Baju Muslimah Kanak-kanak
Showing posts with label bicara. Show all posts
Showing posts with label bicara. Show all posts

Yesssss... 12 months already and still counting for another 12 months. Kiranya aku dah dapat Diploma in Breastfeeding. Tahniah buat diri se...

Breastfeeding Journey | 12 Bulan Yang Indah

Yesssss... 12 months already and still counting for another 12 months. Kiranya aku dah dapat Diploma in Breastfeeding. Tahniah buat diri sendiri kerana dah berjaya mencapai stage kedua. Stage pertama dari lahir hingga 6 bulan. Stage kedua 6 bulan hingga 1 tahun. Sekarang dalam target nak kejar PHD in Breastfeeding pulak sampai cukup umur Iman Harraz 2 tahun.


Menyusu anak tak semudah yang disangka. Tapi ada yang kata menyusu badan ni senang. Iyer... memang senang sebab kau tak perlu bancuh susu malam-malam. Kau tak perlu bawak bakul susu pergi mana-mana. Kau tak perlu fikir harga susu yang makin melambung harganya sebab breastfeeding ni is free. Kau dah jimat berganda kat situ. Memang senang kan.

Tapi kau tau tak atas kesenangn tu ada cabarannya nya jugak yang kau kena lalui? Tidur malam kau tak cukup sebab anak minta disusukan. Iyer... kau selak jer. Tapi kalau dah 4-5 kali bangun kau lena ker lepas tu? Breastfeeding in public. Kau ingat ibu-ibu menyusu macam aku ni tak segan ker menyusu dekat kawasan yang crowded even aurat terjaga? Malu tetap malu. Nak cari nursing room macam lah kau kenyit jer mata dah boleh sampai kat situ. Takkk... Melainkan kau dah faham selok belok pasaraya dimana letaknya nursing room. Tak kan kau nak biar anak kau menangis-nangis nak susu tapi kau tak nak bagi sebab tak jumpa nursing room. Kejam sangat nih. Nak tak nak kau kena lah cari kerusi susukan anak kau. Lepas tu hadaplah kau dengan pandangan-pandangan yang kurang enak ibarat kau susu kan anak ditempat awam tu ada lah satu kesalahan yang besar. Seronok tak bila ada segelintir manusia berfikiran macam ni... ppffttt...

 Kenangan... Stok susu yang berjaya dibuat. Tapi dah habis :-(

Bila susu kau merudum secara tiba-tiba. Kau ingat senang nak maintain kuantiti susu setiap hari? Especially bagi ibu-ibu yang baru bekerja lepas cuti bersalin. Timing untuk mengepam mesti lari punya. Dengan stress kerjanya lagi. Bertuah lah kalau korang jenis yang konsisten setiap hari. Yang ni memang aku salute. Tambah parah bila stok susu kau dah habis macam aku. Hari ni perah untuk bekalan hari esok. Macam ni lah bila susu kau merudum. Asik amik stok yang dah disimpan. Lama-lama susut sampai dah tak ada baki. Memang menangis kau dibuatnya.

Support.. Bukan mudah nak dapat support dari orang sekeliling. Bila cerita susu makin kurang, jawapan dia senang jer 'Bagi jer susu formula'. Bila anak kau asyik mengempeng, dikatanya 'tak puas menyusu tu. Susu dah sikit agaknya'. Bila susu yang kau pam tu nampak cair, dikatanya 'tak der khasiat tu. nampak cair jer susu'. Nampak sangat kau tak tau apa itu FOREMILK dan HINDMILK.

Kau kena faham. FOREMILK adalah air susu ibu yang yang pekat dan keluar pada peringkat awal menyusukan bayi.Ia bersifat cair tetapi kaya dengan laktosa dan protein yang penting untuk pertumbuhan otak. Oleh kerana sifatnya yang cair maka foremilk berguna untuk menghilangkan dahaga bayi. HINDMILK pula keluar beberapa saat selepas foremilk. Sifatnya lebih pekat dan mengandungi banyak lemak berbanding foremilk. Ia berfungsi untuk membantu tumbesaran fizikal bayi. Hindmilk yang lebih tinggi lemak dapat memberikan kesan kenyang kepada bayi.

Medela Swing yang masih berkhidmat. Dah nak masuk 7 tahun pakai :-)

Jadinya... Tolong lah support. Suami especially. Isteri dah tolong bagi anak susu sedangkan awak tidur lena tanpa gangguan. Dah tolong jimatkan duit susu. Apa salahnya tolong ambil berat pada isteri yang menyusukan anak awak ni. Cuba tanya isteri 'Macam mana susu. Cukup tak?'. 'Susu lancar ker? Nanti abang beli kan milkbooster' 'Pam susu ok tak. Ada nak kena tukar sparepart?'... Haaa.. Contohnya. Ambik lah berat sikit. Tolong basuhkan pam susu ker. Tolong asingkan susu dalam botol siap-siap selepas di perah ker. Kan sweet kalau macam nih. Pleaseeee!!!

 Alhamdulillah dah setahun... Rezeki Iman Harraz dapat minum susu ibu

Bukan mudah sebenarnya nak capai tahap macam ni. Ada masa kau rasa macam nak give up bila susu kau merudum dimana kau kena bangun malam perah susu. Penat... memang penat. Dengan urusan rumahtangga lagi. Belum lagi bila nipple kau luka. Rasa nak menyorok bila nampak anak. Kejang-kejang kaki kau menahan sakit. Sebab tu aku cakap... Kalau kau dah pilih untuk susu kan anak, kau kena ada jiwa yang kental. Semangat kena tinggi. Abaikan mulut-mulut puaka yang suka mengata. Putus asa kena buang jauh-jauh. Dan yang penting MIND SETTING. BREASTFEEDING IS NOT A CHOICE. IT'S A RESPONSIBILITY. Smoga Allah permudahkan urusan aku dan smoga susu aku cukup. Wish me luck.

Sijil syiok sendiri ☺☺

Buat ibu-ibu yang tak dapat susukan anak dengan susu ibu. korang dah cuba yang terbaik. Ianya bergantung pada rezeki. Jangan salahkan diri sendiri. Jangan rasa down. Susu kan anak dengan susu ibu atau susukan anak dengan susu formula. Kita tetap IBU yang habat.

Note: Panjang lagi aku nak citer. Tapi cukuplah sampai sini. Semangat lain macam kalau dah mula cerita pasal breastfeeding ni ☺☺


Hi! Tengah shopping ker tu? Sale gila-gila kan. Aku jamu mata jer lah. Sale time belum gaji cenggini lah. Dok diam-diam sudah. Bila kau dah...

Si Mata Bulat dan Si Pipi Layut

Hi! Tengah shopping ker tu? Sale gila-gila kan. Aku jamu mata jer lah. Sale time belum gaji cenggini lah. Dok diam-diam sudah. Bila kau dah blur. Banyak cerita. Tapi tak tau nak mula dari mana. Maka... Kisah anak jadi sasarannya sebab banyak citer pasal mereka jer. 


Siapa paling comel? Dah tentu lah kau yang kalah kan... hahahaha... Ni lah dia si mata bulat pipi layut. Pipi hemak dia dah kecut. Tak boleh nak lawan dah. Hari-hari kau rasa tak sabar nak balik sebab rindu nak gomol budak kecik kuat menyusu dan kuat makan nih. Hai... dengan anak yang tiga orang lagi tu tak rindu ker? Kecik hati dorang kalau baca nih. Haishhh... Mana boleh tak rindu. Tak jugak sabar rasanya. Tapi bila dah jumpa asyik buat ibu dia ni hilang sabar jer. Acaner tu... ekekeke...

Makin melasak anak soleh sorang ni tau. Lantai rumah tu kau tak payah mop pon tak per. Sebab si kenit ni laju mengesot. Dah macam suster ngesot plak. Laju jer mengesot dalam umah tu. Kejap-kejap bawah meja. Pastu bawah kerusi. Hilang kejap tak der kat ruang tamu. Rupanya masuk dalam bilik... ppffttt...

Lately ni pulak kerap betul bangun memalam. Dekat 5-6 kali jugak lah. Rasanya baru jer lepas nyusu. Erkkk... Bangun lagi. Hadoiiii... tak temteram ibu kau ni nak tidur. Nasiblah tak kena bangun malam bancuh susu. Kalu selak jer. Sambil nyusu kau pon boleh tido... hahaha... Sikit lagi kau boleh gang dengan panda sebab mata kau dah nak macam panda sebab kerap bangun pagi dan tak cukup tidur. Kesanya... Kau asyik nak menguap setipa saat. Penat woihhhh!!!

Ok lah. Tu jer nak citer, Janji ada entry. Aku pon tak tau apa yang aku bebelkan ni. 

Note: Have a great weeked uolls. 












Iyer...Saya dah kurus. Bukan kurus sedikit tapi kurus banyakkkkkkk. Antara soalan² cepumas yang biasa keluar dari mulut kawan² atau pon ra...

KURUSNYA...kenapa nih!!!!


Iyer...Saya dah kurus. Bukan kurus sedikit tapi kurus banyakkkkkkk. Antara soalan² cepumas yang biasa keluar dari mulut kawan² atau pon rakan sekerja yang jumpa saya:

  1. Jot *nickname saya tau*, apsal ko kurus sangat?
  2. Fiza, kurusnya...dah macam budak sekolah 
  3. Fiza, i tengok you ni makin lama makin kecik, tapi tang *tut* tu selambak...ok, ini agak kelucahan sedikit...muahahaha...
  4. Za..za tak makan ker, kurus sangat nih
  5. Kak, aku tengok ko makin kurus lah. Macam orang sakit jer

Ko nampak...ko nampak tak antara soalan² maut. Betapa kurusnya saya pada pandangan mata mereka semua. Dan saya mengakuinya yang saya semakin kurus. Dah cikeding. Kenapa saya kurus? Owh...saya tak ada jawapan untuk itu. Adakah sebab:

  1. Breastfeeding?
  2. Tandem Nursing?
  3. Penat Bekerja?
  4. Penat Memikir?
  5. Penat jaga anak?
Ok...nyanyi sket *Banyak persoalan yang berada diminda, banyak tanda tanya dan juga kata kerja...cewahhhh*. Ha...jawab...jawab...Mungkin ada kaitan dengan yang diatas tu kot. Iyer ker? Adalah sikit. Tapi saya memang kuat makan. Memang tak pantang makan...pantang nampak makanan adalah, suma masuk mulut. Iyer lah, anak kan menyusu badan, mana boleh kontrol² makan nih. Kang susu kurang pulak. Perut ni plak memang sentiasa lapar. Hari² saya breakfast. Tak dapat nasi lemak, dapat milo cicah biskut pon dah ok. Lunch pon makan juga. Minum petang lagi. Makan malam...erkkkk....pendek kata pagi, petang, siang, malam lah saya makan. Menternak lemak kekdahnya. Tapi badan tak naik² juga. Macam mana tu?

Last timbang berat saya adalah 45 kg. Owh...dah dapat berat masa anak dara uols. Skang ni saya rasa dah turun. Seluar² kerja suma dah longgar. Nak kena pakai belt. Sluar jeans pon dah longgar gak. Kalau sebelum nih ngam² jer pinggang tu, tapi skang ni kat pinggang tu ada lebih. Alahaiii...kurusnya. 

Yang gemuk nak kurus. Yang kurus plak nak gemuk. Serious...saya nak badan saya nampak berisi sket. Ada sapa² yang sudi dermakan lemak² pada saya..ekekekeke...Kurus sangat pon tak cantik kan. Hurmmmmm...nak buat macam mana. Kurus pon kuruslah, janji sihat wal'afiat kan. 

Tapi kan, saya rasa saya tahu kenapa saya kurus. Bukan sebab tak makan, tapi sebab 'MAKAN HATI' kot...opsss...hahahahaha...jaga² fiza, ada yang memerhati. 

Note: Erk...sejak bila kata ganti nama dah bertukar >_<. Tapi best plak pakai perkataan 'saya'. Leih sopan gitu...auwwww...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...