Baju Muslimah Kanak-kanak

AFB Feeds

Tinggal beberapa jam jer lagi kita akan melabuhkan tirai 2012. Terlalu cepat masa berlalu kan. Syukur padaNYA kerana masih di beri peluang...

SUKA DUKA 2012


Tinggal beberapa jam jer lagi kita akan melabuhkan tirai 2012. Terlalu cepat masa berlalu kan. Syukur padaNYA kerana masih di beri peluang untuk bernafas di muka bumiMU ini. Terlalu banyak kenangan yang terpahat sepanjang tahun 2012 ini. Pada aku...KENANGAN PAHIT mengatasi KENANGAN MANIS. Dan KENANGAN PAHIT tu takkan aku lupakan sampai nafas yang terakhir. 

Sorotan peristiwa sepanjang tahun 2012.


JANUARY - Anak bujang ku masuk TADIKA. Pengalaman pertama buat aku hantar anak ke TADIKA. Yang bestnya, kimi tak nangis pon.Good boy ☺☺



APRIL - Lahirlah putera ku yang ketiga. Anak yang tak di jangka...unexpected baby. Sungguh tak percaya sebab aku baru tahu aku mengandung bila kandungan dah nak masuk 5 bulan. Ya! Allah...hebat sungguh aturanMU. Alhamdulillah...Qhalif membesar dengan sihat dan sempurna.

Sepanjang dalam pantang tu jugalah aku di uji. Qahirah kena kudis buta. Yang ni tak sempat pon nak citer. Dah lah pantang sendiri. Terpaksa pula jaga anak yang tak sihat Memang kesian sangat tengok keadaan anak dara tu. Bergaru...dengan luka kudis buta tu lagi. Ya! Allah...memang menguji kesabaran. 

JUNE - Menerima perkabaran gembira. Dapat surat kenaikan gaji dan kenaikan pangkat. Kiranya pangkat dah di upgrade. Alhamdulillah...rezeki anak². Harapan untuk tahun depan semoga grede di naik taraf lah...hehehe...



AUGUST - Sedang orang lain sibuk buat persiapan nak RAYA dan tinggal tiga hari jer lagi nak RAYA. Aku di timpa musibah...ACCIDENT masa on tjhe way nak amik anak² Pengalaman pertama buat aku sepanjang berkereta ke tempat kerja. Perasaan jangan cakap lah. Hanya Allah yang tahu. Alhamdulillah aku tak cedera dan kereta masih boleh bergerak walaupon dah cacat sebelah. 

Maka...berterbanganlah duit mengikut gaya bebas. Memang banyak pakai duit. Tapi duit boleh di cari kan. Nyawa...tiada galang gantinya.

SEPTEMBER - Tragedi September. Aku tau aku memang baik sebab:

ORANG SABAR SELALU MENANG
ORANG TAMAK SELALU RUGI
ORANG MARAH SELALU KALAH
ORANG BAIK SELALU DI UJI

NOVEMBER - Dugaan lagi...tangki minyak kereta bocor pulok. Allahu akhbar. Memandu pulang dalam keadaan yang mencemaskan dan sangatlah bahaya. Syukur alhamdulillah...tak der kejadian yang tak di ingini berlaku. Terbang lagi duit.

DECEMBER - Penutup dugaan untuk 2012...hahahaha....Tayar keta pulak bocor. Ya! Allah...ada² jer kan. Nasib baik lah masih kat office. Kalau kat jalan raya? Dari jalan tak sesak terus jadi sesak ☺☺. Dah lah tayar spare benjol plak tu. Pakai juga tayar spare tu dekat seminggu. Bahaya ker tak bahaya tu? Jadinya...mak memandu tak melebihi 80 km yer. 

Skang dah tukar tayar baru. Tukar suma sekali. Duit lagi noks. Tak per...duit boleh cari kan. Baru lah best sket memandu....smooth jer. 

Itu jer lah sorotan citer aku untuk tahun 2012. Panjang juga kan. Harapan aku untuk tahun 2013...Semoga kehidupan aku dan anak² menjadi lebih baik. Semoga aku dapat memperbaiki diri aku untuk menjadi muslimah daripada baik kepada yang terbaik...In Shaa Allah...

Note: SELAMAT TAHUN BARU uols. Hari ni mak cuti noks ☺☺



Tiada ubat yang terbaik selain dari doa kan. Saya nak share kan doa ni buat kamu semua yang mengalami masalah sakit kepala dan migrain yan...

Ubat SAKIT KEPALA dan MIGRAIN


Tiada ubat yang terbaik selain dari doa kan. Saya nak share kan doa ni buat kamu semua yang mengalami masalah sakit kepala dan migrain yang melampau. 






Bila sakit kepala atau migrain, baca doa ni pada tapak tangan kanan, hembus dan tekan pada tempat yang sakit. Buat banyak kali sampai rasa sakit tu lega.

Saya dapat doa ni pon dari FB. Sharing is caring and loving kan. Amalkan tau. 

Note: Half day hari ni. Tak sempat nak jejak rumah kamu. Tak sempat nak jejak kawan² baru, Mekasih sudi follow. Nanti saya follow balik. 


Betul tak?Yuran tadika sekarang makin lama makin mahal. Dalam erti kata lain makin naik. Dah macam nak masuk Universiti pulak. Tapi pada y...

Yuran TADIKA Yang Makin Mahal dan HIDDEN FEES??


Betul tak?Yuran tadika sekarang makin lama makin mahal. Dalam erti kata lain makin naik. Dah macam nak masuk Universiti pulak. Tapi pada yang mampu hantar anak kat Genius Aulad, Little Qhalif, Brainy Bunch dan lain² tu, kira ok lah. Sebab mereka berkemampuan. Beruntung anak² dapat masuk tadika yang best ☺☺☺

Teringin juga nak hantar anak kat salah satu tadika tu, tapi kena ukur poket sendiri juga lah kan. Tak mampu...buatlah cara tak mampu. Nanti kalau dah tak boleh nak bayar, diri sendiri juga yang susah. Rasanya mana² tadika pon ada kelebihan masing² kan. Sebenarnya saya nak citer pasal hidden fees ni. Saya ada dapat komen dalam entry saya mengenai HASIL SURVEY TADIKA - YURAN PENDAFTARAN, YURAN BULANAN, etc. Cuba baca nih.


Dah baca? Nak tau ker tadika mana? Sila lah email saya yer...hehehe...Bukan apa, rasa macam tak elok pula kalau saya letak tadika mana yang charge hidden fees nih. Cuma nasihat saya pada parents² tu, silalah check betul². Kenapa perlu nak charge macam². Kalau betul untuk kegunaan anak² di tadika...ok lah kan. Kalau sebaliknya? Bak kata puan Lily...kita sebagai parents tak nak lah rasa tertipu dengan charge yang tak sepatutnya kan. 

Tahun depan.saya masih daftarkan kimi di PASTI. Seperti yang di beritahu, yuran tadika PASTI pon dah naik. Kalau tahun lepas RM 410. Tapi tahun depan dah naik kepada RM555. Tak per lah, masih berkemampuan lagi nak bayar. Siap bley bayar ansur² lagi noks. Dan tahun depan saya akan masukkan kimi dalam program TAHFIZ. Doa saya semoga Iman Hakimi dapat menjadi seorang TAHFIZ bila meningkat dewasa nanti...In Shaa Allah...

Saya tahu, semua ibu nak yang terbaik untuk anak² kan. Kalau boleh nak masukkan anak ke tadika yang terbaik. Tapi kita kena ingat kemampuan kita juga yer. Tak mampu buat cara tak mampu. Jangan nak ikut orang. Orang lain hantar anak kat tadika femes, ko pon nak hantar jugak. Jangan buat macam tu yer.

Note: Tak sabar nak tengok kimi konvo nanti ☺☺


Tempat Tapau: Cafe MMU Tempat Makan: Dalam Office jer Harga: RM5.00 Burppppp...Alhamdulillah dengan rezeki hari ini. Tapau awal...

Lunch Hari ni...



Tempat Tapau: Cafe MMU
Tempat Makan: Dalam Office jer
Harga: RM5.00

Burppppp...Alhamdulillah dengan rezeki hari ini. Tapau awal² sebab lauk cepat habis. Hari ni makan Ikan Keli Salai masak Lomak Cili Api...perghhhhh...mantop. Makan bersama sayur bayam dan juga sambal tempoyak...milk booster gitu. Menahan kepedasan dengan sambal tempoyak yang sedap nih.

Kat umah tu pon ada tempoyak. Ikan bilis dari pantai timur pon nanti sampailah tu. Dapat masak gulai tempoyak ikan bilis pon sodap nih. Dah lama tak buat tempoyak ikan bilis. Ikan masin jeruk pon ada kat umah tu. Haiisshhhhhh...terliur dah nih. Nak buat sambal daun kayu...tak reti pulak. Reti makan jer lah. Sedap nya kalau dapat makan sambal daun kayu masakan mak nih.

Google jer

Ada yang tak tau ker tempoyak ikan bilis dgn sambal daun kayu nih? Ni lah dia. Yang saya tahu, sambal daun kayu ni memang masakan N9. Tempoyak ikan bilis plak tak sure...Perak atau N9.  

Note: Petang ni ada pasar malam. Nak cari Nasi Kerabu ^_^.

Aku rasa dia tak layak di beri gelaran binatang sebab binatang pon tau sayangkan anak. Pagi ni tengok berita. Lagi kes dera. Kali ni baby ...

Bapa 'SETAN'


Aku rasa dia tak layak di beri gelaran binatang sebab binatang pon tau sayangkan anak. Pagi ni tengok berita. Lagi kes dera. Kali ni baby yang baru berusia 38 hari...Ya! Allah...zalimnya kau jantan.

Goncang bayi sampai koma

PADANG BESAR: Seorang bayi perempuan berusia 38 hari kini terlantar koma di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar dipercayai akibat didera termasuk digoncang badannya dengan kuat oleh bapa kandungnya.

Mangsa yang dikenali Sofia Juliana dimasukkan ke hospital itu jam 5 pagi Isnin lalu, selepas mengalami sawan dan tidak sedarkan diri selepas diperlakukan dengan kasar termasuk ditepuk belakang badan dengan kuat oleh bapanya berusia 20-an.

Difahamkan, bayi itu diperlakukan sedemikian selepas bapanya berang kerana dia tidak berhenti menangis.

Datuk mangsa, Mahamud Hassan, 58, ketika menceritakan perbuatan tidak berperikemanusiaan lelaki terbabit berkata, dia juga percaya anak perempuannya yang juga ibu mangsa, Junita Mahamud, 23, turut dipukul suaminya jika dia cuba menghalang perbuatan mendera bayi mereka itu.

Mahamud dari Jalan Padang Besar, dekat sini, berkata, dia diberitahu mengenai kejadian itu oleh abang Junita ketika berada di Songkhla, Thailand.

HMetro online

Note: Manusia semakin kejam.

Bukan manusia jer yang buat Tandem Nursing tau. Haiwan pon sama. 1st time saya tengok haiwan yang buat Tandem Nursing. Sangat cute ok. Tak...

TANDEM NURSING dan Maksudnya


Bukan manusia jer yang buat Tandem Nursing tau. Haiwan pon sama. 1st time saya tengok haiwan yang buat Tandem Nursing. Sangat cute ok. Tak caya? Biar gambar yang berbicara.


Comel kan. Mama bear tandem nursing her cubs ^_^. Dan ini pulak gambar mak budak tengah buat tandem nursing.

Comel juga kan...muahaha...

Dah lama sangat tak citer pasal Breastfeeding kan. Sebelum ni saya pernah citer pasal anak dara saya yang masih lagi Breastfeed tu kan. Dan sehingga hari ni dia masih lagi BF. Tak tau lah bila nak wean-off. Rasa macam tak sampai hati sangat. Hanya ibu² yang breasfeed jer yang tahu perasaan nih.

Ok. Berbalik kepada tajuk. Masih ada lagi yang tak tahu apa yang di maksudkan dengan Tandem Nursing. Inilah jawapannya:

TANDEM NURSING

Ape tu tandem nursing??? Tandem nursing adalah menyusukana dua atau tiga atau lebih adik beradik yang berlainan umur dalam masa yang sama…(bukan serentak ya tapi dalam tahun sama..share ibu yang sama)

Cukup ke susu??

Ok. Ini persoalan yang selalu bermain di minda kamu semua kan. Mak saya pon selalu tanya macam tu. Jawapan saya senang jer....'Cukup mak, banyak susu nih'...Inilah keajaiban dan keistimewaan Breastfeeding. Payudara kita secara naturalnya akan tahu yang susu untuk 2 orang diperlukan..maka otak kita akan dapat signal dan setrusnya terhasillah susu yang diminta….susu DUA! Selalunya si abang/kakak akan kurang menyusu berbanding adik tetapi kalau terjadi kes abang/kakak yang lebih daripada adik..kita tak boleh marah tapi layan dan berpesan pesan kepadanya..Insya Allah nanti dia faham

Source: SINI

Dah faham semua anak² murid. Pelajaran untuk hari ini...hehehe...Itu lah maksudnya. Sebab tu lah badan saya kurus kering. Tapi bukan sebab tandem nursing pon yang buat badan saya dah jadi macam bini popeye, tapi sebab lain...makan dalam noks...ALLAH knows everything.

Note: Stok susu pon tinggal sebotol jer. Skang bekalkan susu fresh hari². 


Haaaaa....nak tau tak siapakah itu? Mari kita tengok: - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -...

Siapakah WANITA Kuat???


Haaaaa....nak tau tak siapakah itu? Mari kita tengok:
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

I used mothers not women because all mothers are women but not all women are mothers. 

Amacam??? Setuju tak? Betul kan. Kita ni wanita dan ibu yang HEBAT.

Note: Hari ni dah tak sunyi lagi ☺☺ 


Jalan Raya lengang...ramai yang bercuti Office pon lengang juga...sunyi sepi sebab ramai yang bercuti hujung tahun ni, menghabiskan saki...

Sunyi Sepi...


Jalan Raya lengang...ramai yang bercuti
Office pon lengang juga...sunyi sepi sebab ramai yang bercuti hujung tahun ni, menghabiskan saki baki cuti
Blog...pon lengang dan sunyi sepi juga. Banyak blog yang tak berupdate..hurmmmm
Rasa boring dan sunyi plak hari ni

Selamat Hari Natal buat panganut agama Kristian

Selamat Bercuti semua


  1) Anak bujang saya yang cute macam ibu dia ni demam lah. Start demam dari semalam, Mata pon bertahi, panas dalam mungkin. Nak buka...

MONDAY BLUES!!!!!



1) Anak bujang saya yang cute macam ibu dia ni demam lah. Start demam dari semalam, Mata pon bertahi, panas dalam mungkin. Nak bukak mata pagi ni pon macam payah jer, bagai di gam². Terpaksa lap dulu ngan air suam. Pastu titikkan sket dengan air susu ibu. SI tu kan ubat untuk sakit mata ☺☺. Air masak pon tak nak minum. Mengempeng jer kerjanya. Tak nak di letak. Nak berdukung...alahaiii...demam nak tumbuh gigi lagi ker dik. Ker demam sebab nak merangkak...hahaha...

2) Hati berbelah bagi nak hantar anak ker Nursery, tapi kena hantar gak...uuwwaaaaa...

3) Badan sengal² sebab mengiring lama sangat. Dah tu...anak mengempeng berjam-jam. Acaner tu? Mata pon mengantuk sebab tak cukup tidur. Tak per...besar pahala ibu sebab jaga anak yang tak sihat.

4) Line tenet pon tak berapa nak sihat. Asyik HANGGGGGG jer memanjang. Nak BW pon terbatas. Nak dengar radio pon sakit hati sebab asyik putus². Dengar radio online katakan. Nak dengar pakai radio biasa tak boleh sebab tak dapat siaran HOT fm. Mak kan pendengar tegar HOT fm.

5) Surat pengesahan majikan masih belum dapat lagi...adoiiiiii...lamanya. Dah seminggu mak submit hat HR noks. Kalau cepat dapat, cepatlah proses pinjamannya. Terpaksa pinjam ngan MBSB even interest 4.9%. Nak buat macam mana, bank lain tak nak kasi pinjam. Pihak bank nak gaji RM3000 dan keatas. EZ RHB plak lagi tinggi interest nya 9% even senang lulus. Beginilah nasib pekerja yang bergaji bawah dari #tigaribu...harap maklum.

Itu jer lah kisahnya. Pagi ni pon jalan lengang. Office pon lengang gak sebab ramai yang menghabiskan cuti² tahunan. Bos besar pon tak der. Jadinya...hari ni kita ENJOY...muahahaha...*gelak syaiton*

Note: Kejap lagi saya jalan² umah kamu. Jumaat aritu saya half day. Jadinya jejak ku di blog mu separuh jalan jer ^_^.



Alhamdulillah...moga bertambah lah duit tabung. Dah lama BE tak bertandang. Bley kata hari² check nuffnang...tapi hampa. Petang semala...

Rezeki...Thank You NUFFNANG




Alhamdulillah...moga bertambah lah duit tabung. Dah lama BE tak bertandang. Bley kata hari² check nuffnang...tapi hampa. Petang semalam check lagi, melekat seketul BE...saya suka...saya suka..^_^


Dapat Buffered Earnings dari DIGI. DIGI tengah buat Jualan Internet 2x ganda. Promotion Period: 3 December 2012 - 3 February 2013. Kalau nak tau lebih lanjut, klik lah iklan tu yer. Mekasih juga buat kamu² semua yang sudi bertandang dan yang sudi klik. Bertambah juga duit tabung saya. 

Note:  Semoga BE tu melekat lama sikit ☺☺

Ok. Saya saja jer nak tunggu hari Khamis untuk citer pasal kisah seram lagi. Dah bersedia untuk seram secara berjemaah...muahahaha...Kalau...

Kisah Seram Lagi - Sliding Door BERGEGAR!!!


Ok. Saya saja jer nak tunggu hari Khamis untuk citer pasal kisah seram lagi. Dah bersedia untuk seram secara berjemaah...muahahaha...Kalau sebelum tu saya pernah citer pasal 'Ibu...kita Nampak Hantu'. Pada yang belum baca tu bley klik kat situ sebab saya dah buat link.

Kali ni kisah seramnya berlaku pada diri saya sendiri. Selang empat hari selepas kimi nampak 'makhluk' tu. Berlaku pada hari Jumaat. Masa tu saya tengah duduk kat sofa sambil melayan citer ADABI Spices Route. Anak² plak tengah berkubang dalam bilik air...terjerit² sambil mandi...gasaklah kan. Janji ibu aman nak tengok TV. Si Qhalif plak berguling² kegembiraan sebab tak der orang nak mengacau. 

Kebetulan Jumaat tu hujan lebat selebatnya. Tiba²...masa tengah syiok tengok TV tu hati ni rasa macam tak sedap. Tetiba perasaan takut tu datang *mak dah mula meremang ni nyah*. Saya mulalah pasang ayat² Ruqyah. Lepas tu kan, secara tiba² saya dengar sliding door tu macam bergegar. Saya dah terdiam. Mula berfikir 'mungkin jiran sebelah atau atas tutup sliding door kuat kot'...'erk...tak mungkinlah sebab ada dinding yang memisahkan sliding door tu'. Bunyi lagi, hati dah berdebar². Saya pegang sliding door tu, memang sliding door tu sedang bergegar. Sekali dia gegar lagi noks. Saya buka sliding. Angin biasa jer. Langsir pon tak berterbangan. Tengok lampu kat balcony. Lampu tak goyang. Kalau angin kuat mungkin goyang. Tutup balik sliding door. Dia gegar lagi sekali. Saya rasa dekat 5 kali sliding door rumah saya tu bergegar. Darah dah naik kepala dah nih. Saya pon mula bersuara 'Aku tak kacau kau, kau tolong jangan kacau aku dan anak² aku'. Memang lepas tu dah tak gegar lagi.

Nak tau tak. Masa sliding door tu bergegar adalah pada waktu Maghrib dan pada masa yang sama Ayat Kursi sedang berkumandang. Ya! allah...hanya dia jer yang tahu perasaan saya masa tu. Saya duduk jer kat ruang tamu tu sampailah anak² habis mandi. Nak gi dapur yang sekangkang kera tu pon takut. Bila perasaan takut tu dah reda, barulah berani nak masuk dapur. Iyerlah....anak² nak makan kan. Kebetulan anak² dah berkumpul kat ruang tamu tu, berani lah sket kan...hehehe...

Macam mana tu? Suruh anak² jangan takut tapi mak budak ni yang terlebih takut...acaner tu. Tapi skang ni dah rasa kuat semangat sket lah. Allah kan ada ☺☺☺.  Dulu tak der plak benda² mistik macam nih. Lately ni pulak. Risau nya takut ada yang 'menghantar'...mana tau kan. Apa² pon, doa saya setiap hari supaya di pelihara keselamatan kami sekeluarga dari hasad dengki, fitnah dan sihir. Mak saya pon ada pesan soh ustaz tengok² kan umah tu.

Note: Si dia kata mungkin angin jer kot. Tapi instinct saya mengatakan bukan angin. Memang sliding door tu seperti ada orang yang menggegarkannya.


Sangat² tersentuh bila pertama kali membacanya *tears*. Allah tahu segala²nya kan. Apa yang di sebut di atas, sama seperti apa yang k...

Dedikated to MOTHERS of Young Children, ALLAH knows Everything



Sangat² tersentuh bila pertama kali membacanya *tears*. Allah tahu segala²nya kan. Apa yang di sebut di atas, sama seperti apa yang kita lalui dalam kehidupan harian. Especially buat ibu² yang anaknya sedang membesar. Saat yang saya paling rindu nak buat ialah nak Solat Terawih di masjid. Ya! allah...rindunya.



Dulu...berambut pacak Kini...Berbelah tepi Amacam aunty's² and uncle's²? Mana lagi cute?...hehehe...Gaya terkini ram...

Dulu - PACAK, Kini - BELAH TEPI


Dulu...berambut pacak

Kini...Berbelah tepi

Amacam aunty's² and uncle's²? Mana lagi cute?...hehehe...Gaya terkini rambut Iman Qhalif. Dah macam old-fashion lah plak. Rambut tu pon tau penat agaknya asyik berdiri tegak jer. Tu yang dia ke tepi plak...hahaha...Lepas ni kita botakkan terus lah dik rambut tu ^_^. Tapi macam sayang lah...haishhhh...

Note: Breastfeeding journeys makin mencabar. Si qhalif ni asyik menggigit...menggigit dan menggigit. Mak pon turut sama menggigit...menggigit bibir noks sebab menahan kesakitan...uuwwaaaaaa...

Jemput makan Nasi Lemak Sedap bersama kerang. Sila...sila...sila jamu mata dan tekak. Perghhhhh...terbaik der....hehehe...kejam ko mak...

Jemput semua...



Jemput makan Nasi Lemak Sedap bersama kerang. Sila...sila...sila jamu mata dan tekak. Perghhhhh...terbaik der....hehehe...kejam ko mak jemah ^_^. Uols dah breakfast ker? Kalau belum tu, maaf lah yer sebab buat kamu terliur tengok nasi lemak sedap nih.

Tengah hari ni selera Pantai Tumur plak. Dah siap tapau, member tolong tapaukan. Ko nampak...kuatnya mak jemah ni makan. Tak padan dengan cikeding kan. Dah beli nasi lemak pastu beli kuih lagi, minum pulak air milo jadi sihat dan kuat. Makan untuk tengah hari pon dah beli. Owh...saya kuat makan. Tapi tak risau sebab badan tak naik pon...saya suka...saya suka...Lagi pon ibu menyusu ni cepat lapar lah.

Note: Hari ni keputusan PMR kluar. Tak sabar nak tahu result anak saudara saya tu ☺☺


Tak tau lah sejauh mana kesahihannya. Bab halal haram ni tak bley di buat main. Ada member TAG kat FB pasal minyak YUYI nih. Nak kena bu...

Minyak YUYI tak HALAL???


Tak tau lah sejauh mana kesahihannya. Bab halal haram ni tak bley di buat main. Ada member TAG kat FB pasal minyak YUYI nih. Nak kena buang lah nampaknya. Kena tukar minyak lain selain YUYI. Tapi kenapa di jual secara berleluasa kalau ada campur minyak khinzir erk? Ni antara soal jawab yang saya jumpa.

Ubat Yuyi Cap Limau

Soalan

adakah ubat yuyi cap limau halal?

Jawapan

Pada hari ini, untuk mengenali produk yang halal dan boleh digunakan oleh masyarakat Islam tanpa was was adalah mudah, iaitu dengan melihat logo halal sama ada yang dikeluarkan oleh JAKIM ataupun badan halal yang lain.

Oleh itu, jika terdapat logo halal JAKIM/badan halal yang lain pada minyak tersebut, maka ia boleh digunakan oleh orang Islam kerana status halal produk/barangan tersebut telah dikenal pasti. Untuk penjelasan lanjut, sila berhubung dengan Bahagian Halal JAKIM di talian 03 83150200. terima kasih. Wallahu 'Alam.

Note: Tengah menunggu jawapan status halal sebuah kedai bakery kat SOGO tu. Tapi JAKIM masih belum reply lagi...huhuhu...lama nya.


Muhammad Faiz Iqhmal Iskandar Pastu bley plak buat² sakit dengan duduk kat kerusi roda...WTFotosintesis...Aku emotional kalau bab² ya...

Budak 2 tahun mati dibelasah kekasih ibu!!!


Muhammad Faiz Iqhmal Iskandar

Pastu bley plak buat² sakit dengan duduk kat kerusi roda...WTFotosintesis...Aku emotional kalau bab² yang membabitkan kanak². Baru 2 tahun...sebaya qahirah. Comel plak tu. Apa lah sangat kudrat budak 2 tahun yang ko nak dera? Dera sampai mati plak tu. Ya! allah....kesiannya *teary eyes*. Al-fatihah untuk arwah. 

Untuk mak dan keluarga arwah, menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tak guna lagi dah. Arwah pon dah mengadu pernah di pukul, tapi kenapa tak amik tindakan yg sepatutnya even police report pernah di buat? Kenapa makcik dan keluarga tak jaga jer arwah nih? Hanya mereka jer yang ada jawapannya. Semoga si pelaku mendapat balasan yang setimpal.
__________________________________________________________________________________ 

Alor Setar: Seorang kanak-kanak berusia dua tahun mati dipercayai didera teman lelaki ibunya di Kampung Berjaya, Mergong di sini semalam.

Muhammad Faiz Iqhmal Iskandar, dipercayai telah meninggal dunia ketika dibawa oleh ibu dan teman lelakinya dengan kesan lebam muka dan badan serta calar di beberapa bahagian lain, ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini jam 3 petang.
Keluarga berang

Suasana di wad kecemasan HSB kecoh apabila keluarga Faiz berang terhadap lelaki berkenaan yang berpura-pura sakit dengan duduk atas kerusi roda dan mendakwa mangsa maut kerana terjatuh dari tangga bersamanya.

Nenek mangsa, Padzilah Ismail, 46, berkata beliau terlalu sedih melihat mayat cucu yang tinggal bersamanya sejak berusia lima bulan, mati dengan kesan kecederaan pada badannya.

Beliau berkata, Faiz sebelum ini ada mengadu dipukul teman lelaki ibunya sehingga cedera dan sering mengelak ketika ibunya yang berusia 25 tahun mengajaknya pulang ke rumah.

Mengadu dipukul Pak Tam

“Setiap kali cucu saya pulang ke rumah, dia pasti mengadu dipukul oleh ibu dan teman lelakinya hingga lebam. Dia sering minta saya mengambilnya cepat setiap kali berada di rumah ibunya. Sebelum ini, saya sudah agak perkara buruk, namun tak upaya menghalang anak saya bertemu anaknya,” katanya ketika ditemui di hospital.

Ibu saudara mangsa, Norhanisha Othman, 23, berkata Faiz pernah mengadu dipukul ibu dan teman lelakinya yang dipanggil Pak Tam beberapa kali sebelum ini, malah setiap kali pulang ke rumah neneknya di Flat Simpang Kuala, di sini ada kesan lebam di seluruh badannya.

“Kakak berpisah dengan suaminya, Iskandar Abu Bakar, 29, sejak Faiz berusia lima bulan. Sejak itu dia tinggal bersama neneknya, tetapi beberapa bulan lalu kakak kerap membawanya pulang.

“Saya pernah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar pada Ogos lalu selepas mendapati kesan gigitan dan lebam pada badan Faiz, dipercayai dilakukan teman lelaki kakak,” katanya.

Kesan lebam di muka

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar, Deputi Superintendan, V Saravanan, ketika dihubungi berkata maklumat awal mendapati ada beberapa kesan kecederaan termasuk kesan lebam di muka, bahu dan tangan mangsa.

Katanya, polis menyiasat dari semua sudut termasuk dera hingga menyebabkan kematian, namun masih menunggu keputusan bedah siasat sebelum mengklasifikasikan kes atau membuat sebarang tangkapan.

Source: Berita Harian Online

Terima kasih tak terhingga buat Has Honeylanz atas pemberian FM (Fridge Magnet) yang cute nih. 1st time dapat FM dari kawan bl...

FM dari Blogger ☺☺



Terima kasih tak terhingga buat Has Honeylanz atas pemberian FM (Fridge Magnet) yang cute nih. 1st time dapat FM dari kawan blog, haruslah perasaan tu over excited kan...hehehe...

Masa has buat entry pasal nak bercuti ke Pulau Pangkor saja jer saya pesan jangan lupa FM. Tak lama lepas tu has mintak email. Nak hantar FM katanya. Alahaiiiiii...betul² di belinya. Terharu mak noks. Saya kenal has ni pon dah lama. Cuma kenal di alam maya jer. Tak pernah lagi bersua muka. Harap² ada lah rezeki kita yer has berjumpa di alam realiti pula ☺☺

Ok...kalau nak berkenalan dengan has, bley terjah SINI. Has ni active sebab dia suka berlari...sebab masuk marathon ☺☺

Note: Alahaiiiii...NUFFNANG. Dah tak sudi ker nak bagi BE kat blog saya yang comel nih. Dah lama tak dapat BE...huhuhu...



Iyer...kamu² yang bekerja di bawah sektor KERAJAAN. Banyak sangat kemudahan yang di sediakan. Elaun Perumahan, elaun Cost of Living (COLA)...

Beruntungnya KAMU...


Iyer...kamu² yang bekerja di bawah sektor KERAJAAN. Banyak sangat kemudahan yang di sediakan. Elaun Perumahan, elaun Cost of Living (COLA), pencen dan banyak lagi lah. Nak buat loan pon senang juga kan. Rata² bank bagi keistimewaan untuk orang yang bekerja di bawah sektor kerajaan. Untuk kamu yang bergaji besar pon untung juga. Bestnya...nak buat loan pon senang. Berbeza macam kami yang bekerja si sektor swasta dan bergaji kecik nih.  

Sebenarnya ni entry luahan perasaan. Straight to the point...susahnya nak buat personal loan skang nih. Adakah di sebabkan gara² ramai golongan muflis terdiri dari kalangan muda belia yang banyak buat pinjaman tapi tak bayar balik? Rata² bank nak kan gaji RM3,000 dan ke atas baru permohonan loan di luluskan. Yang gaji bawah dari RM3,000 ke bawah, lupakan jer lah.

Susah juga kalau macam nih. Rasa macam tertindas plak. Bukan kita suka suki nak pinjam duit bank. Selama nih pon tak pernah lewat bayar monthly payment. Sebab bulan² dah tolak dari gaji siap² kan ☺☺. So payment tu pon cantik jer. Nak buat overlap *betul ke eja nih* pon tak boleh, nak gaji tigaribu jugak. Katanya kali ni permohonan agak ketat sebab campur tangan dari Bank Negara...hurmmmmm...

Apa² pon, kita kena bersyukur dengan apa yang kita ada. Sekurang² saya ada pekerjaan tetap walaupon bukan di sektor kerajaan. Muhasabah diri jap...ahaks...

Note: Nak try apply keja gomen lah, ada kosong tak...hehehe... ^_^.




Bikin sesak nafas sebab pagi ni jalan sesak nak mamps. Memang jalan sesak gila nak mamps lah. Sakit plak hati. Ni suma gara² accident ka...

Pagi yang SESAK!!!



Bikin sesak nafas sebab pagi ni jalan sesak nak mamps. Memang jalan sesak gila nak mamps lah. Sakit plak hati. Ni suma gara² accident kat persimpangan Putrajaya. Belum masuk tol Sg. Ramal keta dah beratur panjang. Tak bergerak ok. Stuck kat tol tu jer dekat 40 minit. Gear satu...free gear...gear satu...free gear...parkinson jadinya kaki mak ni nyah. Sangkut 1 jam 30 minit. Pukul 9.30 am baru sampai office.

Kelaparan dok dalam keta tu. Bley menangis di buatnya. Rasa macam nak amik half day jer. Nak balik umah sambung tidor dari nak harung jalan yang sesak tak hingat tu....haishhhhh...Tak tau lah kenderaan apa yang terbabit. Sebab bila lalu suma dah clear. Cuma ada kaca bertaburan kat jalan tu. Peringatan buat semua pengguna jalan raya...berhati² lah di jalan raya.

Note: Hari ni tak monday blues sebab hari ni gaji masuk...yehaaaaa...pastu berjanggut lah nak tunggu bulan depan nyer gaji kan...ahaks...

Tarikh: 15-16 Disember 2012 Tempat: Restoran Jejantas Sg. Buloh (Arah Utara) Masa: Bermula 11.00 pagi Bayaran: RM12.00 Tagline:...

Pesta Jom Makan Durian!!!



Tarikh: 15-16 Disember 2012
Tempat: Restoran Jejantas Sg. Buloh (Arah Utara)
Masa: Bermula 11.00 pagi
Bayaran: RM12.00
Tagline: Makan Sepuas-Puasnya *...hahahaha...*

Buat penggemar tegar durian, jangan lepaskan peluang ini. Pergi...jangan tak pergi. Pesanan khidmat masyarakan dari saya. yang menurut perintah

Note: Petang semalam adalah sangat HOT. Apa pon tak bley...blogging/BW/komen...Masalah electric power supply yg tak berkesudahan sampailah pagi nih...arghhhhhh...

Extra Note: HARIMAU MALAYA kalah. Sedikit hampa disitu. Tak per...lagi 2 tahun bley cuba lagi.

MANUSIA seperti SEBUAH BUKU.. MUKA DEPAN adalah TARIKH LAHIR.. MUKA BELAKANG adalah saat KEMATIAN.. TIAP-TIAP LEMBARAN adalah TIAP-T...

ST # 17 - MANUSIA seperti SEBUAH BUKU...


MANUSIA seperti SEBUAH BUKU..
MUKA DEPAN adalah TARIKH LAHIR..
MUKA BELAKANG adalah saat KEMATIAN..
TIAP-TIAP LEMBARAN adalah TIAP-TIAP HARI dlm KEHIDUPAN yg kita lakukan..
SEKALI TERTULIS, tidak akan boleh diubah semula..

TETAPI, seburuk manapun halaman sebelumnya, masih TERSEDIA halaman selanjutnya yg PUTIH dan BERSIH


Note: Dugaan yang tak berkesudahan. Semalam tayar keta pancit...dushhhhhh...

Sebab menjadikan blog saya yang buruk dulu tu bertambah cantik dan cute hasil tangan dari CIKGU MA cute miut >_<. Kalau uols sem...

Terima Kasih CIKGU MA



Sebab menjadikan blog saya yang buruk dulu tu bertambah cantik dan cute hasil tangan dari CIKGU MA cute miut >_<. Kalau uols semua nak tau, cikgu ma ni lah yang touch up blog saya...saya suka...saya suka...☺☺☺

Kisahnya. Saya ni suka sangat tengok doodle yang selalu cikgu ma buat. Pastu saja jer tanya. CIkgu ma tak buat tempahan untuk header ker? Pastu cikgu ma soh email saya nak design macam mana. Apa lagi kan, orang dah offer baik punya. Tu pon amik masa saya nak email sebab tak der idea nak letak title apa kat header tu. Last²...jadilah header yang sekarang nih. Pastu tanya lagi kat cikgu ma. Tak buat ker full template? Erk...dah bagi betis nak paha pula yer mak jemah nih...hehehe...maklumlah, buta HTML kod. Nak letak header pon tak reti apatah lagi nak buat template baru. Dan cikgu ma berbesar hati nak buat kan. Yeehaaaaaa....suka mak noks. Harga yang di tawarkan pon amat berpatutan. 

Yang paling best, service tip top...kejap jer dah siap. Kalau uols nak tempah header atau doodle, bley lah ker blog Cikgu ma nih. Klik jer kat HEADER tu. Memang cute² hasil tangan dari cikgu ma.

Untuk cikgu ma, TERIMA KASIH banyak² sebab sudi buatkan blog akak ni bertambah cantik dan kemas. Maaf banyak² kalau akak ni banyak songeh yer cikgu. Semoga business cikgu bertambah maju, In Shaa Allah

Note:  Hari ni adalah sangat tensi. PC asyik on and off dari pagi tadi di sebabkan power electric supply yang macam hampagas. Tengah syiok baca/komen/bw blog tetiba padam..cisss...


H A P P Y 8 M ON TH S OLD IM A N Q H A L I F   Rambut dah tak pacak ^_^ Cantik kan tarikh hari ni. Tertanya² juga ada yang m...

12.12.12


HAPPY 8 MONTHS OLD IMAN QHALIF

 Rambut dah tak pacak ^_^

Cantik kan tarikh hari ni. Tertanya² juga ada yang menarik ker untuk tarikh hari ni? Rasanya macam ada. Baru teringat yang anak bujang tecik nih dah 8 bulan hari nih. Bersamaan dengan 12 December 2012 ☺☺..haishhhhh...ibu ni makin pelupa lah.

Setakat 8 bulan ni Qhalif masih mendapat khasiat SUSU IBU sepenuhnya...syukur alhamdulillah...Berkat kesabaran, doa yang tak putus supaya di banyakkan SUSU IBU serta dengan kehendak dan izin dariNYA juga. Semoga misi nak Fully Breastfeed Qhalif hingga 2 tahun tercapai, in shaa allah.

Perkembangan pon seperti bayi² lain yang seusia dengannya. Membesar bagai johan. Meniarap dan berguling² satu rumah adalah hobi dia. Merangkak baru selangkah. Asyik angkat punggung jer lebih. Makan plak masih lagi kurang. Lebih kepada susu. Badan pon agak susut sikit. Mungkin sebab tengah lasak. Nak pakaikan pampers ngan baju pon susah skang nih. Pastu suka sangat lentikkan badan. Kalau dukung kena pengang belakang badan dia. Kalau tak...melentik lah. Nak gurau² lah tu kononnya ☺☺

Ok...yang ni sariau sikit. Qhalif dah tumbuh gigi. Nak masuk 2 batang dah. Alahaiiiiii...cepat pulak kamu tumbuh gigi. Abang ngan kakak dulu lambat tumbuh. Bila dah tumbuh gigi tu faham² lah kan. Nak menggigit jer lah kerjanya. Sambil gigit sambil sengih. Habislah...melecet lah nip ibu macam ni dik.

Semoga Iman Qhalif membesar sebagai anak yang soleh, sihat tubuh badan dan bijak pandai.


1) Cute *cute ker...hahaha...* 2) Pink 3) Parenting Segmen paling sempoi. Nak join klik jer banner tu yer. Segmen selama 3 jam ...

SEGMEN: "3 Jam, 3 Perkataan"



1) Cute *cute ker...hahaha...*
2) Pink
3) Parenting

Segmen paling sempoi. Nak join klik jer banner tu yer. Segmen selama 3 jam sahaja. Segmen ni akan tamat pada pukul 7.00 Petang ini.


Tak tau lah kenapa pagi ni. Ada jer yang tak kena. Sebab Haraimau Malaya seri dengan Gajag Putih ker? Atau sebab hari ni hari isnin? Sikit...

Serba Tak Kena!!!


Tak tau lah kenapa pagi ni. Ada jer yang tak kena. Sebab Haraimau Malaya seri dengan Gajag Putih ker? Atau sebab hari ni hari isnin? Sikit² nak salahkan monday blues yer...hehehehe...Kisahnya:

1) Pagi ni parking keta. Ingatkan dah free gear, rupa² nya belum. Apalagi...meluncur ke depan lah kereta. Nasib meluncur sikit jer, kalau laju jer...masuk ke kolam lah jawabnya. Alhamdulillah...tak apa².

2) Nak keluar kereta, kaki terpelecot. Siku terhanduk kat keta sebab nak menampung badan dari jatuh....ouchhhhh...sakit. Nasib kaki tak terseliuh. Dah lama tak pakai high heels. Bila pakai rasa lain plak ☺☺

3) Electric Power Supply kat office nih main babacak plak. Kejap on kejap off. PC ni pon dah berapa kali asyik on off. Back-up Battery plak dah rosak gamaknya. Tengah menaip ni pon letrik bley shut down lagi. Adoiiiii...tension haku asyik nak ulang benda yang sama banyak kali. Dah lah tu...AIRCOND pon macam tu gak, kejap ada kejap tak der...haishhhhhh...balik ah macam ni bos...muahahaha...

4) Tak habis lagi pasal kisah seram. Berlaku masa hari jumaat aritu waktu maghrib, masa hujan tengah lebat dan waktu ayat kursi sedang berkumandang. Tak tau lah perasaan saja atau memang betul. Kali ni kat sliding door. Dia main gegar sliding door plak noks. Ni pon tengah memikir lah ni...betul ker tak...betul ker tak...angin kot...erk, bukan angin...haishhhhh...nanti lah saya citer erk. Nak kan kepastian dulu. *Tau dah...mesti uols tak sabar nak tau kan  ahaks..*

Ok. Itu jer lah keserabutan saya buat hari nih. Esok SELANGOR cuti....yeayyyyyyy...

Note: Semalam jumpa kawan blogger buat pertama kali. Bersua juga akhirnya. Tapi tu lah, dah syok borak lupa plak nak amik gambar...cissss....

Pelik tak? Pelik kan. Macam dah tak der benda lain nak cari. Bley plak masuk kat blog saya yang suci murni nih...haishhhhh...sapa lah ya...

Keywords @ KEYWEIRD Hari ini...


Pelik tak? Pelik kan. Macam dah tak der benda lain nak cari. Bley plak masuk kat blog saya yang suci murni nih...haishhhhh...sapa lah yang cari keyweird nih. 

Note: HAVE A GREAT WEEKEND EVERYBODY


Tu lah. Gatal tangan lagi gi tukar. Padan muka. Dah pening kepala...huhuhu...Sebab ada baca kat mana ntah yang Follower Google Friend C...

Dari BLOGGER ke GOOGLE+...arghhhhhhh...pening!!!



Tu lah. Gatal tangan lagi gi tukar. Padan muka. Dah pening kepala...huhuhu...Sebab ada baca kat mana ntah yang Follower Google Friend Connect ni akan ditutup. Tak tau lah sejauh mana kesahihannya kan. So...mak pon gigihlah buka account Google+ nih. Pastu dah terkial².

Benda dah lepas, nak buat macam mana kan. Boleh tukar kepada yang lama balik ker? Kalau boleh macam mana yer? Apa² pon, pada yang dah ada Google+ tu, sudi² lah follow saya di Google+ Follower tu yer. Mekasih

Note: Alaaaaa...Wan Zack Haikal digugurkan ahad nih sebab kecederaan. Semoga Harimau Malaya menang lagi.

Tu dia. Banyak juga saya merapu meraban dalam blog ni yer. Macam tak caya jer...hahaha...Kebetulan plak entry yang ker 999 nih bertajuk...

999???



Tu dia. Banyak juga saya merapu meraban dalam blog ni yer. Macam tak caya jer...hahaha...Kebetulan plak entry yang ker 999 nih bertajuk: 


Note: Arghhhhh...frust. Tak dapat gi Big Bad Wolf Book hari ni...uuwwaaaa...

Dah bersedia ker nak membaca? Tak terbayang² ker? Hari ni Khamis malam Jumaat tau? Tak takut ker?...ekekeke...Apsal orang kaitkan malam ju...

Kisah Seram - 'Ibu..kita nampak HANTU'!!!


Dah bersedia ker nak membaca? Tak terbayang² ker? Hari ni Khamis malam Jumaat tau? Tak takut ker?...ekekeke...Apsal orang kaitkan malam jumaat dengan citer² seram? Tak faham mak noks. Ok..ok...berbalik kepada cerita. Kisahnya...

Sebelum tu nak tanya. Budak 5 tahun still boleh nampak benda² halus ni ker? Selalunya budak tak pandai menipu kan? Takkan budak 5 tahun nak menipu kot kan. Kelmarin (Selasa), masa on the way nak balik umah. Anak bujang mula bercerita:


Kimi: Ibu, semalam (isnin) kita nampak hantu.
Ibu: Ha...betul ker ni?
Kimi: Betul...kita nampak hantu.
Ibu: Ibu kat mana? Abah?
Kimi: Ibu tido *tgh Bf qhalif, terlelap jap*. Abah tak balik lagi
Ibu: Nampak kat mana?
Kimi: Kita nak minum air kat dapur. Nampak hantu tengah makan
Ibu: *dah tergelak tapi hati gabra* Haaaa...hantu tu makan apa?
Kimi: Hantu tu makan benda kotor
Ibu: Benda kotor? Sampah ker?
Kimi: Ha'ah...dia tengah makan sampah
Ibu: Hantu tu pakai baju warna apa?
Kimi: Merah...erk...bukan merah. Baju warna putih
Ibu: Rambut dia? Muka dia macam mana?
Kimi: Rambut dia panjang. Kita tak nampak muka sebab dia kat belakang *membelakangkan*
Ibu: Hantu tu makan sampah kat pintu dapur tu ker?
Kimi: Ha'ah. Lepas tu tiba² dia kat belakang kita pastu dia hilang
Ibu: Haaaaa...

Pastu pagi tu abah dia tanya lagi...'betul ker kimi nampak hantu?'...'betul, tapi pagi dia tak der, dia ada malam jer'. Kami dah berpandangan.

KO rasa nak fengsan ker apa bila anak cakap macam tu. Tu baru on the way nak balik. Kalau dah ada kat rumah dia citer? Mau saya duduk jer kat ruang tamu tak gerak mana². Meremang segala bulu yang ada noks. Dah lah saya ni penakut. Patutlah bebudak ni takut jer nak gi dapur. Jgn kata dapur, masuk bilik sesorang pon takut...apakah???? 

Ada satu malam tu lagi lah. Dalam bilik kedua. Saya tengah susukan qhalif. Qahirah tgh tunggu turn dia lah kan. Dia asyik merenung kat tingkap. Saya tanya 'qahirah tengok apa?' dia reply...'tu...hantu'...Ya! allah...berderau darah mak noks. Sebelum ni anak dara tu seorang yang berani tau. Lampu bilik atau dapur tutup pon dia bley masuk lagi. Tapi lately nak gi dapur takut, nak masuk bilik pon takut. Ajak teman. Kekadang kalau dia tengah makan. Dia macam ada pelawa 'seseorang' ...'nak..nak..'. Saya tanya 'qahirah cakap dengan siapa?' 'dengan kakak'. Uwaaaaaaaa...seram lah wei. Tengah menaip ni pon rasa meremang.

Tak nak fikir sangat pasal kewujudan makhluk tu. Saya pon selalu pesan kat kimi. 'Kita kena takut dengan ALLAH, tak boleh takut dengan hantu'. Pesanan buat diri sendiri pon iyer gak nih. 

Note: Minta dijauhkan dari perkara² yang tak di ingini. Semoga keluarga kita sentiasa di bawah lindunganNYA.

Breakfast nasi lemak pagi nih. Semalam nasi lemak...pagi ni nasi lemak. Esok pon nasi lemak kot. Sebab sedap sangat...hahaha...Mentern...

Nasi Lemak Sedap!!!


Breakfast nasi lemak pagi nih. Semalam nasi lemak...pagi ni nasi lemak. Esok pon nasi lemak kot. Sebab sedap sangat...hahaha...Menternak lemak jer lah. Tapi serious, nasi lemak ni sedap, Susah nak cari nasi lemak yang mengikut piawaian dan citarasa tekak skang nih. Sambal sedap...ikan bilis rangup...nasi sedap...erkkkk...semuanya sedap lah. 

Ni namanya Nasi Lemak Terminal. Sebab gerai ni kat terminal bas Cyberjaya. Kalau orang² Cyberjaya yang nak try, bley terjah GERAI 'O'. Simple jer nama gerai nih. Kalau sedap bagitau saya, kalau tak sedap bagitau tuan kedai lah yer...ahaks...Harga sebungkus RM1.50. Standard harga nasi lemak skang. Dulu nasi lemak murah jer kan. Skang ni makin lama makin naik...haishhhhhh....

Note: Kejap lagi saya citer pasal 'kisah misteri' tu yer.

Opocot...tanjat mak noks. Hari ni buka blog lewat sikit. Bila buka jer...perghhhhh...blog gua sudah berwajah baru der. Amacam??? Cute d...

SURPRISE!!!!!!!



Opocot...tanjat mak noks. Hari ni buka blog lewat sikit. Bila buka jer...perghhhhh...blog gua sudah berwajah baru der. Amacam??? Cute dan cantik tak? Mestilah cantik kan sebab orang yang membuatnya pon sangat cute ^_^. Loading pon laju juga kan..kan..kan...hehehe...

Sejuk mata memandang bila tengok blog sendiri dah santik. Tak buruk macam kain langsir dah...wakakaka...Baru jer buat entry pasal blog kena kutuk. Tengok² pagi nih dah berwajah baru. Alahaiiiiii...cikgu ni macam tau² jer tau. Sayam cikgu ketat² sebab menjadikan blog akak ni super duper cantik. Cuma nanti saya nak ubah bloglist tu. Mungkin nak create blog baru khas untuk letak bloglist saja. Senang kan, nak letak beribu² link pon tak per >_<.

Pada yang nak tau lebih lanjut siapa yang touch-up blog saya sampai jadi cute macam ni, nanti saya buat entry khas...cewahhhhh...sebagai penghargaan buat empunya yang membuatnya. Mana tau, bley buat side income kan cikgu ☺☺☺

Oh! ya...kalau ada yang nak komen atau kritik pasal blog saya yang berwajah baru ni pon boleh juga. Mana yang patut di tambah dan di buang. Komen dan kritikan diterima dengan hati yang terbuka...no heart feeling yow!!☺☺

Note: Ada kisah misteri nusantara yang nak di ceritakan. Keluar dari mulut anak bujang ku itu...arghhhhh...buat mak seram dok umah noks. Tunggu yer.


Memang tak hingatlah kan orang tu mengutuk blog gua der. Panas jer mata gua ni membaca kutukan dia tu. Perghhhhh...makan dalam wa cakap lu...

Blog SAYA Kena Kutuk!!!!


Memang tak hingatlah kan orang tu mengutuk blog gua der. Panas jer mata gua ni membaca kutukan dia tu. Perghhhhh...makan dalam wa cakap lu. Gua tau lah blog gua ni tak santek kan. Ok...ni antara kutukannya tu. Baca sampai habis #klotaknakbacatekanjerbutangXtu. Jangan buat assumption dulu...hehehe...

bile bukak jer blog ni, gua tertunggu2 sampai header habis loading... tungu punya tungu tak gerak2 jugak... ehh... takkan header macam ni jer kowt...simple giler... ade tulisan yang konon kreatif tu jer... tulisan besar kecik... huhuhu... tukar la header yang cun skit... dah la background pun tak santek... colur yang kusam... corak macam kain langsir orang dulu2... yang jual kat Kamdar 2 meter singgit... kahkahkah... 

- Vavava...ayat tah hingat. Lu cakap blog gua macam kain langsir. Napa tak cakap macam kain buruk jer...muahahaha...Gua tak tau plak loading blog gua ni slow. Ker tenet lu yg slow bro. Header gua tu memang ada gambo. Ntah kenapa dia malu² plak nak kluar. Iyer lah...gua tau blog gua buruk. Gua memang nak touch-up pon. Masih dalam proses. 

haa... pasal tajuk blog... dah kena tukar kowt... kan dah ade princess... kang kecik ati si princess... tukar la jadi "The King, The Queen & The Lil' Prince's n Princess Journey's"... hamek ko... tapi bab tajuk blog ni terpulang la kan... gua tak kisah sangat pun asalkan ia membawa maksud dan erti tersendiri untuk pemilik blog... so, takda hal sangat dengan tajuk tu... letak la nak letak panjang mane pun...

-  Ini pon gua memang nak tukar pon. Gua sedar title header tu panjang sangat. Gua nak kasi pendek sket, tapi gua tak der idea nak letak title apa lah bro. Apa kata lu bagi idea? Aci tak...ekekeke...

Hmmm... Susun atur dalam blog ni pun tak menarik... ntah hape2... kiri kanan entry die sumbat benda... sempit jer rasenyer... kat side bar tu punyer la banyak bloglist... ade 6 katigori bloglist... hohoho... Bloglist ramadhan pun ada walaupun dah lama habis ramadhan... blog gua tersenarai dalam bloglist ramadhan ni... kalau nak remove bloglist ni pastikan blog gua pindah masuk dalam katigori lain okeh... ekekeke... Satu hal lagi, dia punya label tu serabut jer nampak, banyak sangat...

- Gua tau blog gua memang tak menarik. Bloglist pon tak ber update. Memang gua akan update bro. Tapi faham² lah...gua pakai internet office jer. Masa agak terhad. Jangan risau, bila update nanti gua akan masukkan link lu bro. Bro, label tu kan salah satu cara mesra SEO. 

Gua rasa blog ni agak senior jugak sebab dilahirkan tahun 2009 lagi, tapi followers tak sampai 1000 pun lagi... nak kate tak actif tak jugak sebab banyak jer entry die...

- Nak buat macam mana bro, gua follow blog dorang..tapi dorang tak sudi nak follow blog gua balik. Blog gua kan tak cantik..buat orang tak tertarik, acaner tu....hahaha...Takkan gua nak paksa orang follow blog gua dgn tinggalkan msg 'saya dah follow, sila follow saya balik...tak follow tak nak kawan'...*contohlah* ☺☺. Gua bukan macam tu bro. Kekadang gua terasa gak kan, blog org lain dia follow, tapi blog gua dia tak follow...why??? why??...erk...emo jap...muahahaha..tapi gua sedar. Nak follow...follow lah, tak nak sudah, tak der paksaan. Follower banyak tu adalah kelebihan. Gua tak gila follower...tapi gua gila komen. Follower banyak pon tapi komen sikit tak syiok gak kan. Betul tak ☺☺

Satu yang menarik tentang blog ni iaitu isi kandungan entry... gua suke blog yang citer ape yang die lalui, rasa, baca, nampak, makan dan apa saja... smua pasal pemilik blog diciter kat sini... isu2 semasa pun ada dikupas sendiri oleh pemilik blog... info2 berguna pun ade di'sharing' skali...

- Ehemmmm...ehemmm...part ni gua suka sebab lu puji kandungan entry dalam blog gua nih. Mekasih. 

Opssss...sila jangan salah faham yer. Ini berkisah dengan segmen dari Coretan Diari Seorang Abah @ Careno. Saya ada masuk segmen Tolong Kutuk Kow2 Blog Saya. Sekurang² nya saya tau apa kelemahan nya. Memang dah tau pon apa yang kurang tu...hehehe...

Terima kasih bro sebab sudi kutuk blog gua. Gua tak kisah pon dengan kutukan lu....No heart feeling ok ☺☺. Banyak benda yang gua kena improve kan. Gua pon tengah buat re-branding untuk blog gua ni. TUNGUUUUUU....

Note: Psstttt...tak sabar...tak sabar...tak sabarnya. Blog saya akan berwajah baru nanti. SURPRISE!!!



Burpppp...alhamdulillah. Kenyang sudah. Lunch nanti tak yah makan...hehehe...iyo lah tu. Kang lepas mengepam susu sure lapar balik nih....

Selera Pantai Timur...



Burpppp...alhamdulillah. Kenyang sudah. Lunch nanti tak yah makan...hehehe...iyo lah tu. Kang lepas mengepam susu sure lapar balik nih. Selera pantai timur kita pagi nih. Teringin plak nak makan nasi kerabu. Kirim kat member office nih. Rasanya....sedap. Kaler nasi tu pon cantik. Budu memang kasi lebih, Mak penggemar budu noks. Solok lada tu memang terbaik lah. Makan plak dengan telur masin...perghhhh...berpeluh makan sebab sambal pedas sket. Nasib sambalnya tak banyak. Tapi sedap plak tu. Lepas ni bley order lagi ^_^.

Note: Blog gua kena kutur der. Kena kutuk kaw² punya. Nanti gua citer erk.

Perghhhhh...tajuk tak agak². Macamlah Kate Middleton baca blog ni...ekekekeke...Pagi tadi dengan berita kat TV3 tu. KM ni tengah pregna...

Tahniah KATE MIDDLETON!!



Perghhhhh...tajuk tak agak². Macamlah Kate Middleton baca blog ni...ekekekeke...Pagi tadi dengan berita kat TV3 tu. KM ni tengah pregnant.  Admitted due to Hyperemesis Gravidarum @ morning sickness yang teruk.

The future king of England and his beautiful bride surprised Queen Elizabeth and her subjects Monday with the news that the couple is expecting an heir to the throne.


Read More: nydailynews

Event: The Big Bad Wolf Book Sale 2012 Date: 7-23 December 2012 Time: 9.00 am - 9.00 pm Venue: Mines Convention Center (MIECC) ...

The Big Bad Wolf Book Sale 2012: The World's BIGGEST Book Sale!!!



Event: The Big Bad Wolf Book Sale 2012
Date: 7-23 December 2012
Time: 9.00 am - 9.00 pm
Venue: Mines Convention Center (MIECC)

The World's BIGGEST book sale returns to save your wallets! With a 75%-95% discount on ALL 3 million books, there's no excuse to miss this world-exclusive event!!

For all the sneak peeks, prizes and freebies, log on to http://bigbadwolfbooks.com/ and LIKE us at http://facebook.com/bbwbooks!!


Tu dia...The Big Bad Wolf Book Sale kembali lagi. Buat penggemar² buku di luar sana, jangan lepaskan peluang nih. Buku memang murah². Last year saya pernah pergi. Masa tu buat kat UPM, Serdang sana. Pergi plak last day, orang memang ramai even last day pon. Pilihan plak dah tak banyak especially buku untuk bebudak. Rasa nya macam nak gi lagi sebab nak cari buku untuk anak². Rambang mata tengok harga buku yang murah² wei. Cer tengok kat website BBWB tu, ada disertakan harga skali. Kalau nak pergi nih mau kena amik cuti. 1st day event yang best nya sebab banyak pilihan kan. 

Siapa yang nak gi? Jom ☺☺...nak tumpang...ekekeke...Nak drive dari Bangi ker Mines Convention Center tu mak tak reti lah noks. Mak buta jalan. Tau jalan gi office jer...ekekeke...

Note: Orang² BANGI, jomlah kita gi sini...saya nak tumpang...muahahaha...Memang tak rugi. Buku murah².

Tak der citer der. Nak citer pasal bola...tak pandai sangat. Apa² pon, tahniah buat pasukan Harimau Malaya kerana berjaya menewaskan garud...

Apa Cerita?????


Tak der citer der. Nak citer pasal bola...tak pandai sangat. Apa² pon, tahniah buat pasukan Harimau Malaya kerana berjaya menewaskan garuda dengan 2-0. Memang berdebar² tengok bola hari sabtu aritu. K Rajagopal apatah lagi lah kan...ahaks...Asakan dari pemain Indonesia masa awal² minit permainan. Memang mencemaskan. Bila Malaysia dah score tu  barulah rasa lega sket.


Skang ni fenomena WAN ZACK HAIKAL lah kan. Meneggelamkan SAFEE SALI. Memang cantik ah permainan Wan Zack nih. Muda lagi tu, baru 21 tahun. Glamer ah lepas nih. Muka pon jambu kan ☺☺. Tapi buat anak² gadis diluar sana, Wan Zack ni dah ada aweks yer. Sila gigit jari ^_^. Penjaga gol Malaysia FARIZAL MARLIAS pon terbaik juga kan. Tangkas dan cekap macam KHAIRUL FAHMI CHE MAT. Tenggelam jugalah KFCM lepas nih. Erkkkk...tengah search pasal Farizal, terjumpa plak kisah dia nih. Pernah ada KES lah...alamak. Tak syiok ahhhh...


Agak² kan, siapa lebih sesuai jaga gawang gol Malaysia? Khairul Fahmi Che Mat atau pon Farizal Marlis? Biar lah K. Rajagopal yang tentukan...muahahaha...Harap² malaysia dapat mengulagi kejayaan dengan memperoleh kemenangan masa menentang Thailand nanti. Pasukan Thailand tak pernah kalah dalam perlawanan lagi tu.

Erkkkk...dalam tak der citer tu, ada plak yang nak di ceritakan. Sebenarnya tengah lemau wei, mengantuk pon iyer juga nih. Penangan hari isnin dan penangan tido lewat.


ihsan google Mesti ramai yang tak sabar tunggu perlawanan malam esok kan. Malaysia menentang Indonesia...bukan calang² pasukan juga ...

Semoga Berjaya HARIMAU MALAYA!!!




Mesti ramai yang tak sabar tunggu perlawanan malam esok kan. Malaysia menentang Indonesia...bukan calang² pasukan juga tu. Semoga Harimau Belang dapat bermain dengan cemerlang seperti mana masa perlawanan menentang Laos tempoh hari.Kekalkan prestasi kamu wahai pemain² Malaysia. Semoga berjaya.


Untuk kamu semua. Selamat berhujung minggu.



Kamu...kamu semua. Yang bekerja di tengah² Bandaraya Kuala Lumpur yang jalannya bley di katakan hari² sesak. Demi mencari rezeki, jalan se...

TABAHNYA kamu!!!


Kamu...kamu semua. Yang bekerja di tengah² Bandaraya Kuala Lumpur yang jalannya bley di katakan hari² sesak. Demi mencari rezeki, jalan sesak sanggup ku redah kan. Masa gi training kat Solaris, Dutamas. Ya! Allah...hazabnya nak balik. Faham² jerlah kalau dah masuk Jalan Duta tu kan. Jalan sesak nak mamps. Kalau hari hujan apatah lagi. Pening kepala duduk dalam kereta lama². Bukan pening jer, punggung pon naik kebas di buatnya. Hati mula berdetik 'Ya! allah...tabahnya dorang nih. Sanggup harung jalan sesak hari²'. Memang salute lah.

Kira saya pon dalam category tabah juga lah kan. Skang ni balik keja hariiiiiiiii-hariiiiiiii jalannnnnnnn sesakkkkkkkk. Di tambah dengan MAHA dan November Rain kan. Alahaiiiiii...nak nangis dibuatnya. Tapi kalau tak der MAHA dan November Rain pon, jalan tetap sesak. Tak faham mak noks apsal jalan sesak. Cuti sekolah pon sesak gak. Pagi sesak, petang pon sesak...allahuakhbar...Tahap kesabaran pon boleh hilang,

Jalan sesak bukan sebab accident pung. Kalau accident pon lagilah berjela-jela sesaknya kan. Ni sesak sebab nak masuk simpang/susur jer. Lepas tu clear dah jalan. Adoiiiiiiii...letih lah kalau hari² macam nih. Dah lah keta manual. kejang kaki wei. Nak naik motor....tak pandai lah pulak, lagi pon takut lah nak menunggang motokar...hurmmmmm...Redah jer lah.

Note: Kejap jer dah jumaat kan...kejap jer dah nak masuk bulan december.

Nama: Qahirah Bt Husaini Umur: 2 Tahun 2 Bulan 4 Hari Hobi: Minum susu ibu, Memanjat, Kacau Abang dan Adik Tagline: Comel tak say...

Bakal USTAZAH PILIHAN!!!



Nama: Qahirah Bt Husaini
Umur: 2 Tahun 2 Bulan 4 Hari
Hobi: Minum susu ibu, Memanjat, Kacau Abang dan Adik
Tagline: Comel tak saya...Comel kan ^_^

Comelnya. Anak siapa ni...muahahaha...Dah lama tak citer pasal anak dara the super duper active nih. Asyik citer pasal adik qhalif jer kan. Tak aci ibu ni tau.

Alhamdulillah...membesar bagai johan. Masih mendapat khasiat susu ibu walaupon minum susu formula. Malah lagi over dari adik kekadang. Pertuturan pon dah makin banyak. Ada yang ibu faham dan ada yang ibu tak faham. Iyerkan sajalah. Suka sangat mandi. Dalam sehari tu lebih dari sekali lah dia mandi.

Owh...anak dara ni sangatlah aktive. Ada jer kerja nya. Memanjat, memunggah, mengusik abang, adik dan ibu dia ni pon di usiknya. Pendek kata tak reti duduk diam lah. Kat dinding rumah tu pon dah ada wallpaper made by qahirah. Meja makan kat rumah tu memang tak der kerusi, hanya tinggal meja saja sebab kerusi dah di simpan dalam bilik. Asyik memanjat sampai jatuh. Tu pon tak serik². Kalau diam pon time minum susu dan tidur. Kalau qahirah tidur memang rasa aman sikit lah...ekekeke...

Pastu kan, anak dara ni suka ber-eksperimentasi. Ada jer benda yang nak di eksperimenkan. Contoh...kalau makan nasi. Dicurahkan air milo/air masak kat dalam nasi tu, pastu makan. Mak fening noks...gasak ko lah nak, asalkan ko diam. Speaker radio plak ntah amenda di masukkan kat dalam lubang tu. Bila dengar radio adalah bunyi² yang membingitkan telinga. Dan yang lagi tak tahan, qahirah ni suka buat ekspresi muka. Kalau dia bercakap siap dengan kening terangkat, dengan mata di bulatkan macam membayangkan keterujaan dia pada sesuatu yang dia nak tahu.Memang lawak lah. Dialah penghibur kat umah tu selain dari abang dan adik.

Sedang ber-eksperimentasi

Nak tolak jugak...layan.

Anak dara mak ni peramah noks, especially dengan LELAKI. Di ulang...LELAKI. Kalau dengan perempuan nak kena warm up dulu. Kalau nampak budak lelaki atau jejaka siap di pandangnya pastu say 'Hai' sambil sengih². Owh my lil princess...naughty tau. Kalau dah beso nanti jangan buat macam ni. Memang ibu cubit lah nanti. Ok...itu jer lah perkembangan anak dara ku buat masa nih. Semoga membesar sebagai anak yang mendengar kata, anak yang solehah dan bijak pandai...amin...In Shaa Allah...

Note: Tahniah buat Harimau Malaya kerana berjaya menundukkan Laos dengan 4-1. Sabtu ni kena berjuang habis-habisan untuk  menundukkan indonesia, bukan calang² pasukan tu.

Baru² ni saya ada join segmen JEJAK KAKI KU DI BLOG MU dari Maera Ismail . Kalau uols nak join bley terjah blog Maera nih. Ok...saya nak ...

JEJAK KAKI KU DI BLOG MU!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...