Baju Muslimah Kanak-kanak

AFB Feeds

Showing posts with label confinement Set. Show all posts
Showing posts with label confinement Set. Show all posts

Tu dia. Tajuk sikit punya panjang. Ada dua cerita dalam satu entry. Boleh lah kan.Pengalaman bersalin anak ketiga tak citer lagi kan. Tapi...

Berpantang Sendiri Bersama Set Berpantang SHAKLEE


Tu dia. Tajuk sikit punya panjang. Ada dua cerita dalam satu entry. Boleh lah kan.Pengalaman bersalin anak ketiga tak citer lagi kan. Tapi tak per lah. Nanti² bley citer. Ni nak citer pasal set berpantang dulu. Atas permintaan Ina @ Intan Berlian dan untuk mommy wanna be juga Biasalah kan. Ibu² mengandung ni memang payah nak memilih set bersalin mana. Rambang mata gamaknya. Banyak sangat pilihan...hehehehe...


Masa pregnant aritu saya ada buat entry pasal Set Bersalin. Ada beberapa pilihan. Dan last² saya pilih untuk mencuba Confinement set Shaklee nih. Bukan apa, masa anak 1st dulu pakai set bersalin AMWAY, tapi sayang sangat sebab tak pakai semua pon barang dalam tu. Saya ni plak jenis culas. Macam rugi jer dgn barang² yang tak pakai tu. At least kalau vitamin ni makan lah jugak even kekadang skip >_<. Untuk anak ketiga ni plak berpantang sendiri jer. Mak cuma jaga seminggu. Nak berpantang kat umah mak tak boleh sebab kimi sekolah. Nak tak nak terpaksa lah pantang sendirian berhad.Tapi ditemani KakNgah saya lah.

Ok...berbalik kepada cerita. Memang best lah makan produk shaklee nih. Mungkin sebab serasi dengan saya kot. Badan memang tak rasa letih langsung. Tidur lewat bangun cepat pon tak per. Memang tak der rasa mengantuk dan penat. Rasa cergas. Tak der rupa macam orang baru lepas bersalin pon. Luka jahit kat bawah tu pon cepat baik. Mungkin sebab jahit pon tak banyak kot. Buat kerja rumah, kemas rumah, basuh baju *mesin yg basuh lah, aku letak baju jer..haha..*, sidai baju dan masak lauk berpantang. Orang dalam rumah tu pon terpaksalah makan lauk dalam pantang gak kan. Perghhhhh...ko nampak tak. Orang baru lepas bersalin buat semua kerja rumah tu. Apa? Tak percaya? Silalah percaya. 

Dalam pantang memang saya seorang yang active. Hari ke 20 saya dah start driving sebab nak amik anak kat sekolah. Kekadang gi kedai sebab nak beli barang² untuk masak. Kalau qahirah tido, berdesup lah saya ke sekolah kimi. Kalau qahirah bangun, terpaksalah bawak anak dara tu skali. Naik tangga turun tangga mak noks dengan dukung anak dara tu. Nampak tak...nampak tak...dalam pantang dah dukung anak yg belum 2 tahun tu. Berpantang kali ni sangat mencabar sebab saya kena jaga qahirah. Kenapa tak hantar nursery? Haaaaa....sebab anak ku itu kena KUDIS BUTA. Hutang lagi citer tu. Nanti² saya citer yer. Ingatkan boleh lah berpantang dengan aman damai. Tapi sebaliknya. Ada hikmah disebaliknya tu.



Dah nampak kan kelebihan confinement set SHAKLEE nih. Serious...memang saya tak rasa letih. Bab susu badan pulak. Alhamdulillah...susu memang meriah. Baby pon tak der kena jaundices.


Set bersalin Shaklee ni ada 2 jenis. Satu untuk trial set yang penggunaannya selama 40 hari. Harga plak RM100.00. Satu set lagi boleh tahan sampai 4 bulan. Harga plak RM225. Ni harga promotion termasuk pos tau. Kalau tak harganya RM270. Kena pandai cari dealer dan pandai survey harga. Ada yang jual murah dan ada yang jual mahal. Saya beli dulu dengan Farah @ Mommy Iskandar Sampai hari ni confinement set tu ada lagi. Masih belum habis. *Nampak sangat ko ni culas makan ubat fiza oooiiiii...hehehe...*

Owh ya..set ni ada 4 jenis supplement. Vitamin B, Vitamin C, Multivitamin dan Zinc.Kalau nak tau lebih lanjut, bley klik kat link tu. Harap² info ni bley membantu ina yer dan juga ibu² yang tengah pening nak pilih set bersalin yang mana satu. Pilihan ditangan anda.

Note: Bila berpantang sendiri nih, memula jer ikut pantang. Lama²...langgar pantang larang. Tak der orang nak pantau...hahaha...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...