Apalah agaknya aktiviti nya kan. Meh tengok nih:
Oh! my Anak. Kejadian malam senin. Abam ngan kakak dah tido. Tapi ustaz Qhalif ni buat onar. Ibu nak suap tapi dia tak nak. Merajuk tarik muka ketat sebab nak makan sendiri. Nasib lah ko comel kalau merajuk dik. Cer ibu yang merajuk. Buruk rupanya. Dengan redha bagi lah dia makan sendiri.
Tapi bila dah makan sendiri memang banyak yang keluar lah dari yang masuk mulut. Saja nak buat main sebenarnya. Si ibu plak sibuk buat kerja lain. Sekejapan jer dah jadi macam tu. Habis dikirainya nasi² tu ke lantai. Siap dilambung² nya nasi tu. Besar kecik besar kecik jer si ibu ni tengok gelagat si anak. Siapa yang nak kemas kalau bukan ibuuuuuuu jugak kan...ppffttt...
Note: Budak dua pusar...perghhhhh...macam² kerjaannya.