Offer dari GROUPON. Minggu ni kan cuti panjang lagi. Rasa macam nak gi...hhhmmmmm...Ada 9 jam jer lagi masa untuk booking.
Petang semalam lepak kat FB jap, ada satu wall share kan surat dari seorang pelajar. Sangat menarik untuk di kongsi dan di baca.
Assalamualaikum Datin Seri.
Saya Muhammad Muizzudin bin Zaini
Julai 2011 lalu, genaplah usia saya 19 tahun.
Saya perkenalkan diri, sebagai remaja yang ingin tahu. Apa jua medium yang termampu saya pergunakan, saya usahakan sebaiknya agar saya dapat mengikuti perkembangan semasa, khususnya berkenaan negara Malaysia yang tercinta ini.
Iya, Datin Seri. Umur saya, sangat muda. Kedudukan saya, jauh benarlah kiranya dibandingkan dengan Datin Seri. Namun, saya yakin dan percaya, andai umurlah yang menjadi penentu kelayakan seseorang untuk bersuara, tidaklah layak sama sekali untuk suami Datin Seri memegang amanah pentadbiran negara sekarang, kerana di luar sana terdapat ramai yang lebih tua usianya!
Tegas saya, saya adalah remaja yang memerhati. Saya tidak mahu, sekadar menjadi manusia yang kerjanya memuaskan tembolok sendiri. Tidak juga hanya terpaku di bilik darjah, ‘menelan’ buku teks sekolah. Saya percaya, erti hidup pada memberi!
Datin Seri Rosmah Mansor yang saya hormati,
Saya pohon jutaan kemaafan, andai surat kecil ini menyinggung Datin Seri. Saya tidak berniat untuk menyakiti hati Datin Seri, jauh sekali memburuk-burukkan. Surat kecil ini, hanyalah usaha kerdil saya, menyampaikan isi hati. Ia hanyalah suara hati dan pandangan seorang anak muda.
KASIH SAYANG KEPADA RAKYAT
Datin Seri,
Pernah suatu pagi, saya dibawa ibu untuk menziarahi jenazah anak tunggal seorang jiran kami. Kanak-kanak kecil itu, baru berusia 6 tahun. Khairani namanya. Runtun rasa di hati, sebaik melihat keadaan rumah tempat tinggalnya kanak-kanak itu bersama ibunya. Saya cuba membayangkan, bagaimanalah andainya hujan lebat menimpa bumbung rumah itu. Atapnya berlubang-lubang, hinggakan saya fikir memadai dengan cahaya matahari yang ‘mencuri’ masuk melaluinya untuk menyinari ruang dalam rumah daif itu. Saya terpaksa melangkah berhati-hati, kerana lantainya berkeriut dan goyah sekali.
Hadir insaf dan syukur di dalam hati saya, bahawa betapa saya memiliki hidup yang jauh lebih baik dan selesa berbanding ramai lagi rakyat kebanyakan.
Di sekolah, saya punyai rakan-rakan yang sulit sekali melangsaikan yuran bulanan asrama. Bukan culas, bukan malas, tetapi kesempitan hidup menyukarkan mereka. Adik-beradik ramai yang masih bersekolah, ditambah taraf hidup dan kos keperluan yang kian meningkat dari sehari ke sehari, semuanya membebankan!
Datin Seri,
Sungguh saya tidak mampu mengelakkan rasa kecewa, apabila mengetahui yang Datin Seri bermalam di sebuah hotel di Dubai dengan kos melebihi RM100, 000 semalaman. Sehingga ke hari ini, saya masih teringatkan rumah daif adik Khairani, juga nasib ramai lagi yang saya temui sepanjang umur ini. Saya tahu, betapa besarnya urusan Datin Seri, juga kedudukan Datin Seri. Mungkin memang Datin Seri berhak, tetapi, apakah Datin Seri langsung tidak teringatkan kami, rakyat yang kesusahan? Apakah Datin Seri langsung tidak terfikirkan nasib ratusan, ribuan lagi rakyat yang tidak bernasib baik?
Apakah tiada langsung rasa bersalah di hati Datin Seri? Rasa bersalah kerana tinggal hanya untuk semalaman tetapi dengan kos yang boleh menyamai lebih kurang pendapatan selama 66 bulan bagi 40 peratus rakyat Malaysia! 40 peratus inilah rakyat yang pendapatan bulanan bagi setiap keluarga adalah lebih rendah daripada RM1500 sebulan. Bahkan setiap 3 daripada 4 keluarga ini, adalah sebangsa dengan Datin Seri, bangsa MELAYU!
Atau apakah Datin Seri tidur dengan lena malam itu?
Hingga hari ini, sudah bertahun saya tidak ke restoran Pizza Hut, McDonald dan seumpamanya. Kerana cukup dengan hanya melihat dari jauh, hadir rasa pilu mengenangkan saudara-saudara seagama, anak-anak muda seusia saya atau kanak-kanak, wanita dan orang tua yang dibunuh kejam di Palestin oleh rejim zalim Israel hasil sumbangan restoran-restoran ini.
Ia dipanggil, kasih sayang Datin Seri. Maafkan saya, tetapi saya terpaksa bertanya, apakah tiada langsung walau secebis pun rasa kasihan kepada rakyat Malaysia yang hidup serba kesusahan? Rakyat yang terpaksa melupakan impian dan keinginan kerana kesempitan hidup, namun terpaksa pula menanggung kos penginapan Datin Seri dan rombongan di luar negara untuk hanya semalaman!? Bayangkan pula kos penerbangan untuk keseluruhan rombongan selain daripada penginapan!
Peningkatan kos sara hidup waktu ini, sangatlah membebankan. Suami Datin Seri berterusan meminta seluruh rakyat berjimat, sedangkan isterinya? Hasil tindakan kerajaan pimpinan suami Datin Seri, mengurangkan subsidi untuk rakyat terbanyak sedangkan untuk para taukeh-taukeh besar dikekalkan, juga ‘penyelarasan-penyelarasan’ harga, teramatlah menyulitkan kami semua.
Sungguh Datin Seri, kami sangat terbeban meskipun harga petrol dinaikkan walau beberapa sen. Ia akan mempengaruhi seluruh kehidupan kami. Harga makanan, pakaian, kos pengangkutan dan semuanya akan semakin menyulitkan kami. Saban hari, saya melihat ibu mengeluh kerana gajinya sukar sekali untuk disimpan, ia sekadar mencukupi untuk setiap bulan.
Kami rakyat tidak meminta Datin Seri turut menaiki kereta biasa atau tinggal di rumah biasa seperti kami. Hanya yang kami rakyat pinta, supaya Datin Seri dan suami menyelami hakikat kesukaran yang terpaksa kami tempuhi.
Malangnya, tindakan Datin Seri berbelanja mewah begini adalah sama sekali tidak menggambarkan Datin Seri dan suami bersama-sama kami. Sungguh, ini amat mengecewakan saya. Sukar sekali untuk saya mewajarkannya. Maafkan saya Datin Seri, sungguh ia tidak dapat saya terima.
Datin Seri yang saya hormati,
Tiadalah yang lebih mengecewakan dan membangkitkan kemarahan, melainkan ketika melihat Datin Seri dan suami di Festival Fesyen Islam Monaco. Bagaimana tidak, pakaian yang diperagakan langsung tidak menggambarkan Islam! Langsung tidak menutup aurat, menampakkan bahagian-bahagian yang sepatutnya sulit dan yang paling dahsyatnya, nama RasuluLlah SAW yang mulia tertera pada pakaian yang tidak menutup aurat!
Apakah Datin Seri tidak menyedari, bagaimana kemarahan yang telah Datin Seri cetuskan? Nama RasuluLlah SAW yang mulia dihina sebegitu rupa! Namanya cukup mulia, hinggakan apabila disebut namanya, dikira manusia yang paling kikir sekiranya tidak dipanjangkan nama itu dengan selawat ke atasnya. Tiba-tiba, nama itu dihina sebegitu rupa! Bahkan, Datin Seri yang menghadapi teguran, kritikan, kecaman dan tunjuk rasa langsung tidak memohon maaf. Langsung tidak!
Sedangkan para Ulama’ masih berbahas, bagaimana cara paling baik untuk mengagungkan Manusia Mulia ini, tiba-tiba Datin Seri kelihatan meredhai perbuatan yang jelas MENGHINA Baginda Nabi SAW!
Sebenarnya, Datin Seri sudah dari awal menunjukkan kecekalan Datin Seri melanggar syariat Allah. Datin Seri tidak menutup aurat, bersentuhan, berlaga pipi dan berpelukan dengan lelaki bukan mahram yang disepakati sekalian Ulama’ sebagai perbuatan yang HARAM!
Menyentuh anjing atau khinzir, hukumnya juga Haram. Namun, hilang kotornya dengan perbuatan menyamak. Malangnya, tiada apa yang mampu ‘membersihkan’ haram dan kotornya nya menyentuh lelaki ajnabi kecuali
API NERAKA!
Lalu, dengan semua perlakuan Datin Seri, apakah mungkin Datin Seri fikir kami rakyat akan menerima dakwaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa kerajaan pimpinannya berusaha keras berjuang demi Islam dan bangsa. Sedangkan isterinya sendiri, tidak memelihara Akhlak dan Syariat Islam, juga adab-adab kesantunan Melayu malahan!
RAKYAT MENGIKUTI PEMIMPIN MEREKA
Kata ahli hikmah, “Agama manusia itu, di atas Pemimpin mereka”. Tinggi sahsiahnya, baik akhlaknya, ikhlas hatinya, patuh dan taat kepada Allah, maka begitulah jua rakyatnya. Rakyat akan terpengaruh dengan ketua mereka.
Malaysia hari ini, dalam keadaan yang benar-benar dahsyat bagi saya. Setiap masa perlu di dalam keadaan berjaga-jaga, kerana penjenayah menunggu kita alpa. Gerun saya melihatkan kanak-kanak yang bermain sendirian di halaman rumah, bimbang kalau-kalau ada manusia busuk hati yang berniat jahat kerana jenayah hari ini langsung tidak mengenal beza usia!
Budaya Hedonisme melampau. Nafsu ‘disembah’ sebagai Tuhan. Remaja Melayu Muslim tidak segan silu memakai pakaian yang jauh menyimpang daripada Islam dan adab Melayu. Tidak kekok mengogok arak di pesta-pesta jamuan nafsu. Saban hari ada sahaja kes bunuh bayi lewat pergaulan tanpa batas! Hari ini, remaja mati dengan sia-sia. Samada mati dalam ketagihan najis dadah, atau kemalangan dalam perlumbaan haram!
Bahkan seribu satu lagi, penyakit-penyakit sosial yang sedang membarah, membusuk di dalam negara tercinta!
Bukanlah saya menuding jari kepada Datin Seri dan suami, saya akui malahan, bahawa Datin Seri kelihatan cuba berusaha sedikit sebanyak bagi menangani masalah-masalah ini. Namun, hakikatnya, keadaan rakyat sesuai dengan keadaan pemimpinnya!
Manusia yang jelas disabitkan kesalahan rasuah, diangkat menjadi pemimpin! Manakala pemimpin lain yang mengkritik tindakan ini, di arah supaya tutup mulut dan diambil tindakan! Apa sudah jadi pada negara!? Sedangkan Nabi SAW bersabda, “Apabila amanah diberikan kepada BUKAN ahlinya, maka tunggulah KEHANCURAN!”
Pemimpin negara tidak memelihara adab pergaulan Islam, tidak memelihara batas aurat, berbelanja boros tanpa timbang rasa kepada rakyat, justeru, bagaimana mungkin kita mengharapkan yang baik-baik daripada rakyat?
Saya gerun melihat perkembangan ini, Datin Seri. Hari ini, kita mengeluh kerana ramainya anak-anak luar nikah yang didaftarkan. Bayangkanlah, apa yang mungkin kita keluhkan 5 atau 10 tahun akan datang!
Antara sifat agama kita, INQILABIYYAH Datin Seri. Ertinya, adil dan zalim mustahil begerak seiring. Kebenaran dan kebatilan sama sekali tidak akan bercampur. Syariat Islam dan yang bercanggah dengannya, pasti tidak akan ditemui titik temu antara keduanya. Justeru, Datin Seri berusahalah sehebat manapun untuk memperbaiki masalah sosial, gejala buang bayi dan sebagainya, selagi suami dan kerajaan Datin Seri terus mengesampingkan hukum Allah, dasar Allah, syariat Allah, maka Datin Seri tidak akan BERJAYA! Berani saya kata!
Bagaimana tidak? Datin Seri berusaha mengelakkan masalah bunuh bayi yang kita semua maklum ia bermula daripada pergaulan bebas, sedangkan hub hiburan malam, lesen judi dan konsert-konsert mega sebenarnya adalah penyumbang besar kepada masalah ini! Kerajaan pimpinan suami Datin Seri, umpama membina dan meruntuhkannya semula. Bina dan runtuh, kemudian bina dan runtuhkan lagi. Itulah kitarannya.
KUASADatin Seri ke luar negara untuk bertemu pemimpin negara luar, pernah juga Datin Seri menyambut kehadiran Perdana Menteri luar negara ke Malaysia, dana RM111 juta untuk PERMATA, pertemuan First Lady dan liputan-liputan meluas setiap aktiviti Datin Seri di media dalam dan luar negara, itu bagi saya menunjukkan yang Datin Seri seolah-olah punya kuasa di dalam pentadbiran negara.
Justeru, sebagai anak muda yang penuh persoalan di minda, saya bertanya dengan baik, bagaimana ini semua berlaku? Sedangkan, kami rakyat tidak pernah melantik Datin Seri sebagai pemimpin negara. Suami Datin Seri yang memimpin kerajaan yang telah dipilih rakyat melalui proses Pilihan Raya! Atau apakah dengan hanya menjadi isteri kepadanya, menjadikan Datin Seri turut berkuasa?
Datin Seri pasti tahu, berkenaan kebangkitan rakyat yang menyemarak di Timur Tengah. Kerajaan yang tidak bertimbang rasa diterjah dan dihalau rakyat! Antara isunya ialah bagaimana berkuasa dan kaya rayanya isteri kepada pemimpin-pemimpin yang telah tumbang itu.
Saya cintakan negara saya. Tidak sanggup saya melihat negara porak peranda, namun, kiranya Datin Seri berterusan mengikut jejak langkah isteri-isteri pemimpin yang tumbang itu, maka mungkin Datin Seri dan suami boleh menerima nasib yang sama. Kami rakyat semakin tidak tertanggung lagi dengan tekanan-tekanan kewangan dan keperluan hidup sekarang!
Datin Seri,
Surat ini bukanlah ancaman, bukan juga ugutan. Ia sekadar luahan rasa, nasihat dan pandangan yang cuba seorang anak muda sampaikan. Ingin benar saya ingatkan, kedudukan yang Datin Seri nikmati hari ini, adalah kerana rakyat memilih suami Datin Seri. Kuasa di tangan kami, untuk menentukan jatuh dan bangunnya Datin Seri dan suami. Dan sebenarnya, kami rakyat hanyalah ‘jalan’ bagi Allah untuk mengatur ketentuan ini, Allah jualah yang meletakkan kekuasaan kepada sesiapa yang dikehendakinya.
Justeru, berbaiklah dengan kami. Patuhilah suruhan Allah. Kami tidak pinta lebih, sekadar bertimbang-rasa untuk kami.
Datin Seri yang dihormati,
Surat ini mungkin sampai ke tangan Datin Seri. Mungkin sampai sendiri, atau terhenti di tangan pembantu-pembantu Datin Seri atau tidak mampu hampir sama sekali. Kiranya ia selamat sampai ke tangan Datin Seri, saya pohon maaf, kalaulah surat kecil saya ini mengguris rasa Datin Seri. Maafkan saya, kalau ia kerana kesilapan-kesilapan bahasa dan cara penulisan. Namun, andainya Datin Seri terasa hati kerana menerima teguran, tidak akan saya pohon maaf untuk itu! Teguran ini adalah benar, justeru tiada apa yang perlu saya risaukan dengan kebenaran. Ia pasti menang dan tertegak!
(edisi Weblog M@RHAEN)
Inilah PENCAK kami! PENCAK ANAK MUDA!
Oleh: Muhammad Muizzuddin - Suara Fata
Source: Senah Glamour
Nota: Agak² Datin Seri kita ni dapat tak surat nih?
- Hipokrit orang yang suruh orang buat baik tapi dia yg buat jahat -
- Hipokrit ialah orang yang berpura-pura berperangai baik, memperlihatkan keadaan diri yang berlainan daripada yang sebenarnya, Munafik. Betapa kejinya hipokrit sehingga disamakan dengan Munafik. Yang bezanya ialah Munafik sering dikaitkan dengan agama manakala Hipokrit dari segi Perbuatan Seharian -
Kenapa perlu hipokrit? Untuk menjaga hati orang lain? Untuk mengambil kesempatan? Untuk menagih simpati? Hanya DIA saja yang tahu.
Yang pastinya, aku benci golongan HIPOKRIT nih.
Bingit betul malam tadi...chap goh mei ker? Bunyi mercun berdentum dentam. Walaupon agak jauh dari kawasan perumahan, tapi bunyi kuat tu sedikit sebanyak mengganggu tido tuan rumah. Taip nasib tak mengganggu tido anak².
Dah macam nak berperang pon ada gak. Berlawan² bunyi mercun @ meriam sapa paling kuat. Kalau lah umah aku dekat ngan kawasan kejadian, mau tak tido di buatnya.
Lepas ni fesyen t-shirt dan track suite akan menjadi ikutan gara² fenomena Awan Nano. Tapi jangan sampai berkaki ayam sudahlah yer...hahahahaha...Persembahan paling sempoi. Bermodalkan RM20.00 sahaja untuk harga t-shirt.
Sana sini orang bercerita pasal Anugerah Juara Lagu ke 26 malam tadi kan. Memang terbaik lah. Tahniah buat Hafiz kerana penyampaian lagu dengan penuh penghayatan, untuk Datuk M. Nasir di atas ciptaan lagu dan Budi Hekayat untuk lirik yg mantap.
Apa² pon...AJL malam tadi memang best.
Hikmah adalah suatu kebijaksanaan mendapat kebaikan di sebalik satu keburukan. Hikmah dikurniakan sebagai hadiah paling besar dengan satu ujian. Hikmah hanya dapat ditempa oleh mehnah – didikan langsung daripada Allah melalui ujian-ujian-Nya. Daripada Abd al-Rahman bin Azhar bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Perumpamaan orang yang beriman apabila ditimpa sakit atau demam, bagai besi yang dimasukkan ke dalam api, lalu hilanglah karatnya (tahi besi) dan tinggallah yang baik sahaja.”
Jika tidak diuji, bagaimana hamba yang taat itu hendak mendapat pahala sabar, syukur, reda, pemaaf, qanaah daripada Tuhan? Maka dengan ujian bentuk inilah para suami atau isteri meraih sebanyak-banyaknya pahala dan keredhaan Allah. Rumah tangga adalah medan ‘perjuangan’ melawan nafsu marah, putus asa, buruk sangka, dendam dan lain-lain sifat mazmumah yang mungkin timbul hasil interaksi dan komunikasi antara suami isteri, ibu-bapa dengan anak-anak, mertua dengan menantu.
Pendek kata, bagi orang beriman, ujian bukanlah sesuatu yang negatif kerana Allah sentiasa mempunyai maksud-maksud yang baik di sebaliknya. Justeru, hayatilah kata-kata hikmah ini: “Allah melapangkan bagimu supaya engkau tidak selalu dalam kesempitan, dan Allah menyempitkan bagimu supaya engkau tidak hanyut dalam kelapangan, dan Allah melepaskan engkau dari keduanya supaya engkau tidak bergantung kepada sesuatu selain Allah.”
Ya, inilah empat rasa yang sewajarnya ada ketika kita berzikir sewaktu mengharungi ujian dalam berumah tangga. Bawalah hati kita berehat… dan rehat sebenar ada di dalam zikir. Dan zikir yang paling besar adalah solat. Oleh kerana itulah Rasulullah saw sering menyuruh Bilal supaya azan dengan katanya yang membujuk, “rehatkan kami dengan solat wahai Bilal!”
Untuk diri ini...'jangan pernah mengalah. Patah sayap, terbanglah jua. Jika jatuh, jangan rebah…biar terhenyak tetapi tetap tegak walaupun terpaksa bertongkatkan dagu'
Source: Genta Rasa
Ternyata amatlah susah untuk menjaga Hati. Dalam sujud aku menangis. Adakah tangisan ini tangisan kerana seorang hambaNya atau tangisan ini sebuah tangisan meratapi nasib diri. Yang pasti sangat rapuh hati ini dan sangat murah air mata yang mengalir.
'Ya Allah, ampunkanlah aku yang hina ini. Tak tertahan rasanya ya Allah dugaanMu ini. Ku pohon ya Rahman, jadikanlah cintaMu itu lebih aku hargai daripada dunia dan seisinya'
'Ya Jabbar, sesungguhnya aku memohon cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cintaMu'
'Jadikanlah cintaku kepadaMu lebih aku utamakan daripada cintaku kepada keluargaku, diriku sendiri dan dunia seisinya. Hidupkanlah aku dengan cintaMu dan jadikanlah aku bagiMu seperti apa yang Engkau cintai'
'Ya Allah, jadikanlah aku mencintaiMu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaanMu. Aku memohon perlindunganMu daripada cinta yang sia-sia. Aku hambaMu yang lemah ya Rabb. Tak mampu menolak ujian hati sebegini andai tiada bimbingan dan kekuatan daripadaMu'
'Kadang-kadang, Allah hilangkan matahari lalu turunkan hujan. Puas kita menangis mencari di mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi'
Iyer...aku masih menunggu pelangi dariNYA. Masih ada harapan ker? Hanya DIA yang maha mengetahui. Doa orang² yang teraniaya insya'allah akan di makbulkan. Aku takkan mengalah dan akan terus berusaha.
Buat kaum Cina di luar sana, wishing you a 'Prosperous New Year and A Happy New Year'. Gong Xi Fa Chai and Xin Nian Kuai Le.
Selamat bercuti untuk semua dan selamat bergembira bersama keluarga tercinta.
Pada yang nak bercuti dan nak balik kampung tu, berhati² di jalan raya. Rancang perjalanan anda dengan betul supaya tak tersangkut dalam kesesakan. Semoga selamat sampai ke destinasi dan selamat kembali dari destinasi dengan selamat.
KELUARGA dan sahabat salah seorang bayi yang meninggal tersedak susu di pusat asuhan menunggu di luar Bilik Mayat Hospital Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR: Dua bayi lelaki dari sebuah pusat asuhan maut dipercayai tersedak susu ketika dalam jagaan pengasuh mereka di Taman Pertama, Ampang dekat sini, tengah hari semalam.
Kejadian jam 1 tengah hari itu dikatakan berlaku tidak lama selepas kedua-dua bayi malang itu, Muzaffar Mohd Faizal, tiga bulan, dan seorang lagi hanya dikenali sebagai Harris, tujuh bulan, diberikan susu di pusat asuhan berkenaan.
Bagaimanapun, kedua-duanya meninggal dunia tidak lama selepas dikejarkan petugas pusat asuhan terbabit ke sebuah poliklinik di Taman Permata sebelum mayat mereka dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.
Bapa Muzaffar, Mohd Faizal Jaafar, 32, berkata ketika kejadian beliau berada di Kedah kerana urusan kerja sebelum bergegas pulang ke ibu negara selepas dihubungi isterinya pada jam 2.45 petang berhubung kejadian itu.
Beliau berkata, anak keduanya itu dihantar ke pusat asuhan terbabit sejak lebih sebulan lalu dan tidak menyangka kejadian sedih itu akan menimpa mereka sekeluarga.
“Isteri memberitahu dia menerima panggilan telefon daripada petugas pusat asuhan itu jam 2 petang dan memintanya ke sebuah poliklinik di Taman Pertama.
“Sebaik tiba, anak saya disahkan sudah meninggal dunia sebelum dihantar ke HKL untuk bedah siasat,” katanya.
Mohd Faizal berkata, beliau belum memikirkan sebarang tindakan lanjut kerana masih menunggu keputusan penuh bedah siasat selain mahu menguruskan urusan pengebumian jenazah anaknya terlebih dulu yang dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU5, Lembah Keramat hari ini.
Datuk kepada Harris, Abdul Aziz, 51, berkata beliau terkejut sebaik mendapat tahu cucu lelakinya yang baru dua minggu ditempatkan di pusat asuhan berkenaan meninggal dunia kerana dikatakan tersedak susu.
“Saya dimaklumkan yang cucu meninggal kerana tersedak susu, tetapi masih menunggu hasil siasatan polis bagi mengenalpasti punca sebenar kematiannya,” katanya.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mendapatkan laporan perubatan bagi mengenalpasti punca kematian
Source: BH Online
Note: Ya! Allah...sedihnya bila baca cerita² macam nih. Ingatkan dah tak der lagi kes² macam nih. 2 bayi serentak plak tu tersedak susu. Semoga anak² kita yg berada di Nursery/Pengasuh akan sentiasa berada di bawah lindunganNYA. Takziah kepada parents bayi² ni.
[Up to 35% Off] Philips AVENT Newborn Starter Set from RM128. Includes 4 Bottles. Pick-up / Delivery Available.
Highlights
- Newborn starter set includes:
- 2 x 260ml feeding bottle
- 2 X 125ml feeding bottle
- 1 x Newborn soother
- 2 x Additional extra soft newborn teats
- 1 x Bottle and teat brush - BPA-free bottles where milk flow is controlled by the baby.
- Anti-colic valve behind teat prevents air from entering stomachs.
- Natural shape makes combining breastfeeding and bottle-feeding easier.
Buat penggemar botol jenama AVENT nih, bley lah beli. Murah tu. Kalau beli satu botol avent pon dah agak mahal, inikan kalau nak beli sampai 4 botol. Jom beli selagi stok masih ada ☺☺
Tuhan tolong lembutkan hati dia, Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup, Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku
Tuhan aku tahu banyak dosa ku, Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka, Pintu hatinya untuk cintaku
Malam kau bawalah rinduku, Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian, Selalu rasa ada cinta agung
Hujan bawa air mata ku, Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa, Tanpa cinta dia di hatiku
Hanya mampu terserah, Moga cahaya di penanti
Note: Jiwang di hari khamis...layan ker lah erk.
Alhamdulillah...akhirnya cek yang di tunggu² sampai juga. Hari jumaat aritu dapat. Pendapatan terkumpul selama 2 tahun dan juga pendapatan pertaman hasil dari blogging. Walaupon amik masa yang lama nak kumpul duit tabung nih, tapi akhirnya nampak gak hasil. Iyerlah...blogger biasa jer kan. Visitor pon biasa² jer.
Inilah amount yang aku dapat. Bukan nak menunjuk cuma nak bagi semangat. Sikit² lama² jadi bukit. Jangan merungut bila amount asyik banyak tu jer, usaha kena lebih. Macam aku....amik masa 2 tahun nak dapat banyak nih ☺☺☺
Terima kasih pada kawan² dan visitor yang sudi baca blog nih.
Pengorbanan : Bagaimana Kita Meletakkan Nilainya?...Bertabahlah wahai Hati
Aku Friday, January 13, 2012Pengorbanan. Senang dituturkan mungkin. Tetapi pelaksanaannya sendiri memerlukan pengorbanan. Ya, untuk berkorban, memerlukan pengorbanan. Untuk melakukan pengorbanan, memerlukan kita untuk berkorban.
Payah bukan? Kerana pengorbanan bukan sesuatu yang senang, ramai yang meninggalkannya. Ramai yang menghindarkan diri daripada berkorban. Melainkan orang-orang yang tinggi imannya mampu berkorban dengan sebenar-benar pengorbanan.
Tapi aku tak tergolong dalam golongan ini. Iman aku tak cukup tinggi untuk melakukan pengorbanan apatah lagi untuk berkorban. Berkorban demi kebahagiaan orang yang aku sayang. Ya! allah...ujian dan dugaan datang silih berganti. Ku sangka sudah berakhir...tapi...
Terdetik di hati, kenapa aku harus di uji sedemikian. Kenapa tidak orang lain? Terlalu membebankan untuk di pikul...terlalu berat untuk di fikirkan. Betul² menyesakkan hati dan perasaan.
Petunjuk...masih memohon padaNYA untuk di beri petunjuk.
Bertabahlah wahai hati ku yang duka lara. Ketahuilah bahawa kasih sayang ALLAH itu tiada sempadannya. dan sesungguhnya, ALLAH tidak akan menguji hambaNya dengan dugaan dan ujian yang tidak mampu kita lalui. Mampu ker aku lalui semua ni? Sebanarnya tak mampu ya! allah...
sekiranya engkau beriman kepada Allah SWT,
percaya kepada ketentuan qada’ dan qadarnya –
hikmah tersembunyi.
Jangalah bersedih wahai
jiwa yang tenang, kerana
bersangatan sedih itu
membuatkan dirimu
dinodai Syaitan.
Janganlah bersedih wahai
jiwa yang lara, kerana
bersama engkau ialah
Allah Yang Maha
Mendengar rintihan
hamba-hambanya.
“Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hamba-Mu, anak dari hamba-Mu, ubun-ubunku (nasib-ku) ada di tangan-Mu, telah lalu hukum-Mu atasku, adil ketetapan-Mu atasku, aku mohon kepada-Mu dengan perantara semua nama milik-Mu yang Engkau namakan sendiri, atau Engkau turunkan dalam kitab-Mu, atau Engkau ajarkan seseorang dari hamba-Mu, atau Engkau rahasiakan dalam ilmu ghaib disisi-Mu. Jadikanlah Al Qur’an sebagai penawar hatiku, cahaya dalam dadaku, penghapus dukaku dan pengusir keluh kesahku“
Esok ada INTERNAL AUDIT...
BUSY...BUSY...
FILING...PREPARATION...
Aaaahhhhh...Semputttt...
Suram sebab anak dara tak sihat, nak dekat seminggu kena selsema dan batuk. Pagi isnin demam pulak. Pastu OTITIS kembali menyerang...berair telinga sebab hingus kluar ikut telinga. Lagi parah bila asyik di garu telinga yang berair tu, habis merah...nampak luka sikit. Aduhhhhh...sian anak ku. Selangi selsema tak baik, selagi tu lah telinga akan berair. Tapi skang nih nampak dah kurang sikit...alhamdulillah.
Yang payahnya skang nih, anak dara tu susah nak makan ubat dah. Kalau dulu senang jer nak bagi makan, nganga jer mulut. Tapi skang sebaliknya...nak kena paksa bukak mulut. Itu pon banyak yang keluar dari yang masuk...alahaiiii...Mata si ibu pon dah nak jadi macam mata panda sebab tak cukup tido.
Bukan anak dara jer tak sihat, kami somi istri pon tak sihat gak. Si dia tak habis² ngan ulcer nya pastu smalam demam. Yang aku plak semalam dapat cuti sakit. Penangan Food Poisoning. Ya! allah...seksanya bila asyik bluekkk banyak kali. Asal makan/minum...suma kluar balik. Lemah badan di buatnya. Alhamdulillah...hari nih dah start keja.
Cuma antibody iman masih kuat lagi sebab tak kena tempias orang sakit kat dalam rumah tu. Tapi standby gak ubat untuk dia.
Tapi tak best lah, awal² tahun dah dapat cuti sakit...huhuhuhu...
Kalau gi Ampang Point, tak sah kalau tak makan kat Taiwan House nih. Rasa nya memang dari dulu sampai skang masih sama. Cuma harga jer yang makin naik. Kalau sebelum nih satu set tu skali dengan air Chinese tea atau kopi. Tapi skang nih satu set hanya ngan Chinese tea jer, no more air kopi. Tak masuk dek tekak lah kan klo ngan CT nih.
Antara menunya. Memang suma sedap². Customer pon selalunya memang ramai. Macam² pilihan ada.
Aku kalau makan kat sini memang selalu order Fish Ball soup Glass Noodle. Si dia plak suka makan Beef Rice. Bley tukar² makan. Kalau nasi tu memang akan tambah order lah sebab memang tak cukup. Daging memang lembut dan sedap. Ahhhhhhh...terbayang² sudah kesedapannya ☺☺
Kalau yang belum mencuba tu, silalah pergi. Memang sedap dan berbaloi.
p/s: Gambar² adalah dari google pic...harap maklum ^_^
p/s: Gambar² adalah dari google pic...harap maklum ^_^
Segmen suka². Lari jap dari keserabutan fikiran. jom join.
Tarikh Tutup: 8 Januari 2012 Jam 12 Tengahari
Nama: Fiza sudah lah ☺☺
Umur: Hhhmmmmm...sensitif lah klo bab² umur nih. Tapi saya muda lagi tau...hahahaha...Biarlah rahsia...boleh?
URL: http://sharingiscaring-fiza.blogspot.com
Lokasi: Bandar Baru Bangi, Seksyen 7
Bila memikirkan pasal kerja
Tak der mood rasanya
Kerja makin bertambah, skop kerja pon makin luas
Tapi...jawatan masih di takuk lama
Terasa tak di hargai pon ada
Bila orang memandang sepi hasil kerja kita
Nak bertahan sampai bila?
Hhhhhmmmm...sabar jer lah kan. Memang sakit hati bila di fikirkan balik. Nak buat kerja pon rasa macam tak ikhlas, iyerlah...buat kerja teruk² orang bukan pandang pon, baik buat kerja sambil lewa...ye tak. Tapi tak baik berfikiran macam tu kan. Bertahan dan bersabar lah selagi boleh.
Serabut kepala dengan kerja yg berlambak nih sebab baru balik dari cuti. Serabut lagi sebab banyak benda nak citer, tapi tak der masa lagi nak buat entry. Tak sempat nak bertandang umah kengkawan, mana yang sempat jer lah.
OK...nak sambung kerja.
Tak tau lah apa masalah nih. nak kena blocked dah gamaknya. ni pon ada masa 10 minit jer nih ha. Kena update sepantas kilat...uuwwaaaaaa...boringnya. Harap² tak lama lah masalah nih. Sebab FB dan YM yang selama ni di blocked tetiba boleh plak bukak, tapi blog tetiba plak kluar message nih. Aduhhhhh...bosan lah macam nih.
Bluekkkk...hahahahaha...ferasan ☺☺☺
Assalamua'laikum semua. Lima hari tak bersiaran. Rindu rasanya nak menjengah rumah uolas yang cantik tu...rindu nak baca hasil tulisan uols. Mesti banyak citer yang dah tertinggal.
Kerja pon tengan bertimbun nih. Biasalah...lama sangat cuti kan. Nak buat kerja dulu, jap lagi nak jenjalan umah uols. Sediakan air siap²...tetamu nak datang bertandang nih...hehehehehe...
Kerja pon tengan bertimbun nih. Biasalah...lama sangat cuti kan. Nak buat kerja dulu, jap lagi nak jenjalan umah uols. Sediakan air siap²...tetamu nak datang bertandang nih...hehehehehe...