
2) Pilih state dan event 
3) Pilih gambar yang nak dicetak dan pilih 'Print Photo'
4) Crop sket gambar dan masukkan ID Code yang tertera pada machine
5) Tunggu sampai gambar siap dicetak


Untuk syarikat² yang gunakan perkhidmatan WePrint, boleh setting background kepada logo syarikat macam nih. 


Bukan itu jer tau Liberty Printing juga memberi peluang perniagaan kepada peniaga² runcit dan korporat yang ingin mengembangkan perniagaan dimana WePrint boleh menjadi alat pemasaran yang hebat bila skrin paparan dan template gambar digunakan sebagai pengiklan yang besar untuk mana2 perniagaan runcit dan korporat. Contoh nya masa kau tengah tunggu gambar yang sedang diproses. Mesti akan ada kluar iklan kat WePrint machine tu kan. Gittew lah konsepnya. 

Selain dari WePrint Machine, Liberty Printing ada menjual pelbagai jenis machine dan juga menyediakan perkhidmatan mencetak untuk T-Shirt, Mug, Button Badge, sticker dan banyak lagi lah. Kalau nak cari personalized gift dan pelbagai cenderahati lain, boleh terjah [www.tboox.com]


Ini ada berita baik buat korang yang nak mencuba mencetak gambar dengan WePrint Machine. Gunakan code yang diberi ni untuk dapatkan 10% discount. Sah sehingga 30 November 2016. Jadinya... Cepat² cuci gambar yang banyak dalam phone tu dengan WePrint Machine. Memang cantik dan berkualiti sangat gambar yang dicetak dari WePrint Machine nih. Sesuai dengan slogannya What can we print for you? Free instant high quality photos!



Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut, boleh hubungi:

Address

Liberty Printing Sdn. Bhd. (1080784-T)
Add: 6, 6A & 6B, 
Jalan Harmoni 1A/KU3, 
Kristal Klang Commercial Centre
42100 Klang, Selangor

Business hours: Monday to Saturday (9am to 6pm)

Contact Number: 019-985 8151 (Elaine)

Email: order@libertyprinting.com.my





Hamboiii... tajuk kemahen matsaleh lagi. Tapi isi kandungan dalam bahasa melayu gak kan... Hahaha... Tu lah dilema #makanakempat ni kekadan...

Hamboiii... tajuk kemahen matsaleh lagi. Tapi isi kandungan dalam bahasa melayu gak kan... Hahaha... Tu lah dilema #makanakempat ni kekadang. Tapi aku rasa kebanyakan blogger pon cenggini gak kan. Cerita dah siap. Tapi masih buntu nak letak tajuk apa. Kau ingat senang nak pilih tajuk apa yang sesuai. Pilih tajuk jer dah berkerut² dahi memikir. Erkkk... Ni pon dah lari tajuk ni. Nak citer pasal Solid Food ker hapa ni? Ok... Straight to the point.


Pasal anak lah. Hapa lagi kan. Kau dan kisah anak² memang berpisah tiada... ngeeee... Ni kisah handbag baru mak yang baru jer start makan. Dah 6 bulan kan usianya. Kalau ikut hati, aku malas nak bagi Harraz makan sebenarnya. Kekonon nak buat EEBF gittew. Apa EEBF (Extended Exclusive Breastfeeding) ni? Ok... Secara ringkasnya. Kau bagi anak kau menyusu selama 2 tahun penuh tanpa sebarang makanan. Kau mampu ker? Sebab aku tak mampu lah aku bagi anak aku makan. Nanti aku share pasal topik EEBF plak yerp. 

Start rabu last week aku dengan rajinnya buat makanan pertama untuk Harraz. Alaaa... Setakat puree jer pon. Takkan itu pon kau malas nak buat. Buat permulaan ni kita mulakan dengan puree lah. Sama ada puree buah atau puree sayur. Aku buat puree carrot. Weekend baru ni plak aku buat puree Carrot ngan Japanese Sweet Potato. Bukan Harraz jer makan. Abang² ngan kakak dia sekali pon dok menadah mulut nak jugak tumpang makan. 

Kau nengok. Betapa sedapnya masakan ibu sampai kau masak puree pon anak² kau berebut² mintak disuap. Dengan hemak dia skali tumpang makan... hahaha... sedap woihhh... Manis betul carrot nya. Japanese sweet potato apatah lagi. Memang manis. Nampaknya aku kena buat lebih. Sebab ada baby² tua kat umah tu yang nak tumpang makanan Harraz sekali... Hahahaha...


Ok... sambung balik citer. Memula suap tu memang berkerut lah muka harraz. Nengok jer lah gambar ni. Iyerlah... Selama 6 bulan hanya susu ibu jer yang dia kenal. Bila 1st time bagi makan mau tak teruja. My 1st solid food ibu buatkan puree corrot + breastmilk. So yummeh sangat. Happy tummy.. Happy Me.. Happy Mommy πŸ‘ΆπŸšπŸ‘©. Habis semangkuk. 

Lepas ni nak buat puree epal, puree labu, puree brocoli, puree... erkkk... apa² puree jer lah. Dah up sikit umur tu nanti ibu buat bubur plak yerp. Kali ni kalau boleh aku nak masak sendiri makanan harraz. Tak nak beli yang instant. Harap aku istiqomah lah buat solid food untuk Iman Harraz.

Note: Nak kena selongkar balik resepi² solid food for my baby ☺



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...