Topik pagi di IKIM FM pagi semalam. Sekadar perkongsian dari SKMM yang sangat berguna untuk kita. Antara tips² yang sempat didengar.
1) Jangan berkongsi maklumat diri sendiri
Skang kan kita tengah sibuk nak buat preparation untuk raya. Masa ni lah penyagak² nak ambil kesempatan. Kalau dapat call dari orang yang memperkenalkan diri dari bank. Katanya account anda ada masalah. Ataupon account suspended. Jangan di layan. Kita yang tengah kalut ni bila dengar macam tu lagi lah kalut kan. Relax…jangan mudah percaya. Kalau dia minta no ic atau no account, tolong jangan bagi. Kata pada si penyangak tu yang anda akan call bank sendiri untuk pengesahan
2) Awasi pergerakan
Biasalah kan, bila nak raya ni suma nak dikongsi. Ok…dah siap² nak balik kampong ni. Selamat tinggal rumah. Sminggu beraya dikampung. Haaaa…memang mengundang pencuri datang kerumah anda lah nampaknya. Lepas tu, update plak status berhenti rehat jap kat R&R Tapah *contoh. Kebetulan ada plak penyagak yang baca status tu ada kat tempat yang sama. Tak pon ada sindiket towing haram yang buat² tabur paku kat jalan pon ada kat situ jugak. Lompat bintang lah dorang sebab ada rezeki masuk haritu. Ingat…pengayak cyber ada dimana².
Pastu…bila beraya, mesti nak update status jugak kan. Beraya di rumah sepupu di Damansara. Siap dengan check in kat mana tempat tu. Anda bukan membahayakan diri sendiri. Tapi juga membahayakan saudara mara anda. Kalau pergi bercuti dengan kawan², pesan kat kawan tu kalau nak update status dengan check in kat mana, jangan TAG nama anda. Ni bila gi bercuti siap update…bercuti di Penang dan menginap di Hard Rock Hotel bersama si polan pastu TAG. Bahaya tak? Jangan buat macam tu tau.
3) Bahaya Public Wifi
Kalau nak buat transaction, jangan pakai public wifi yang ada kat restaurant² dan juga kat hotel². Ini boleh mengundang penjenayah cayber mencuri info² anda. Kata pegawai SKMM tu lagi, penjenayah² cyber ni suka melepak kat lobi² hotel dah juga kedai² yang ada wifi.
4) Selfie
Haaaaa…suma suka selfie kan. Tapi kalau nak selfie tu, perhatikan keadaan sekeliling dulu. Kalau kat umah sendiri atau kat umah sedara mara, tengok² lah kalau ada mak atau makcik anda kat belakang tu yang masih terdedah auratnya. Lepas tu, berhati² dengan gambar yang kita kongsikan. Jangan kongsikan gambar² yang mendedahkan indentiti macam alamat rumah atau gambar kunci rumah.
Orang zaman skang buat apa suma nak sharing kan. Tapi berpada² lah. Peringatan lebih kepada diri sendiri jugak ni.
Orang zaman skang buat apa suma nak sharing kan. Tapi berpada² lah. Peringatan lebih kepada diri sendiri jugak ni.
Note: SHARING IS CARING. But OVER SHARING IS CARELESS