Kes mak jemah silap beli daun noks. Nak beli daun sup, sekali terbeli daun ketumbar. Bikin malu jer kan. Ada satu hari tu teringin nak buat sup. Gi lah kedai beli bahan² nya kan. Teringatlah daun sup. Tak sedap plak kalau masak tak letak daun sup. Confident jer gi amik daun tu kan. Sekali masa nak masak...erkkkkk...apsal bau lain jer daun ni? Memang dah sah² lah salah daun...ahaksssss...Terus hilang mood. Boleh gitu ☺☺.
Kan sama tu. Memang tak boleh nak cam mana satu Daun Sup dan mana satu Daun Ketumbar. Hanya boleh diketahui selepas mencium bau daun tu. Dan itulah cara aku skang ni kalau nak membeli daun sup. Takut salah daun lagi. Tu lah...dulu masa anak dara tak nak ikut mak gi kedai. Bila dah kawin dan hidup sendiri ni, baru lah nak menyesal bila daun sup dan daun ketumbar pon tak tau nak bezakan...huhuhu...Itu dulu ok, skang dah pandai (>_<).
Note: Menghitung hari ke USS.
Siapa pernah dengar atau minum ice blended dari jenama KOPIESATU? Rasanya jenama KOPIESATU ni dah lama muncul. Cuma aku tak berkesempatan nak membeli dan merasa. Blogger CIKMOT @ IZAN salah seorang penggemar KOPIESATU ni. Kebetulan smalam gi jalan² cukur poket *cukur lah sangat kan* kat Kenanga Wholesale City *next entry yer*. Terjumpalah stall KOPIESATU ni. Apalagi...mari kita menguji tekak >_<.
Aku pilih Ice Blended Caramel *my favourite*. Cuba nak membandingkan kesedapan ice blended caramel Starbucks dengan ice blended Kopiesatu. Kita minum dulu...Perghhhhhh...ice blended caramel Kopiesatu memang sedap. Berebut dengan anak² ko *buruk perangai ibu..hehe.. ☺*. Tak rugi beli. Setanding dengan ice blended dari starbucks. Yang bestnya, harganya murah dan berpatutuan kalau nak di bandingkan dengan starbucks yang mahal tu. Lagi pon ianya produk dari Malaysia. Sokonglah barangan buatan Malaysia...cewahhhh...
Sedikit info mengenai KOPIESATU:
Objektif Projek |
|
Jangkaan Penerimaan Daripada Orang Ramai |
Projek ini bertujuan untuk mencapai sasaran yang telah ditetapkan seperti:
|
Model Operasi |
|
Note: Kat Bangi tak der ker stall KOPIESATU? Yang aku tau kat KWC tu jer. Terjebak dah ni...ahaks...