Baju Muslimah Kanak-kanak

AFB Feeds

Showing posts with label wish. Show all posts
Showing posts with label wish. Show all posts

Mana tarikh 29 February ni haaaa... mana... mana... Hehehe... Kena tunggu lagi 4 tahun lah yerp Iman Harraz. Memandangkan tahun lompat. Kit...

Leap Year Baby ni dah Setahun!!!!

Mana tarikh 29 February ni haaaa... mana... mana... Hehehe... Kena tunggu lagi 4 tahun lah yerp Iman Harraz. Memandangkan tahun lompat. Kita fefeeling harini 29 February lah yerp ImanHarraz. Tunggu 4 tahun akan datang kita celebrate besar-besaran. Kalau ikut tarikh islam. Harraz dah setahun @ 20 Jamadilawal 1438H yang lepas. Tapi si ibu lupa nak buat ucapan bagai.Time flies so fast betul lah 👦👉1⃣🍰


Alhamdulillah... Dengan izinNYA Iman Harraz dah genap setahun kalau ikut calendar Hijrah. Kalau ikut calendar matsaleh, lagi 4 tahun umur Iman Harraz baru setahun.. erkkk... hehehe... Selamat ulangtahun kelahiran yang pertama Iman Harraz. Melahirkan awak adalah saat-saat terindah yang tak boleh ibu lupakan. Lebih-lebih lagi awak sangat istimewa. Istimewa sebab... Lahir dalam kereta pukul 3.13 pagi dan awak pilih tarikh yang istimewa jugak diusia kandungan baru masuk 37 minggu. Sepatutnya hari tu adalah hari check up awak tau harraz 🏥🚗 

Saat mengandung dan melahirkan awak adalah sangat-sangat mudah. Syukur sebab dipermudahkan olehNYA walaupon awak melompat keluat dalam kereta. Betapa kelam kabutnya abah dan jugak nurse² yang nak menyambutnya. Cuma dalam pantang Allah uji ibu dan abah dengan Jaundice yang lama. Hari ke 6 awak admitted due to bacaan jaundice yang tinggi. Berkampung awak dekat hospital 3 hari 2 malam. Malam-malam tanpa awak jugak ibu meroyan... Menangis rindukan awak. Baru ibu tahu perasaanya bagaimana bila berjauhan dengan anak dalam keadaan anak yang tak sihat 😢😢😢

Ingatkan Jaudice awak makin berkurang. Tapi masih sama... Up and down. Dari Breastmilk Jaundice ke Prolonged Jaundice. Maka bermulalah episode naik turun klinik dan hospital. Ibu yang dalam pantang pon dah tak serupa orang yang berpantang. Prolonged jaundice dekat sebulan. Amik darah... amik urine. Memang asyik kena cucuk jer. Finally doctor detect awak kena UTI (Urinary Tract Infection) kat saluran kencing. Luluh hati seorang ibu. Sebab tu jaundice lama. Maka berkampung kat Hospital serdang 7 hari 6 malam untuk masukkan antibiotik demi nak membunuh kuman jahat dengan keadaan ibu yang masih berpantang. Ibu redha nak demi kesihatan anak 👣🌜🌑🏥


Lepas 4 bulan awak admitted lagi due to [Pneumonia]. Allah... tak terkira sedihnya ibu. Belum capai setahun Harraz dah 3 kali admitted. Dah banyak ubat masuk dalam badan. Smoga ImanHarraz membesar sebagai anak yang soleh, bijak pandai, sihat tubuh badan dan menjadi penyejuk mata ibu abah 💋💟💖

Development... Masih belum berjalan. Baru nak bertatih. Tapi tengok gaya macam lambat lagi nak dapat kaki tu. Gigi ada 3 batang setengah sebab yang setengah lagi baru nak keluar. Makin melasak macam biasa. Kuat makan dan aku masih istiqomah sediakan bekalan Harraz ke nursery. Alhamdulillah... Masih mendapat khasiat susu ibu sepenuhnya. Bermakna aku dah selamat dapat DIPLOMA IN BREASTFEEDING. Another one year to go untuk dapatkan PHD IN BREASTFEEDING pulak. Wish me luck ☺

Note: Lately anak soleh ni bangun awal. Pukul 6.00 - 6.30 pagi dah bangun... phewwww...


Pejam celik pejam celik... Laaaa... Dah sebelas tahun AKU TERIMA NIKAHNYA . Tarikh 26 November 2005 menjadi saksi berakhirnya kisah cin...

Alhamdulillah... Dah 11 Tahun Hidup Bersama


Pejam celik pejam celik... Laaaa... Dah sebelas tahun AKU TERIMA NIKAHNYA. Tarikh 26 November 2005 menjadi saksi berakhirnya kisah cinta kami. Berakhirnya status tunang dengan bergantinya status Suami dan Isteri. Tarikh yang tak kan pernah luout dalam ingatan. Dengan 5 kali lafaz tu. Nasib tak kena mandi dengan air kolam masjid kan... Hahahaha... Gementar yerp. 

Alhamdulillah... Sebelas tahun yang penuh dengan memori... Suka, duka, pahit, manis...cukup rencah nya. There are things we don't want to happen but have to accept. Things we don't want to know but have to learn. Bukan mudah nak pertahankan mahligai yang kita bina bila dugaan datang menjelma. Dugaan yang buat kau berubah 360 darjah kalau iman kau tak kuat. Kunci untuk semua ini adalah 'SABAR' dan 'REDHA' untuk setiap ujian yang datang. 

Happy 11th Anniversary suami. Pimpinlah tangan isterimu ini ke Syurga ALLAH. I will continue to gather all my strenght to love you. Inshaa'allah... jika dengan izinNYA. Sebelas tahun usia perkahwinan dengan kehadiran empat penyeri rumahtangga... Alhamdulillah... Terima kasih atas ucapan dan doa yang diterima di FB dan juga IG. Aamiin untuk doa-doa tersebut. Hanya allah yang dapat membalasnya. Smoga ada doa-doa kalian semua yang di angkat olehNYA.

Note: Baru sebelas tahun. Perjalanan masih panjang lagi. 



25 September 2016... How time flies. The one and only Princess ibu ni dah 6 tahun usianya. Teman bermesra, teman meluah perasaan dan tem...

3 + 3 = 6 TAHUN!!!


25 September 2016... How time flies. The one and only Princess ibu ni dah 6 tahun usianya. Teman bermesra, teman meluah perasaan dan teman bergaduh tiap² hari nih. Seorang kakak yang penyayang. Tapi adakalanya jadi kakak yang garang macam singa sebab kuat mencakar. Adik Qhalif yang selalu jadi mangsa sebab dorang berdua ni panas. Ibu pon dah tak tau nak buat apa dengan korang berdua nih sebab kuat sangat bergaduh. Rasa macam nak bawak jumpa ustaz minta air penawar. 



Hari² ibu berdoa supaya kalian adik beradik saling berkasih sayang antara satu sama lain. Janganlah saling bercakaran. Pening kepala ibu nak. Dalam garang² Qahirah pon, ada terselit kelembutan. Dah bergaduh pandai pujuk adik dia balik. Dan paling boleh harap boleh jaga adik dan  tidurkan adik Harraz. Rajin jugak tolong ibu kat dapur. Alhamdulillah... Membesar dengan sihat anak dara ibu nih.



To my dear Princess. Selamat Ulangtahun Kelahiran Yang ke 6. Walaupon kita selalu bergaduh... Errkkk... Hehehe.. Tapi ibu tetap sayang kakak hingga hujung nyawa. Siapa tak sayang anak kan. Dah lah sorang jer anak perempuan. Smoga kakak membesar sebagai anak yang solehah dan dapat menjadi peneman dan kawan setia ibu setiap masa. Maafkan ibu kalau ibu garang sangat dengan kakak. Marah seorang ibu tu tandanya ibu sayang. 



Kek special for you. Tapi lagi special kalau ibu buat sendiri kek kan. Ibu tak sempat lah sayang nak buat. Ada masa nanti ibu buat kek special untuk kakak yerp. We 👨 Abah, 👩 Ibu, 👦 Abang Kimi, 👶 Adik Harraz dan 👦 Adik Qhalif LOVE 💖 you so much kakak #Qahirah ðŸ‘§


Note: Macam mana lah bila dah naik darjah 1 tahun depan nih. 




Ada yang cuti panjang ker minggu depan? Rasanya ramai yang sambung cuti seminggu sebab Jumaat tu Hari Malaysia kan. Pastu bebudak tengah cu...

Salam Aidiladha 1437H & Selamat Bercuti

Ada yang cuti panjang ker minggu depan? Rasanya ramai yang sambung cuti seminggu sebab Jumaat tu Hari Malaysia kan. Pastu bebudak tengah cuti sekolah seminggu. Memang elok lah cuti direct. Aku Raya Qurban ni mereput kat rumah sebab terpaksa korbankan cuti 3 hari gara² nursery tutup. Tiga hari wei. Dah lah cuti aku tak banyak. Balance cuti sampai bulan ni berkaki sehari jer... huhuhu... Nak tak nak terpaksa gak amik cuti. Sapa nak jaga anak².


Ok lah... Nak ucapkan Selamat menunaikan ibadah korban buat semua umat muslimin dan muslimat diluar sana, Hari last day kerja. Jadinya blog pon bakal bercuti seminggu. Bagi yang pulang ke kampung...berhati² di jalan raya. Rancang perjalanan anda supaya tak tersangkut dalam kesesakan lalulintas. Jaga kelajuan kenderaan. Ingat...CAMERA AES ada di mana². Jaga², ada yang memerhati...ekekeke.. 

Buat bakal² haji, semoga dapat menunaikan rukun islam yang ke 5 ini dengan sempurna dan semoga mendapat haji yang mabrur, insya'allah. Dan untuk peringatan kita bersama, marilah sama² kita hayati perayaan yang istimewa ini kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Note: Bercuti kat umah jer lah nampaknya. 



Memasing dah tak sabar nak raya kan. Badan kat office tapi jasad dah ingat kat kampung. Hari ni mungkin ramai yang last day bekerja. Te...

Salam Aidilfitri 1437H


Memasing dah tak sabar nak raya kan. Badan kat office tapi jasad dah ingat kat kampung. Hari ni mungkin ramai yang last day bekerja. Termasuk lah diri ini. Al maklumlah... Nursery dah start tutup hari isnin. ingatkan boleh lah nak jimat cuti. Hurmmmm... Terpaksa cuti awal. Sapa nak jaga anak². Nak bawak anak² gi office, memang tak lah kan. 

Pejam celik pejam celik *ayat cliche, Ramadhan nak nak sampai ke penghujungnya. Rasa macam baru jer start puasa. Di kesempatan ini saya *terus tukar kata nama kau..ngeee* ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Batin buat kawan² IG, FB, BLOG, Followers, Anon dan Silent Reader yang sudi berkunjung ke blog yang tak seberapa nih. Ampun dan maaf di pinta jika ada salah dan silap, terkurang ajar atau terkasar bahasa sepanjang saya berblog ni. Ter upload gambar yang menjengkelkan di IG dan juga status yang menjemukan atau menyakitkan hati secara tak sengaja di FB. Hati manusia ni bermacam² jenis kan. 

Berhati² dijalanraya buat mereka yang nak pulang ke kampung. Jaga²... ada yang memerhati. Sila rancang perjalanan anda supaya tak tersangkut dalam kesesakan jalan raya. Ingat... Jangan memandu di lorong kecemasan. Jangan main HP. Kang tak pasal² duit melayang kena bayar saman. Semoga perjalanan anda dipermudahkan olehNYA. Akhir kata....semoga Lebaran ini di sambut dengan penuh Kegembiraan :-)

Note: Sederhana jer raya ni. Lebih kepada anak².


Salam Ramadhan dan Selamat Berpuasa buat umat muslimin dan muslimat semua. Marilah kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadra...

Ramadhan 1437H Datang Lagi | Selamat Berpuasa!!!


Salam Ramadhan dan Selamat Berpuasa buat umat muslimin dan muslimat semua. Marilah kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan keizinanNya, kita diberi kesempatan bertemu semula dengan bulan Ramadhan Al-Mubarak pada tahun ni. 

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selamat menjalani ibadah puasa dan marilah kita bersama-sama menghayati dan memanfaatkan kehadiran bulan yang penuh barakah ini dengan sebaik mungkin. Semoga ibadah kita bukan hanya dibulan ramadhan sahaja, tapi dibulan² yang setersunya.

Note: Ulang ayat entry yang lepas² jer. Malas nak mengarang ayat...hahaha...



Sebenarnya dah lepas last week 28 April 2016. Tapi nak jugak wish dalam blog. Gedik sangat kau kan.... hahahaha... Asalkan ada entry. ...

Selamat Tambah Umur SUAMI!!!



Sebenarnya dah lepas last week 28 April 2016. Tapi nak jugak wish dalam blog. Gedik sangat kau kan.... hahahaha... Asalkan ada entry. Dapat update sehari sekali pon dah ok kan. Buat suami... Smoga panjang umur, dilebatkan lagi rezeki, diberi kesihatan yang baik dan diberkati kehidupan didunia dan akhirat. We 👩👦👧👦👶 💘💗 you 👨


Hadiah buat si dia hanya sebijik kek Japanese Cotton Cheesecake yang dibuat dengan penuh kasih sayang peluk cium bagai. Gigih #emakempatanak. membako. Dengan anak keciknya lagi. Yang mengacau jangan cakap lah. Nak gak nolong buat. Layan kan jer lah. stress #makempatanak ni.

Alhamdulillah...menjadi gak kek nya. 1st time buat. Resepi pon sangatlah simple. Cantik sangat kejadiannya. Rasa apatah lagi...moist, gebu dan sedap. Nanti iols share resepi yerp. 

Note: Orang lelaki ni kalau nak memuji memang payah kan. Tapi kalau makan bertambah tu maknanya sedap lah kan ☺☺



Rasa terharu bila baca UCAPAN² dan DOA² dari kalian semua sempena 10th WEDDING ANNIVERSARY last month. Sambil baca...sambil tersengih²...

Terima Kasih Sahabat | Aamiin untuk semua Doa dan Ucapan


Rasa terharu bila baca UCAPAN² dan DOA² dari kalian semua sempena 10th WEDDING ANNIVERSARY last month. Sambil baca...sambil tersengih². Rasa bahagia dan terharu bila dikelilingi sahabat² yang mendoakan kebahagian kita. 


Berderet² ucapan di FB


Di IG

Dan juga di [BLOG]. Hanya ucapan TERIMA KASIH yang tak terhingga buat sahabat semua diatas kiriman ucapan² dan doa². Aamiin untuk doa² yang dikirimkan. Fasa pertama perkahwinan yang sangat mencabar. Hanya DIA yang maha mengetahui segala² nya. Dalam hidup kita ni, Kalau kita tak mampu buat orang ketawa, jangan sesekali buat orang menangis.  Kalau kita tak mampu buat orang rasa bahagia, jangan pula kita tambahkan lagi rasa derita dan kalau kita tak mampu mengubati luka, jangan sesekali buat orang lain rasa terluka. 

Biar lah orang  nak mengata atau menjaja cerita pasal kita. Silence is the best reply to a fool. Biar dipandang buruk didepan manusia. Asal dipandang baik disisiNYA. Alhamdulillah...berkat kesabaran dan doa, sedekad ikatan ini masik kukuh terbina. 

Macam dah terlebih plak. Padahal nak ucap terima kasih jer...ngeeeeee...Last but not least. Saya sayang sahabat² saya...#muahciked



Tinggal beberapa jam jer lagi kita akan memasuki fasa baru. Fasa di mana tahun baru islam akan membuka tirainya yang baru. Dan usia kit...

Salam Maal Hijrah 1437H/2016│Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun


Tinggal beberapa jam jer lagi kita akan memasuki fasa baru. Fasa di mana tahun baru islam akan membuka tirainya yang baru. Dan usia kita pon memasuki usia yang baru. Bulan Muharram, bulan pertama dalam kalender Islam yang hadir saban tahun disambut oleh umat Islam sebagai tanda kecintaan kita terhadap Islam. Selamat Tahun Baru Hijrah. Selamat tinggal 1436 Hijrah dan selamat datang 1437 Hijrah. Masih mengekalkan tema 'PERPADUAN NADI TRANSFORMASI NEGARA'


Jangan lupa lepas maghrib nanti baca doa awal tahun dan banyakkan berselawat sampai masuk Isyak nanti.

Salam Maal Hijrah buat semua umat islam diseluruh dunia. Smoga  tahun baru ni, kita sama² berhijrah untuk membentuk keperibadian yang lebih sempurna. Dapat memperbaiki diri kita daripada baik kepada yang lebih baik. Dan semoga kita semua sentiasa di bawah Lindungan dan RahmatNYA...di ampuni segala dosa² kita yang lalu. Semoga di kuatkan iman kita untuk menempuh hari² yang mendatang yang penuh dengan cabaran.

Note: Di akui...masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki. Jom kita audit diri kita.


Saat terindah seorang ibu... Bila disahkan hamil walau untuk kandungan kali kedua, ketiga dan seterusnya Saat keterujaan seorang ib...

Qahirah Turns 5 | Alhamdulillah....


Saat terindah seorang ibu...
Bila disahkan hamil walau untuk kandungan kali kedua, ketiga dan seterusnya
Saat keterujaan seorang ibu...
Bila melihat anak didalam kandungannya bergerak aktif dan membesar dengan sihat dan sempurna Saat yang tak boleh dilupakan oleh seorang ibu...
Bila bertarung nyawa melahirkan anak yang dikandungnya selama 9 bulan kini berada didepan mata

Alhamdulillah...anak solehah ni genap usianya 5 tahun @ 25 September 2015 haritu. Selamat Hari Lahir kakak Qahirah Binti Husaini. Doa ibu tak lain tak bukan, nak anaknya berjaya didunia dan diakhirat.


Besar dah anak dara ibu nih. Kawan gaduh pon iyer gak. Suka cari pasal ngan ibu tau. Mulut pon macam mak nenek. Sambut kecil² lan jer. Kebetulan masa balik gombak sabtu tu ada buat makan² untuk kawan² makwong (mak long ☺) dan maksu. Jadinya kita tumpang sekali lah majlis tu dengan beli sebijik kek. Kek tu pon sebab ibu yang mengidam nak makan Choc indulgence by SR...hehehe...Puas makan sebab kalau beli satu slice tu memang tak cukup ☺

Ibu, Abah, Abang Iman Hakimi dan Adik Iman Qhalif sayang kakak hingga hujung nyawa.

Note: Jerebu oh! jerebu. Bila nak pulih ni. Tekak dah perit ni hoiii. Mata pon dah pedih.




Memasing dah mood raya kan. Mood kerja pon dah ke laut. Hari ni pon mungkin ada yang dah start cuti. Yang dah mula balik kampung pon ada. B...

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1436H

Memasing dah mood raya kan. Mood kerja pon dah ke laut. Hari ni pon mungkin ada yang dah start cuti. Yang dah mula balik kampung pon ada. Bestnya orang ada kampung. Kampung kita kat KeyEll jer. Umah mertua plak kat Rawang. Best kan...hehehe...


Harini aku last day kerja. Biasalah....nursery/sekolah/tadika tutup start esok. Jadinya, si ibu pon terpaksa amik cuti panjang sebab kena jaga anak². Nasib lah cuti masih berbaki lagi. Harini pon ramai yang last day kerja kan. 

 Ok lah, memandangkan Ramadhan dah makin hampir meninggalkan kita dan bakal melabuhkan tirainya *sedih. Di kesempatan ini, saya dan keluarga ingin mengucapkan 'Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin' kepada semua Kawan² IG, FB, BLOG, Followers, Anon dan Silent Reader yang sudi berkunjung ke blog yang tak seberapa nih. Ampun dan maaf di pinta jika ada salah dan silap, terkurang ajar atau terkasar bahasa sepanjang saya berblog ni. Ter upload gambar yang menjengkelkan di IG dan juga status yang menjemukan atau menyakitkan hati secara tak sengaja di FB. Hati manusia ni bermacam² jenis kan. 

Kepada mereka yang akan pulang berhari raya di kampung halaman...pastikan kenderaan anda berada dalam keadaan selamat dan sempurna sebelum memulakan perjalanan. Berhati² di jalan raya. Semoga perjalanan anda dipermudahkan olehNYA dan Semoga anda selamat sampai ke destinasi. Akhir kata....semoga Lebaran ini di sambut dengan penuh Kegembiraan :-)

Note: Berjimat cermatlah yerp. Jenuh tu nak tunggu gaji bulan depan ☺


7 Julai bersamaan dengan 20 Ramadhan 1436H. Bertambah lagi usia hari ni. Selamat tambah usia buat diri ini. Yang ke berapa??? Alaaa....

Happy Birthday To Me ☺☺

7 Julai bersamaan dengan 20 Ramadhan 1436H. Bertambah lagi usia hari ni.


Selamat tambah usia buat diri ini. Yang ke berapa??? Alaaa...nak tau gak ker...hehehe...Yang ke 36 tahun dah. Apa ada pada angka. Yang penting muka tak macam menggambarkan usia yang sebenar. Awet muda gittew kan. Tu untung jadi orang petite ni :-)

Ok lah. Ucapan buat diri sendiri. Alhamdulillah...masih diberikan peluang dariNYA untuk bernafas lagi dimuka bumi ini. Semoga dipanjang kan umur untuk melihat anak² membesar, dimurahkan rezeki dalam kehidupan harian, diberi kesihatan yang baik sepanjang berbakti untuk suami dan anak². Semoga diberkati hidup didunia dan diakhirat, in sha allah. Dan yang paling penting...semoga aku terus diberi kekuatan dan semangat yang tinggi dalam menempuh dugaan dan cabaran dariMU ya! allah. Syukur kerana diberi peluang merasa nikmat bahagia walaupon dugaan datang bertimpa²...Syukur kerana dikelilingi orang² tersayang sebagai penguat semangat dalam menghadapi ujianMU. Terutama sekali dengan kehadiran anak² sebagai kekuatan yang tiada tandingannya.

Thanks for the message husband. Senyap² hantar message pukul 12.00 pagi tu. Tapi birthday girl dah tido ☺

Note: Wish copy paste jer. Malas nak karang ayat...hahaha...



Salam Ramadhan dan Selamat Berpuasa buat umat muslimin dan muslimat semua. Especially buat kawan² ku di alam maya ini. Marilah kita mem...

Salam Ramadhan dan Selamat Berpuasa


Salam Ramadhan dan Selamat Berpuasa buat umat muslimin dan muslimat semua. Especially buat kawan² ku di alam maya ini. Marilah kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan keizinanNya, kita diberi kesempatan bertemu semula dengan bulan Ramadhan Al-Mubarak pada tahun ni.

Semoga kita dpt menghayati dan manfaatkan kehadiran bulan yg penuh barakah ini dengan sebaik mungkin. Smoga ibadah kita dapat digandakan bukan hanya pada bulan ramadhan sahaja. Tapi pada bulan² yg seterusnya dan berterusan.

Duhai Ilahi...
Andai ini ramadhan terakhir buatku...
Jadikanlah ia ramadhan paling bererti, paling berseri, menerangi kegelapan hatiku.. 
Menyeru kejalan menuju redha dan kasih sayangMu ya Ilahi..

Dikesempatan ini, saya ingin memohon kemaafan kalau ada kesalahan bahasa dan keterlanjuran kata sepanjang saya menulis dan sepanjang perkenalan kita dialam nyata mahu pon maya ini.

'MARHABAN YAA RAMADHAN'

Note: Harini dah start solat terawih. Ya! allah...Rindunya nak solat terawih kat  masjid.


Jodoh kita sampai harini jer. Kalau ada rezeki, kita berjumpa di lain hari. Sebab: - - - - - - - - - - - - - - ...

Selamat Tinggal BLOG!!!

Jodoh kita sampai harini jer. Kalau ada rezeki, kita berjumpa di lain hari. Sebab:
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Esok dah start cuti wei. Cuti panjang plak tu. Kalau dah cuti, blog pon cuti jugak kan. Kalau tak der entry selepas bercuti, maknanya blog bercuti panjang lettew...hehehe...Lately ni mood ke laut lah. Sehari satu entry jer. Kekadang tak der langsung. Ni pon dah petang baru terhegeh² nak update.

Asal cuti panjang jer orang tanya 'tak gi mana² ker cuti panjang ni?'...Ayat cliche kan. Kitorang tak gi memana pon. Dok kat hotel Apartment Kajang Impiana tu jer. Paastu dengar² harga minyak naik plak esok. Hurrmmmm...tak tau nak cakap apa dah. 

Ok lah. HAPPY HOLIDAY UOLLS. Yang gi bercuti tu, berhati² dijalan raya. Kalau beli ole² tu, belilah lebih² sket. Smoga bertambah murah rezeki...hahaha...

Note: Kalau dah cuti panjang ni, nak naik kerja pon rasa malas kan.


To my TALL, DARK and HANDSOME Husband...SELAMAT HARI LAHIR Abang Sado. SMOGA DIPANJANGKAN UMUR. DIMURAHKAN REZEKI. DIBERI KESIHATAN Y...

Selamat Hari Lahir SUAMII!!


To my TALL, DARK and HANDSOME Husband...SELAMAT HARI LAHIR Abang Sado. SMOGA DIPANJANGKAN UMUR. DIMURAHKAN REZEKI. DIBERI KESIHATAN YANG BAIK. DIKUATKAN IMAN DAN DIPERMUDAHKAN SEMUA URUSAN. 


WE LOVE YOU ABAH ☺

Note: Gambar ulang tayang jer. Sebab kami tak suka bergambar. Boleh di kira jer gambar kami laki bini nih. Kesian kan. Tak tau lah kalau dengan orang lain dia jadi kaki suka bergambar.


♫♪♫ HAPPY 3RD BIRTHDAY IMAN QHALIF ♫♪♫ Fresh from oven Tangisan pertama My name is ...... 12 Apri...

Turns 3 | Selamat Hari Lahir IMAN QHALIF


♫♪♫ HAPPY 3RD BIRTHDAY IMAN QHALIF ♫♪♫

Fresh from oven

Tangisan pertama


My name is ......





12 April 2012 @ 9.00 am - 12 April 2015 = 3 Tahun

SELAMAT HARI LAHIR IMAN QHALIF BIN HUSAINI. Doa ibu dan abah...semoga Iman Qhalif membesar sebagai seorang khalifah yang beriman lagi soleh. Bijak pandai. Diterangkan hati, ditetapkan iman, taat pada perintah allah...kepada kedua ibu bapa, hormat orang yang lebih tua, di kurniakan kesihatan yang baik, di panjangkan usia, di murahkan rezeki dan di berkati kehidupan dunia akhirat...AMIN...


Just simple celebration. Beli kek pastu nyanyi lagu happy birrthday. Ini pon dah buat qhalif happy. Ibu tak sempat nak buat kek semalam. Nanti ibu buat pastu kita potong kek hasil air tangan ibu plak yerp. Sedih plak rasanya sebab tak dapat buat kek sendiri untuk birthday anak :-(

Sejak nak tambah umur dan umur dah bertambah ni, perangai pon sedikit berubah. Over sensitive plak anak soleh nih. Asyik nak sentap jer. Kenapa ni dik. Buat ibu geram jer tau. Masih lagi menyusu badan. Ni pon buat ibu geram. Menjadi² plak kuat menyusunya. Bagi adik kang baru tau...erkkk...ekekeke...


Ibu, Abah, Abang kimi dan kakak qahirah sayang qhalif hingga hujung nyawa :-)

Note: Gambar ni akan di ulang tayang untuk birthday yang seterusnya juga...hehehe...


google pic. Hari ni kita berada di peghujung tahun hujrah. Dalam beberapa jam dari sekarang, kita akan memasuki fasa baru. Fasa di ma...

Salam Maal Hijrah 1436H/2014 | Perpaduan Nadi Transformasi Negara


Hari ni kita berada di peghujung tahun hujrah. Dalam beberapa jam dari sekarang, kita akan memasuki fasa baru. Fasa di mana tahun baru islam akan membuka tirainya yang baru. How time flies, cepat betul masa berlalu. Selamat Tahun Baru Hijrah. Selamat tinggal 1435 Hijrah dan selamat datang 1436 Hijrah. Tema tahun ni adalah 'PERPADUAN NADI TRANSFORMASI NEGARA'



Salam Maal Hijrah buat semua umat islam diseluruh dunia. Semoga kita dapat memperbaiki diri kita daripada baik kepada yang lebih baik. Insha'allah...Semoga allah terima semua amalan kita pada tahun ini dan di ampuni segala dosa² kita yang lalu. Smoga Di harap tahun baru ni, kita sama² berhijrah untuk membentuk keperibadian yang lebih semourna. Dapat meningkatkan amal ibadat kita semata² hanya kerana allah. Menjaga kedua ibu dan bapa kita dengan kemampuan yang termampu kita laksanakan. Membina, mengukuh dan menjaga silaturahim antara ahli keluarga dan saudara seislam kita dengan lebih baik. Di beri taufik dan hidayah serta sentiasa dalam rahmat allah SWT

Note: Lebih peringatan buat diri sendiri. Semoga di kuatkan iman kita untuk menempuh hari² yang mendatang yang penuh dengan cabaran.


25 September 2010 - 25 September 2014 = 4 Tahun How time flies. Kejap jer dah besar anak dara ibu nih. Penyejuk mata ibu abah even ...

My Dear Princess QAHIRAH | Happy Birthday to You!!!

25 September 2010 - 25 September 2014 = 4 Tahun


How time flies. Kejap jer dah besar anak dara ibu nih. Penyejuk mata ibu abah even ada kalanya menjadi pemanas ibu abah jugak...hehehe...Masih terbayang saat mengandung dan melahirkan kamu nak  *ayat cliche. 

To my dear Princess...my Drama Queen...my strength and my everything. Selamat Ulangtahun Kelahiran yang ke 4. Semoga kakak membesar sebagai anak yang solehah. Membesar sebagai anak yang bijak pandai dan sihat tubuh badan. Hormat ibu abah dan juga orang yang lebih tua. Di kuatkan agama dan ditetapkan Iman dan semoga diberkati kehidupan di dunia dan juga di akhirat. Jadi kakak/adik yang penyayang yer sayang.

Alhamdulillah...banyak perkembangan positive sejak hantar playschool nih. Dan yang buat aku terkejut, qahirah dah hafal doa dhuha dengan maksudnya sekali even sebutannya tak berapa jelas dan pelat² sket. Ya! allah kakak, Ibu dah tua² ni baru lancar baca doa tu kak. Tahun depan tadika harap² dah boleh membaca dan menulis dengan lancar.

Ibu, Abah, Abam Kimi dan juga Adik Qhalif sayang kakak hingga hujung nyawa. Malam nanti kita potong kek yerp. Ibu dah buat kek untuk kakak. Bersengkang mata ibu membakar malam tadi. Sampai kesiangan pagi ni....erkkk...ekekeke...Kek yang di masak dengan penuh kasih sayang. Bila dah besar nanti, sila buat kek untuk ibu pulak yer.

Note: Kebetulan harini ada sambutan hari lahir kat tadika. Jadinya semalan dah beli siap2 kek hantar kat sana. Ada 2 kek lah kamu kakak. 



Hari Malaysia  disambut pada  16 September  setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan  Malaysia  di tarikh yang sama pada t...

Selamat Hari Malaysia 2014


Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah MelayuBorneo Utara (kini Sabah), Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.
Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahanIndonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.
Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Walupun pada awalnya Hari Malaysia bukan merupakan cuti am di Sarawak danSemenanjung Malaysia, namun mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.
Sumber: [SINI]
Selamat Menyambut Hari Malaysia semua. Saya bangga jadi rakyat MALAYSIA yang berbilang kaum, Dapat menikmati kehidupan yang Aman dan Harmoni. Bersyukur lah dengan keamanan yang kita kecapi hari ini.

Sticky post until 4th August 2014. Scroll down untuk entry baru. Kretif jugak #makbanyakanak ni kan. Ada bakat tak...hehehe... Tingg...

SALAM AIDILFITRI 1435H, MAAF ZAHIR DAN BATIN

Sticky post until 4th August 2014. Scroll down untuk entry baru.
Kretif jugak #makbanyakanak ni kan. Ada bakat tak...hehehe...

Tinggal beberapa hari saja lagi Bulan Ramadhan akan melabuhkan tirainya. Hari ni mungkin dah ramai yang last day bekerja. Tapi iols esok masih ada lagi. Jadinya kita nak buat ucapan dulu lah. Di kesempatan ini...saya dan keluaga ingin mengucapkan 'Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin' kepada semua Kawan² IG, FB, BLOG, Followers, Anon dan Silent Reader yang sudi berkunjung ke blog yang tak seberapa nih juga pengunjung IG dan FB . Kedatangan anda semua amat² saya hargai. Ampun dan maaf di pinta jika ada salah dan silap, terkurang ajar atau terkasar bahasa sepanjang saya berblog ni. Ter upload gambar yang menjengkelkan di IG dan juga status yang menjemukan atau menyakitkan hati secara tak sengaja di FB. Hati manusia ni bermacam² jenis kan. KOSONG-KOSONG yerp ☺

Kepada mereka yang akan pulang berhari raya di kampung halaman...pastikan kenderaan anda berada dalam keadaan selamat dan sempurna sebelum memulakan perjalanan. Berhati² di jalan raya. Semoga perjalanan anda dipermudahkan olehNYA dan Semoga anda selamat sampai ke destinasi. Akhir kata....semoga Lebaran ini di sambut dengan penuh Kegembiraan :-)

Note: Bersederhana jer tahun ni. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...