Baju Muslimah Kanak-kanak

AFB Feeds

It’s that slime of the year again! Come 12 March, the ultimate celebration of all things kids love – Nickelodeon’s Kids’Choice Awards w...


It’s that slime of the year again! Come 12 March, the ultimate celebration of all things kids love – Nickelodeon’s Kids’Choice Awards will return with massive musical performances, colossal celebs and super-sized (possibly slimy) surprises! The show will premiere in Malaysia on Monday, 14 March at 11.30am and repeat on the same day at 6pm. 

In anticipation of the most slime-tastic time of the year for kids around the world, we’ve put together a list of fascinating facts about the Awards. For starters, did you know Nickelodeon’s Kids’ Choice Awards is the only awards show that gives kids the power to vote for their favourites in movies, television, music, sports and much more -- and honours their opinions with a live show filled with the stars they love? As you read on, just remember one thing – it’s kind of a big deal! 

1. That time when Nickelodeon’s Kids’ Choice Awards was born. The show concept stemmed from Nickelodeon’s research with kids, which found that kids wanted to feel like they made a difference in the world. Kids wanted to be heard. So in 1986, Nickelodeon created Big Ballot, the first national poll of kids likes and dislikes. The Big Ballot was eventually renamed Nickelodeon’s Kids’ Choice Awards in 1988

2. That time when there was an actual use with the famed Nickelodeon’s Kids Choice Awards award. The hollow orange blimp figurine handed out at the Awards also functions as a kaleidoscope.

3. That time host legends were created. TV personality Rosie O’Donnell is a Nickelodeon’s Kids’ Choice Awards legend, having hosted the show seven times. Kung Fu Panda star Jack Black comes up as a close second, racking up three stints as host.

4. That time the entire audience was slimed. The first LIVE Awards was held in 1992 and hosted by Paula Abdul. Slime continues to play a BIG role in Nickelodeon’s Kids’ Choice Awards.

5. That time sports stars got slimed too. In addition to winning Favorite Athlete at Nickelodeon’s Kids’ Choice Awards in 2003, skateboarding champion Tony Hawk went for the green - clinched a record – wowed the crowd with a spectacular "World Record Skateboarding Slime Dive," after landing in an 11,000-gallon/41,600-litre tank of Nickelodeon's signature green slime.

6. That time Will Ferrell held the world record for the longest ‘Slip n’ Slime,’ slipping through 200 feet of the green goop at the 2009 Awards.

7. That time Orlando Bloom and Jack Black set the record for the longest sliming, getting showered with green goo for one whole minute at the 2008 Awards.

8. That time we broke all rules and slime was not green! In 2002, multi-platinum recording artist Pink became the first person in the history of the Awards to be slimed with non-green goo. It was pink! This was before David Beckham and his sons Romeo and Cruz were slimed with gold-coloured slime for the first-ever Nickelodeon Kids' Choice Sports Awards in 2014. 


9. That time we held a local version of the awards. Since 2008, Nickelodeon Indonesia Kids’ Choice Awards has taken place every year and broadcast live on GlobalTV in Indonesia. Last year, Nickelodeon gave out eight awards, including an Icon of the Year to a special public figure who inspired the children of Indonesia. Syahrini took home this award.

10. That time Justin Timberlake competed in five Burp-Offs, the most at Nickelodeon’s Kids’ Choice Awards. He won the Burp Award twice! And we still adore him! We wonder if he’ll continue the legacy with his son.

11. That time when SpongeBob SquarePants became the most decorated sea creature of all time, having won 14 awards to date, with 12 wins for Favorite Cartoon and two wins for Favorite Video Game.


This year’s Nickelodeon’s Kids’ Choice Awards is hosted by The Voice star and country music producer, Blake Shelton. Voting has begun across all platforms and guess what? Our local nominee, Malaysian diver Pandelela is contesting for Favorite Asian Sports Star. Vote for her via kca2016.com or tweet #VotePandelelaMY #KCA


Kalau dah buntu tak tau nak bagi hadiah apa untuk orang² tersayang. Apa kata anda terjah website [Printcious.com] . Macam² ada. Nak tau ...


Kalau dah buntu tak tau nak bagi hadiah apa untuk orang² tersayang. Apa kata anda terjah website [Printcious.com]. Macam² ada. Nak tau tak, Printcious adalah sebuah Syarikat yang menyediakan perkhidmatan percetakan untuk barangan hadiah peribadi seperti T-shirt, mugs, puzzles, phones cases, cushions dan macam² lagi lah. Bukan tu jer, perkhidmatan untuk hadiah birthday, wedding, graduation, anniversary dan juga untuk acara² korporat turut disediakan.


Kat Printcious ni ada banyak kategori produk. Pilih jer nak yang mana. Nak bagi kat boyfriend/girlfriend, suami/isteri, mak/ayah…suma ada. Kalau tak tau nak bagi hadiah apa kat kawan yang baru dapat baby atau untuk hadiah wedding, kat Printcious ni ada banyak pilihan. Orang kata, personalised gifts ni adalah pilihan yang hebat untuk mereka yang ingin mendapatkan hadiah yang unik dan memberi makna buat penerima. Kiranya hadiah yang kita nak bagi ni lain dari yang lain lah. Sesuai sangat dengan slogan “Printcious.com – Precious Gifts From Your Heart”… Hadiah berharga dari hati gittew.


Ni contoh yang saya buat. Boleh letak kat office bantal ni. Rindu kat somi jer tenung lah bantal tu…hahaha…


Dan lagi... Best plak main design² nih. Yang ni bley letak kat umah. Buat perhiasan. Over plak kalau nak letak kat office kan....ngeeeeeee...

Tak teruja ker? Kalau nak buat kejutan untuk orang tersayang, boleh lah buat macam nih. Design ikut kretiviti anda sendiri. Sure makin bertambah sayang orang yang menerimanya. Tapi kalau anda tak kretif dan tak tau nak buat design apa, tak yah risau, ada yang dah siap kat Printcious.com ni. Anda cuma perlu edit jer.


Cara pembayaran plak macam mana? Alaaaa...macam tak biasa plak online shopping. Ni...pilih jer mana² bank dan bayar. Kan senang tu.

Dah faham kan....apa lagi?? Kalau anda nak buat macam ni jugak, terjah cepat Printcious. Boleh design ikut suka hati. Kalau nak tau lebih lanjut, boleh layari:

Contact: +6019-3232 502
Email: ask@printcious.com


Siapa yang tak suka shopping kan. Shopping tu kan terapi. Asal stress jer mesti nak shopping. Asal shopping jer mesti tengah stress. Bila...

Siapa yang tak suka shopping kan. Shopping tu kan terapi. Asal stress jer mesti nak shopping. Asal shopping jer mesti tengah stress. Bila dapat shopping stress pon hilang…hahaha….alasan sangat kan. Bila zaman dah semakin canggih, teknologi pon dah berubah. Semuanya dihujung jari skang ni. Malas nak hadap jalan sesak? Malas nak mencari parking yang selalu penuh? Malas nak beratur panjang bayar tiket parking? Haaaaaa… Inilah masanya kita shopping online di ENSOGO. Macam² ada.


Meh nak explain sket pasal ENSOGO. ENSOGO merupakan destinasi membeli belah dalam talian di Asia Tenggara yang menampilkan pilihan produk yang ekslusif serta menawarkan perkhidmatan pada harga yang paling kompetitif. ENSOGO bekerja keras untuk mencari tawaran yang terbaik untuk anda semua. Antaranya barangan elektronik terkini, aksesori mewah dari jenama terkenal di dunia, perabot bergaya dan aksesori rumah dan macam² lagi lah. 


Tak der computer nak shopping online? Alaaaaa… Apa gunanya smartphone? ENSOGO ada menyediakan aplikasi khas untuk anda. Download jer ENSOGO App ni di smartphone anda dan masukkan kod yang diberi. Anda akan dapat extra potongan RM20 untuk pembelian pertama. 


Kalau nak dapat latest update untuk barang² yang ada promotion dan juga barang² baru, anda sign up and subscribe jer dengan ENSOGO. Dapat lagi claim RM10.00 ni. Best kan. 


Antara barang² yang jadi Best Sellers kat ENSOGO. Kalau tak tau bak beli apa, terjah kat best sellers nih. Memang rambang mata lah tengok barang² yang ada kat ENSOGO ni. Kalau tak boleh kawal nafsu memang boleh kempis lah poket sebab semuanya best²…hahahaha… Cara pembayaran plak ada macam² cara. Online banking boleh, Paypal, Visa, Master Card. Kalau tak der semua ni jangan risau. Cash on Delivery kan ada. Dapat barang terus bayar.

Haishhhh…mulalah berangan…Kalaulah duit berkepok…hurmmmm…Berangan tu percuma kan? Meh tengok barang apa yang diangankan tu ☺☺


Merah itu menawan. Memandangkan saya ni blogger yang selalu gi event. Erkkkk…selalu ker…hehehe…Tak der lah selalu. Kalau ada jemputan lah. Camera adalah sangat penting untuk mendapat kan kualiti gambar yang menarik…cewahhhh… Selalu kalau gi event amik gambar pakai handphone jer. Sian kan. Blogger lain suma usung camera yang canggih manggih. 


Bestnya kalau dapat sofa ni. Sofa kat umah tu pon dah mula menunjukkan tanda² keuzurannya. Dah nampak kayu pon. Dah rasa tak empuk bila duduk. Bersyukur lah masih ada sofa lagi…hehehe…Tapi kalau dapat yang ni lagi bersyukur.


Gadjet idaman gak ni. Boleh menggoreng, membakar dan memanggang. Yang best…ianya selamat dan menjimatkan sebab hanya pakai sedikit minyak saja. Tak yah pakai minyak pon boleh jugak.


Memandangkan baju anak² pon makin bertambah. Almari pon dah penuh baju. Maka elok sangat cari almari baru kan. Cute plak nengok almari nih.

Kalau ikut kan banyak lagi barang² yang berkenan dihati. Cukup lah saya kongsikan yang ini dulu. Gaji pon dah nak dekat kat. Kalau rasa nak shopping, silalah terjah ENSOGO. Banyak barang² yang menarik dengan harga yang berpatutan. Nak tau lebih lanjut, boleh terjah:

Call: +603-2022 0080
Email: my.help@ensogo.com



Alhamdulillah....rezeki blogging. Dapat invitation ni untuk HP Kids Day Out. Ni 2nd invitation. 1st invitation last year tengok wayang ...


Alhamdulillah....rezeki blogging. Dapat invitation ni untuk HP Kids Day Out. Ni 2nd invitation. 1st invitation last year tengok wayang The Good Dinosaur. Tapi aku tak dapat join sebab bertembung dengan satu lagi event. Kali ni bila dapat lagi invitation memang tak boleh nak tolak lah sebab best. Event yang membabitkan anak² memang aku suka. Anak² happy...makpak lagi lah double triple happy kan. 


HP Kids Day Out ni sebenarnya sebahagian daripada kempen HP’s Rush Dad & Homework Hacks dimana kami di beri penerangan mengenai HP Deskjet Ink Advantage 3635 dan juga HP DeskJet Ink Advantage 4675. Apa yang best dengan printer HP Deskjet Ink Advantage ni ialah ianya  membolehkan anda untuk mengimbas, menyalin, dan mencetak dokumen berkualiti secara wirelessly @ wayarles dari Telefon, Tablet atau PC! Best kan. 

Apalah yang suka sangat tu ☺☺


Tapi sebelum tu kita bergambar dulu kat photobooth ni. Siap ada video dan contest. Memandangkan kami ni tak mesra camera, orang soh posing gaya bebas, ko posing statik macam tu jer...hahahaha...Kalau menang dapat HP Deskjet Ink Advantage 3635 tu. 


Aktiviti yang ditunggu²...main tembak laser. Happy kemahen bebudak nih. Ni baru 1st round untuk bebudak. 2nd round nanti ngan parents plak. Tapi aku tak layak untuk main atas sebab² tertentu. Melepas mak nyah. 


Sementara tunggu abang main tembak², kita main kaler² dulu dan juga buat origami. Memandangkan tembak laser tu untuk bebudak 7 tahun dan ke atas, QahirahQhalif tak dapat nak main. Cuma masa main untuk family tu qahirah dapat main with abah's supervision. Frust Qhalif sebab dia nak main jugak tapi tak boleh.


Sesi bergambar, Kemahen lagi anak bujang sorang tu. Kebetulan blogger [Sumi jelly] pon join. Anak kitorang memang kenal. Syiok lah ada geng si kimi tu. 


Last but not least. Antara blogger yang join... [Sumi Jelly], [Sis Ayu Rafikah] and [Liz Rohaizat] Tak sah kalau tak bergambar kan. Overall memang best. Siap ajak datang lagi sebab nak main tembak laser. Thanks for having us HP malaysia. Kalau nak tau lebih lanjut lagi, bley layari [FB HP Malaysia]

Tak lama nak masuk bulan March, makanya senarai bloglist untuk January & February akan bertukar bila masuk bulan March. So nak cari bl...

Tak lama nak masuk bulan March, makanya senarai bloglist untuk January & February akan bertukar bila masuk bulan March. So nak cari bloglist baru untuk March dan April. Jemput sertai Segmen Bloglist Azhafizah.com Mar & Apr 2016.
Klik banner untuk sertai  Segmen Bloglist Azhafizah.com Mar & Apr 2016
Segmen simple sangat. Cuma perlu buat entry dan copy & paste je. Pemilihan 10 blog melalui random.org.

TAMAT : 28 FEBRUARY 2016

Langkah Penyertaan Segmen
1. Buat entry bertajuk : Segmen Bloglist Azhafizah.com Mar & Apr 2016
2. Copy & paste coding dalam kotak bawah ni di ruangan HTML entry
3. Publish dan tinggalkan link entry dalam kotak komen di entry asal Segmen Bloglist Azhafizah.com Mar & Apr 2016

Terima kasih atas sokongan semua ^__^


Sambungan dari entry [Potty Training Qhalif | Mission Accomplished!!!] . Lain orang, lain caranya kan. Ada budak memang senang nak di p...

Sambungan dari entry [Potty Training Qhalif | Mission Accomplished!!!]. Lain orang, lain caranya kan. Ada budak memang senang nak di potty training. Dan ada budak memang amik masa untuk di potty training. Ni berdasarkan pengalaman #ibu3anak ni…cewahhhh…Ada yang kata anak perempuan lebih senang di ajar. Anak lelaki plak agak payah. Haaipppp…. Tak semestinya hokay. Antara Iman Hakimi, Qahirah dan Iman Qhalif, Iman Hakimi agak cepat. Boleh baca [Potty Training Iman Hakimi]

Mungkin sebab Iman Hakimi pakai [Cloth Diapers]. Iyer...zaman kerajinan terlebih. Anak sorang masa tu. Rajin kemahin. Masuk anak kedua dan seterusnya...malas tahap gaban. Salute dengan orang yang pakaikan anak CD. Ok...tak nak melalut. Sambung citer balik.

Qahirah plak advance. Advance sebab dia bagi package…free diapers dengan pandai basuh yak sendiri. Jemput baca [Potty Training Qahirah]. Seronok tak terkata sebab ibu tak yah basuh yak anak lagi dah...hahaha... Tapi with supervision lah. Make sure dia basuh bersih kan. 

Ok…tak nak bebel panjang². Seperti yang aku tulis sebelum ni, kunci untuk potty training anak sampai Berjaya ialah KESABARAN. Kalau rasa tak sabar, biar jer lah anak tu pakai pampers yerp….hehehehe… Ni aku nak sharing tips potty training yang aku dah praktikkan kat #ImanQahirahQhalif.


1. Dah bersedia dan pandai cakap

Make sure anak dah betul² bersedia untuk di potty training. Kalau tak bersedia lagi, jangan di paksa. Ko jugak yang sakit hati nanti. Kita yang dewasa ni pon tak suka dipaksa² ini kan budak yang belum baligh. Aku pernah gak ajar qhalif secara paksa. Nangis² dia sebab nak jugak pakai pampers. Tak nak pakai seluar. End up…. Dia protes…tak nak pakai seluar. Boleng (bogel) jer dalam umah. Seluar dia gi letak dalam freezer. Tanjat ibu nengok benda asing apa lah kat dalam tu. Sekali seluar…ppffttt… Kencing pon beberapa kali terbabas. Tido tengah hari pon terkencing dalam sluar. Tu lah…sapa soh paksa² kan. Dah budak tu tak nak. 

Seluar didalam freezer...ppffttt...

Kalau anak dah pandai cakap senang sket nak train. Sebab dah faham apa dia cakap kan. Tapi kalau nak train masa anak masih tak pandai cakap lagi pon boleh. Janji dia faham apa kita cakap dan ko faham body language anak. Tak der masalah.

2. Kerap bertanya

Tanya lah banyak² kali. Tapi jangan lah tanya setiap 5 minit. Bosan plak budak tu nanti. Pesan juga kat anak kalau nak kencing/berak cakap ngan ibu atau soh gi toilet terus. Jangan dah kencing/berak baru nak cakap. Tapi tu normal lah. Tak sempat kekadang kan. Tabah jer lah.

3. Simpan carpet/tikar

Haaaaa…kalau kat umah tu banyak carpet/tikar, gulung lah dulu yerp. Kang kalau anak tu tak sempat gi toilet mau terkencing atas carpet/tikar. Double penat plak nanti. Biar lah togel dulu umah tu. Bila anak dah berjaya kencing/berak sendiri, baru lah letak balik carpet/tikar tu yerp.

4. Step by step

Tak boleh lah nak ajar sekali harung. Ko expect siang dah lulus, so malam pon kira lulus jugak lah gittew. Kena lah step by step. Memula potty training waktu siang dulu. Tunggu beberapa hari sampai anak dah berjaya. Teruskan plak ke step seterusnya. Potty training waktu malam pulak. Alas tempat tidur dengan  protector sheet kalau tak confident. Macam aku tak alas apa² pon. Tawakal jer. Sebelum tidur aku soh qhalif gi toilet dulu. Alhamdulillah….kering tilam. Kalau terjaga pagi tu aku kejut gak. Tanya sama ada dia nak kencing ker tak. Tapi kekadang kejut tak bangun pon. Tak nak kencing lettew. 

Bila dah lulus potty training malam. Kita masuk fasa seterusnya. Potty training time kluar jalan² plak. Sebelum kluar tu soh kencing dulu. Time tengah berjalan² tu jangan lupa tanya si anak  nak kencing/berak atau tak. Kekadang dorang bagi sign jer. Kalau pegang bebird tu maknanya nak kencing lah tu…hehehe…

5. Pujian & pelukan

Haaaaaa…Yang ni jangan dilupa. Sapa yang tak suka pujian dan pelukan kan. Kembang kuncup lompat bintang kalau kena puji. Apatah lagi kalau kena peluk. Macam tu jugak lah dengan anak syurga ni. Seronok wei tengok reaksi muka dorang bila kita sebagai ibu ni puji dia…. ‘yeayyyy….qhalif dah pandai kencing/berak sendiri’‘yeayyyyy… qhalif dah besar’… Bersorak bertepuk tangan ibu ko nak bila misi potty training berjaya. Si anak pon bukan main lebar senyum tu. 

6. Comparison

Ingat yer… development budak berlainan. Jangan rasa down bila tengok anak orang lain belum umur 2-3 tahun dah free diaper. Anak kita?? Dah masuk 4 tahun masih berpampers lagi. No..no..no… Ada budak yang cepat dan ada budak yang lambat. Tak yah lah nak banding² kan sangat.

Malu sebab orang mengata?... ‘Anak dah besar pon pakai pampers lagi’‘ishhhh…mak dia tak ajar ker. Dok umah jer kot’. Abaikan jer lah mulut orang. Dah nama pon manusia, ada jer benda yang nak mengata. Anak kita…bukan anak dia. Duit kita yang beli pampers. Bukan pakai duit dia pon. Jangan rasa down hokay. Bukan selamanya anak kita nak pakai pampers kan. Tiba masa nanti pandai lah dia.

Jangan compare antara adik beradik jugak… ‘tengok abang tu, belum 3 tahun dah tak pakai pampers tau. Awak ni? Dah 3 tahun ber pampers lagi’… Ni ayat yang pernah aku tuju kat Qhalif. Terkebil² budak tu…sobsss… Maafkan ibu nak. Jangan buat macam ni. Ingat….development budak berlainan.

7. Sabar

Kunci untuk berjaya potty training anak adalah S.A.B.A.R…. yup… kesabaran kena tahap paling tinggi. Kalau tak sabar memang susahlah. Tipu lah kalau aku cakap aku ni penyabar masa potty training anak. Ada masa hilang sabar gak. Istighfar…. Tarik nafas…hembusssss… Ko nak anak pandai kencing/berak sendiri kan. Sabar yerp. 

Ok… dah cukup kot tips² ni. Kalau ada yang nak menambah, dipersilakan. Yang tengah dalam proses potty training anak tu, semoga berjaya. Usaha tangga kejayaan. Berbaloi sebenarnya sebab dah boleh jimat duit pampers. 

Note: Bukan jimat duit pampers jer. Duit susu pon sama sebab Qhalif dah tak minum susu since last year. Next entry yerp.


Kalau nak buat giveaway/contest. Tak kira lah contest kat BLOG, IG atau FB. Silalah buat dengan jujur dan ikhlas. Janganlah biarkan pem...


Kalau nak buat giveaway/contest. Tak kira lah contest kat BLOG, IG atau FB. Silalah buat dengan jujur dan ikhlas. Janganlah biarkan pemenang tunggu hadiah berbulan² lamanya. Kalau tak terhandle, tak payah lah nak buat giveaway/contest. Sebab tu lah aku malas nak join giveaway/contest blog. Mana yang dapat tu, alhamdulillah. Yang tak dapat langsung pon ada. Detail suma dah bagi. WhatsApp lagi. Tak kan terlepas pandang kot? 

Jenis aku, tak der nya aku nak tanya banyak² kali. Dah bagi detail suma, so pandai² lah pos hadiah tu. Nak Tanya penganjur hadiah dah pos ker belum. Hoiiii!!! Ko lah kena follow up dengan pemenang. I is kecewa dengan penganjur macam ni. Tak per…aku anggap tak der rezeki jer lah. 

Back to the story. Last year aku ada join giveaway kat IG. Alhamdulillah…rezeki menang 2nd runner up. Tak perlu lah aku sebut IG apa. Detail aku dah bagi on 13 October 2015. 22 October 2015 dorang reply kata akan pos hadiah tu. Aku tau time tu dorang sibuk buat preparation untuk launching produk. Tak per. Aku kan seorang yang tabah dan sabar. 

25 October 2015 dorang email kata nak pos ke esokan harinya dan akan bagi tracking number. Ok…fine. Esoknya 26 October 2015 dapat email lagi. Bunyinya…. Good news! Instead of giving you something that you might not like, the team decided to give you a RM160 gift voucher where you can use to purchase any piece from our website. Erkkkkk…gittew pulak. Bagi aku, tak kisah lah hadiah apa pon ko nak bagi, aku as pemenang terima dengan hati yang terbuka. 

Ok lah kalau dah macam tu. Hati dah ada sikit rasa terkilan. Bila dah sibuk² tu. Aku lupa pasal voucher. Kena redeem sebelum 31 December 2015. Jadinya bila aku teringat, gi lah redeem hadiah on 30 December 2015…pphheewwww… last minute punya kerja. Nasib sempat. Dorang reply on 13 January 2016 minta address. Agak lewat jugak tu. Bley plak aku tersalah isi. Kat mailing address tu aku gi letak email address…bengong… Tu lah, kelam kabut sangat kan. Tu yang salah. 

Aku reply email dorang on 14 January 2016 bersama dengan address yang diminta. Tunggu punya tunggu punya tunggu punya tunggu. Ko kira harini dah berapa haribulan? Dari bulan October 2015 sampailah February 2016…bayang hadiah pon tak nampak2. Hari² dok Tanya reception… ’ada barang akak tak’’tak der kak’. Frust hokay. Barang yang tak tunggu dah dapat tapi barang yang di tunggu² tak dapat². Tolak bulan November nak masuk berapa bulan dah nih. Tapi hadiah yang dijanjikan tak sampai² jugak. 

Baju menyusu jer kot. Kat website tak der plak tulis ‘out of stock’ atau ‘pre-order’. Tak cukup staff? Mustahil. Sehelai jer pon bajunya. Terlepas pandang? Takkan ko tak check order customer?? Tak per lah… bersangka baik.

Pagi in aku dah email. Aku tunggu lagi sampai next week. Kalau tak der gak. Hurrmmmmm...memang janji manismu betul lah gamaknya. Mau gak aku reveal produk apa. Aci tak.

Note: Bukan tunggu baju jer. Cheque GTM pon tak sampai² lagi ni...ppffttt...


gambar ulang tayang jer Alhamdulillah...misi nak potty training Iman Qhalif berjaya. Bukan mudah nak potty training ni sebenarnya. Seb...

gambar ulang tayang jer

Alhamdulillah...misi nak potty training Iman Qhalif berjaya. Bukan mudah nak potty training ni sebenarnya. Sebelum ni dah try buat. Tapi Qhalif nampaknya masih belum bersedia. Jadinya...cuti panjang yang ada baru ni, aku manfaatkan sepenuhnya masa yang ada. 

Kalau sebelum ni siang Qhalif tak pakai pampers. Pastu asal nak yak jer mesti minta pampers. Tapi skang ni no more pampers untuk tido malam dan nak kluar gi jalan². Seronok bukan main IbuAbah sebab anak soleh Iman Qhalif dah berjaya jimatkan perbelanjaan bulanan untuk beli pampers. Good job son. 

Agak mencabar sebenarnya nak potty training anak ni. Lebih² lagi kalau si anak belum betul² bersedia. Tipu lah kalau aku cakap dalam tempoh nak potty training tu aku tak marah kat anak. Dah banyak kali cakap, tapi kencing tetap merata. Tak sempat nak masuk toilet gittew. Kencing time tido. Memang menguji kesabaran. Tu belum berak tercicir lagi. Nasib keras. Kalau cair?? Sambil lap lantai sambil kesat air mata dibuatnya.

Kunci untuk semua ni adalah SABAR. Ko nak ajar anak free diapers. Tapi bila anak ko tak sempat gi toilet, ko marah. Acaner tu? Hilang semangat budak tu nak belajar. Practice make perfect kan. Kena lah step by step. Tak kan harini ajar esok ko dah expect anak tu dah pandai. No..no..no... Kena lah bagi anak tu masa untuk adapt bila tak pakai pampers.

Bila siang anak dah pandai kencing sendiri. Cuba plak waktu malam. Aku start tak pakaikan pampers waktu malam last week. Itu pon sebab terlupa. Sekali bangun pagi memang kering. Pastu weekend haritu try lagi. Erkkkk...kering lah toto. Dengan tak der alas² nya lah. Start dari haritu sampai lah harini memang tak pakai pampers waktu malam dah. Tapi make sure soh anak kencing dulu sebelum tidur yerp.

Bila dah malam pon tak pakai pampers. Kita pergi ke next step. Jangan pakaikan pampers waktu nak keluar jalan² plak. Sebelum ni tak confident. Siap bersoal jawab laki bini...'Nak pakaikan pampers ker tak ni bang?'...Tanya si isteri. 'Ntah...pakai jer lah'...jawab laki. 'Kita cuba dulu tak pakaikan pampers. Try ajar'...jawab si isteri. Kebetulan sabtu tu kluar. Qhalif pon rela bila kluar tak pakai pampers. Kalau sebelum ni memang  minta pampers. Maknanya?? Dia dah bersedia lah tu. 

Amazingly...dia tak terkencing dalam seluar pon. Tapi kita kena kerap tanya kat anak sama ada dia nak kencing/berak atau tak. Hari pertama keluar jalan² berjaya. Hari kedua gi majlis kawin pon tak pakaikan pampers dan berjaya jugak. Perasaan teruja nya bila anak dah free dapers tu hanya DIA jer yang tahu. 

Lepas ni nak ajar basuh yak sendiri plak. Kalau yak aku kena tunggu kat toilet sebab dia tak confident lagi nak dok kat toilet bowl tu. Tak per...dah pandai yak kat toilet pon ibu dah bersyukur nak. Try gak soh dia basuh yak sendiri. Bley plak anak soleh ni cakap 'kita geli lah ibu'...ppffttttt....

Gittew lah kisah aku dan potty training nya, Terpanjang plak. Next entry aku share tips untuk potty training plak yerp. Lain orang lain caranya kan. 

Note: Tak yah risau pasal harga pampers lagi dah ☺☺


Paling nyiampah kalau nak shopping online dapat peniaga yang macam ni. Suma nak kena PM/WhatsApp. Susah sangat ker nak letak harga teru...


Paling nyiampah kalau nak shopping online dapat peniaga yang macam ni. Suma nak kena PM/WhatsApp. Susah sangat ker nak letak harga terus? Letak harga siap² kan senang. Berkenan terus PM nak beli. Bukan kita ada masa nak compare harga pon. Tak der masa wei nak cari seller mana yang jual lagi murah. Kalau dah berkenan tu memang rasa terus nak beli. Tapi bila soh PM/WhatsApp bagai...hurmmmm...hilang mood terus.

Tapi tu lah...mungkin seller² ni ada alasan yang tersendiri yang kita tak tau kan. Mungkin ada sebab kenapa dorang tak tayangkan harga. Bersangka baik jer lah. Kalau malas nak PM/WhatsApp, cari lah seller lain yang dah terang² letak harga. 

Erkkkk...dah tak tau nak tulis apa. Cuti lama sangat macam ni lah. Tapi office still sunyi sepi sebab masih ramai yang coti. Tapk cuti tapi MC pon iyer gak...ahakssssss...

Note: Seronok betul pagi ni. Sebab jalan clear. 


Aku tengah runsing, dilema, sakit hati dan macam² perasaan lagi. Bercampur baur. Datang plak tekanan darah rendah aku ni kang. Ada sesapa y...

Aku tengah runsing, dilema, sakit hati dan macam² perasaan lagi. Bercampur baur. Datang plak tekanan darah rendah aku ni kang. Ada sesapa yang kerja dengan JKM atau kerja dengan pusat asuhan kanak²? Nak minta pendapat. Kisahnya....

Qhalif kan dah nak masuk 4 tahun bulan April ni. Kira 4 tahun dah pon sebenarnya kan. Nak jugak kira ikut bulan...ppffttt... Nursery yang aku hantar skang nih ada 2 tempat. Satu tempat (Nursery) untuk baby sampailah 3 tahun. Untuk bebudak yang 4 tahun hingga 6 tahun, akan diletakkan di Tadika, Aku pon tak amik kisah sangat lah sebab masa Qahirah dulu 4 tahun masih lagi Playschool even dok kat tadika.

Bebaru ni dapat form untuk registration tadika. Buntang jap mata aku nengok registration fees and monthly fees. Disebabkan kesibukan kerja dengan anak tak sihat berjemaah, aku lupa nak contact owner nak sahkan pasal kemasukan tadika ni. Kelmarin dapat wassup dari salah sorang cikgu kata Qhalif masih belum buat registration untuk tadika dan yuran pon belum bayar lagi. Iyerlah....nak sah kan lagi berapa nak kena bayar. Kena tanya owner dulu. Call woner smalam tak dapat plak. WhatsApp pon tak reply.


Jadinya aku WhatsApp cikgu tu. Tanya...wajib ker budak 4 tahun masuk tadika? Dia reply '4 TAHUN MEMANG WAJIB MASUK TADIKA, MULAI 2016, TIADA MURID 4 TAHUN DI TASKA. HANYA MURID 3 TAHUN KEBAWAH SAHAJA'. Ko rasa??? Aku siap cari info. Aku rasa macam dipaksa untuk masukkan anak TADIKA. Aku rasa down kejap. Mana nak cekau duit?

Parents tak boleh buat pilihan ker sama ada nak hantar anak ke tadika atau masih nak letak di nursery? Before this pengasuh ada cakap yang budak 4 tahun kena dok tadika. Tapi aku tak expect nak kena register tadika skali. Baru 4 tahun kot. Iyer...aku tau ada parents yang dah hantar anak seawal 4 tahun ke tadika. Itu pilihan masing². Kalau berduit boleh lah. 

Honestly aku cakap kat cikgu tu aku tak mampu nak hantar Qhalif masuk tadika lagi. Kalau nak letak kat nursery boleh tak? Registration fees jer dah RM1k++. Monthly fees RM380. Coming soon nanti RM400 *wink*. Duit gaji habis kat yuran anak² jer wei. Nangissssssss!!!!


Masalah nya skang ni, kat mana aku nak letak Qhalif? Dah dia kata nursery hanya untuk budak 3 tahun dan kebawah sahaja. Apa pilihan aku? Aku dah pening. Jalan yang aku ada skang ni mungkin hantar Qhalif kat PASTI. Sama ngan kakak dia. Registration fees and monthly fees tak banyak macam tadika skang. Tak banyak pon gigil gak lah nak bayar registration tu. Nasib bley bayar 2 kali. Tapi masih dalam perbincangan hubbywifey.

Nak hantar umah pengasuh, nan hado pengasuh yang free area umah tu. Nak tukar nursery lain, lagi mahal kot. Dah sama harga macam tadika. Sebab nursery Qhalif skang ni antara yang murah kat area umah aku tu. Katanya lah. Stress mak nyah. Sekian luahan perasaan #mak3anak.

Note: Nak jadi surirumah... tapi komitmen banyak...huhuhu...Hanya DIA jer yang maha mengetahui. 


Keletihan yang sedang di lalui bukan keletihan yang sia². Tipu lah kalau anda kata anda tak pernah mengeluh. Tipu sangat kalau anda k...



Keletihan yang sedang di lalui bukan keletihan yang sia². Tipu lah kalau anda kata anda tak pernah mengeluh. Tipu sangat kalau anda kata anda tak pernah menangis dalam diam disebabkan keletihan yang di alami. Tipu jugak kalau anda kata anda tak pernah menangis sebab karenah anak². Mengaku jer lah.

Kerja surirumah letih. Ibu yang bekerjaya pon letih jugak. Sampai satu tahap boleh buat ko menangis sebab penat sangat. Balik amik anak² sekolah. Jalan plak jammed. Sampai umah dah pukul 7.10 pm - 7.20 pm. Nak masak lagi. Dapat masak yang simple² pon jadi lah. Nasib anak² jenis tak cerewet makan. Dapat telur ngan kicap pon jadi lah. Paling win...nasik ngan kicap jer yang dia berselera...ppffttt...Mudah keja ibu ko nak. Mengeluh gak kekadang sebab penat

Bila baca caption nih...wahhhh... Beruntungnya kita. Bersyukurlah...keletihan kita ada ganjarannya. Dah...jangan mengeluh lagi yerp. Ucapkan Alhamdulillah. #selfremind. Amalkan zikir ni:


Baca sebelum tidur. Tapi tu lah...kalau dah penat sangat kekadang tu sempat baca syahadah jer. Lagi sadis bila ko tak sempat nak baca apa². Letak jer kepala kat bantal sekejapan terus masuk lalaland. Penat sangat gamaknya. 

Note: Letih...letih memikir nak update citer apa lepas ni...hahaha...



  Bismillahirrahmanirrahim... Moga ada rezeki hendaknya. Siapa yang tak suka kalau hadiahnya dok  hotel kan. Jom ramai² kita meriahk...

http://nurinkhairi.blogspot.my/2016/02/giveaway-nurinkhairi-x-shaklee-collagen.html 


Bismillahirrahmanirrahim... Moga ada rezeki hendaknya. Siapa yang tak suka kalau hadiahnya dok 
hotel kan. Jom ramai² kita meriahkan giveaway ni. Klik jer banner tu yerp. 



Bukak...tutup...taip...padam...Taip balik...ppffttt...Salam isnin semua. Selamat Hari Wilayah. Sonok lah orang KL cuti kan. Aku pon ser...


Bukak...tutup...taip...padam...Taip balik...ppffttt...Salam isnin semua. Selamat Hari Wilayah. Sonok lah orang KL cuti kan. Aku pon seronok gak sebab jalan tak sesak. Selamat datang February. How time flies. Pastu dah March....haishhhh...makin berdebar² dibuatnya. January yang tak productive sebab hanya ada 12 entry saja. Hurmmmm...entahlah. Mood swing. Kejap naik kejap turun. 

Blogwalking pon dah jarang. Komen pon mana yang sempat jer. Sorry yerp. Last week memang minggu yang mencabar emosi. Minggu yang penuh dugaan bila anak² tak sihat. Start dari [Iman Hakimi demam]. Dah kebah demam, selasa malam tu berjangkit plak kat Qahirah. Rabu terpaksa EL pagi. Petang plak turn husband jaga. Berdoalah si ibu supaya anak cepat sihat dan tak jangkit kat anak bongsu Qhalif.

Tapi dah nama pon demam kan. Kalau tak jangkit memang tak sah. Khamis Qahirah still demam. Aku nak EL tak boleh sebab KPI submission dateline Jumaat. Tu aku mencik buat benda last minute. Awal² tak nak mintak. Husband bermurah hati jaga anak tak sihat. Mekasih husband sebab memahami. Sekali tengah hari tadika WhatsApp kata badan Qhalif panas. Ya! allah...tak tenang aku nak buat keja. Nak tak nak terpaksa husband tinggal kan kejap anak dara kat umah gi merempit amik Qhalif kat tadika plak. 

Melepek

Jumaat anak² still demam. Dilema jap sebab husband tak boleh cuti. Aku plak masih tak settled lagi KPI...ppffttt...Nak tak nak, terpaksa gak aku EL pagi tu. Tapi tengah hari aku masuk office. Bagitau bos aku datang tapi bawak anak². Dia kata OK. Hangkut lah aku anak² yang tak sihat gi office. 

Alhamdulillah...hari ni dah ok sket. Cuma batuk dan selsema jer lah. Awal² tahun dah ada MC dan EL. Nak buat macam mana. Dilema ibu bekerja macam ni lah. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...