Yesssss... 12 months already and still counting for another 12 months. Kiranya aku dah dapat Diploma in Breastfeeding. Tahniah buat diri se...

Breastfeeding Journey | 12 Bulan Yang Indah

Yesssss... 12 months already and still counting for another 12 months. Kiranya aku dah dapat Diploma in Breastfeeding. Tahniah buat diri sendiri kerana dah berjaya mencapai stage kedua. Stage pertama dari lahir hingga 6 bulan. Stage kedua 6 bulan hingga 1 tahun. Sekarang dalam target nak kejar PHD in Breastfeeding pulak sampai cukup umur Iman Harraz 2 tahun.


Menyusu anak tak semudah yang disangka. Tapi ada yang kata menyusu badan ni senang. Iyer... memang senang sebab kau tak perlu bancuh susu malam-malam. Kau tak perlu bawak bakul susu pergi mana-mana. Kau tak perlu fikir harga susu yang makin melambung harganya sebab breastfeeding ni is free. Kau dah jimat berganda kat situ. Memang senang kan.

Tapi kau tau tak atas kesenangn tu ada cabarannya nya jugak yang kau kena lalui? Tidur malam kau tak cukup sebab anak minta disusukan. Iyer... kau selak jer. Tapi kalau dah 4-5 kali bangun kau lena ker lepas tu? Breastfeeding in public. Kau ingat ibu-ibu menyusu macam aku ni tak segan ker menyusu dekat kawasan yang crowded even aurat terjaga? Malu tetap malu. Nak cari nursing room macam lah kau kenyit jer mata dah boleh sampai kat situ. Takkk... Melainkan kau dah faham selok belok pasaraya dimana letaknya nursing room. Tak kan kau nak biar anak kau menangis-nangis nak susu tapi kau tak nak bagi sebab tak jumpa nursing room. Kejam sangat nih. Nak tak nak kau kena lah cari kerusi susukan anak kau. Lepas tu hadaplah kau dengan pandangan-pandangan yang kurang enak ibarat kau susu kan anak ditempat awam tu ada lah satu kesalahan yang besar. Seronok tak bila ada segelintir manusia berfikiran macam ni... ppffttt...

 Kenangan... Stok susu yang berjaya dibuat. Tapi dah habis :-(

Bila susu kau merudum secara tiba-tiba. Kau ingat senang nak maintain kuantiti susu setiap hari? Especially bagi ibu-ibu yang baru bekerja lepas cuti bersalin. Timing untuk mengepam mesti lari punya. Dengan stress kerjanya lagi. Bertuah lah kalau korang jenis yang konsisten setiap hari. Yang ni memang aku salute. Tambah parah bila stok susu kau dah habis macam aku. Hari ni perah untuk bekalan hari esok. Macam ni lah bila susu kau merudum. Asik amik stok yang dah disimpan. Lama-lama susut sampai dah tak ada baki. Memang menangis kau dibuatnya.

Support.. Bukan mudah nak dapat support dari orang sekeliling. Bila cerita susu makin kurang, jawapan dia senang jer 'Bagi jer susu formula'. Bila anak kau asyik mengempeng, dikatanya 'tak puas menyusu tu. Susu dah sikit agaknya'. Bila susu yang kau pam tu nampak cair, dikatanya 'tak der khasiat tu. nampak cair jer susu'. Nampak sangat kau tak tau apa itu FOREMILK dan HINDMILK.

Kau kena faham. FOREMILK adalah air susu ibu yang yang pekat dan keluar pada peringkat awal menyusukan bayi.Ia bersifat cair tetapi kaya dengan laktosa dan protein yang penting untuk pertumbuhan otak. Oleh kerana sifatnya yang cair maka foremilk berguna untuk menghilangkan dahaga bayi. HINDMILK pula keluar beberapa saat selepas foremilk. Sifatnya lebih pekat dan mengandungi banyak lemak berbanding foremilk. Ia berfungsi untuk membantu tumbesaran fizikal bayi. Hindmilk yang lebih tinggi lemak dapat memberikan kesan kenyang kepada bayi.

Medela Swing yang masih berkhidmat. Dah nak masuk 7 tahun pakai :-)

Jadinya... Tolong lah support. Suami especially. Isteri dah tolong bagi anak susu sedangkan awak tidur lena tanpa gangguan. Dah tolong jimatkan duit susu. Apa salahnya tolong ambil berat pada isteri yang menyusukan anak awak ni. Cuba tanya isteri 'Macam mana susu. Cukup tak?'. 'Susu lancar ker? Nanti abang beli kan milkbooster' 'Pam susu ok tak. Ada nak kena tukar sparepart?'... Haaa.. Contohnya. Ambik lah berat sikit. Tolong basuhkan pam susu ker. Tolong asingkan susu dalam botol siap-siap selepas di perah ker. Kan sweet kalau macam nih. Pleaseeee!!!

 Alhamdulillah dah setahun... Rezeki Iman Harraz dapat minum susu ibu

Bukan mudah sebenarnya nak capai tahap macam ni. Ada masa kau rasa macam nak give up bila susu kau merudum dimana kau kena bangun malam perah susu. Penat... memang penat. Dengan urusan rumahtangga lagi. Belum lagi bila nipple kau luka. Rasa nak menyorok bila nampak anak. Kejang-kejang kaki kau menahan sakit. Sebab tu aku cakap... Kalau kau dah pilih untuk susu kan anak, kau kena ada jiwa yang kental. Semangat kena tinggi. Abaikan mulut-mulut puaka yang suka mengata. Putus asa kena buang jauh-jauh. Dan yang penting MIND SETTING. BREASTFEEDING IS NOT A CHOICE. IT'S A RESPONSIBILITY. Smoga Allah permudahkan urusan aku dan smoga susu aku cukup. Wish me luck.

Sijil syiok sendiri ☺☺

Buat ibu-ibu yang tak dapat susukan anak dengan susu ibu. korang dah cuba yang terbaik. Ianya bergantung pada rezeki. Jangan salahkan diri sendiri. Jangan rasa down. Susu kan anak dengan susu ibu atau susukan anak dengan susu formula. Kita tetap IBU yang habat.

Note: Panjang lagi aku nak citer. Tapi cukuplah sampai sini. Semangat lain macam kalau dah mula cerita pasal breastfeeding ni ☺☺


Lately ni kan. Aku perasan traffic blog makin menurun. Ada juga beberapa blogger alami masalah yang sama. Tak tahu apa masalahnya. Dari go...

Segmen "Hasrul Hassan Bantu Trafik Blog Meroket"

Lately ni kan. Aku perasan traffic blog makin menurun. Ada juga beberapa blogger alami masalah yang sama. Tak tahu apa masalahnya. Dari google ker? Dari Blogspot ker? Atau blog kau ni memang dah tak ada orang nak terjah... huhuhu... Sedih hoihh!!! tengok trafik makin hari makin merudum.


Tapi tak apa. Kebetulan Tuan Hasrul Hassan tengah buat segmen yang mungkin boleh membantu trafik blog korang meroket dengan lancar. Mana lah tahu boleh naik balik trafik blog kan. Tapi korang kena lah join segmen Tuan HH ni. Tak susah pon syaratnya. Antara yang korang kena buat:

➜ Wajib untuk LIKE page HASRULHASSAN.COM (klik sekarang dan LIKE)
➜ Wajib untuk LIKE page BISNES ONLINE TANPA MODAL (klik sekarang dan LIKE)
➜ Wajib untuk FOLLOW Google Profile Hasrul Hassan (klik dan FOLLOW)

Senang kan. Kalau korang rasa blog dah lama tak ber update atau tak ada idea nak update apa dekat blog atau kepala tengah serabut sampai idea nak mengarah ayat pon tak keluar macam aku, boleh lah terjah blog Tuan HH sekarang dan join segmen ni. Klik jer banner tu kalau nak join. 




There’s always a big adventure in Nickelodeon’s brand-new animated preschool series, Rusty Rivets, premiering on Nickelodeon on Monday, 6 M...

Nickelodeon’s Inventive New Preschool Series | RUSTY RIVETS

There’s always a big adventure in Nickelodeon’s brand-new animated preschool series, Rusty Rivets, premiering on Nickelodeon on Monday, 6 March at 8.45am (HK/SG), 9.50am (TH/WIB) and 10.50am (MY), and Monday, 27 March at 11am (PH). It will also premiere on Nick Jr. on Monday, 13 March at 2.45pm (TH/WIB) and 3.45pm (HK/MY/PH/SG). Created and produced by Spin Master Entertainment (PAW Patrol), the show follows Rusty, a 21st century kid hero who always saves the day by relying on his imagination and incredible resourcefulness. Inspired by the DIY culture of the maker movement, Rusty Rivets helps preschoolers gain confidence and fuel their creativity with a strong focus on inventing, creating and problem solving.


In Rusty Rivets, 10-year-old Rusty, along with his best bud Ruby, invents his way out of every jam by repurposing spare parts and found objects into the wildest, coolest, most awesome contraptions ever. The series encourages kids to use their imaginations to design and create fun new gadgets and inventions.

In the series premiere, “Rusty’s Rex Rescue/Rusty’s Park N’ Fly,” Rusty’s friend Liam gets trapped on top of a tall stack of junk in Rusty’s Recycling Yard. To rescue Liam, Rusty and Ruby design a Jurassic robot who ultimately becomes their new trusty friend Botasaur. In the next adventure, Rusty and his friends must bring Mr. Higgins’ remote control plane down safely when it can’t land. Together, they must engineer a daredevil rescue to save the plane.

Visit nickjr.tv from Tuesday, 28 February for additional Rusty Rivets content including videos and a game titled “Rusty Rivets: Penguin Problems”.

Rusty Rivets is the sixth series from Spin Master Entertainment and follows on the success of PAW Patrol and Bakugan Battle Brawlers. The new series is overseen by executive producers Ronnen Harary and Laura Clunie.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...