Baju Muslimah Kanak-kanak

Tu dia. Tajuk kemahen panjang lagi. Ni nak berkongsi dengan parents² semua especially yang ada anak² kecik. Sebelum ni pernah jugak tertany...

Tips | Cara Mudah dan Selamat Halau Serangga Keluar Dari Telinga Anak

/
10 Comments
Tu dia. Tajuk kemahen panjang lagi. Ni nak berkongsi dengan parents² semua especially yang ada anak² kecik. Sebelum ni pernah jugak tertanya² macam mana nak tau kalau ada serangga masuk dalam telinga anak². Kalau tergaru² telinga tu maknanya ada benda erk dalam telinga. Nak tau jugak kalau ada termasuk serangga dalam telinga anak² macam mana nak halau menatang tu. Kebetulan aku tertengok tajuk video [LIPAN BERJAYA DIKELUARKAN DARI DALAM TELINGA] 



Tapi aku tak nengok pon videonya. Rasa meremang plak nak nengok. Geli wei dengan menatang panjang² macam lipan nih. Pastu menatang tu masuk plak dalam tinge. Lagi lah aku scary. Klik jer lah tajuk tu kalau nak tengok. Ada plak baca komen kat video tu tanya macam mana nak tau dan nak halau serangga keluar dari telinga anak² kecik nih. Kalau kita yang dewasa ni boleh lah tau kalau ada menatang masuk dalam tinge kan. Kalau bebudak? Especially bayi? Macam mana nak tahu? Nah... Ini jawapan yang En. Muhammad Ahmad ni bagi. 

1) Cari tempat gelap atau tutup lampu. Nyalakan lampu suluh atau guna lampu hp. Suluh lampu menghala dari sisi tepi telinga, gerak² kan sedikit lampu, serangga akan cari cahaya untuk keluar, jika tidak keluar juga suluh ke dalam telinga lihat serangga jenis apa.

2) Boleh titis minyak ke dalam telinga, guna minyak yang tidak sensitive.(saya guna vco). Sediakan picagari (syringe) untuk menyedut kembali minyak jika serangga tersebut keluar.

3) Jangan guna apa² alatan tajam yang boleh mematikan serangga tersebut. Alatan tajam juga bahaya kan telinga atau apa² alatan yang boleh menolak serangga semakin dalam.

4) Jika serangga belum keluar, makin sakit elok ke klinik, di klinik mereka ada alatan seperti Forsep (crocodile)

5) Guna minyak juga untuk melemaskan serangga. Biasanya serangga akan keluar jika dah lemas dan pastikan suluh lampu untuk serangga bergerak ke arah lampu.

Sila lah salin tips ni yerp. Kalau nengok anak asyik garu² telinga atau anak cakap sakit telinga, cuba try buat macam nih. 

Terima kasih lah Encik Matt sebab berkongsi tips ni. Kalau nak tau, Encik Matt ni Doctor. Aku suka baca FB Encik Matt ni sebab banyak info², tips² dan nasihat pasal kesihatan dan kekeluargaan. Silalah follow FB Encik Matt ni. Rugi kalau tak follow





You may also like

10 comments:

  1. sebut pasal dlm telinga teringat qebal dulu duk asyik nagis sakit kata ada semut dalam telinga.. kul 2 pagi duk jenuh teropong dalam telinga dia.. hahaha.. padahal bukan ada semut.. bengkak ketul dalam tu.. g hospital doc cucuk terus keluar air nanah. sebab infection masa dia selesema.

    ReplyDelete
  2. haha,,dah tgk..

    riso jgk klu masuk kat anak2 ni..

    ReplyDelete
  3. Bolehlah singgah blog Cik Mat pulak jap lagi...
    Rasanya pernah dengar jugaklah pasal cahaya tu boleh keluarkan serangga dari telinga.
    Mak pun geli tapi taklah segeli ulat.........

    ReplyDelete
  4. Kakak masa dpt whatsapp ini rasa ngeri betul tengoknya Fize
    Kalau tak panic memang boleh tapi kalau macam kakak tak terbuat rasanya.

    ReplyDelete
  5. Adoiii... Kalau melibatkan lipan mmg scary movie la.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...