Rasanya ramai lagi yang tak aware pasal benda ni. Kalau yang selalu shopping kat Giant tu mungkin tau kot. Aku tau pasal benda ni pon dari member blog [YATI-MY CUTE LITTLE DIARY] juga sebab dia pernah join aktiviti nih. Kebetulan dia ada up kat FB pasal larian nih.
Jom serbu. Lari bersama anak². Date tu pon hari cuti. Sambutan Hari Malaysia. Hadiah pon best² dan dapat goodies bag percuma. Korang kalau benda free ni memang suka kan. Mengaku jer lah sebab aku pon sama...hahaha...Kalau nak join, boleh gi Giant amik borang. Tak pon print online kat [SINI].
Tapi syaratnya kena berbelanja minimum RM20.00 untuk mana² produk penaja dalam satu resit. Lengkapkan borang penyertaan di kauter perkhidmatan pelanggan dan sertakan resit pembelian. Yuran pendaftaran plak RM10.00. Kalau nak daftarkan lebih dari sorang kena tambah lah. Kalau nak more detail boleh tengok kat [SINI]
Rasa macam nak join jugak aktiviti ni. Nak kena usulkan kat En. bos dulu. Ada macam² aktiviti. Anak² mesti suka. Lari beramai² dengan anak memasing. Meriahnya. Dah terbayang² dah nih ☺☺
Note: Tak pernah lagi join aktiviti larian macam ni. Teringin gak.