'Tegakkan pendirianmu setegak Iktidalmu Rendahkan dirimu serendah Ruku'mu Persembahkan dirimu seikhlas Sujudmu  Berkatalah dengan ...

Spontaneous Thursday # 9: Kata² Hikmah

'Tegakkan pendirianmu setegak Iktidalmu
Rendahkan dirimu serendah Ruku'mu
Persembahkan dirimu seikhlas Sujudmu 
Berkatalah dengan bahasa sopanmu semulia Doamu'

Senyum itu kemanisan wajah, Hati itu kemanisan jiwa, Oleh itu berikan senyuman pada semua dan berikan hatimu pada ALLAH s.w.t yang satu 
Hidup ibarat jalan sehala..Kematian menanti dihujungnya..Jadi awasilah jejak masa..Jangan biarkan hati jadi mati...Lalu tenggelam dilautan dosa. 
Kasih manusia sering bermusim, Sayang manusia tiada abadi, Kasih ALLAH tiada bertepi, Sayang ALLAH janjiNya pasti.

Anak²...ubat paling mujarab untuk semua masalah.

Wordless Wednesday # 11: Abang dan Adik...Sukanya Mereka ☺☺

Anak²...ubat paling mujarab untuk semua masalah.

Geram dengan Ku Salmi dengan Zetty dalam cerita Tentang Dhia. Dasyat betul penangan citer nih. Tapi semalam nyer citer memang menyakitkan ha...

Geramnyaaaaaa....

Geram dengan Ku Salmi dengan Zetty dalam cerita Tentang Dhia. Dasyat betul penangan citer nih. Tapi semalam nyer citer memang menyakitkan hati aku yang menengoknya. Mesti uols yg nengok citer ni pon macam tu gak kan. Bukan kaum wanita jer yang layan citer ni tau, kaum lelaki pon layan gak kan...betul tak? Mengaku jer lah ☺☺☺


Masih wujud lagi ker ibu mertua yang macam nih? Kalau betul lah...memang dugaan lah siapa yang dapat. Minggu ni merupakan minggu akhir. Tak sabar nak tunggu kesudahan citer nih.

Google pic. Baru aku tahu, selain pancit...tayar juga bley jadi menggelembung @ benjol. 1st time alami situasi macam nih. Bulan lepas nya c...

Tayar Kereta Menggelembung @ Benjol


Baru aku tahu, selain pancit...tayar juga bley jadi menggelembung @ benjol. 1st time alami situasi macam nih. Bulan lepas nya citer. Dalam perjalanan nak balik umah, masa tengah drive tu rasa macam tak selesa. Steering asyik² nak ke kanan jer. Pastu rasa perjalanan tu tak lancar...macam tersangkut². Dalam hati dah menggelabah dah. Tayar pancit ker? Rasa macam tayar pancit pon ada. Nak berhenti kat stesen minyak tapi dah terlepas. Cuba press minyak nak try bagi laju, tapi tak boleh...rasa kereta tu berat. Dah sah² memang ada yang tak kena lah ni.

Dalam hati tu berdoa jer lah semoga selamat perjalanan pulang. Bawak kereta memang slow tahap cipan. Bawak pon kat lane 1 jer. Rasa macam nak cepat² sampai kat umah. Bila sampai kat nursery, check lah tayar kereta, tapi tak der plak nampak pancit...ok jer. Bersyukur sgt² sebab selamat gak sampai.

Esok nya si dia bawak keta gi bengkel, rupa² nya tayar gelembung. Mungkin sebab aku ada langgar lubang dan hentakan agak kuat, tu yg tayar jadi benjol. Memang bahaya. Ini ada sedikit info punca tayar gelembung dan Tips Mengawal Kenderaan Sewaktu Kecemasan:

Anda tahu apa itu tayar mengelembung atau benjol?

Tayar benjol atau mengelembung ialah tayar yg dah putus radial dalam atau jaringan besi dalam tayar tu.

Bagaimana perkara tayar gelembung aka benjol ini terjadi?

Tayar benjol atau mengelembung boleh terjadi kerana habis tarikh luput walaupun bunga masih banyak dan akibat jatuh kedalam lubang sehingga menyebabkan terputusnya tali-tali radial dalam tayar tu.

Apakah simptom-simpton tayar mengelembung?

Kalau anda bawa kereta atau motor, anda rasa seperti menaiki atau melalui jalan yang tidak rata (disebabkan tayar tu dah benjol). Anda mungkin merasakan gegaran padasterin . Anda mungkin merasakan kesalahan balancing tayar kereta, beza masalah balancing dengan tayar benjol ialah, kalau tayar benjol masa nak bawa (dari berhenti ke bergerak) tayar susah bergegar,anda dapat rasakan melalui steren yg anda pegang. Kalau masalah balancing plak, steren anda akan bergegar pada halaju tertentu contoh 80km/j.

Apa penyelesaiannya?

Tayar benjol atau mengelembung anda perlu tukar tayar baru sebelum "gunung berapi" tayar anda pecah aka meletup.

TIP MENGAWAL KENDERAAN SEWAKTU KECEMASAN

Adalah penting bagi seseorang pemandu mengetahui bagaimana memberhentikan kenderaan dalam keadaan kecemasan bagi mengelak kemalangan.

Di bawah ini disertakan panduan kepada para pemandu untuk diikuti sekiranya anda menghadapi masalah seperti berikut:

Tayar Pecah
  • Pegang stereng dengan erat.
  • Jika tayar belakang yang pecah, kenderaan akan tidak stabil iaitu membelok ke kiri dan ke kanan.
  • Membrek dengan perlahan-lahan dan berhati-hati.
  • Membrek dengan tiba-tiba boleh menyebabkan kenderaan berpusing dan sukar dikawal.
  • Naik ke atas bahu jalan perlahan-lahan di kawasan rata dan selamat untuk melakukan proses penukaran tayar.
  • Jangan tukar tayar di kawasan bahaya.
  • Nyalakan lampu kecemasan atau meletakkan alat kecemasan agar pemandu kenderaan lain akan mengetahui ada kecemasan di hadapan mereka.
Lampu Hadapan Kenderaan Terpadam
  • Kejadian ini akan menghadkan pandangan anda sewaktu memandu.
  • Pegang stereng untuk meluruskan arah pergerakan kenderaan dan membrek segera tanpa menyebabkan kenderaan terbabas.
  • Naik ke atas bahu jalan iaitu jauh dari aliran lalu lintas.
  • Hentikan kenderaan dengan segera.
  • Nyalakan lampu kecemasan dan digalakkan menggunakan alat kecemasan untuk memberi amaran kepada pengguna jalan raya yang lain agar lebih berhati-hati.
Kenderaan Terbakar
  • Kejadian sering kali berlaku akibat litar pintas di dalam sistem elektrik kenderaan.
  • Hentikan kenderaan dengan segera.
  • Matikan sistem penghidup/pencucuh dan arahkan penumpang keluar.
  • Buka bonet dan cabut wayar yang terbakar jika boleh.
  • Gunakan alat pemadam kebakaran.
Source: SINI dan SINI

    Yalah, macam baju, kalau beli di kedai , tentu takkan mengikut bentuk badan kita yang sebenar.Tapi kalau di'tailor-made'kan, tentul...

    Ujian Allah Itu 'Tailor-Made'


    Yalah, macam baju, kalau beli di kedai , tentu takkan mengikut bentuk badan kita yang sebenar.Tapi kalau di'tailor-made'kan, tentulah akan secocok dengan tubuh badan kita, sehingga menepati segala lekuk anggota kita.Ujian Allah itu juga begitu.Ia tailor-made untuk semua hamba-Nya.Tidak ada seorang mendapat ujian yang sama.

    Untuk apa Allah beri kita semua ini?

    Kerana, ramai orang akan terkesan dengan tarbiyah peristiwa, yang Allah dah aturkan untuk dirinya. Lain orang, lain ujiannya, dan kesemua itu Allah datangkan untuk memperbaiki diri kita dan menjadikan diri kita lebih baik dari sebelum ini.

    Allah akan berterusan memberikan ujian sehinggalah pada satu masa, hamba-Nya itu takkan dapat minta pertolongan pun daripada manusia. Dan semua manusia takkan dapat menolong dia pun. Sehinggalah hamba-Nya itu akan hanya berpaling dan meminta pertolongan dari Dia sahaja.

    Sehinggakan Allah, mahu kita muhasabah balik diri kita, dan betulkan semula niat kita, setiap kali kita melangkah.Benarlah, ujian Allah pada setiap seorang dari kita adalah 'tailor-made'.Engkau dan aku, ujian kita tidak akan sama.Sebab Allah, nak memperbetulkan kelemahan kita itu.Selagi mana kita masih ada kelemahan, ataupun terjebak dengan dosa, Allah akan datangkan ujian, yang menyingkapkan kelemahan kita. Agar kita kembali kepada Dia dengan memperbetulkan diri kita dan menjadikan diri kita lebih baik daripada semalam.

    Selagi mana kita tidak mempertingkatkan selagi itu Allah akan uji pada titik kelemahan kita.

    Subhnaallah.

    Source: iluvislam

    Mungkin ada juga parents di luar sana yang alami situasi macam nih kan. Rasa malu bila dapat anak yang kelahirannya rapat². Biasalah kan......

    Jarak Kelahiran Anak Rapat²...Perlu ker rasa malu?


    Mungkin ada juga parents di luar sana yang alami situasi macam nih kan. Rasa malu bila dapat anak yang kelahirannya rapat². Biasalah kan...mulut masyarakat suka sangat mengata.

    1) Bila belum ada anak, mulalah kata macam². Mula buat perbandingan orang yang baru kawin cepat dapat anak, tapi yg dah lama kawin masih belum ada anak. Pastu mula buat spekulasi yang pasangan tu tak subur...bla..bla...

    2) Bila dah ada anak sorang. Sibuk pulak bertanya bila nak tambah anak lagi. Anak pon dah besar, dah boleh tambah tu...alahaiiiii...ingat beranak ni senang gamaknya.

    3) Bila anak berderet². Mengata lagi. Asyik mengandung plak kerjanya. Anak kecik lagi...tapi dalam perut on the way.

    Macam mana tu? Semuanya serba tak kena. Tak der anak salah, dah ada anak pon salah, bila anak ramai pon salah gak...hhhhhmmmmm...

    Pasal jarak kelahiran anak rapat² nih, perlu ker rasa malu? Kekadang kalau gi jenjalan kat mall, adalah nampak situasi macam nih. Dalam hati tertanya² gak...tak penat ker sebab anak kecik lagi, pastu mengandung lagi. Boleh ker handle? Nak buat kerja rumah, nak jaga anak yang tengah lasak pastu nak bawak perut lagi...macam² persoalan lah.

    Macam aku, jarak anak pertama dengan kedua ni 3 tahun. Memang natural planning dan alhamdulillah...menjadi ☺☺. Bila dah mengandung anak kedua nih, tak der lah rasa penat sangat sebab si abang dah besar, dah boleh buang air kecik and air beso sendiri, dah boleh makan sendiri...pendek kata semua dah boleh buat secara sendiri. Untuk dapatkan yang kedua ni pon agak susah jugak. Usaha tangga kejayaan kan...menjadi gak ☺☺

    Anak kedua plak tak tau lah berapa lama tahan jaraknya *wink*. Masih menggunakan kaedah natural planning. Tapi kita hanya merancang jer kan. Banyak gak kes yang kita dengar, pakai protection bagai pon bley telus gak kan. Sejauh mana kita merancang, tapi kalau rezeki dah di tentukan olehNYA, tak boleh nak kata apa. Perancang tebaik adalah DIA.

    Bagi aku tak perlulah nak rasa malu kalau anak rapat². Cuma kekuatan mental, fizikal dan kesabaran yang tinggi tu perlu ada. Iyer lah...nak handle anak yang kecik² bukan senang. Kasih sayang pon kena bagi sama rata supaya abang/kakak tak terasa di abaikan. Abaikanlah mulut² longkang yang suka mengata dan abaikan lah pandangan² sinis. Masih wujud lagi orang macam nih, pandang pompuan mengandung ngan anak yg baru bertatih macam semacam jer...mulut terkumat kamit. Anggaplah yang dorang tu cemburu.

    Anak adalah rezeki dan anugerah. Terkadang mesti terfikir...macam mana nak sara anak yg ramai dengan kos sara hidup yang tinggi skang nih. Tapi percayalah...setiap anak yang lahir itu sudah ditetapkan rezekinya. Kita pon kena lah bijak merancang ekonomi keluarga gak kan.


    Biasalah kan, orang baru 1st time cashout duit hasil blogging...over lah sket kan. Tak sabar nak tunggu cheque gamaknya. Katanya bley dapat...

    NUFFNANG...Mana Cheque Saya?

    Biasalah kan, orang baru 1st time cashout duit hasil blogging...over lah sket kan. Tak sabar nak tunggu cheque gamaknya. Katanya bley dapat dalam masa 30 hari, tapi ni dah lebih 30 hari. Bagi menjawab persoalan, aku pon hantar lah ticket kat nuffnang. Ini lah jawapannya:


    Maknanya...klo nak cashout, kena buat setiap hujung bulan. Kalau buat awal bulan atau tengah bulan, dorang tetap akan compiled sampai hujung bulan. Silap timing daaaa...saya budak baru belajar bab² cashout duit nih.

    Tahun depan lah nampaknya baru dapat merasa hasil. Ingatkan kalau dapat bulan ni bley lah buat shopping untuk YES @ Year End Sale. Tak der rezeki nampaknya.

    Pstttt...Earnings yang tengah berjalan nih nampak nya dah bley di cashout kan, tapi biar dulu lah, biar beranak macam yang 1st tu...☺☺☺

    Wordless Wednesday # 10: Kerusi, selain boleh di duduk, boleh juga di buat.......

    Adakalanya tenang...setenang ombak di lautan. Bila hati di landa badai...ianya ibarat ombak ganas yang menghempas pantai, ibarat ombak ...

    Hati ibarat Ombak...


    Adakalanya tenang...setenang ombak di lautan. Bila hati di landa badai...ianya ibarat ombak ganas yang menghempas pantai, ibarat ombak tsunami yang meragut kebahagiaan dalam sekelip mata.

    Kata pujangga, hidup dimulakan dengan tangisan, dicelahi oleh tangisan dan diakhiri oleh tangisan. Maksudnya hidup ini penuh dengan masalah, kesukaran dan kepahitan. Lihatlah betapa seorang bayi dilahirkan ke dunia dengan tangisan, apabila dewasa nanti hidupnya akan dicelahi oleh tangisan dan akhirnya dia akan mati lalu dihantar ke kubur dengan tangisan juga.

    Mengapa soal hati sangat penting? Hati adalah kuasa penggerak di dalam diri manusia. Jika hati dikuasai kebenaran, nescaya ia menjana kebaikan. Sebaliknya jika hati dipenuhi kebatilan, ia akan melahirkan kejahatan. Hati yang dipenuhi kebaikan dan kebenaran adalah hati yang berkualiti. Ia mampu menghadapi apa juga cabaran atau masalah dalam hidup. Manakala hati yang dikuasai kejahatan dan kebatilan, adalah hati yang lemah. Ia akan goyah menghadapi masalah dan cabaran dalam hidup. Bila hati tidak berkualiti, segala yang dilihat, difikir, dirasa dan dibuat serba tidak kena dan tidak puas.sehingga sanggup menempuh jalan yang salah untuk mencapai maksud yang tidak pernah puas. Mereka ini umpama meminum air laut, makin diminum semakin haus. Atau memburu fata morgana – bahang yang sangat panas disangka air.

    Redha dan pasrah, adalah dua maksud yang berbeza. Redha itu maksudnya menerima ketentuan daripada Allah SWT dengan ikhlas yang merupakan tahap tertinggi iman seorang insan. Pasrah pula menerima ketentuan hidup kerana sudah tidak mampu berbuat apa-apa. Sejujurnya...apa yang berlaku, aku tak redha dan ikhlas sebab iman aku belum cukup untuk berada di tahap yang tinggi.

    Apa pon masalah yang datang, kita kena bangkit..kita bukan wanita zaman dulu yang mudah pasrah..kita pejuang wanita zaman era baru..wanita sekarang tak mudah gentar..i'll fight for my right.



    Buat peminat² MERLIN, jangan lupa menyaksikan episod pengenalan MERLIN musim ke 4 pukul 10.00 malam di slot Mega Movie @ TV3 malam ni.  ...

    Malam ini.....

    Buat peminat² MERLIN, jangan lupa menyaksikan episod pengenalan MERLIN musim ke 4 pukul 10.00 malam di slot Mega Movie @ TV3 malam ni. 


    Selamat berhujung minggu semua ☺☺

    'Hati manusia ibarat besi. Setiap dosa yang dilakukan akan melekatlah karat padanya. Tapi karat itu boleh di cuci dengan solat dan doa....

    Renung-renungkan....

    'Hati manusia ibarat besi. Setiap dosa yang dilakukan akan melekatlah karat padanya. Tapi karat itu boleh di cuci dengan solat dan doa. Namun lama kelamaan jika karat itu tidak dibersihkan, akan semakin besarlah ia, dan semakin sukarlah untuk dibersihkan . Maka semakin hitam dan gelaplah hati kita. Ketika ini setiap dosa yang dilakukan tiada lagi dirasakan dosa bagi dirinya'

    Astaghfirullah. Astaghfirullah. Astaghfirullah.

      Blogger lain dah lama tukar, tapi aku baru nak tukar. Tapi bila dah tukar...alamak, terkial² lah pulak sebab dah selesa pakai yang ...

    Blogger New Interface

     

    Blogger lain dah lama tukar, tapi aku baru nak tukar. Tapi bila dah tukar...alamak, terkial² lah pulak sebab dah selesa pakai yang lama, macam leceh pon ada...alahaiiiii...Banyak nak kena teroka nih sebab benda baru kan ☺☺


    pelangi..pelangi alangkah indahmu.. merah, kuning, hijau di langit yang biru.. pelukis mu agung siapa yang gambar pelangi ciptaan Allahu Ak...

    Pelangi Selepas Hujan


    pelangi..pelangi alangkah indahmu..
    merah, kuning, hijau
    di langit yang biru..
    pelukis mu agung
    siapa yang gambar
    pelangi ciptaan Allahu Akbar!

    Dalam perjalanan balik petang semalam. Cantik nya pelangi nih. Teringat lagu Pelagi dalam rancangan Adik dan Al-quran ☺☺

    Pernahkah sekali kita memahami alam?

    Mengapa Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan?

    Mengapa Tuhan tumbuhkan bunga selepas kering-kontang?

    Hanya daripada benih hitam yang kusam, apabila disirami hujan lantas berbunga cantik. Maka tersenyumlah alam. Betapa indahnya aturan Tuhan.

    Mengapa tidak ada hujan berpanjangan atau sinar mentari yang menyinari alam?

    Mengapa harus ada putaran alam seperti hitam malam dihiasi bintang?

    Mengapa untuk tidak ada sekaligus dalam satu masa?

    Mengapa harus hilang sesuatu untuk sesuatu?

    Jawabnya senang.

    Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintangan. Mengecapi kebahagiaan memerlukan pengorbanan. Setiap kesenangan akan ada bayaran. Contohnya Tuhan hadirkan pelangi yang indah dan kicau burung yang menyanyikan kedamaian selepas hujan.

    Biar hujan di dalam hati, pasti ada pelangi yang menanti. InsyaAllah.

    Kalau ada tunggakan yang tak sampai sembilan puluh hinggit...sampailah surat merah sebagai amaran untuk pemotongan. Tapi kalau customer bua...

    Alahai TNB....


    Kalau ada tunggakan yang tak sampai sembilan puluh hinggit...sampailah surat merah sebagai amaran untuk pemotongan. Tapi kalau customer buat aduan pasal masalah bekalan elektrik, malam ni komplen...esok pagi baru datang tengok, macam mana nih Tenaga Nasional Berhad? Tarif elektrik makin naik, tapi perkhidmatan...kenapa tak naikkan gak?

    Ni kisah hari khamis lepas. Rumah aku tetiba shut down. Memula lampu berklip², pastu trus gelap. Tapi tak der plak dengar kotak meter tu naik ke atas. Ingatkan suma rumah tak der bekalan. Tapi rupa² nya hanya rumah aku sahaja yang terpilih tak der bekalan letrik. Alhamdulillah...aku dah habis masak, cuma tak sempat masak nasi. Kebetulan si dia memang balik lewat. Call jiran atas...minta suami dia tolong tengokkan. Memang tak der masalah. Suma ok. Dah try banyak kali pon tak bley gak. Menumpang lah kami anak beranak kat rumah jiran sampai si dia balik.

    Malam tu call TNB dalam pukul 11.00 lebih. Dia bagi solution, tapi hampeh lah kan sebab memang tak boleh. Nak gi kat kotak beso kat floor kitorang tu memang tak boleh lah kan sebab dah ada amaran, hanya org TNB jer yg boleh bukak. Katanya nak datang dan nanti dorang akan call. Malam tu tido dalam keadaan yang gelap bertemankan sinar lampu kat luar. Sliding memang bukak bagi angin masuk. Alhamdulillah gak cuaca malam tu tak panas sebab baru lepas hujan...sejuk sket tido. Anak² pon tak kepanasan.

    TUnggu punya tunggu sampailah ke pagi...nan ado batang hidung orang TNB...memang hampeh. Tunggu lagi sampai pukul 10.00 am lebih...sabar lagi tu tunggu. Memang @#$%^&. Call balik TNB, dorang kata ada call HP si dia...wak lu lah, satu miss call dari TNB pon tak der kat screen hand phone tu, macam mana plak dorang bley kata call banyak kali tak dapat. Dasar tak buat kerja. Kerja nak menipu customer jer.

    On the spot tu gak dalam 15-20 minit dah sampai kat umah. Tak sampai 5 minit dah ada bekalan letrik nya. Bukan besar pon masalahnya, itu pon lama nak kena tunggu ker? Alahai TENAGA NASIONAL BERHAD @ TNB, perkhidmatan tu biarlah memuaskan. Jangan tau nak naikkan harga elektrik jer.

    Balik kerja petang semalam betul² meyesakkan hati, kepala, kepala lutut dan semuanya lah. Kesesakan jalan yang luar biasa daripada biasa. Y...

    Kesesakan yang Luar Biasa dan Sikap Pemandu


    Balik kerja petang semalam betul² meyesakkan hati, kepala, kepala lutut dan semuanya lah. Kesesakan jalan yang luar biasa daripada biasa. Ya! allah...rasa nak menangis. Menyumpah seranah jangan cakap lah, dah macam orang tak betul cakap sesorang dalam keta, istighfar bebanyak jer lah. Start jammed betul² lepas SHELL SKVE (rasanya) sampai lah masuk Highway Kajang Silk.

    Perjalanan yang amik masa hanya 25-30 minit berlanjutan sampai 1 jam 45 minit. Sampai rumah pukul 8.00 pm. Hazab nya hanya DIA jer yang tahu. Di tambah pulak dengan sikap pemandu kat Malaysia nih kan...memotong barisan. Selagi boleh selit...asyik menyelit jer lah. Memang sakit hati, lagi lah bertambah jammed. Yang lori jangan cakap lah, mentang² ko besar kan, nak menyelit gak tu. Pastu dah tau memotong, tak reti² nak bagi signal...sorry lah aku nak bagi jalan. Orang lain pon nak balik gak kan.

    Kepala dah pening sebab asyik tersengguk². Tekak dah mula mual. Kepala lutut dah mula gigil² macam orang kena parkinson...kejap² pegang lutut. Minyak plak dah mula susut. Dalam hati asyik berbisik 'bila nak sampai nih...apsal sesak sangat nih...bla..bla'...yang hairannya, tak der plak nampak kesan accident. Cuma petang semalam hujan. Tapi kalau hujan pon, tak der lah sesak teruk macam petang semalam. Memang sangat teruk ah kesesakannya.

    Aku tak dapat bayangkan orang yang balik pantai timur...yang radah jalan sesak berjam-jam, dengan anak² kecik...perghhhhh...semalam nyer sesak pon dah buat hati menggelegak. Penat...letih sangat².

    Amik bebudak kat tadika semalam, nampak dari luar anak dara tu tengah termenung kat tingkap, sambil makan roti. Mesti tertanya² 'apsal lah ibu lambat sangat nih'. Alahaiiiiii...bila tengok anak², terubat sikit lah kepenatan tu ☺☺☺

    Hand, Mouth Foot Disease @ Penyakit Kaki, Tangan dan Mulut, aku terpaksa amik Emergency Leave jumaat aritu. Masa nak amik bebudak hari kham...

    Penangan HMFD


    Hand, Mouth Foot Disease @ Penyakit Kaki, Tangan dan Mulut, aku terpaksa amik Emergency Leave jumaat aritu. Masa nak amik bebudak hari khamis last week, owner dah siap tunggu kat depan pintu. Kisahnya...

    Ada parent yang hantar anak kat nursery, katanya anak dia baru baik dari chicken pox. Tapi bila dah beberapa hari masih ada kesan merah kat tapak kaki, owner ni soh gi klinik check balik, sekali sah lah...budak ni kena HMFD. Untuk kepastian, owner minta nasihat dari JKM dan Kementerian Kesihatan. Datanglah orang kementerian kesihatan kat nursery tu untuk check sama ada bebudak ni dah di jangkiti atau belum. Alhamdulillah...semua selamat. Tapi sebagai langkah berjaga², nursery terpaksa di tutup selama 3 hari bermula hari jumaat sampai lah Rabu. Nasib semalam selangor cuti. Dalam pada tu anak dara dan anak bujang tu pon kena pantau gak...mana tau kan.

    Hari ni nursery memang tutup, tapi owner nih ada nursery dan tadika, solutionnya...kalau nak hantar anak² kena call dan sahkan yang anak betul² tak ada tanda² HMFD. Pastu kena hantar anak kat Tadika. Lega sket bila dengar. Kalau tak terpaksa lah tambah lagi EL. Nasib tadika pon dekat² situ gak. Nuersery kena quarantine sampai rabu. Infi mengenai HMFD:

    Definisi
    Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut adalah penyakit yang biasa berlaku di kalangan bayi dan kanak-kanak. Biasanya terdapat lepuhan di mulut, tapak tangan, jari-jari tangan dan tapak kaki.

    Sebab-sebab
    Disebabkan oleh virus enterovirus. Virus yang biasanya menyerang adalah coxsackievirus A16.

    Tanda-tanda dan gejala
    • Demam yang ringan
    • Rasa tidak sihat (letih dan lesu)
    • Sakit tekak
    Selepas demam selama 2-3 hari, lepuhan yang menyakitkan mula terdapat di dalam mulut. Biasanya terdapat di atas lidah, gusi dan di sebelah dalam pipi. Ruam di kulit mula keluar di satu dua tempat dengan timbulnya lepuhan warna merah tetapi tidak gatal di tapak tangan dan tapak kaki serta juga di punggung. Lepuhan di mukosa dan permukaan kulit akan sembuh dalam masa 5-7 hari. Manakala lepuhan di tangan dan kaki akan sembuh dalam masa 5-10 hari.

    Siapa yang mudah dijangkiti?
    Kebanyakannya berjangkit kepada kanak-kanak berumur 10 tahun ke bawah.

    Adakah penyakit ini berjangkit?
    Ya. Ianya mudah merebak dari satu individu ke individu yang lain melalui sentuhan secara langsung (direct contact) dengan lelehan air hidung, tekak, air liur dan cecair dari lepuhan juga daripada najis individu yang telah dijangkiti. Ianya bukan sahaja mudah merebak terutama di awal jangkitan, tetapi juga boleh merebak selepas beberapa minggu di jangkiti.

    Bolehkah penyakit tangan, kaki dan mulut berjangkit daripada haiwan?
    Tidak, ia tidak sama dengan penyakit kaki dan mulut pada haiwan.

    Bagaimana diagnosis dijalankan?
    Selalunya ia dilakukan secara klinikal. Ujian ?throat swab?? ataupun daripada najis individu yang dijangkiti dihantar untuk ujian makmal bagi menentukan virus yang menyebabkan penyakit ini.

    Rawatan
    Tiada rawatan yang khusus.
    • Ubat demam (Paracetamol) digunakan untuk mengurangkan demam
    • Air garam digunakan untuk berkumur. Bancuhan: ½ sudu teh garam untuk segelas air suam sekiranya kanak-kanak tersebut boleh berkumur
    • Pastikan kanak-kanak minum air yang secukupnya
    • Produk tenusu yang sejuk dan aiskrim juga boleh diberi
    Pencegahan
    • Boleh dicegah dengan mengamalkan mencuci tangan dengan air dan sabun selepas ada kontak dengan pesakit
    • Permukaan yang tercemar dan peralatan yang kotor hendaklah dicuci dengan air yang bersih, sabun dan di nyah kuman dengan menggunakan cecair Clorox, bancuhan ¼ cawan Clorox dengan satu gelen air
    • Jangan berkongsi barang-barang peribadi
    • Elak daripada mencium dan memeluk individu yang dijangkiti
    Komplikasi

    Komplikasi selalunya jarang berlaku tetapi boleh menyebabkan jangkitan kepada otak, paru-paru dan jantung yang mana boleh menyebabkan kematian.

    Apakah vaksin untuk penyakit tangan, kaki dan mulut?
    Tiada vaksin untuk penyakit ini.

    Bila perlu berjumpa doktor?
    • Apabila demam tinggi tidak sembuh walaupun diberi ubat (< 38 C) lebih 48 jam
    • Letih/lesu
    • Kulit dan lidah yang kering
    • Resah gelisah (irritable)
    • Sawan
    • hilang sedar
    Jika jangkitan berlaku di taman asuhan kanak-kanak, pemilik taman asuhan perlu :-
    • Kanak-kanak tidak boleh dihantar ke taman asuhan semasa terjadinya jangkitan untuk tempoh sekurang-kurangnya 10 hari dan disahkan sihat oleh doktor. Memastikan semua kanak-kanak mengamalkan teknik mencuci tangan yang baik.
    • Basuh dan nyah kuman semua peralatan yang tercemar, alat-alat permainan dan juga permukaan seperti meja, kerusi dan lantai yang dicemari
    • Pastikan tidak ada kanak-kanak lain mempunyai gejala sama
    Informasi boleh didapati melalui:
    • Pegawai perubatan /Pakar kanak-kanak
    • Klinik-klinik kesihatan
    • Laman web pengawalan dan pencegahan penyakit atau telefon no : 03-88833888
    • Familydoctor.org, kidshealth.org, health.am websites

    Siapa suka tengok citer nih? Nampak dah keluar iklan kat TV3 pasal cite MERLIN musim ke 4 nih. Salah satu citer yang aku suka tengok. Citer...

    MERLIN New Season 4


    Siapa suka tengok citer nih? Nampak dah keluar iklan kat TV3 pasal cite MERLIN musim ke 4 nih. Salah satu citer yang aku suka tengok. Citer melayu pon layan gak tau. Merlin akan menemui penonton bermula 18 Disember 2011, setiap Ahad pada pukul 10 malam di TV3. Sebelum tu...TV3 akan menyiarkan 2 episod pengenalan MERLIN musim ke 4 pada 16 disember 2011 @ jumaat, pukul 10.00 malam di slot Mega Movie.


    Musim keempat MERLIN menampilkan “The Darkest Hour Is Just Before The Dawn” sebagai tema utama pergolakan di Camelot kali ini. Susulan dari musim ketiga, Colin Morgan (Merlin) dan Bradley James (Prince Arthur) selaku dua watak utama akan beraksi semula bersama dengan Anthony Head (King Uther Pendragon), Angel Coulby (Gwen), Katie McGrath (Morgana), Richard Wilson (Gaius), Nathaniel Parker (Agravaine), Adetomiwa Edun (Sir Elyan), Eoin Macken (Sir Gwaine), Tom Hopper (Sir Percival), Rupert Young (Sir Leon), Gemma Jones (Callieach), Santiago Cabrera (Lancelot) dan John Hurt (suara latar sang Naga Hikmat) di dalam MERLIN Musim Ke-4.

    Bersiaran sebanyak 13 episod, siri pengembaraan fantasi British musim ini sarat dengan peperangan dan usaha-usaha hebat demi menyelamatkan Camelot daripada musnah di tangan Morgana dan sekutu-sekutu jahatnya. Permulaan siri musim ini menyaksikan sebuah perkembangan yang pesat di dalam ketamadunan jajahan Camelot. Walaubagaimanapun, langit tidak kekal cerah di Camelot kerana kuasa-kuasa jahat mula bergabung untuk melancarkan kempen kemusnahan. Segalanya bakal berubah apabila Morgana membuka pintu laluan sakti ke dimensi lain (Other World).

    Kalau nak baca lebih lanjut, bley baca kat budiey.com

    Kita sering menterjemahkan perasaan kita dengan ucapan atau perkataan yang tak sepatutnya. Aku pon tak terkecuali gak. Biasalah...kekadang b...

    Dialog Moden...Biasakan Yang Sebetulnya

    Kita sering menterjemahkan perasaan kita dengan ucapan atau perkataan yang tak sepatutnya. Aku pon tak terkecuali gak. Biasalah...kekadang bila tengah marah atau tension ataupon terkejut, perkataan² yang tak elok selalu terpacul, tapi tak der lah sampai mencarut bagai. Tapi sayangnya kadang kala kata² kita ni boleh menyebabkan kemurkaan Allah dan kemarahan kawan² yang lain. Apa kata lepas ni kita biasa-biasakan lidah kita dengan ucapan yang lebih sedap didengar dam membuahkan pahala. 


    Kan bagus tu. Mudah kan? Betulkan yang biasa dan biasakan yang sebetulnya. Renung-renungkan dan selamat mencuba ☺☺

    Perubahan itu perlu...ceewwaahhhhh...gigih tak gigih lah aku dari tadi. Dok godek tutorial macam mana nak cantikkan kotak komen. Kotak kome...

    Usaha Tangga Kejayaan...Hasilnya


    Perubahan itu perlu...ceewwaahhhhh...gigih tak gigih lah aku dari tadi. Dok godek tutorial macam mana nak cantikkan kotak komen. Kotak komen aku nih buruk bebenor. Pastu nak buat kotak reply, senang aku untuk reply terus komen. Takut gak ah nak main ngan HTML kod nih. Silap² bley hilang suma. Buta IT katakan, tapi confident kena ada. Dan hasilnya:


    Menjadi jugak akhirnya. Kaler dan font tu abaikan jer lah, janji dah nampak cantik dan kemas. Button reply pon dah ada, senang keja aku nak reply with love komen² uols suma.

    Cuma satu jer lagi yang aku tak puas hati, nak tukar template blog nih. Nak buat sendiri yang ni memang aku tak confident. Sebab aku ada dapat beberapa feedback. Ada yang komen blog aku nih lambat loading, pastu susah nak baca sebab background jalur² tu. Lain pc...lain format gamaknya. Sebab tu ada yang senang nak baca dan ada yang tak bley nak baca sebab loading kot.

    Nak tempah header and template, tapi ntah bila lah. Nak tukar title blog jugak, tapi nan ado idea nak letak title apa...haihhhhhh...uols bagi idea sket bley...hehehehe...

    Bukan saja boleh di jinjit, siap boleh di galas...hahahaha...nak bawak sangat kan.

    Wordless Wednesday # 9: BAG terhangat di pasaran ☺☺

    Bukan saja boleh di jinjit, siap boleh di galas...hahahaha...nak bawak sangat kan.

    Tu dia...dah datang dah. Setahun hanya sekali. Smalam dah kluar iklan kat TV. Kebetulan hari ni member office nih nak gi beli. Apa lagi...P...

    McDonald's Prosperity Burger Kembali Lagi


    Tu dia...dah datang dah. Setahun hanya sekali. Smalam dah kluar iklan kat TV. Kebetulan hari ni member office nih nak gi beli. Apa lagi...Prosperity Burger menjadi hidangan untuk launch hari ni


    Hhhhhmmmmmmm...sedapnya...Jemput makan semua...hehehehehehe...

    Anak dara di serang tantrum. Dah 3 hari anak dara ku itu merengek²...menangis...Sampai dah tak tau nak buat apa. Tak pernah² macam nih. Dema...

    Tantrum si Drama Queen

    Anak dara di serang tantrum. Dah 3 hari anak dara ku itu merengek²...menangis...Sampai dah tak tau nak buat apa. Tak pernah² macam nih. Demam aritu pon ok jer, tak meragam. Yang hairannya, start buat hal menjelang petang sampai lah malam. Memang menguji kesabaran betul. Ini lah yang di namakan 'TANTRUM @ Mengamuk tak keruan' atau suatu luapan emosi yang meledak-ledak sehingga tiada kawalan diri. Tantrum bermaksud kemarahan secara tiba-tiba. Tapi selalunya tantrum ni muncul pada usia 15 bulan hingga 6 tahun. Tapi si qahirah tak sampai pon 15 bulan.

    Meleleh² air mata. Baru lepas tantrum sebab nak drive keta ngan abah dia skali...bahaya nak oiiii. Bila amik gambar, automatic trus senyap.

    Bukan anak jer tantrum, ibu pon turut tantrum gak. Mana taknya, pujuk baik punya pon tak jalan. Bagi nenen tak nak. Tido pon kejap jer, terjaga dari tido trus menangis. Bagi makan tak nak, nak suap sendiri hokey. Bila tak bagi mulalak terbaring menangis². Bila bagi...erk...suka plak. Tapi bukannya makan pon. Lebih kepada main. Kesudahannya...bersepah nasik, pastu sambung tantrum balik....adoiiiiii...pastu bagi air minum sikit, selebihnya main basuh² tangan dalam cawan. Bila amik...terbaring nangis hentak² kaki. Sabar jer lah.

    Balik kerja semalam tanye kat bebudak pengasuh kat nursery tu sama ada anak dara tu buat perangai ker tak. Tapi tak der plak....ok jer budak tu cakap. Hhhhmmmmm...dah ok lah tu kot. Tapi sangkaan ku meleset. Start maghrib jer mulalah tantrum nya. Tak boleh nak masak langsung. Sempat buat bubur jer. Itu pon sebelah tangan dukung anak, sebelah tangan lagi dok kacau bubur. Kita kan 'SUPERMAK' ☺☺☺

    Menurut dari info yang aku baca, tantrum ni terjadi berbeza mengikut tahap dan usia kanak²:

    1 - Bayi
    2 - Anak tatih
    3 - Kanak² Pra sekolah
    4 - Kanak² yang sudah bersekolah

    Kiranya qahirah ni kategori anak tatih. Antaranya anak tatih kuat meradang dan mengalami tantrum atas pelbagai sebab. Antaranya ibu bapa melarang mereka untuk panjat meja, kasut hilang, sarung kaki tak cantik dan sebagainya. Hal ini adalah kerana anak tatih cepat dan mudah berasa kecewa dan tertekan, Kebanyakan anak tatih tidak banyak bercakap kerana kebolehan mereka untuk berkomunikasi secara berkesan belum benar² berkembang. Jadi, mereka mengalami masalah dalam meluahkan perasan serta untuk memberitahu apa sebenarnya yang mereka mahu kepada orang dewasa. Selain itu juga, anak tatih mengalami sedikit masalah dalam kemahiran menyelesaikan masalah. Jadi, mereka tidak mamou melakukan banyak perkara yang menyebabkan mereka cepat berasa sedih, putus asa dan kecewa jika tidak dapat menyempurnakan sesuatu tugas. Tantrum paling banyak ditunjukkan oleh anak tatih apabila mereka berada dalam keadaan lapar atau dalam keadaan sakit, letih dan terlalu gembira. Kalau nak tau selebihnya bley baca kat SINI.

    Itu lah kisahnya. Terlalu gembira pon bley tantrum gak kan. Aku pon dah tahu sebab apa qahirah tantrum. Selain lapar dan penat, anak dara tu dalam fasa menahan sakit. Aku perasan pon hari ahad baru nih. Tengok gusi dia bengkak atas dan bawah. Nak tumbuh gigi lagi, mugkin kali ni lebih sakit. Petang smalam ketara sangat air liur dia meleleh ☺☺. Pastu lidah dia nampak macam merah sikit. Kesian anak ibu.

    Terdapat beberapa tips untuk mengendalikan tantrum kanak-kanak. Antaranya ialah cuba untuk bertenang. Jika ibu bapa terutamanya, marah, memukul-mukul atau menjerit pada anak yang sedang meradang ia bukannya membantu mengurangkan tantrum malah memburukkan lagi keadaan. Ibu bapa perlu mengawal diri dan emosi apabila berhadapan dengan anak yang sedang meradang dengan memberikan kata-kata pujukan yang positif kepada anak.

    Keduanya, berfikir sebelum bertindak. Ambil masa dalam 30 saat untuk berfikir apa tindakan yang terbaik untuk meredakan kemarahan anak. Terdapat empat cara yang mungkin boleh menangani tantrum iaitu alihkan perhatian Maksudnya, cuba alih kan perhatian anak kepada sesuatu yang lain. Sebagai contoh, jika anak bermain dengan sesuatu yang tidak selamat seperti pisau atau beg duit dan mereka menangis apabila ibu bapa mengambil barang tersebut, ibu bapa perlu memberi barang lain yang boleh dimainoleh anak. Cara ini amat berkesan jika dilakukan kepada anak tatih.

    Aku dah buat apa yang di sebut di atas. Bagi barang lain, tapi di campaknya lagi ada lah. Memang memerlukan kesabaran dan ketenangan hati yang tinggi untuk menangani anak tantrum nih. Ibu sendiri bley nangis di buatnya sebab tak tau nak buat apa dah. Harap² tantrum qahirah tak lama.

    Apa yang setahun? Hehehehehe...29 November 2011 aritu genap lah setahun aku memandu kereta. Kejap jer masa berlalu. Macam tak caya jer dah ...

    Setahun dah....


    Apa yang setahun? Hehehehehe...29 November 2011 aritu genap lah setahun aku memandu kereta. Kejap jer masa berlalu. Macam tak caya jer dah boleh drive sendiri. Mana tak nya, 7 tahun gantung lesen memandu. Habis jer pantang anak kedua, terus kena drive gi kerja. Orang kata kalau nak asah balik skill memandu, kena amik beberapa jam kelas nak kasi confident. Tapi aku nan adonya amik. Sehari sebelum start keja, si dia jadi penumpang, memantau cara aku memandu macam mana. Hamik ko...dah lama tak pegang steering ngan gear kan, menggelabah. Kesudahannya, asik kena marah jer. Garang betul 'cikgu memandu' tu. ☺☺☺

    Tibalah masa yang di tunggu². Hari pertama memandu bersendirian...dari Bangi ker Cyberjaya. DOa dan tawakal jer. Nasib jalan highway...senang sikit kan. Perjalanan yang makan masa 20-25 minit rasa macam 1 jam. Berdebar² sepanjang memandu. Sepanjang masa bawak kat lane 1. 1st time gamaknya...darah gemuruh. Alhamdulillah...akhirnya sampai gak office dengan jayannya. Tapi kan, sepanjang perjalanan ke office tu, aku lupa nak buat satu perkara. Lupa nak tarik hand break noks. Keterujaan sangat kan. Nasib tak jadi apa².

    Pastu, yang buat aku selalu menggelabah ialah bila enjin selalu mati. Iyer lah...keta manual. Masih tak berapa mahir lagi nak control clutch. Gear pon ingat² lupa, kekadang klo nak tukar gear siap nengok lagi gear box tu...hahahahaha...Kalau jalan sesak lagi lah, pastu sesak plak kat jalan yang berbukit...adoiiiiii...dah menggelabah tahap gaban dah. Siap berdoa 'Ya! allah, janganlah mati enjin...ya! allah, janganlah sesak kat jalan yg berbukit' dan macam² lagi lah.

    Tapi tu semua setahun yang lepas. Skang ni dah confident sket. Dah tau nak balance kalau sesak kat jalan yang berbukit. Enjin pon dah tak mati dah. Dah tak menggelabah macam dulu, nak isi minyak pon tak der masalah. Tak mcm dulu...nak isi minyak pon macam nak amik ujian, gigil...Alhamdulillah, skang suma dah ok...☺☺☺. Cuma parking jer aku masih lemah lagi. Kekadang lurus...kekadang senget. Sepanjang pemanduan nih, ada lah satu tragedi tu...Tragedi kat Plaza Tol ...hehehehehe...

    Kesimpulannya..cewahhhh...kalau nak drive ni kena confident. Even dah lama tak drive, kena berani kan jugak. Kena set kan kat minda 'ala...orang lain boleh, aku pon mesti boleh'. Memula memang takut, tapi lama² perasaan takut tu akan hilang. Serius, masa aku tak boleh drive dulu aku jelous nengok orang yang boleh drive sendiri. Tapi skang aku bangga sebab aku dah bley drive sendiri ☺☺☺

    Semuanya adalah kesinambungan dari kisah novel Ombak Rindu. Sana sini orang dok citer pasal filem Ombak Rindu nih. Kalau baca novel pon dah ...

    Ombak Rindu, CInta Tiada Akhirnya dan Rindu Cintaku

    Semuanya adalah kesinambungan dari kisah novel Ombak Rindu. Sana sini orang dok citer pasal filem Ombak Rindu nih. Kalau baca novel pon dah best, ini kan pulak bila nengok filem kan. Review pon ada yang pro and con...biasalah tu. 


    Novel ni antara novel yang aku suka baca masa zaman anak dara dulu. Memang ulang² baca sebab citer nya best...tak bosan. Memang suka baca novel karya Fauziah Ashari nih. Biasalah kan...klo baca novel kita boleh bayangkan watak² dalam tu. Kecantikan izzah, ketampanan Hariz dan kejahatan Pak Taha. Aku nak cari balik novel nih, tak tau mana letaknya, nak baca balik. Semua dah tau kan pasal sinopsis nya.


    Pastu ada plak sambungan novel Ombak rindu...Novel Kedua, Cinta Tiada Akhirnya. Kisahnya...

    Kehidupan menjanjikan segalanya. Pahit, manis, suka dan duka. Satu perjalanan anugerah dari Maha Pencipta yang menjanjikan kematian dalam kembara kehidupan. Bagi kaki yang melangkah dan tangan yang menadah, terpulang pada insan itu sendiri mencorak hidupnya.

    Inilah kisah …..Cinta … Tiada Akhirnya, menyelami Izzah yang setia, hampir sempurna, menyajikan cinta pada suaminya, Hariz yang masih mencari diri dan cinta sejati.

    Disulami detik cemas yang pasti mengocak minda, mendebar jiwa, Cinta … Tiada Akhirnya, akan menyerapi kehidupan setiap pembaca.


    Novel Ketiga pulak Rindu Cintaku. Yang ni aku rasa macam dah baca gak. Kisahnya...

    Izzah tercari-cari ketika dirinya hilang ingatan. Mimpi-mimpi ngeri tentang suaminya berkunjung datang dalam kotak minda menambah kekeliruan, menjadikan dia kedinginan dalam cinta Hariz yang sentiasa membara. Izzah pulih saat konflik memuncak dan dia tidak berdaya untuk menggalas beban yang membelenggu hati bila cinta suami ditagih insan lain walau maruah menjadi taruhan.

    Haris yang keresahan terus dilanda tsunami permasalahan. Neraca karma beralun ganas melibas keegoannya. Hariz hilang punca, hilang kuasa dan hilang Izzah. Namun, membuang cintanya pada isteri tercinta tidak pernah wujud dihatinya walau dalam keterpaksaan.

    Andainya mampu ditebus kesilapan, apakah harga yang perlu dilunaskan? Rumahtangga? Cinta yang tidak kesampaian? Kesetiaan? Maruah? atau… Nyawa?

    alaaaaa...nak kena cari balik novel² nih. Yang ada dlm tangan Novel Kedua, Cinta Tiada Akhirnya. Kalau ikut novel, ada part 1 and 2. Kalau ikut filem...ada sambungannya ker?☺☺☺

    DELETE semua FILE kebencian... INSTALL anti-virus egonisme... RESTART kehidupanmu dengan kasih... REFRESH peribadimu... DOWNLOAD kesaba...

    Padam Semuanya...


    DELETE semua FILE kebencian...
    INSTALL anti-virus egonisme...
    RESTART kehidupanmu dengan kasih...
    REFRESH peribadimu...
    DOWNLOAD kesabaran...
    UPLOAD tingkahlaku yang mulia...
    Jangan meng-UNDO pengalaman buruk...
    COPY dan PASTE semua pengajaran dan ilmu yang baik...
    LOADING semua dengan DOA dan USAHA...

    Usah biarkan kebencian terus melanda jiwa
    kikis satu persatu
    tanamkan kekuatan aqidah
    perkukuhkan dengan iman

    Source: email

    Peringatan untuk diri sendiri. Aku akan padam semua entry² kebencian dan kekecewaan dalam blog nih. Aku nak mulakan dengan cerita yang baru. Tak nak sedih² lagi. Biarlah peristiwa tu berlalu pergi dari hidupku ini. Untuk melupakan?...tidak sama sekali, akan terpahat di ingatan sampai mati.

    Buat kawan² yang di kasihi. Walaupon bekenalan hanya di alam maya dan tak pernah berjumpa di alam realiti. Aku sangat menghargai kata² semangat yang di beri. Dalam menghadapi musibah, aku tidak berseorangan kerana kawan² ada di sisi.


    Ucapan TERIMA KASIH yang tak terhingga untuk kalian semua kerana sudi berkongsi kesedihan ini. Kalau di beri peluang...aku nak jumpa kalian semua...nak polok ketat²...ekekekekeke...

    google pic Pada tokey² yang jual barang² pre-loved tu, silalah jujur dalam berniaga yer. Info biar betul. Tau lah barang tu terpakai dan ma...

    Barang PRE-LOVED...Indah Khabar dari Rupa


    Pada tokey² yang jual barang² pre-loved tu, silalah jujur dalam berniaga yer. Info biar betul. Tau lah barang tu terpakai dan masih elok, tapi janganlah sampai jual barang yang teruk sangat condition nya. Kalau dah teruk sangat tak payahlah jual. Masuk nih 2 kali dah terkena.

    Aku suka beli toys untuk anak². Nak beli baru...memang tak mampu lah sebab harganya kan, lagi pon berapa lama jer pakai pon. Dalam blog tulis still in good condition...rarely used. Tapi bila dapat...hampeh. Sound ada, tapi slow tahap gaban. Button pon tak function. Dah tukar bateri pon macam tu gak. Alahaiiiiii...aku beli pakau duit, bukan pakai daun. Malas lah nak deal balik ngan owner kan, buat sakit hati jer. Anggap jer lah tak der rezeki...dpt barang yang tak berapa elok.

    Bebaru ni ada beli lagi. Honestly...aku memang rambang mata nengok toys bebudak nih. Kalau yang mampu beli...aku beli lah. Yang tak mampu tu aku cari yg pre-loved jer. Aku beli dari bulan august. Yang ni dari oversea. ETA (Expected to arrive) on September. Kira ok lah kan. Barang tu pon tak urgent...saja beli utk anak. Tunggu punya tunggu, ada masalah kontena plak. Tunggu lagi...dan tunggu...dan tunggu. Barulah dapat barangnya selasa baru nih. Tapi kan...hampeh lagi. Barangnya tak lengkap. Ibarat ko beli pinggan mangkuk. Cawan ada, tapi piring tak der. Macam mana tu?

    Bebulan-bulan aku tunggu barang. Tapi bila dapat, barangnya tak lengkap. Frust tak ko. Come on lah. Klo nak berniaga biarlah jujur dan ikhlas. janganlah buat customer macam nih. Dalam blog tulis lain, bila dapat lain.Aku dah email kat owner, tapi blum ada reply lagi.

    Kena fikir banyak kali lepas nih kalau nak beli barang² pre-loved. Kalau nasib baik, dapatlah barang yang elok. Kalau nasib tak baik...dapatlah barang yang indah khabar dari rupa.



    What MEN should know: A WOMAN who truly loves you will be angry at you for so many things, but will STICK around What WOMAN should kno...

    Spontaneous Thursday # 8: MEN & WOMAN

    What MEN should know:

    A WOMAN who truly loves you will be angry at you for so many things, but will STICK around

    What WOMAN should know:

    A MAN who truly loves you will NEVER let you go, no matter how hard the situation is

    Terima Kasih banyak² sebab bermurah hati tambah BE baru lagi. Lepas Cash-out yang pertama last week, terus Buffered Earnings bertambah lag...

    I Love NUFFNANG ☺☺☺


    Terima Kasih banyak² sebab bermurah hati tambah BE baru lagi. Lepas Cash-out yang pertama last week, terus Buffered Earnings bertambah lagi 3...yahoooooo...masyuk...^_^


    Keseluruhan BE yang tengah running skang nih ada 8. Rezeki...rezeki...Uols yang belum dapat BE baru lagi jangan putus asa ok. Selalu lah update survey kat blog manager tu dan selalu² lah update entry sekali ☺☺

    Tolonggggg...kat mana aku bley cari buah ciku? Tengah mengidam buah ciku nih. Bukan sebab mengandung erk, jangan salah tafsir ☺☺. Mengandun...

    Buah CIKU...susahnya nak cari


    Tolonggggg...kat mana aku bley cari buah ciku? Tengah mengidam buah ciku nih. Bukan sebab mengandung erk, jangan salah tafsir ☺☺. Mengandungi taik lagi adalah...muahahahaha.... Tak nak buah ciku yang potong tu. Tak puas makan sebab sikit sangat, harga 2 hinggit plak tu.

    Susah betul nak cari buah ciku. Kalau jumpa kat pasaraya pon yang belum masak lagi, pastu cikinot plak tu. Kat pasar malam pon tak pernah nampak orang jual. Aritu...kat tempat jual buah tu, orang tu tengah nak potong buah ciku, banyak plak tu pastu beso² buah ciku dia. Nak gak tanya kat mana dia beli, tapi seganlah plak...hurmmmmm...

    Banyak khasiat buat ciku ni. Antarnya:

    Kaya dengan vitamin C dan bahan mineral lain terutamanya kalsium. Bagi tiap-tiap 100 gm ciku juga terkandung 2.3 gram zat besi, 0.9 gram serat, 4mg fosforus, 18.4 gram karbohidrat dan 79.1 gram air.


    Ciku Penawar Buang Air Berdarah

    Tabiat mengabaikan pemakanan boleh menimbulkan keadaan-keadaan yang tidak menyenangkan. Masalah sembelit boleh terjadi jika makanan yang dimakan tidak dihadam dengan baik, kurang memakan buah-buahan dan sayur-sayuran serta kurang meminum air. Keadaan ini jika dibiarkan boleh membawa kesan-kesan yang lebih buruk, antaranya buang air berdarah atau buasir. Satu cara dalam kaedah pengubatan tradisional ialah dengan menggunakan buah ciku. Cara yang lebih berkesan untuk merawat buang air berdarah ialah dengan memakan buah ciku yang belum cukup tua, iaitu dengan menumbuk hingga lumat dan dicampur dengan sedikit air panas dan garam. Seelok-eloknya diamalkan sebelum sarapan pagi.

    Sedapnya kalau dapat makan buah ciku sejuk²...nyum...nyum. Nak kena cari benih pokok ciku lah klo macam nih. Tanam kat umah mak.




    'You are not responsible for what people think about you But you are responsible for what you give them to think about you'...

    Spontaneous Thursday # 7

    'You are not responsible for what people think about you
    But you are responsible for what you give them to think about you'

    1st time dengar pasal Burger Kukus nih. Uols pernah makan tak? Ker aku jer yang baru tahu tentang kewujudan Burger Kukus nih? Apa yang aku ...

    Burger Kukus Jalan Rejang @ Bangi


    1st time dengar pasal Burger Kukus nih. Uols pernah makan tak? Ker aku jer yang baru tahu tentang kewujudan Burger Kukus nih? Apa yang aku bley komen:

    Memang terbaik der. 1st time makan terus jatuh cinta. Dah lama nak citer pasal BKJR nih, tapi asyik terperap jer. Mula tau pon masa gi check-up telinga anak dara dulu. Kelaparan sebab lama nak tunggu turn jumpa doctor. Hubby pon turun lah cari makanan. Naik spital jer trus cakap 'abg beli burger kukus, pernah dengar tak?'...erk...'yer ker ada burger kukus', macam tak caya plak. Bila rasa sekali...memang sedap. Iman makan sebijik burger tu tak cukup, nak lagi hokey.


    Apa yang menariknya pasal burger kukus nih, ia merupakan burger jalanan yang berkonsepkan kukus dan bakar dan menggunakan sos (black pepper's, chili's sauce and garlic butter) yang dibuat sendiri (homemarker). Kalau nak makan pon tak der ragu² lah sebab tak pakai HP sos yang harem tu...eekekeke...

    Ada perbezaan dengan burger lain, iaitu...burger ni terlebih dahulu di kukus selama 5 minit, kemudian di bakar sehingga masak tanpa menggunakan minyak yang banyak , less oil kekdahnya. Itulah yang membezakan BKJR dengan burger² yang lain. Jadi anda harus mencubanya.


    Kalau uols nak try BKJR nih, bley cari stall dorang kat Bandar Baru Ampang, dekat Medan Selera Jalan Wawasan. Kalau kat area Bangi nih, stall dorang terletak kat depan Restoran Kelisa. Restoran Kelisa nih plak sederet ngan Hospital Pakar An-Nur and Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah.

    Kalau nak tau lebih detail pasal BKJR ni, bley layari blog BKJR. Kelasss nyah...ada blog lagi ☺☺☺

    Jika anda selama ini malas untuk berjalan , fikirkanlah kembali. Menurut satu kajian, berjalan boleh mengurangkan lapan jenis penyakit . Ma...

    8 Jenis Penyakit yang Boleh Sembuh dengan Berjalan Kaki...


    Jika anda selama ini malas untuk berjalan , fikirkanlah kembali. Menurut satu kajian, berjalan boleh mengurangkan lapan jenis penyakit. Malah boleh menyembuhkan penyakit tanpa harus mengeluarkan wang.

    Mulai sekarang rajin-rajinlah berjalan dan rasakan manfaatnya. Berikut 8 jenis penyakit yang boleh disembuhkan dengan berjalan yang bertumpu pada kaki tersebut. 

    1. Serangan Jantung
    • Berjalan boleh mengurangkan risiko serangan jantung. Otot jantung memerlukan aliran darah lebih deras (dari pembuluh koroner ) agar segar dan berfungsi normal mengepam darah tanpa henti.
    • Berjalan dengan cepat boleh mengalirkan darah ke dalam jantung. Dengan sering berjalan , kolesterol baik (HDL) yang bekerja sebagai spans penyerap kolesterol (LDL) akan meningkat dengan berjalan kaki tergopoh-gopoh.
    • Dengan sering berjalan , kolesterol baik (HDL) yang bekerja sebagai spans penyerap kolesterol (LDL) akan meningkat dengan berjalan kaki tergopoh-gopoh.
    • Tidak banyak cara di luar dapat mengubat seperti ini. Berjalan dengan cepat boleh menurunkan risiko serangan jantung.
     2. Stroke
    • Satu kajian dilakukan kepada 70 ribu pesakit di Harvard School of Public Health yang bekerja sambil berjalan kaki sebanyak 20 jam dalam seminggu, hasilnya risiko diserang stroke menurun hingga dua pertiga.
     3. Membakar Lemak
    • Rutin berjalan kaki akan meningkatkan metabolisme tubuh. Selain sejumlah kalori terbuang oleh aktiviti berjalan kaki, kelebihan kalori yang tersimpan di dalam tubuh akan ikut terbakar, kemudian kenaikan berat badan tidak terjadi.
    4. Melangsingkan Badan
    • jika anda kelebihan berat badan, mulailah untuk rutin berjalan. Pergerakan kaki hingga seluruh tubuh mampu menurunkan berat badan dan lemak yang ada terutama di perut anda akan terkikis. Lakukan berjalan kaki secara rutin selama satu jam.
     5. Kanser
    • Gejala kanser akan lenyap dengan sendirinya jika kita rajin jalan kaki. Kanker yang dimaksudkan adalah jenis kanser usus besar (colorectal carcinoma).
    • Kita tahu, bergerak badan ikut melancarkan peristaltik usus, sehingga buang air besar lebih lancar. Kanser usus dicetuskan oleh najis tertahan lama dalam saluran pencernaan.
    • Sementara dalam satu kajian lain, berjalan boleh menurunkan risiko terkena kanser payudara.
     6. Mencegah Osteoporosis
    • Sering berjalan bukan hanya otot-otot badan menjadi sihat, rangka atau tulang di dalam tubuh anda juga akan menjadi sihat dan kuat.
    • Osteoporosis tidak cukup hanya dengan rutin mengambil vitamin D dan kalsium yang banyak, tubuh juga memerlukan gerak badan dan memerlukan waktu paling kurang 15 minit dibawah sinar matahari pagi dan anda akan terhindar dari osteoporosis.
     7. Mencegah Kencing Manis
    • Dengan rutin berjalan kira-kira 6 km per jam, dalam tempuh sekitar 50 minit, mampu mencegah berkembangnya diabetes tipe 2, khususnya pada mereka yang bertubuh gemuk (National Institute of Diabetes and Gigesive & Kidney Diseases).
    • Selagi gula darah boleh dikawal hanya dengan cara bergerak badan (brisk walking), ubat tidak diperlukan. Anda hanya memerlukan berjalan secara rutin untuk terus menjaga kesihatan badan dan terhindar dari diabetes.
    8. Depresi
    • Berjalan kaki dengan cepat boleh menggantikan ubat anti depresan yang biasanya diminum secara rutin oleh pesakit depresi. Mulai sekarang, rajinlah berjalan kaki akan menyembuhkan pesakit yang tengah depresi.


    Ibu segala pingat telah menjadi milik Malaysia. Walaupon di hujani dengan pelbagai provokasi dari pihak media dan penyokong tuan rumah, tap...

    Harimau Baham Garuda, Tahniah Skuad Harimau Muda Kebangsaan


    Ibu segala pingat telah menjadi milik Malaysia. Walaupon di hujani dengan pelbagai provokasi dari pihak media dan penyokong tuan rumah, tapi itu bukan penghalang untuk melemahkan semangat pemain. Buktinya...Malaysia menang dengan sepakan penalti 4-3 selepas terikat 1-1. Provokasi anda tidak berjaya wahai penyokong fanatik Indonesia.

    Dengan kemenangan ini malaysia telah berjaya mempertahankan pingat emas bola sepak Sukan SEA yang di menangi dahulu pada kejohanan di Laos tahun 2009.

    Tapi perlawanan malam tadi adalah sangat mendebarkan. Dari awal permainan sampai masuk waktu tambahan seterusnya penentuan sepakan penalti. Pergghhhhhh...memang mencemaskan.

    SYABAS MALAYSIA

    Tutorial tambahan lagi. Link dan Backlink. Khas untuk BUJAL dan kawan². Last week bujal ada selit komen nih. Ni aku bagi tutorial sket la...

    Tutorial nak masukkan Link dan Backlink dalam komen

    Tutorial tambahan lagi. Link dan Backlink. Khas untuk BUJAL dan kawan². Last week bujal ada selit komen nih.


    Ni aku bagi tutorial sket lah pada yang masih belum tau lagi. Yang dah tau tu tak per lah. Sharing is caring kan.

    Langkah Pertama:


    Click kanan, pilih 'copy link location'

    Langkah Kedua:


    Seperti gambar di atas, cuma tambahkan tulisan perkataan yg dlm kotak merah tu.


    Nanti jadi macam nih. Klik jer kat comment tu nanti terus masuk ker tuan punya blog.

    Untuk buat Backlink macam nih plak:


    Ikut jer step kat bawah nih


    Banyak step sebenarnya, ada yang senang faham dan ada yang agak complicated. Ikut kefahaman dan kesenangan sendiri lah...ISA...Ikut Suka Aku...☺☺☺ 

    Ok murid², cikgu dah bagi tunjuk ajar...harap murid² faham yer...muahahahahaha... 



    Info menarik untuk di kongsi bersama. Tengking kanak-kanak SEKALI, 1 JUTA neuron musnah. Untuk pulihkan 1 juta neuron tu semula, kita kena...

    Jangan TENGKING ANAK

    Info menarik untuk di kongsi bersama.

    Tengking kanak-kanak SEKALI, 1 JUTA neuron musnah. Untuk pulihkan 1 juta neuron tu semula, kita kena bagi mereka makanan yang sihat selama 3 BULAN.

    Source: airis-arissa.blogspot.com

    Bahaya betul yer tengking anak nih yer. Kena beringat² lah lepas nih.

    Tak dapat makan Bawal Power, Bawal Goreng Panas pon jadi lah. Bawal gak kan...hehehehe...Aritu terbaca kat entry wahida pasal Bawal Power ni...

    Bawal Goreng Panas @ Cyberjaya Sports Arena

    Tak dapat makan Bawal Power, Bawal Goreng Panas pon jadi lah. Bawal gak kan...hehehehe...Aritu terbaca kat entry wahida pasal Bawal Power nih, aduhhhh...terliur nengok. Nak pergi jauh sangat. Sekali masa makan kat Sports arena, ada set baru lah...Bawal Goreng Panas. Tapi tak ada rejeki aritu. Nan hado lah plak. Bila pergi hari ni...alhamdulillah...ada. Apalagi, set Bawal Goreng Panas satu lah kan.


    Apa yang boleh aku cakap, memang mantoppppp der...ikan bawal di goreng panas², di datangkan dengan ulam-ulaman, tempe dan tahu goreng, sambal belacan, kuah kari ngan cili kicap. Dan yang pasti, satu set Bawal Goreng Panas nih hanya RM6.00 sepinggan yer uols...murah kan. Boleh makan lagi lepas nih.

    Kalau uols gi area cyberjaya nih, bley lah try. Charge parking akan di kenakan selepas 1 jam. 

    Tak tau sejauh mana kesahihan cerita nih. Aku dapat dari email. Kisah seorang budak yang terlalu rindukan mak dia yang mati dalam peperanga...

    Wordless Picture yang membuatkan Air Mataku Bergenang


    Tak tau sejauh mana kesahihan cerita nih. Aku dapat dari email. Kisah seorang budak yang terlalu rindukan mak dia yang mati dalam peperangan. so dia lukiskan gambar mak dia sedang lentangkan tangan untuk dia tidur sebagai bantal. Dia rindukan pelukan mak dia...dia cuma budak berusia 4 tahun...


    Nangis tak? Mesti nangis macam aku gak kan. Gambar yang amat menyentuh hati. Sekiranya kita ternampak anak-anak yatim berikanlah mereka bukan hanya barangan material seperti makanan, tapi beri mereka pelukkan dan ciuman yang jarang mereka dapat tetapi amat diperlukan dan dirindui....

    Ya' Allah..

    Adakah anak aku akan begini apabila aku pergi meninggalkan dia nanti…?
    Adakah ada yang sudi menyambung dan memberi kasih sayangku pada dia apabila aku tiada nanti…?
    Adakah ada yang akan memeluk anakku untuk dia rasakan yang dia sentiasa dalam keadaan yang selamat?...
    Adakah ada yang akan mengucup dahi anakku semasa dia tidur?...
    Adakah ada yang akan menyuapkan anak ku makan dan minum?...
    Adakah ada yang akan mandikan dan siapkan anakku setiap hari?...
    Sesungguhnya aku takut untuk terus memikirkan yang lain-lain…tetapi aku redha akan ketentuanMu Illahi….

    Ya’Allah..

    padaMu aku memohon, berikanlah aku kesihatan yang baik…padaMu jua aku meminta berikanku perlindunganMu…
    Panjangkan umurku Ya’Allah…bagilah aku kesempatan membesarkan dan memelihara amanahMu sehingga dia dewasa…
    berikanlah aku kekuatanMU Ya’Allah…hanya padaMu aku berserah Ya’Allah….
    Kau Maha Pengasih..Maha Penyayang…Maha Pengampun….Maha SegalaNya….Amin….”

    Dengan rasminya aku gagahkan tangan menekan butang cash-out. Hajat di hati nak kumpul lagi, tapi dah tak bley tunggu lagi dah. Boleh gak bua...

    Cash-Out Pertama NUFFNANG...Akhirnyaaaaa...

    Dengan rasminya aku gagahkan tangan menekan butang cash-out. Hajat di hati nak kumpul lagi, tapi dah tak bley tunggu lagi dah. Boleh gak buat belanja untuk YES...Year End Sale...hehehehe...

    Tak sia² aku blogging selama 2 tahun. Dapat gak hasilnya. 2 tahun gak aku kumpul duit tabung nih. Sikit² lama² jadi bukit.

    BE yang masih menari²

    Alhamdulillah...ada 5 lagi Buffered Earnings tengah running dan 1 BE tu amount tertinggi pernah aku dapat. Harap² naik lagi lah ☺☺☺. Amount yang aku cash-out ni pon dalam seratus lebih...rezeki...rezeki...

    Pada yang baru berjinak² dengan nuffnang, jangan putus ada. Usaha tangga kejayaan. Jangan keciwa bila earnings nuffnang sikit. Lama² nanti naik lah tu. Aku ni pon makan tahun gak nak dapat hasilnya. Iyer lah...blogger biasa jer.

    Terima Kasih NUFFNANG. Tak sabar nak tunggu cheque (^_^)

    Wordless Wednesday #8: Hobi Saya....



    Kat Cyberjaya...hujan lebat selebatnya, guruh berdentum dentam, angin kuat menggegarkan pintu kat office nih. Terjerit² staff kat bawah, na...

    Lebat...Ribut...Berdentum Dentam


    Kat Cyberjaya...hujan lebat selebatnya, guruh berdentum dentam, angin kuat menggegarkan pintu kat office nih. Terjerit² staff kat bawah, nasib pintu tak pecah.

    Haihhhhhh...hujan² lebat macam ni dapat bantal dan tilam...perghhhhhhh...asyiknya...tak pon sesejuk nih, dapat minum kopi o panas cicah biskut...mantoppppp...




    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...