Seronok, tapi penat...penat yang berbaloi hokey ☺☺☺. Yer lah, jaga anak sendiri kan. Sebenarnya aku tak kerja last week sebab jaga anak yang sakit. Takkan aku nak hantar anak yang sakit gi nursery gak kan. Memang tak patut lah. Kang tak pasal² berjangkit plak kat anak orang, tak ke menganiaya namanya tu. Dah lah penyakit nih berjangkit. Kesian kat anak dara aku tuh. Untukmu anak, ibu terpasa amik Emergency Leave. Alhamdulillah...pagi nih nampak dah ok.
Tapi tu lah, 'LEMAU' jadi nya bila duduk rumah. Keja aku asyik nak tidooooo je. Ntah apsal aku pon tak tau. Asal letak kepala kat bantal jer, senang jer mata ni nak lelap. Anak²....main jer lah. Si abang sibuk tengok kartun, boring kartun, buka CD Magic English dia pulak. Si adik plak...guling² jer lah kejanya. Angkat montot tak habis², nak merangkak katakan, tapi tak bergerak pon...ekekeke...Bila nangis, sua jer lah 'nenen', tapi mata tetap lelap...muahahahaha...
Macam mana lah nak jadi Fully Housewife nih. Nak masak pon rasa malas jer. Kalau tak kerana anak ngan suami nak makan, ku gagahkan jugak memasak. haihhhhh...buruk perangai betul. Tu baru seminggu jadi Fully HW. Tapi bila weekend ok plak, cergas. Ni penangan tak kerja on weekdays lah nih.