Mitsui Outlet Park KLIA Sepang | Dibuka 30 Mei 2015

Friday, May 29, 2015


Dah tau ker? Ker ada yang tak tau pasal Mitsui Outlet Park ni. Ni nak bagitau. Mitsui Outlet Park ni terletak hampir dengan KLIA dan mempunyai akses dari lebuhraya. Mitsui Outlet Park yang dibangunkan bukan untuk pengguna lapangan terbang semata-mata sebaliknya untuk penggemar jenama premium khususnya yang berada di sekitar Lembah Klang 

Buat masa ini, belum ada pusat beli-belah yang menawarkan produk jenama premium pada harga diskaun di sekitar Lembah Klang dan Mitsui Outlet Park adalah yang pertama seumpamanya. Mitsui Outlet Park KLIA akan memiliki 140 factory outlet (FO) di kawasan membeli-belah seluas 24,000 meter persegi dalam fasa pertama pembangunannya.

Wowww...Senyum lebar kaki² shopping bila baca nih. Tak payah gi JPO (Johor Premium Outlet) nun di Johor sana tu. Kat Sepang dah ada. Ni antara jenama yang ada:






Silalah terjah MOP esok. Event start pukul 2.00 PM - 4.00 PM. Banyak opening special discount esok. Gaji pon dah dapat kan...hehehe...Kalau nak tau detail, klik jer FB page MOP ni.

FB Page: Mitsui Outlet Park KLIA

Note: Banyak betul event minggu ni. Event aku esok amik report card si anak dara tu ☺


You Might Also Like

8 komen

  1. boleh terjah nanti.. tapi kat JPO lagi byk brg best.. hihi

    ReplyDelete
  2. Tempat baru bershopping ni.. menarik gak klu jenjalan. Thanks sharing Fiza.. :)

    ReplyDelete
  3. aida kat klia2 ni.
    nak ke tganu.
    lalu tadi situ. Besar jugak.
    aida pernah ke jpo.
    hmmm x brape minat la gi tempat mahal2, fiza.
    xde duit nak beli :-)

    ReplyDelete
  4. Shopping...yang perempuan boleh buat alasan :shopping raya.."
    hahahh

    ReplyDelete
  5. WOW ! bestnya.. xpayah dh gi johor ya amat jauh tu. hehee

    ReplyDelete
  6. Keh3x...Suami kita dah dok pasak kat telinga ni tentang pembukaan Mitsui sejak tahun lepas. Bila tahu pembukaan pada 30 Mei tu, disuruhnya clearkan jadual hujung minggu. Nak pergi melawat MOP katanya...

    Maka, dah sampailah kami anak beranak. Tapi takda apa-apa pun yang best (pada pandangan sayalah) sebab setakat nak menyopping tu, saya lagi suka bandarayaku tercinta Kuala Lumpur ~_^

    Pergilah terjah masa nak raya nanti. Maybe semua 140 outlets tu dah buka dan ada diskaun good better best katanya... Manalah taukan!

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive