AFB Feeds

Showing posts with label confinement. Show all posts
Showing posts with label confinement. Show all posts

Rindu dengan blog. Dah lama tak mencurahkan luahan perasaan kat sini. Ntah ada orang baca ker tak ni...

Pantang Oh! Pantang

Rindu dengan blog. Dah lama tak mencurahkan luahan perasaan kat sini. Ntah ada orang baca ker tak ni. Maklumlah... Orang baru dapat baby. Blog pon jadi sunyi sepi... Hurmmmm...



Ni maktang nak buat luahan perasaan. Harini masuk 31 hari berpantang. Tapi tak macam orang berpantang pon. Semuanya gara2 jaundice. I hate you jaundice. 1st time handle anak kena jaundice yang lama. Sampai admitted 2 hari kat spital masa baby baru 6 hari. Abang2 ngan kakak dia dulu tak lama macam ni.

Konon sbelum bersalin dah setting nak pantang betul2. Nak berbengkung 44 hari. Nak jaga makan. Tapi kita hanya merancang. Ditakdirkan yang baby kena jaundice.

Makan pon tak macam orang pantang. Halia, kunyit, lada hitam... Tak makan. Takut nak makan.

Naik turun klinik kesihatan lah maktang dalam hari. Naik turun tangga berkali2. Kluar malam gi KK sebab husband keja siang. Tawakal jer lah maktang bawak baby dalam hari memalam. Tu jer masa yang ada. Darurat ko. Tapi aku yakin yang DIA ada untuk jaga kami.

Skang ni follow up kat Hospital Serdang plak. Sebab jaundice tinggi sangat. Dr private cakap Breastmilk jaundice. Dr gomen cakap prolonged jaundice. Memang makan bulan jugak lah nak hilang prolonged jaundice nih.

Memang terganggu betul emosi aku yang dalam pantang nih. Especially masa baby admitted 2 hari kat hospital. Baby baru 6 hari kot. Bengkak mata nangis sebab baby tak der disisi.

Tambah terganggu bila baby kena cucuk amik darah. Allah... Luluh hati. Nangis maktang dibuatnya. Kalau kat KK cucuk kat kaki. Spital plak cucuk kat tangan. Asik kena cucuk jer lah baby aku.

Pagi ni kena buat urine test lagi for the 3rd time. 2nd time buat last week urine mungkin dah tercemar... Katanya. Sakit jer hati aku dengar. Dr cucuk kat ari2 baby plak tu. Nak tgk ada jangkitan ker tak. Hope suma ok.

Dugaan allah nak bagi kan. Redho dan berlapang dada jer. Mungkin ada hikmah disebaliknya. Kuning baby pon nampak dah mula hilang. Dan harap sangat hilang terus. Tak sanggup lagi dah tengok baby kena cucuk.

Note: Doakan baby kita cepat sembuh yer.

posted from Bloggeroid

Google pic. Buat ibu² dan bakal² ibu tu, please take note. Aku pon baru tau. Kalau sebelum ni...

Jenis² Pantang Selepas Bersalin

Buat ibu² dan bakal² ibu tu, please take note. Aku pon baru tau. Kalau sebelum ni pantang yang aku tahu selepas bersalin adalah pantang 44 hari. Tak boleh buat kerja berat². Makan kena pantang dan lain² lagilah. Pastu dengan pantang 100 hari. Yang ni aku tau pentang bersama ngan suami. Tapi lepas baca info yang ICE @ Siti Aishah (Certified Confinement Therapist) bagi ni, baru lah aku jelas maksudnya. Kenapa kena pantang 44 hari, 100 hari, 6 bulan dan juga setahun.

Pernah dengar tak orang lepas bersalin tak boleh makan laksa setahun? Aku follow jugak. Tapi tak jelas kenapa kena pantang laksa. Orang pantang ko pon nak pantang jugak kan. Tapi tak tau kenapa...hahaha...Sekadar merasa tu ada lah sket. Yang aku tau, ianya berkaitan dengan urat. Ok...panjang plak mukadimahnya. Meh baca jenis² pantang dan apa kaintannya.

PANTANG 44 HARI

- Pantang keluar rumah

Tapi skang ni ramai yang langgar pantang. Belum 44 hari dah kluar rumah. aku lettew. Sebab pantang sendiri kan.

PANTANG 100 HARI

- Pantang Suami
- Pantang mandi air sejuk
- Pantang ber aircond
- Pantang angkat benda berat² hatta dukung anak selain newborn
- Pantang kena hujan

Yang ni pon bedal jugak. Mandi jer air sejuk. Water heater tak der. Dukung anak pon sama jugak. Biasalah...beza anak kedua ngan ketiga tak banyak sangat even gap 2 tahun.

PANTANG 6 BULAN

- Pantang makan selagi baby yang fully breastfeed tak start solid food. Kalau tak fully breastfeed pon elok pantang makan 6 bulan supaya badan betul² sihat
- Pantang exercise yang hardcore

Ikut jugak nih. Tapi banyaknya yang langgar lah. So far baby ok...tak meragam. Exercise plak yang hardcore tu tak der lah. Buat kerja² rumah jer.

PANTANG SETAHUN

- Minum berais
- Pantang laksa dan pulut

Ais ni memang tak menahan wei. Nikmat bila dapat minum tu...perghhhh...ko tunggu lah  bila dah berumur nanti...nnggeeee...Tapi tak der lah hari² minum berais. Sampai skang klo makan kat kedai aku order air yang tak berais. Cuma mengicak sket lah air en. bos. Tapi kalau cuaca panas sangat, memang punah lah. Sirap limua ais kurang satu lah nampaknya.  

Kepantangan makan laksa selama setahun plak. Menurut dari komen yang aku baca, laksa ni sejuk. Boleh kembang urat. Sama jugak kot kalau makan pulut. Pulut ni pon aku tak boleh makan banyak². Memang berangin satu badan.

Kenapa perut still buncit? Haaaa...sila salah kan diri sendiri yerp. Perut tak kempis bukan sebab tak diet. Tapi sebab tak buang air besar berhari² masa dalam pantang dan SEBAB TAK PAKAI BENGKUNG DENGAN BETUL. PERUT YANG SENTIASA MEMBUANG DAN DIPAKAIKAN BENGKUNG AKAN KEMPIS. Tetapi...ada tetapi tu. Perut tetap menggerutu sebab kulit tak mampu anjal balik. Sebab tu kena istiqomah berbengkung dengan campuran ubat barut. 

Macam mana nak kempiskan perut? Yang ni best sebab aku pon nak mengempiskan perut yang dah start membuncit nih. Senang jer ubatnya. Kena amalkan herba dalaman yang melawaskan pembuangan air besar. Luaran plak kena pakai girdle waktu siang. Dan bengkung pada waktu malam. Dan.....KENA EXERCISE!!

Masa dalam pantang ketiga² anak memang aku menghadapi masalah nak membuang. Sembelit ko. Memang seksa lagi menyiksakan. Nangis wei dok dalam toilet lelama. Nak meneran lebih², takut terkoyak plak jahitan episiotomi. Ngeri bila di ingatkan balik. Berbengkung plak boleh dikira dengan jari berapa kali pakai. Lebih² lagi masa pantang anak ketiga. Skang bila perut dah buncit rasa macam....nak pakai bengkung balik lah. 

Lepas ni kalau ada rezeki baby lagi...erkkkk...hahahaha...nak pantang betul² lah. Tak nak memain lagi. Nak pakai lama kan. Kena lah jaga. Kesan nya memang kita tak nampak sekarang. Tapi masa akan datang? Fikirlah sendiri. 

Note: Perut menggerutu tu adalah parut yang paling mahal. Bukti yang anak² pernah duduk dalam tu ☺


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Shoplinks