Baju Muslimah Kanak-kanak

AFB Feeds

Showing posts with label hubby. Show all posts
Showing posts with label hubby. Show all posts

Pejam celik pejam celik... Laaaa... Dah sebelas tahun AKU TERIMA NIKAHNYA . Tarikh 26 November 2005 menjadi saksi berakhirnya kisah cin...

Alhamdulillah... Dah 11 Tahun Hidup Bersama


Pejam celik pejam celik... Laaaa... Dah sebelas tahun AKU TERIMA NIKAHNYA. Tarikh 26 November 2005 menjadi saksi berakhirnya kisah cinta kami. Berakhirnya status tunang dengan bergantinya status Suami dan Isteri. Tarikh yang tak kan pernah luout dalam ingatan. Dengan 5 kali lafaz tu. Nasib tak kena mandi dengan air kolam masjid kan... Hahahaha... Gementar yerp. 

Alhamdulillah... Sebelas tahun yang penuh dengan memori... Suka, duka, pahit, manis...cukup rencah nya. There are things we don't want to happen but have to accept. Things we don't want to know but have to learn. Bukan mudah nak pertahankan mahligai yang kita bina bila dugaan datang menjelma. Dugaan yang buat kau berubah 360 darjah kalau iman kau tak kuat. Kunci untuk semua ini adalah 'SABAR' dan 'REDHA' untuk setiap ujian yang datang. 

Happy 11th Anniversary suami. Pimpinlah tangan isterimu ini ke Syurga ALLAH. I will continue to gather all my strenght to love you. Inshaa'allah... jika dengan izinNYA. Sebelas tahun usia perkahwinan dengan kehadiran empat penyeri rumahtangga... Alhamdulillah... Terima kasih atas ucapan dan doa yang diterima di FB dan juga IG. Aamiin untuk doa-doa tersebut. Hanya allah yang dapat membalasnya. Smoga ada doa-doa kalian semua yang di angkat olehNYA.

Note: Baru sebelas tahun. Perjalanan masih panjang lagi. 



Sebenarnya dah lepas last week 28 April 2016. Tapi nak jugak wish dalam blog. Gedik sangat kau kan.... hahahaha... Asalkan ada entry. ...

Selamat Tambah Umur SUAMI!!!



Sebenarnya dah lepas last week 28 April 2016. Tapi nak jugak wish dalam blog. Gedik sangat kau kan.... hahahaha... Asalkan ada entry. Dapat update sehari sekali pon dah ok kan. Buat suami... Smoga panjang umur, dilebatkan lagi rezeki, diberi kesihatan yang baik dan diberkati kehidupan didunia dan akhirat. We 👩👦👧👦👶 💘💗 you 👨


Hadiah buat si dia hanya sebijik kek Japanese Cotton Cheesecake yang dibuat dengan penuh kasih sayang peluk cium bagai. Gigih #emakempatanak. membako. Dengan anak keciknya lagi. Yang mengacau jangan cakap lah. Nak gak nolong buat. Layan kan jer lah. stress #makempatanak ni.

Alhamdulillah...menjadi gak kek nya. 1st time buat. Resepi pon sangatlah simple. Cantik sangat kejadiannya. Rasa apatah lagi...moist, gebu dan sedap. Nanti iols share resepi yerp. 

Note: Orang lelaki ni kalau nak memuji memang payah kan. Tapi kalau makan bertambah tu maknanya sedap lah kan ☺☺



26th NOVEMBER 2005 - 26th NOVEMBER 2015 = 10 TAHUN Even dan 10 tahun kawin, wajah tu masih maintain macam baru kawin...muahahaha......

10 Tahun Bersama | Happy Wedding Anniversary!!!

26th NOVEMBER 2005 - 26th NOVEMBER 2015 = 10 TAHUN


Even dan 10 tahun kawin, wajah tu masih maintain macam baru kawin...muahahaha...dasar perasan. Alhamdulillah...sedekad sudah usia perkahwinan kami. Macam tak percaya jer dah 10 tahun melayari alam rumahtangga. Dah melepasi fasa kedua. Dalam erti kata pada fasa ini suami isteri sudah memahami sikap pasangan masing-masing. Sudah maklum apa yang boleh jadi punca konflik dan cara mengelakkannya.

Sedekad yang penuh dengan memori...Suka, duka, pahit, manis, ribut, taufam, tsunami sampai ada masanya rasa nak tersungkur...cukup rencah nya. Tapi alhamdulillah...Masih kekal bertahan. Terima kasih ALLAH sebab memilih aku untuk menjadi insan terpilih menerima ujian dariMU ini. Kunci untuk semua ini adalah 'SABAR'.


10 Tahun usia perkahwinan dengan kehadiran 3 amanah dariNYA ini sebagai pelengkap dan penyeri rumahtangga. Ada yang bakal menyusul???...Insya'allah...doa² kan lah. Kita hanya merancang. Tapi DIA perancang terhebat. 


Happy 10th Anniversary suami. Growing old with you is the best thing I could ever dream of. I will continue to gather all my strength to love you. Inshaa'allah...jika dengan izinNYA. Smoga dugaan yang pernah dilalui membuatkan hubungan kita makin matang, kuat, mekar, erat dan hangat...I Love You.

Semoga diberi kekuatan untuk terus melayari alam rumahtangga yg penuh cabaran dan dugaan ini dengan penuh tabah dan sabar. Maaf suami jika aku tak sempurna di matamu. Maaf di atas segala kelemahan dan kekhilafan sepanjang menjadi zaujah mu.

Note: Pepagi dah hantar WhatsApps. Ingatkan husband lupa tarikh. Biasalah orang lelaki kan selalu lupa tarikh² penting ☺☺


Sekali sekala citer pasal husband. Erkkkk...rasanya jarang kot. Alaaaa...bagi chance lah sket nak show off...hahaha...Biasalah orang lelaki...

Bila SUAMI Masuk Dapur!!!

Sekali sekala citer pasal husband. Erkkkk...rasanya jarang kot. Alaaaa...bagi chance lah sket nak show off...hahaha...Biasalah orang lelaki ni kan. Jarang nak tunjuk skill memasak dia tu. Tapi bila sekali sekala masuk dapur bersilat dengan sudip and kuali. Ehhhhhhh....sedapnya masak.


Dinner malam tadi jer pon. Buat mee goreng. Bahan² suma dah siap. Tinggal nak masak jer. Bila husband offer diri nak take over, wife apa lagi. lompat bintang lah. Kentang kentung kentang kentung...maka terhasillah mee goreng air tangan suami. Bukan main bangga lagi bila orang puji mee goreng dia sedap. Cer kalau kita masak, nak dengar perkataan...'emmm...sedapnya' tu pon payah. Tapi kalau dah makan bertambah tu maknanya sedap lah kan. Cuma ego nak puji masakan isteri tu sedap. Kan...kan....ngeee...

Ingatkan boleh lah bawak bekal. Tapi laku plak mee goreng air tangan suami ni. Bertambah² makan ngan anak². Next time tugas menggoreng mee dah boleh serah kat husband lah macam ni. Dah...tu jer nak citer. Tu pon nak kecoh kan. Kbai!

Note: Pening dok mikir nak masak apa setiap hari. 


Barulah boleh bercerita harini. Semalam HP kehabisam bateri dari pagi. Charger tinggal kat umah. Biasalah...dah lama cuti, lemau plak s...

Reka Zone Playland IOI Mall, Puchong


Barulah boleh bercerita harini. Semalam HP kehabisam bateri dari pagi. Charger tinggal kat umah. Biasalah...dah lama cuti, lemau plak semalam sampai charger HP pon lupa nak bawak...ppffttt...Macam mana sehari tanpa HP?? Alaaaaa...boleh jer hidup. Tak der masalah pon...hehehe...Ok...sambung citer.

Cuti panjang haritu bawak anak² kat REKA ZONE PLAYLAND ni lah. Kalau dok memerap kat umah rasa kesian plak kat anak², Main...gaduh...menyepah. Tu lah kerjanya. Kalau kita laki bini jer yang memerap tak per jugak...erkkkk...kahkahkah...Jadinya, demi nak hiburkan hati anak², belanja lah ImanQahirahQhalif ke Reka Zone Playland nih. Pepagi dah soh dorang siap. Pergi awal, boleh balik awal kan. 


Ni entrance fees yang perlu di bayar. Jangan lupa bawak socks sekali yerp. Kalau tak bawak, boleh beli kat kaunter tu. Cantik² color socks yang ada sebab aku tak bawak socks. Jadinya kena lah beli. Harga RM5.50 *tak hingat dah. 


Lepas tu, kalau uolls rasa nak shopping tapi tak nak bawak anak² *boleh ker ☺. Atau pon nak dating tanpa gangguan ker, boleh jugak tinggalkan anak² kat sini. Harga seperti yang tertera di gambar yerp. 


Teruja memasing bila masuk sini. Main lah puas². Maklumlah...1st time masuk tempat macam ni. Selalu main kat playground jer. Kesian kan. Tu yang jakun sket bila dapat main dekat indoor playground yang besar macam ni. Siap nak ajak datang lagi tu. Ada rezeki nanti kita datang lagi yer ImanQahirahQhalif.


Antara play area yang ada kat Reka Zone Playland nih. Best jugak lepak sini. Wifi ada. Toilet disediakan kat dalam tu. Memang selesa lah. 


Tolongggggg...saya lemas dalam timbunan bola...hehehe...Cuba cari benda tersembunyi disitu. Alaaaa...dah nampak pon...haha...

Nak masuk sedekad dah kami. My tall, dark and handsome *from my eyes* husband ☺

Eheemmm...ehemmm...Sementara tunggu anak² main, kita wefie dulu lah. Nak ajak wefie dengan laki sendiri pon segan ko. Boleh gittew. Iyerlah...Orang tu tak suka bergambar. Tapi kan...


Erkkkk...Gambar siapa yang banyak nih??...hahaha...Gambar selfie si abah dengan anak sulung jer tak der. Sebab si abang busy main dengan kawan yang dia baru kenal dalam tu. 

I love you, you love me. We are happy family ☺

Last but not least. Bila dah duduk lama² dalam ni bergambar jer lah kerjanya. Jarang nak bergambar sefamily macam ni. Apatah lagi nak wefie somi isteri. Bagi chance lah sekali sekala tepek dalam blog kan. Dekat 3 jam jugak lah lepak kat Reka Zone Playland. Bila ajak balik memasing berat hati nak balik. 

Kalau nak buat birthday party, boleh jugak buat kat sini. Kalau nak tau lebih lanjut pasal Reka Zone Playland, boleh lawati:

Website: rekazone.com

Note: Kalau ada rezeki lebih, nak bawak dorang gi District 21 plak ☺


To my TALL, DARK and HANDSOME Husband...SELAMAT HARI LAHIR Abang Sado. SMOGA DIPANJANGKAN UMUR. DIMURAHKAN REZEKI. DIBERI KESIHATAN Y...

Selamat Hari Lahir SUAMII!!


To my TALL, DARK and HANDSOME Husband...SELAMAT HARI LAHIR Abang Sado. SMOGA DIPANJANGKAN UMUR. DIMURAHKAN REZEKI. DIBERI KESIHATAN YANG BAIK. DIKUATKAN IMAN DAN DIPERMUDAHKAN SEMUA URUSAN. 


WE LOVE YOU ABAH ☺

Note: Gambar ulang tayang jer. Sebab kami tak suka bergambar. Boleh di kira jer gambar kami laki bini nih. Kesian kan. Tak tau lah kalau dengan orang lain dia jadi kaki suka bergambar.


Disatu petang nan indah. Sesuatu yang unsangkarable telah terjadi. Masuk jer rumah tengok rumah macam lain jer...macam baru lepas di ke...

Wow...Bersih!!!!


Disatu petang nan indah. Sesuatu yang unsangkarable telah terjadi. Masuk jer rumah tengok rumah macam lain jer...macam baru lepas di kemas jer. Meja makan bersih tersusun. Dapur pon cantik berkilat. Sink bersih tak der pinggancawan kotor. Lantai pon bersih bersapu. Baju dah siap bersidai. Wow....tanjat plak gegirl nengok. 

Malam plak. Tetiba offer tolong masakkan. Iolls cuma goreng ayam jer. Masak special. Tergoda tengok chef dalam JJCM (Jalan Jalan Cari Makan) tu masak. Terus cari bahan nak masak. Masak #GulaiUdangMasakLemakNenasUntukAkuDiaDanAnak²...hamek kau panjang punya #ashtag. Ringan sket kerja haritu.

Orang lelaki ni kekadang suka buat kejutan. Ini lah kejutan yang aku dapat. Rumah kemas, dapur bersih, baju dah siap bersidai, makan malam pon dia yang masak. Memang unsangkarable lah. Kalau hari² buat kejutan macam ni kan best...hehehehe...

Apa² pon, mekasih En. Suami sebab meringankan tugas isterimu ini. Nanti buat kejutan macam ni lagi yerp. Sekali skala citer pasal somi. Jangan meluat plak yer ☺☺

Note: Maaf kawan². Tak dapat terjah umah uolls. Mana yang sempat jer. Yang tak sempat tu tunggu komen marathon jer lah yerp.


Pernah tak jadi kat uolls, barang macam cincin ker, jam ker atau apa² barang sekali pon hilang? Pada hal dah cari kat tempat yang biasa kit...

Kecoh!!!

Pernah tak jadi kat uolls, barang macam cincin ker, jam ker atau apa² barang sekali pon hilang? Pada hal dah cari kat tempat yang biasa kita letak barang² tu. Tapi tak der gak. Mula lah ko selongkar satu rumah mencari. Tapi sebenarnya barang tu ada jer kat tempat tempat biasa kita letak tu. Cuma bila kita cari dalam keadaan hati tak tenang dan kelam kabut. Barang depat mata pon kita tak nampak kan...kan...mengaku jer lah. Sebab aku baru jer kena hari ahad tu...cisssss....

Gambar ulang tayang. Abaikanlah kunci kereta ku yang dah uzur tu. 

Kecoh serumah bila kinci kereta ghaib tetiba. Dah siap nak keluar dah nih. Kononnya nak keluar awal ke Muzium Negara. Tapi di sebabkan kunci keta punya hal. Terus delay dekat 30 minit. Cuba recall balik kejadian hari sabtu. Memang keta dah kunci. Pastu naik rumah letak kat atas meja tu macam biasa  lah. 

Tapi kenapa tak ada? En. somi pon dah check kat meja tu. Maka...bermulalah adegan selongar menyelongkar seantero rumah. Check dalam poket seluar. Punggah katil. kot² ter letak kat atas katil atau jatuh celah² katil ker. Punggah plak bakul kat meja solek tu. Pastu intai² bawah kerusi kot terjatuh bawah tu. Cek celah² kusyen kot terselit dalam tu. Lagi best...gi cek dalam freezer kot² si budak bijak qhalif tu letak kunci dalam tu ker. Sebab dia pernah letak kunci motor abah dia dalam tu...ppffttt...

Tak ada wei. Soh plak si kimi turun tengok kot² tertinggal dalam keta. Pastu tanya plak kat pak guard kalau ada ternampak kunci tercicir ker....perghhhhhh...memang kecoh dan tegang. Nak tak nak, kena cari kunci spare. Dah nak kena punggah plak drawer dalam bilik tu. Aku ni pon dah macam mandor dok mundar mandir cari sambil dalam hati berdoa 'ya! allah...tunjukkan lah petunjukmu kat mana kunci keta tu'

Terus gi kat meja bulat sebab tergerak hati nak check balik kat situ, Nahhhhhh...elok jer ada atas meja tu dengan kinci rumah. Cuma kunci tu di tutupi oleh kertas. Komen si suami 'Abang dah check kat situ tadi. Tapi macam mana boleh tak tergerak nak selak kertas tu erk'...ppffttttt...Mampu senyum jer lah ☺☺

Note: Jeles jer tengok orang update pasal Big Bad Wolf. Rasa mcm nak gi jumaat ni sebab dah apply cuti ☺☺


Ni sabtu aritu punya cerita. Iman Hakimi yang kepenatan balik dari sekolah. Ada sekolah ganti sabtu tu. Ganti untuk Hari Raya nanti. Aw...

Bantal Paling EMPUK!!!


Ni sabtu aritu punya cerita. Iman Hakimi yang kepenatan balik dari sekolah. Ada sekolah ganti sabtu tu. Ganti untuk Hari Raya nanti. Awal betul gantinya khenn. Skolah anak² uols dah start ganti ker belum? Even skolah hari sabtu, kena pergi jugak. Tak boleh ponteng² skolah tanpa sebab yang munasabah. So far Iman Hakimi belum pernah tak datang skolah setakat bulan May ni. Harap² penuh lah kedatangannya. Tapi untuk skolah agama adalah 3-4 hari tak skolah. Erkkkk...ni nak citer pasal skolah ker pasal bantal empuk...muahahaha...

Ok...Si kimi ni memang terangatlah jarang tidur siang Kalau suma orang tido siang, dia sesorang  lah melayan perasaan sambil tengok TV. Soh tido tak nak plak dia tido. Pendek kata memang susah lah nak tido siang. Ntah kenapa aritu datang angin ngantuk dia gamaknya, tertidur atas badan abahnya. Kepenatan sebab skolah hari sabtu kot. Empuk sangat badan abah tu. Kerja angkat besi jewr. Nak six pax kononnya. Cer baring kat belakang ibu ni, rasa tulang jer kot...hehehe...

Note: Maaf lah uols. Iols tak dapat nak terjah rumah² uols. Mana yang sempat jewr nih. Sekian...



SELAMAT HARI LAHIR, HAPPY BORN DAY, HAPPY BIRTHDAY, SANAH HELWA buat teman sebilik, teman sekatil, teman sebantal, teman bermanja, tem...

Selamat Hari Lahir SUAMI!!!



SELAMAT HARI LAHIR, HAPPY BORN DAY, HAPPY BIRTHDAY, SANAH HELWA buat teman sebilik, teman sekatil, teman sebantal, teman bermanja, teman bergurau senda, teman bergaduh dan teman bermasam muka. 


Smoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik dan smoga diberkati kehidupan didunia dan akhirat. Hanya KASIH SAYANG  dan KESETIAN hadiah paling berharga yang saya boleh bagi walau dugaan datang bertubi². Dan smoga ianya kekal dan tak berpaling...in shaa allah.

Note: Gigih membaking sampai pukul 2 pagi tadi. 



Itu lah punca my dear hubby demam on and off nak masuk 5 hari. Ujian blood test dah kluar tadi. Doctor cakap sel darah putih dia tinggi ...

Demam sebab Sel DARAH PUTIH Tinggi!!!


Itu lah punca my dear hubby demam on and off nak masuk 5 hari. Ujian blood test dah kluar tadi. Doctor cakap sel darah putih dia tinggi dari sel darah merah. Tu yang demam sebab ada infection. Kalau sel darah putih rendah, tu dah masuk kategori demam denggi. Alhamdulillah lah bebas denggi. Tapi risau tetap risau even dia cakap tak der apa². Mana tau kot nak sorok tak nak bagi isteri dia ni risau terlampau kann. Terus aku PM DOCTOR BLOGGER @ DaddyZZZ. Tak tunggu masa yang lama nak dapat reply. Terbaiklah doctor Khairul ☺


Ini lah jawapannya. Memang doctor bekalkan ubat Antibiotic. Kena makan sampai habis. Tapi kalau masih berterusan, kena buat follow up balik. Ni yang aku rasa tak sedap hati nak dengar tau. Try gak cari info pasal terlebih darah putih ni. Tapi banyak dalam bahasa indon. Tak kose lah aku nak translate. Last² jumpa gak dalam bahasa ibunda kita nih. Ok...meh baca. Hari ni kita belajar pasal darah putih yer murid².

SEL DARAH PUTIH 

Sel darah putih juga dikenali dengan nama leukosit. Sel darah putih merupakan salah satu komponen yang membentuk darah di dalam sistem peredaran darah tubuh manusia. Seperti yang kita ketahui sel darah putih berperanan untuk membantu tubuh melawan berbagai jangkitan penyakit dan sebagai sebahagian sistem pertahanan tubuh dari penyakit. Terdapat pelbagai jenis pengkelasan sel darah putih iaitu sel neutrofil, sel basofil, sel eosinofil, sel limfosit dan sel monosit. Sel darah putih mengadungi granul-granul dan juga nukleus.

JENIS-JENIS SEL DARAH PUTIH 

SEL NEUTROFIL - Sel neutrofil mempunyai beberapa lobul nukleus diantara tiga hingga lima. Permukaanya adalah bergranul. Kandungannya didalam lingkungan 70 peratus dari keseluruhan komponen sel darah putih.Sel neutrofil selalunya menjadi agen sistem pertahanan tubuh badan dari serangan bakteria dan virus. Sel-sel ini akan memfagosit bendasing ini sehingga tersingkir dari tubuh badan. 

SEL BASOFIL - Basofil memainkan peranan dalam memberi reaksi alergi dan antigen dengan cara menghasilkan bahan kimia semulajadi iaiti anti histamin yang menyebabkan peradangan dan kemerahan.. Kandungannya didalam lingkungan 0.5 hingga 1.0 peratus dari keseluruhan komponen sel darah putih. 

SEL EOSINOFIL - Kandungannya sel eosinofil didalam lingkungan lima peratus dari keseluruhan komponen sel darah putih. Sel Eosinofil berkait rapat tentang jangkitan parasit seperti jangkitan penyakit kecacingan. Sel ini memainkan peranan penting dalam menentang jangkitan dari parasit. Dengan demikian meningkatnya eosinofil ianya menandakan banyaknya parasit. semakin tinggi kandungan sel darah putih dalam darah menunjukkan tinggi la juga bakteria yg ada (sel darah putih @ leukosit berfungsi seperti tentera dalam sistem pertahanan badan kita iaitu untuk melawan penyakit)


Maknanya...kalau tinggi sel darah putihnya, tinggi juga lah bacteria yang duduk dalam tu yer...hurmmmm...Smoga sel darah putih my dear hubby turun ke paras normal hendaknya. Katanya dah rasa ok sikit. Haaaa...iyer lah tu...kita tengok malam kang. Kalau tak berselimut, ok lah tu. Tapi kalau berselimut, bacteria jahat tu masih ada lagi jawabnya.

To my dear hubby, smoga cepat sembuh. Sakit tu sebagai petunjuk dan sakit tu sebagai kifarah...setiap kesakitan yang kita hadapi akan mengkifarahkan dosa kita. Kita ni kekadang lalai...kelalaian yang buatkan kita jauh dariNYA. Kesakitan yang datang juga adalah dengan kehendak dan izinNYA. Dengan kesakitan lah yang membuatkan kita teriingat padaNYA dan sedar betapa nikmatnya rasa sihat itu. Ingat tu. 

Note: Alhamdulillah...bersyukur dengan kesihatan yg allah berikan pada aku skang. 




.

Tu dia. Dah boleh buat tajuk drama nih...hehehe...Ok, straight to the point. Nak citer pasal lelaki dan khidmat pesanan ringkas @ shor...

Lelaki..Suami dan SMS!!!


Tu dia. Dah boleh buat tajuk drama nih...hehehe...Ok, straight to the point. Nak citer pasal lelaki dan khidmat pesanan ringkas @ short message service atau singkatannya SMS.


Kita ni orang pompuan kalau menaip bukan main berpatah2 perkataan. Tapi bila dapat replynya, hanya satu perkataan jer. Kalau bernasib baik, di balas nya juga berpatah2 macam:


'Sorry, abg lambat, hujan'

'TQ, luv u. Sorry'

'Nanti abg check'


Contoh ayat panjang macam ni lah. Tapi kalau dapat SMS yg pendek:


'Napa'

'ok'

'kt ner?'

'g mne'


Haaa...short form dan pendek. Ok lagi ni. Ada lagi pendek dari ni. Satu huruf jer yg di replynya ko:


'k'


Sentap tak...sadis tak...Pantas, ringkas dan mudah...ekekeke...redho jer lah. Screen kecik jari beso. Tu yang malas nak taip panjang2 kot. Jangan marah yer darling :-)


Note: Kejap jer dah nak masuk bulan march.

posted from Bloggeroid

Ada 2 orang budak telah berjaya menawan wall climbing dengan jayanya. Berjaya menuju puncak kononya. Inilah budaknya...Iman Hakimi &...

Wall Climbing @ Taman Cabaran, Putrajaya

Ada 2 orang budak telah berjaya menawan wall climbing dengan jayanya. Berjaya menuju puncak kononya.


Inilah budaknya...Iman Hakimi & Iman Qhalif. Qahirah?? Malu nak panjat katanya. Klo kat umah bukan main memanjat lagi khenn kakak. Weekend aktiviti kami bermula di Taman Cabaran Putrajaya. Dulu pernah gi sini, tapi ada budak tu memalu plak. Tapi smalam gi excited plak dia.





video

Seronok plak dia memanjat smalam. Memula takut gak, tapi bila dah berjaya sampai kat atas tu, happy bukan main lagi. Asyik memanjat jer lah. Ni dah excited ajak datang sini lagi.


Ni pon boleh tahan hebat. Nak jugak memanjat. Tapi with abah supervision lah. Klo jatuh pon tak der hal sbb berlapik macam tilam tu.

Wall Climbing ni masuk free untuk budak2. Kalau dewasa kena bayar RM6.00. Waktu operasi start pukul:

10.00 am - 8.00 pm (Ahad-Khamis)

10.00 am - 10.00 pm (Jumaat-Sabtu)

Dari Taman Cabaran, ke Marina Putrajaya plak. Tengok sukan air sambil hirup udara petang. Berjalan kaki sampai ke laut buatan yg kat Pullman tu. Memang exercise kaki betul lah.


Destinasi terakhir, Dataran Gemilang Putrajaya. Faham-fahamlah, bebudak memang pantang nampak air khenn. Apalagi....kita mandi dulu. Aku plak bawa baju qhalif jer, baju kimi & qahirah tak bawak. Nasiblah. Dah puas mandi sampai gigil2, kita pulang kepangkal jalan. Dalam keta kimi & qahirah duduk bawah sebab seluar basah. Sapa soh mandi. Dah cakap baju tak bawa nak mandi juga :-)

Banyak tempat2 menarik kat Putrajaya. Dan masih banyak tempat2 kat Putrajaya yang masih belum di explore lagi.

Note: Ibu & Anak2 happy smalam. Dah lama tak beriadah mcm ni.

posted from Bloggeroid

Macam jakun plak tak pernah ber video call kan...ahaksss... Bervideo call dengan si dia pagi nih. Hari ni si abah jadi Mr. Mama sebab si...

Ber Video Call!!!

Macam jakun plak tak pernah ber video call kan...ahaksss...




Bervideo call dengan si dia pagi nih. Hari ni si abah jadi Mr. Mama sebab si ibu dah start kerja hari ni. Rasa malas jer nak kerja sebab dah lama sangat cuti kan....haiippppp...tak boleh malas2 sebab kerja sebeban dah menanti.


Bertabahlah yer Mr. Mama melayan karenah anak2. Alaaaaa...sehari jer pon. Macam tak biasa plak. Mekasih tolong jagakan anak2 untuk hari ni :-)


Note: Maaf uols. Tak dpt nak terjah umah kamu. Hutang BW dulu yer.

posted from Bloggeroid

Tak habis² lagi kisah 1 Syawal ko kan jemah...hahaha...Nak buat Wordless Wednesday, tak best plak sebab mesti nak bercerita gak kan. Meh t...

1 Syawal 1434H - Gambar CANDID RAYA!!!


Tak habis² lagi kisah 1 Syawal ko kan jemah...hahaha...Nak buat Wordless Wednesday, tak best plak sebab mesti nak bercerita gak kan. Meh tengok ni.


Tergerak nak buat entry lepas nengok gambar candid AJUMOHIT. Sama tak Aju...hehehe...Lebih kurang kan. Salah set timing kekdahnya. Ko tengoklah ni. Bersungguh² aku memujuk dak motak Qhalif ni. Kimi dan Qahirah macam biasalah...buat muka tak der perasaan. Dan bersungguh² juga suamiku berlari nak duduk. Menunjukkan betapa kelam kabutnya kami berphotoshoot #photoshootlahsangatkan di pagi Raya. Last²...hilang sudah kepala suamiku...ehehehe...Memang lawak ah ☺☺

Note: Lepas ni citer pasal open house lah plak.



Pagi ni @ 9.00 am, si dia akan menghadapi peperiksaan. Nak tukar bidang katanya. Peperiksaan berlangsung kat GMI, Bangi. Hari ni 1st ...

Buat SUAMI, Selamat Menjawab Soalan Peperiksaan (>_<)



Pagi ni @ 9.00 am, si dia akan menghadapi peperiksaan. Nak tukar bidang katanya. Peperiksaan berlangsung kat GMI, Bangi. Hari ni 1st paper. Esok tambah lagi 2 paper. Seterusnya kena buat assignment. Buat suami, semoga berjaya dalam peperiksaan dan semoga urusan dipermudahkan olehNYA. Hanya doa dan sokongan yang dapat isterimu ini kirimkan dengan harapan semoga abang beroleh kejayaan. Jawab dengan tenang...relax. Jangan demam sebab terkejut nak amik peperiksaan plak yer. 


Note: Tekak dah mula rasa perit.

Nampak tak? Cantik terletak jer kunci motor tu kan. Semalaman kunci tu kat situ. Memang senang lah pencuri nak amik. Pagi tu si dia sib...

Kunci Motor dekat Motor!!!



Nampak tak? Cantik terletak jer kunci motor tu kan. Semalaman kunci tu kat situ. Memang senang lah pencuri nak amik. Pagi tu si dia sibuk dok cari kunci motor. Cari punya cari tak jumpa. Bila dah turun....kat motor rupanya. Agaknya orang pon tak perasan...selamat motor si dia. 

Dah terjangkit virus si isteri gamaknya. Dua kali tertinggal kunci dalam kereta. Boleh baca kat [SINI] dan [SINI]...hehehe...

Note: Curi masa kejap. Maaf...tak sempat bertandang rumah uols.



Semoga dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik sepanjang ketiadaan isteri kesayanganmu ini. Jaga anak baik² yer abang. Bertabahlah...

Good Luck MR. MAMA (>_<)



Semoga dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik sepanjang ketiadaan isteri kesayanganmu ini. Jaga anak baik² yer abang. Bertabahlah untuk dua hari satu malam ni. Tak lama pon kan. Terima kasih banyak² sebab mengizinkan isterimu ini outstation...hehehe...outstation lah sangat kan. Sambil berjimba² di USS, Singapore tu. Sekali sekala nak menghilangkan stress.

Selain menguruskan anak², di harap juga abang dapat menguruskan EBM (Express Breast Milk) dengan baik. Nanti isteri kesayanganmu ini akan bagi tunjuk ajar. Tak pon abang follow jer instruction yang akan isteri abang ni print nanti yer. Harap² bekalan susu untuk Qhalif mencukupi hendaknya...in shaa allah.

Buat anak²...ImanQahirahQhalif, jangan nakal² yer. Dengar cakap abah tau. Jangan sampai abah bertukar jadi orang hijau...hehehe...Tapi ibu tau, dengan abah kamu ok jer. Qhalif pon macam tu juga. Bila dengan ibu kamu ni mengada² sket. Jangan nangis kalau anak² bangun tengok ibu tak der tau. Ibu pergi dua hari satu malam jer *sedih lah pulok*.

Tapi kenyataannya...tak best berjalan tanpa suami dan anak² sebenarnya. Nanti isterimu ini belikan souvenir yer. 

Note: Jauh di mata...tapi dekat di hati. 1st time berjauhan dengan anak² ni. Mau malam menangis ni...hehehe...





Ni gara² BAG NURSERY Qahirah tertinggal. Barang penting tu kan. Susu, pampers, baju suma dalam tu. Termasuklah HP Samsung TAB, tumpan...

Terlupa...Tak Perasan atau Cuai???



Ni gara² BAG NURSERY Qahirah tertinggal. Barang penting tu kan. Susu, pampers, baju suma dalam tu. Termasuklah HP Samsung TAB, tumpang dalam bag tu juga. Nak kata kelam kabut pagi ni...tak pulak. Siapa yang terlupa...siapa yang tak perasan atau siapa yang cuai nih???...hehehehe...Bukan salah mak yer noks.

Bila anak dah bertambah ni, bag pon bertambah. Tak cukup tangan nak membawanya. Dengan bag pump lagi kan. Jadinya...satu bag untuk kau, satu bag untuk aku...hehehe...Si abah bawa bag qahirah, si ibu bawa bag qhalif dengan bag pump. Si anak bujang yang dah skolah tu bawak bag sendiri lah kan. Aku dah letak bag tu kat rak kasut sebab si dia yang akan kunci pintu and grill suma. Dah tinggalkan pesanan lagi tu.

Masa on the way nak hantar tu, perasan bag qahirah tak der dalam keta. Mungkin si dia bawa skali kot. Sebab anak dara tu naik motor. Tapi dalam hati ni rasa macam ada benda jer yang tinggal ni. Instinct mak betul noks. Sekali HP bunyi, dari nursery...'kak, bag qahirah tak der ni'...alahaiiiiii...suamiku...nak patah balik tak boleh sebab nak masuk cyberjaya dah. 

Sampai office minta ijin bos nak balik kejap, nak hantar bag nursery anak. Call lah si dia tanya pasal bag, hurmmmmm...tak perasan katanya. Terlupa pon iyer juga. Bila aku cakap aku nak balik rumah, si dia kata tak per...biar dia yang amik. Main tarik² tali plak dah, berebut² nak balik amik bag anak...ahaks...Tak per lah, biar si dia jer lah yang balik. Jimat sikit duit minyak. Bukan apa, lagi pon aku nak amik TAB dalam bag tu....huhuhu...

Note: Jadinya...tak boleh nak ber INSTAGRAM, ber FACEBOOK dan ber WHATSAPP untuk hari ni...huhuhu...




Sanah Helwa yang bermaksud Selamat Hari Lahir ^_^ Ada iras FBI ker Happy Birthday, Selamat Hari Lahir, Sanah Helwa...buat teman seb...

Sanah Helwa Ya SUAMI

Sanah Helwa yang bermaksud Selamat Hari Lahir ^_^

Ada iras FBI ker

Happy Birthday, Selamat Hari Lahir, Sanah Helwa...buat teman sebilik, teman sekatil, teman sebantal, teman bergaduh, teman bermasam muka, teman bergurau senda, teman bermandi...opsss.., teman bermanja, SUAMI dan juga teman sehidup semati *in shaa allah kalau dengan izinNYA.

Smoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik dan diberkati kehidupan dunia dan akhirat. Semoga impian nak memiliki sebuah Superbike idaman satu hari nanti menjadi kenyataan. 


Silalah pilih salah satu yer Birthday Boy...hehehe...Hadiah istimewa dah pon awak terima...anak² sebagai pengikat kasih sayang. Selain dari kasih sayang yang saya curahkan dan kesetian. Semoga ianya tidak berpaling tadah *in shaa allah kalau dengan izinNYA juga. 

Note: Hari ni mak jemah cuti ^_^



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...