Tuesday, October 25, 2011

Hasil SURVEY TADIKA...Yuran Pendaftaran, Yuran Bulanan, ETC.

Salam semua. Pagi ni busy to the max sebab semalam adalah hari cuti berjemaah somi isteri. Misinya adalah mencari Tadika untuk Iman Hakimi tahun depan. Dalam entry Tabika KEMAS, Taski ABIM, PASTI, Genius Aulad...Yang Mana Satu Jadi Pilihan?, aku dah buat tinjaun di beberapa buah tadika. Dah call tanya macam² lah. Tapi lagi best kalau jumpa owner sendiri kan. Cakap dalam phone tak berapa best sangat. Ni antara tadika yang aku call:


1) GENIUS AULAD

Registration ada 2 options including admin fees, ICT and others. Tapi aku lupa fees ni termasuk untuk baju atau tak. Tapi untuk buku memang tak termasuk. Umur untuk pendaftaran bermula dari 4 tahun - 6 tahun.

Option A = RM788 (1 year Fees)

Option B = RM568, selebihnya bayar kemudian

Ada 2 session class:

1) 8.30 am - 11.30 am
2) 1.30 pm - 4.30 pm

Monthly fees RM238.00

2) Tadika Khalifah Kecil (The Lil' Caliph)

Registration fees adalah RM1200.00 including monthly fees untuk January 2012. Tak termasuk duit baju.

Monthly Fees = RM220.00. Class start from 8.30 am to 12.00 pm. Ni branch untuk Lil' Caliph. ingatkan murah, sekali amik ko...terbeliak bijik mata dengar registration fees....ahaks...

3) PASTI

Registration fees RM410.00 including baju, baju sukan, buku teks, bulan january 2012 nyer fees dan lain² lagi lah. Panjang plak klo nak tulis suma kan. Umur untuk pendaftaran bermula dari 4 tahun - 6 tahun.

Monthly fees RM80.00, dah naik harga. Tahun lepas RM75.00. Ada di sediakan daycare. Fully Day RM120.00 dan half day RM80.00. Let say kalau aku nak hantar iman kat sini, total untuk tadika and daycare adalah RM200.00 sebulan. Overtime charge start dari pukul 6.30 pm. Sejam charge RM3.00

Petang ada di sediakan kelas iqra' dan Al-Quran. Tapi kena bayar RM30.00

Class session start dari pukul 8.00 am - 12.00 pm.

Transit (van) RM80.00. Yang ni mana yang hantar untuk tadika saja, nursery kat tempat lain.

4) ABIM

Registration fees RM578.00 including Buku teks, peralatan sekolah, baju, baju sukan dan lain² lagi lah. Umur untuk pendaftaran bermula dari 4 tahun - 6 tahun dan registration fees adalah berbeza mengikut umur. Untuk 6 tahun, kelas di asingkan (ada bangunan lain) dan untuk umur 4 dan 5 tahun bercampur.

Ada 2 pakej di sediakan:

Pakej Taski: 8.00 am - 1.00 am. Monthly fees RM200.00


Pakej Bistari: 8.00 am - 5.30 pm. Monthly fees RM300.00. Yang ni termasuk daycare. Ada aktiviti untuk petang. Antaranya kelas mengaji, hafazan dan aktivit² lain lagi lah. Overtime charge start dari pukul 5.30 pm. Sejam charge RM3.00

5) TADIKA UBUDIYAH

Yang ni nursery Iman, start buat tadika tahun depan. Registration fees dalam RM1,000.00 including baju, peralatan sekolah, buku teks, insurans dan banyak lagi. Ada kelas renang skali tapi optional lah. Siap ada CCTV lagi...kelas ko ^_^. TU yang mahal sket kot. Umur untuk pendaftaran bermula dari 5 tahun - 6 tahun.

Monthly fees RM200.00 tapi kalau iman daftar kat situ, ada diskaun. Dapatlah RM180.00.Boleh buat installment lagi untuk registration fees.

NI lah antara Tadika yang sempat aku survey dan call. Semalam aku buat lawatan sambil bertanya. Tapi buat masa ni yang berkenan di hati adalah tadika PASTI and ABIM. Criteria tadika yang aku cari ni suma nya dekat ngan umah. Cuma Genius Aulad and Lil' Caliph nih jauh sket. Lagi pon yuran agak mahal.

Tapi antara ABIM and PASTI, mungkin kami pilih PASTI kot. Yuran pon agak berpatutan. Yerlah...ikut kemampuan kan. Kalau gaji kecik tapi nak hantar skolah mahal, tu menyiksa diri namanya.

Ini lah info yang aku bley kongsi ngan uols. Pada yang ada anak nak skolah tahun depat, surveylah dari skang, nanti tempat penuh. Pilih ikut kemampuan. Survey harga, daycare, transit dan yang sewaktu dengannya. Ni baru anak nak masuk tadika dah pening, tu belum nak masuk skolah rendah, menengah dan seterusnya...haihhhhhh...

Ingat..."Yang bagus tak semestinya mahal dan yang mahal tak semestinya bagus"...

71 comments:

  1. kalau saya saya pilih PASTI :)

    ReplyDelete
  2. Fiza, ikutkan hati...sy nak je anta Aydin g Tadika KEMAS. Hahahaha.

    ReplyDelete
  3. aju Akan dftrkan Najiha ke lil caliph, kt sini reg rm995, monthly rm210, lain2 ikut tmpt n operator dia...kt sini itulah yg murah setakat ni

    ReplyDelete
  4. weii...citer sal tadika taska ni...pening kepala aku dibuatnya...adehh...

    ReplyDelete
  5. humak aiiiii..........mahal nyer!!!

    ReplyDelete
  6. Fiza,
    anak mirah pun kat taski tp takdelah semahal itu yurannya. Agaknya yuran tu bergantung pd lokasi kot. Aisyah utk thn ni 8.00am - 6.00pm rm240. Tp, bg mirah recommended lah. Silibus ok, guru2 pun ok tp lagi sekali, ia bergantung pd pengurusan sesebuah taski tu lah kan..

    ReplyDelete
  7. Thanks 4 sharing. For me teacher yg memainkan peranan utama. If teacher bagus maka baguslah hasilnya tak kira yuran tinggi atau rendah. Nak survey Pasti kat area rumah jugaklah camni :)

    ReplyDelete
  8. tapi tadika kat bndr ni mahal kan..anak buah aku masuk kemas,Rm5 je ssebulan...Faiz aku hantar genius aulad,sibuk nak sekolah dah...tgk jelah

    ReplyDelete
  9. pelajaraan sekarang ni di nilaai dengaan wang ringgit...ijazah pun boleh beli....

    ReplyDelete
  10. sbb ko takut2kn aku psl nih aku pn survey la mana sekolah terdekat. paling dekat GA kat BK5 kire seberang jalan aje. tapi ermmm xtau la xdek nursery, aku dh le selalu malas nk anto sami g skool, aku suka bwk dia jenjalan haha. tapi kalu aku malas nk jaga dia.. setgh ari je pulak dia kt skool.. dgn baby kecik lagik thn depan .. ermmm..

    xsabo nk tgk iman pakai baju sekolah

    ReplyDelete
  11. oh, i cant help u coz kite tempat yg berlainan..

    sya teringin nak kasi anak ke genius aulad atau lil Calpih sbb selalu masuk tv, tapi jb takde..

    tapi mmg pening nak sorting list tadika ni kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jb ada lil caliph. Kt uda n perling n larkin

      Delete
  12. wah mahalnya registration fee

    ReplyDelete
  13. huhuu byk jugak perbelanjaan utk ank2 ni yer..

    ReplyDelete
  14. PASTI kat mana, ya? kat seksyen 7 tu ke?

    tq for sharing. sedang mencari2 jugak ni :)

    ReplyDelete
  15. Adoiyaiii..x sama harga rupanya wpun tadika sama ekk. Uishhh..ni yg rasa nak kena survey cpt nii...

    next yr igt nak hntr adam ke lil caliph dpn.umah.tp ntah brp la yurannya

    ReplyDelete
  16. Assalam..
    Anak iza pun nak bg sekolah tahun depan.dah tak sabar2 nak sekolah.mungkin pilih tadika Islam.tak ada banyak pilihan sangat di sini

    ReplyDelete
  17. yup, kita pon dok sibuk cari tadikan iskandar...yg penting hasilnya dia boleh baca, paham dan tulis...sebab sebelum ni iskandar masih belum pernah bersekolah...saya pulak agak cuak bila tahun depan nak masuk sekolah rendah...grerrr heehhe

    ReplyDelete
  18. taski ABIM di tempat fikri tu monthy rm40 ajer.. masa masuk hari tu hampir rm200 juga yuran pendaftaran.. tp kualiti sgt hampeh.. saya kaciwa..

    berbeza dgn fee di area Fiza tu ya.. mungkin kualiti pengajaran berbeza mngikut tempat...

    ReplyDelete
  19. ASYIKIN: Saya pon pilih PASTI gak ☺☺

    ReplyDelete
  20. FARA: Klo boleh nak hantar gak kat KEMAS, tapi jauh dari umah lah. Nak kena fikir pasal kos lagi.

    ReplyDelete
  21. AJUMOHIT: Bley tahan gak harganya yer. Lain branch lain harga kan.

    ReplyDelete
  22. CIKMOT: Mau nyer tak pening.

    ReplyDelete
  23. MIRAH: Betul tu. Lain branc lain harga kan. Harap pengurusan taski ni ok lah.

    ReplyDelete
  24. MOMMYCT: Sharing is caring. Survey...jgn tak survey ☺☺

    ReplyDelete
  25. ILA: Bandar memang mahal klo nak bandingkan ngan kat kg. Klo faiz dah minat ko hantar jer lah.

    ReplyDelete
  26. COACHNIKE28: Biasalah tu, duit adalah segala-galanya.

    ReplyDelete
  27. ELY: Hahahaha...bukan nak takutkan ko, just bersedia dari skang. Kira dekat ah tu GA ngan umah ko. Cuba lah ko tanya ada daycare ker tak.

    AKu pon tak sabo nak tgk iman pakai baju skolah.

    ReplyDelete
  28. MAMANORIZ: Owh...kat JB tak der lagi GA & lil' caliph yer. Saya pon teringin gak nak hantar kat salah satu tadika nih, tapi tak mampu lah.

    ReplyDelete
  29. ZIE: Mahal kan. Tu baru tadika.

    ReplyDelete
  30. INTANBERLIAN: Memang banyak intan, kena sedia duit jer lah.

    ReplyDelete
  31. M.I.O: Ha'ah, PASTI Siti Sarah kat sek 7 tu.

    ReplyDelete
  32. ISABELLE: Memang tak sama belle, lain tempat lain harga. Dekat lah tu depan umah, senang ☺☺

    ReplyDelete
  33. IZA: Tu lah iza, kat sana tak byk sgt kan. Klo kat bangi ni memang byk.

    ReplyDelete
  34. BITT: Betul tu, yg penting hasilnya.

    ReplyDelete
  35. KAKYONG: Erk...murah yer kak. Kat tempat saya nih mahal gak. Lain tempat lain caranya kot. Sian akak...keciwa yer.

    ReplyDelete
  36. mcm saya pun fiza...mmg fenin gak nk pilih tadika mana yg bagi kita terbaik utk kita dan anak kita..cam saya dulu pilih Tadika AnNajjah..dari sufiya umur 5-6 thn..tadika nih ada di Selayang, ALor setar dan Arau ja...mmg syukur anak2 pandai dalam pembacaan ayat2 Alquran..bijak menghafaz...boleh spuking londong skit2 ...ok la kan..tp kalau ABIM mmg bagus...

    ReplyDelete
  37. fiza, nak tanya kalau register PASTI diorang nak slip gaji x?? kalau kat area rumah zaila ni diorang da minta & of cozlah gaji kami tak layak untuk mohon (bukan nak cakap besar tapi diorang ambik limited & hanya ntok famili yang household below RM2k) so nak tak nak hantar GA pilihan yang kami rasa terbaik untuk dia..

    tapi betullah apa yang fiza cakap, jangan ingat yang mahal itu terbaik ntok anak kan..macam zaila sendiri zaila xexpect tinggi sangat dari anak, tapi Alhamdulillah memang ada nampak perubahan sejak dia sekolah kat situ

    apa2 pon kita sebagai mak ayah pon kn main peranan juga, kalau mahukan anak yang bijak pandai kenalah sentiasa buat latihan bersama diorang juga, jangan mengharapkan cikgu semata..kalau nak anak pandai speaking pon kena speaking juga kat rumah, jangan harapkan cikgu semata kan:P

    ReplyDelete
  38. salam..thanks sgt blog ni banyak bg info.saya daftar anak utk pasti nx year january 2013 start.yuran 500+ pastu pagi sampai tgh ari kul12.30 rm120 if nak iqra' tambah rm30..kalau nak sampai ptg dgn day care tambah lagi rm150.so total rm300 la per month.memang murah kalau nak di bandingkan dgn tadika lain n banyak komen positif pasal pasti ni.yg tadika ABIM tu saya tak sure area rumah ni ada ke tak..saya daftar anak kt pasti ehsaniah cheras

    ReplyDelete
  39. saya memang tertarik nk hntr anak ke PASTI, tp selepas mendengar dr kawan2, hasil yg d perolehi oleh anaknya tidak membanggakan, membuatkan saya berda dlm dilema... sbb mgkin cawangan pasti di tmpat lain ok, d tmpat saya kurang sedikit.. memang buntu skrg.... ade sesiapa bole bg pendapat..? sy memang nk anak saya belajar tahfiz atau islamic education.

    ReplyDelete
    Replies
    1. natasya, setahu saya, tadika little caliph ada modul yg pn natasya mahukan. cuba survey

      Delete
    2. natasya, setahu saya, tadika little caliph ada modul yg pn natasya mahukan. cuba survey

      Delete
  40. salam..tq sbb share..byk info kat sini.sy pun nak anta ank thn dpn..thn depan umur die 4 tahun.saya rasa nk anta kat PASTI sbb dkt dgn rumah.transpot pun ada.ada sesape yg ada info ttg PASTI pinggiran delima hulu langat?

    ReplyDelete
  41. salam.
    lengkapnya info. terima kasih kerana berkongsi.tapi anak saya masih kecik lagi

    ReplyDelete
  42. berhati2 dgn hidden fees kat q-dees! Contohnya, bila saya nak enrol daughter saya kat qdees, mula2 qdees memberitahu saya school fees RM210 sahaja, tapi akhirnya baru saya tahu kena bayar fliptech fees, facility fees, beamind fees, etc... Pada pendapat saya, fliptech fees, facility fees, beamind fees itu semua memang adalah school fees. Apa itu beamind enrichment programme? Kenapa mereka x include dalam normal kindergarten school hours? Just nak charge extra!!! We as parent memang x suka feel cheated.
    Byk lagi hidden fees anda akan discover nanti selepas anak anda berada kat qdees... Tambahan pula, teacher sombong dan ajar salah! Byk parents complain kat qdees, tapi semua swept under carpet...

    ReplyDelete
  43. SALAM..pada pendapat saya memilih tadika sangat penting and it depends on what the parents actually want for their child.basically now English is very important therefore fully base english kindergarden is a good choice. jujur saya katakan, sy seorang yg sngat bersyukur for having such parents yg memandang ke hadapan. titak ketinggalan agama juga dipupuk. i would suggest smar reader yg menitik berat kn english and agama at the same time-rara

    ReplyDelete
  44. Bole tahu tadika ubudiyah tu di mana?

    ReplyDelete
  45. Bole tahu tadika ubudiyah tu d mana?

    ReplyDelete
  46. Bole tahu tadika ubudiyah tu di mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sian hazira xde sapa sudi melayan yea

      Delete
  47. Klu ank autism mereka terima tak? Anak saya autisms @ autisma

    ReplyDelete
  48. Klu ank autism mereka terima tak? Anak saya autisms @ autisma

    ReplyDelete
  49. Anon,

    Saya dah email hazira yer. Harap maklum.

    ReplyDelete
  50. Faiz, tak sure lah. TApi rasanya untuk anak autisms ni ada sekolah khas utk mereka.

    Cuba check dengan Persatuan Autisme Malaysia ebab dorang ada perkhidmatan utk kanak² yg autisme. Ini link nya.

    http://www.nasom.com.my/

    Harap info ni dapat membantu.

    ReplyDelete
  51. Dulu saya hantar anak kat umah pengasuh rm250.00 dr jam 7.30 smpi kul 5.30...duk umah pengasuh tak belajar ape2 pun...saya fikir lebih baik hantar pasti bayar rm255.00 smpi kul 6 ptg tapi dia dapat belajar dapat kawan-kawan...secara rasional nya..lebih baik hantar sekolah daripada duk kat umah pengasuh..sbb saya ibu ya g bekerja...my opinion ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya juga lebih prefer nursery dari pengasuh. Banyak aktiviti and boleh bersosial.

      Delete
  52. PASTI n ABIM tu kat mana??skrg anak fiza sekolah mana n suke x dia sekolah tu?

    ReplyDelete
  53. PASTI kat seksyen 7, Bangi. ABIM kat Sg Ramal. Saya hantar anak kat PASTI. Alhamdulillah...ok.

    ReplyDelete
  54. tgah pening gak nk htr ank bujang sy n.year.tp kt area kepong lil caliphs je plg dkt.hopefuly ank pun suka :)

    ReplyDelete
  55. Fiza, saya ada pertanyaan. PASTI ni ada terlibat dengan parti politik tak? Saya ni natural dalam politik.

    ReplyDelete
  56. Saya nak tanya PASTI ni terlibat secara direct dengan parti politik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry for the late reply.

      Klo tak silap saya, memang PASTI under PAS, tapi dorang tak terlibat secara direct pon dlm politik. Tak perlu risau ☺☺

      Delete
  57. saya ada beberapa cadangan.sapa yang nak hantar anak ke tadika boleh hantar kat An-Nur Islamic Centre.Ada dua cawangan,satu kat jalan layang,tmn perling dan satu lagi kat taman nusantara,gelang patah..

    ReplyDelete
  58. salam..saya baru pindah putrajaya
    tumpang tanya,kt cni ade x tadika PASTI y tdekat??
    sbb sy suke cara asuhan PASTI ni.ank sy y sulung pnh bljr PASTI thn lepas slma 5bln je.tp kputusan sgt mberangsangkn.dr xknl lgsung huruf abc skrg dh bole membaca buku cerita.alhamdulillah..kl ikotkn ank sy ni jnis lmbt cket dlm IQ die.tp berkat usaha guru PASTI utk jadikn ank sy pdai mbaca,akhirnye tercapai..x sia2 sy memilih PASTI.wlaupon last minit slama 5bln tu..tq pngasas PASTI sbb pkenalkn terknik y luar biasa n jdkn ank sy bijak alquran n seorang y tau aurat btudung tu wajib.hihi..
    kl ade sesape y tau mne PASTI tdekat dgn putrajaya tlg bgtau scpt mungkin kt email sy asmak_ismail@yahoo.com.tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asmak, saya tak sure area putrajaya ada atau tak. Tapi kat bangi ni memang banyak tadika PASTI. Saya dah email yer.

      Delete
  59. PASTI y tdekat dengan Putrajaya ada x??
    tlg maklumkn pd sy alamat/no tel dgn kadar segera..
    email asmak_ismail@yahoo.com
    terima kasih..

    ReplyDelete
  60. Kt jb. Register 1200. Sebulan 400. Sampai petang

    ReplyDelete
  61. Tadika pasti memng murah tapi kualitinya? Jiran saya hantar anak di pasti 2 tahun masih tak pandai baca.. kurang lebih bab doa-doa harian memang terer lah. Nampaknya ibu ibu yng nak hantar anak ke sana kenalah usaha lebih untuk ajar anak dirumah.

    ReplyDelete

Labels

ABIM (2) Accident (2) Adik dan Al-Quran (2) Advertorial Nuffnang (3) Advertorial Zalora (1) Air Asia (1) Aku (1021) Anis Choc Moist Cake (1) Anniversary (3) Asam Laksa Jusco (1) Asam Pedas Melaka (1) Awards (4) Baby & Raya Expo 2013 (1) Babywearing (1) Bangi Extreme Challenge (1) Bayi DiDera (1) Bayou Lagoon Resort (2) Bebola Daging (1) Bento (3) bicara (1) Bicara hati (34) Big Bad Wolf Book Sale (4) Birthday (16) Black Pepper Prawn (1) Blogbuster Campaign (2) Blogger Event (2) Blogging (28) Bloging (154) Boba 3G (1) Book (3) Bread Pudding (1) Breastfeeding (59) Breastfeeding Week (3) Buah Ngaku (1) Burger Bakar Abang Burn (1) Burung Puyuh Salai (1) Camera AES (1) Careless (4) Chewy Cheese (1) Chicken Pox (2) Chickenpox (1) Chikenpox (1) ChurpChurp (4) Ciku (2) Cloth Diaper (2) Cloth Pad/Panty Liner (1) Coklat IQ Coco Damia (1) Company Trip (3) confinement Set (1) Contest (2) Contest/Giveaway (61) Cook (30) Cook with Love (12) Cuti Cuti Malaysia (3) Cyberjaya (1) Daging Rusa (1) Darjah 1 (6) Daun Ketumbar (1) Daun Sup (1) DAYRE (1) Delivery (3) Dentist (3) Development Baby (17) Dinner (2) Doa (2) Drama (1) Drama Juvana (1) dri (1) Duit Raya (1) Durian (1) Durian Pancake (2) Earth Hour (2) Edelman (3) Emotional (522) Empire Shopping Gallery Meletup (1) Event (7) Exam (1) Exclusive Breastfeeding (1) Family (14) Flash Mob (2) Fobia (1) Food (77) Free Palestine/GAZA (1) Fridge Magnet (1) Friends (1) Friendship (1) From My Kitchen (9) Gadjet (3) Gathering (3) Genius Aulad (1) Gigi Geraham Bongsu (1) Groupon (1) GUlai Ikan Tempoyak (1) Gyiyomi (1) Halal JAKIM (1) Haley Chiffon Blouse (2) Happy New Year 2014 (1) Hari Hijab Sedunia (1) Hari Raya (24) Harimau Malaya (2) Hati Unta (1) Haze (3) Hershey's Coklat (1) Hippopo Baby & Spa Wellness (1) HMFD (1) Holiday (2) Home Sweet Home (61) Homemade Ice-Cream (4) Hotlink (1) hubby (29) Huggies Dry Pants (1) Huggies Dry Pants “Change for Better Convenience” Roadshow (2) Ikan Bakar Bellamy (1) Iman (104) IManQahirahQhalif (20) IMPETIGO (1) Info (477) info. (161) info. MAHA 2012 (1) ipad2 (4) J Card Member's Day (1) Jabatan Imigresen (1) Jangkitan Telinga Otitis Media (2) Jerebu (4) Jualan Gudang PEMANIS (1) Jubah Muslimah Zalora (1) Kad Raya (1) Karipap Lori (1) Kek Batik Coklat (1) Kerepek Ngaku (1) Kereta (13) Kg Gajah (1) Kids (1) KIW (1) Kiwi (12) Kopiesatu (1) Kuih Raya (4) Lailatul Qadar (1) Lirik Lagu (1) Maal Hijrah (1) Mak (1) Mangga Epal (1) Masjid Wilayah (1) Mat Ayam Kampung (1) Maternity And Children Expo (4) Mattel (1) Maulidur Rasul (1) Medela Swing (1) Mee Udang Kuala Sepetang (1) Melaka (2) Menyusu Dibulan Ramadhan (2) Merdeka (1) MERLIN (4) Mesir dan Negara² Islam (1) Message (1) MH370 (1) Misc (270) Misc. (687) Misc.Tutorial (3) Misv (1) MITC Melaka (1) Motherhood Expo 2012 (1) Mothers Day (1) MPH Online (1) Newborn (5) Nizul Al-Quran (1) Novel (3) Nuffnang (39) Nursery (9) Omega Guard (1) Open House Raya (3) Parenting (25) Parenting Tips (2) Passport (1) PASTI (11) Pilihanraya (3) Pizza (1) Pizza Gardenia (1) Plaza Tol Sg. Ramal (1) PM Najib (1) Poem (1) Potty Train (1) Pray for MH370 (2) Pre-school (3) Pregnancy (23) Primary School (8) Product Review (2) Promotion (2) Prosperity Burger McDonald (1) Puasa Asyura (1) Pulut Mangga (1) Qaira (89) Qhalif (76) Quote (1) Ramadhan (31) Rebranding Launch (1) Renungan@Rahsia Perkahwinan (1) Resipi (20) Restoran Mee Udang Mak Jah (1) Roadblocks (1) RON95 (1) Roti Gardenia (1) Rumah Makan Cibiuk (1) Salam Aidiladha (4) Sale (14) Salon Muslimah (1) Sambal Belimbing Hitam (1) Segmen (18) Seksualiti Mrrdeka (1) Selamat Hari Wanita (2) Sepetang Bersama Bloggers & Yeos (3) SERAI (1) Serupa tapi Tak Sama (1) Shaklee (6) Sharing (13) Shopping (21) Singapore (1) Sogo Members Day (3) Solat Terawih (1) Solid Food (1) SPAM (1) Speed Trap (1) Sponsored Post (2) Spontaneous Thursday (20) SRK Seksyen 7 Bangi (3) Standard 1 (5) Starbucks (3) Strata Title (1) Support (4) Syawal (8) Tabita (1) Tadika (6) Tagging (10) Tantrum (1) Tax (1) Tazkirah (77) Teduhan Kasih (1) ThePoplook (3) Tie Rack (2) Tips (97) TNB (1) Traffic jammed (6) Training (4) Tutti Frutti (1) Ubat Lipas (1) Udang Masak Lada Hitam (1) UEMSunrise (4) Uniqlo (2) USS (3) USS Singapore (3) Ustaz Zamri (1) Warehouse Sale (4) Whoopie Pie (1) Wisdom tooth (1) wish (7) Wittaker's Coklat (1) Wordless Wednesday (34) Work (49) Work/Office (109) World Water Day (1) Zalora (1) Zespri Malaysia (9) zespri MY (2) Zespri's 14-day Scoop of Amazing Challenge (14) zespriMY (10)

Google Analytics

Related Posts with Thumbnails


 
Template Edited By Cikgu Ma4 Disember 2012 ♥ All Rights Reserved ©Afizah Rahman