Baju Muslimah Kanak-kanak
Showing posts with label Zespri Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Zespri Malaysia. Show all posts

Siapa yang tak suka buah kiwi kan. Kalau dapat kat anak² saya, memang berebut² memasing nak makan buah kiwi. Nak tau tak. Sebiji sungol...

Sweet Start With A Kiwi


Siapa yang tak suka buah kiwi kan. Kalau dapat kat anak² saya, memang berebut² memasing nak makan buah kiwi. Nak tau tak. Sebiji sungold kiwifruit ni memiliki kandungan antioksidan Vitamin C yang sangat tinggi dan juga Vitamin E


Mulakan pagi anda dengan Zespri SunGold Kiwifruit gittew. Kalau nak membeli buah kiwi, saya suka dengan Zespri Kiwifruit sebab jenama Zespri dah berpengalaman lebih dari 100 tahun dalam menghasilkan buah yang berkualiti tinggi. Meh baca ni:

GOODNESS OF ZESPRI SUNGOLD KIWIFRUIT 
  • Zespri SunGold Kiwifruit has 10 times the nutrition of apples and 3 times the vitamin C of Oranges. 
  • This power-packed fruit is also beneficial for health conditions such as diabetes, as it has a low glycaemic index (GI) (a measurement carried out on foods and their impact on our blood sugar) 
  • It is renowned for its mellow yellow flesh and luscious tropical-sweet flavour makes it the perfect summertime refreshment. 
  • Regular consumption of Zespri Kiwifruit contributes to good digestive health by:
  1.  High Vitamin C content helps the body’s uptake of iron ü 
  2. Contains Actinidin - a unique enzyme that helps improve digestion and relieves bloating from a heavy meal 
  3. Has potassium that is essential for cell, tissues and organ functions 
  4. Rich in potassium that is essential for cells, tissues and organ functions 
  5. Deliciously juicy, refreshingly sweet


Pembuka selera dipagi hari. Zespri SunGold Kiwifruit dengan air milo tu...hehehe...


Boleh juga variety kan SunGold Kiwifruit dengan jadikan ia sebagai Fruit Salad. Memang sedap sangat. Lebih sedap bila makan fruit salad tu time sejuk. Perghhhhh...nikmat. Hanya tambah salad, mayonnaise dan juga black pepper dan gaul sebati. Semudah ABC ☺ 


Kalau malas nak kupas kulit, belah 2 pastu pakai sudu ni ha. Kan senang. Memang sedap betul lah SunGold Kiwifruit  ni. Rasanya masam² manis. Makan sebiji tak cukup rasanya. Sebab buah kiwi ni padat nutrisi dengan lebih dari 20 jenis vitamin dan mineral utama, lebih padat dari hampir semua buah yang dikenal secara umum. Tu yang rasa asyik nak makan kiwifruit jer ☺

Apa lagi. Mulakan hari anda dengan Sweet Start With A Kiwi. Boleh layari Zespri Media Social di:



Ok...kali ni kita combine entry jer lah. Memandangkan blogspot kat office ni memang dah sah² kena blocked...cissss...makanya kita jimat ma...

Kiwi Fruit Juice & Zespri® Kiwi Jam: DAY 12 & DAY 13


Ok...kali ni kita combine entry jer lah. Memandangkan blogspot kat office ni memang dah sah² kena blocked...cissss...makanya kita jimat masa. Untuk Cabaran kali ni, saya buat Kiwi Fruit Juice dan juga Zespri® Kiwi Jam.


Untuk Kiwi fruit Juice ni saya cuma blender buah kiwi dengan Fresh Milk. Kalau nak manis boleh tambah gula. Minum sejuk² memang sedap. Khasiat nya pon banyak kan. 

Untuk Zespri® Kiwi Jam plak, ini saya bagi idea. Kalau uols jumpa buah kiwi yang dah lembik atau pon lebam, Jangan di buang. Boleh jer kita buat jam kiwi. Sedap tau. Kalau ikut cara saya yang simple ni, saya cuma blend buah kiwi dan campur dengan sedikit gula sebab nak kurangkan kemasamannya tu. Senang kan. Tak membazir buah kiwi yang dah lembik tu. 

Uols dah cuba ker resipi² yang berasaskan kiwi? Kalau nak lebih banyak resipi, boleh layari www.zespri.com.my Macam² resipi.

Untuk cabaran dan resipi yang sebelumnya, boleh refer dibawah ni:

Sarapan sihat dipagi hari bersama Quaker Oats with kiwi untuk cabaran hari ke 10. Seperti yg kita tahu, pengambilan oat setiap hari bol...

Quaker Oats with Kiwi - DAY 10

Sarapan sihat dipagi hari bersama Quaker Oats with kiwi untuk cabaran hari ke 10.



Seperti yg kita tahu, pengambilan oat setiap hari boleh membantu mengurangkan kolestrol. Di tambah plak dgn buah kiwi. Berganda2 lah khasiatnya kan. Sebab serat yg terdapat dalam buah kiwi membantu tubuh sentiasa dalam keadaan hidrat dan folat penting untuk perkembangan dan pertumbuhan sel baru.
posted from Bloggeroid

Bertemu kita dalam Zespi's 14-day Scoop of Amazing Challenge yang sudah masuk hari ke tujuh. Untuk menu kali ni sangatlah mudah dan ...

Colourful Fruit Salad: DAY 7


Bertemu kita dalam Zespi's 14-day Scoop of Amazing Challenge yang sudah masuk hari ke tujuh. Untuk menu kali ni sangatlah mudah dan simple jer penyediaannya. Kita buat fruit salad jer. Mudah kan.

Bahan2 yang di perlukan sudah semestinyalah buah-buahan kan. Terpulang pada anda nak pakai buah apa pon. Tapi untuk fruit salad yang saya buat ni, saya menggunakan buah zespri® kiwifruit green dan sungold, epple dan juga buah anggur. Campurkan dengan thousand island sos.



Dah siap Colourful Fruit Salad ni. Untuk hiasan *hiasanlahsgtkan, saya letak sket buah tomato. Smiley lah kononnya...ahaks...

Untuk orang yang nak diet, sangatlah sesuai makan fruit salad ni. Nak tau tak, buah kiwi sangat baik untuk pesakit kencing manis kerana ia tidak akan meningkatkan gula dalam darah dengan cepat. Sebab kiwi mempunyai indeks glycemic (GI) yang rendah.

Untuk cabaran yang sebelumnya, boleh refer dibawah ni:


Jangan lupa juga layari website www.zespri.com.my untuk maklumat lanjut

posted from Bloggeroid

Zespri's 14-day Scoop of Amazing Challenge sudah masuk hari yang ke enam. Memang mencabar sungguh lah. Tapi seronok. Ok...untuk hari...

Ice Cream KIWI - DAY 6


Zespri's 14-day Scoop of Amazing Challenge sudah masuk hari yang ke enam. Memang mencabar sungguh lah. Tapi seronok. Ok...untuk hari ni kita buat dessert lah.

Memandangkan saya pon dah lama tak buat home made Ice Cream. Jadinya malam ni kita buat eskem lah. Bahan2 pon simple jer. Cuma perlukan coffemate, fresh milk, gula dan buah kiwi jer.



Blender 2 cawan coffemate, 2 cawan susu, sedikit gula dan buah kiwi zespri@. Blend hingga larut dan sebati. Sejukkan dalam freezer lebik kurang 2 jam. Pastu blender lagi bagi tekstur tu lagi halus. Senang kan.



Inilah hasilnya. Rasa apa? Rasa eskem lah...hehehe...Nantikan resipi yang seterusnya. Cabaran masih berbaki 8 hari lagi. Jangan lupa layari www.zespri.com.my . Ada peraduan yang sedang berlangsung dan hadiahnya adalah MASholidays Package to New Zealand.


posted from Bloggeroid

Perghhhhh...tajuk sikit punya panjang. Sejak join cabaran Zespri's 14-day Scoop of Amazing Challenge ni, rajin plak aku memasak. Masak...

Zespri® Kiwifruit Cereal with Freshmilk for Healthy Breakfast - DAY 5


Perghhhhh...tajuk sikit punya panjang. Sejak join cabaran Zespri's 14-day Scoop of Amazing Challenge ni, rajin plak aku memasak. Masakan siap berhias bagai...ahaks...Sebelum ni pon memang rajin memasak. Tapi untuk cabaran ni tahap kerajinan nya tu lain macam sket...hehehe...

Breakfast simple jer pagi ni. Paling senang, ringkas dan cepat. Zespri® Kiwifruit Cereal with Freshmilk. Healthy breakfast katakan.

Sebelum dituang susu
 
Selepas dituang susu

Bagi anak² makan sebelum dorang gi sekolah and nursery. 



Ibu mithali dan isteri solehah tengah bagi anak² makan. Take turn yer anak². Cepat makan cepat lah ibu gi kerja dan hantar anak² gi nursery. Hanya dengan sebiji Zespri® Kiwifruit sehari sudah mencukupi untuk memenuhi keperluan vitamin C harian anda.



Tak tau nak masak apa malam ni. Jadinya kita buat menu simple jer lah. Kita buat spaghetti. Anak2 pon suka. Especially si kimi. Memang fa...

Spaghetti Preego Zespri® - DAY 4


Tak tau nak masak apa malam ni. Jadinya kita buat menu simple jer lah. Kita buat spaghetti. Anak2 pon suka. Especially si kimi. Memang favourite dia. Kalau makan memang bertambah 2-3 kali.

Tapi untuk bahan2 sos spaghetti, saya gantikan buah tomato dengan dengan zespri® green and sungold kiwifruit. Sebab kalau masak sos ni saya suka letak buah tomato. Jadi, untuk kali nih kita ubah style lain pulak :-)

Bahan² yang diperlukan:



Rasanya semua orang dah tau macam mana nak masak spaghetti kan. Jadi tak perlu lah saya nak ajar macam mana nak masak...aci tak...Saya letak cili api sebab nak bagi rasa pedas, masam dan manis. Tapi tak banyak pon sebab anak2 nak makan kan. Bahan2 tu semua ditumbuk. Sedap sket rasa :-)


Tadaaaaa...Siap ada smiley lagi tu. Nampak sedap kan. Tapi memang sedap pon. Cubalah sendiri kalau nak tahu macam mana rasanya.

Sememangnya buah kiwi mempunyai banyak khasiat dan baik untuk sistem dalaman tubuh. Harganya memang agak mahal tapi setanding dengan khasiatnya yang banyak kan. Memang tak rugi beli :-)

posted from Bloggeroid

MURTABAK MAGGI KARI BERPERISA KIWI Untuk cabaran hari yang ke 3 ni, saya buat Murtabak Maggi Kari. Buat minum petang. Sebenarnya ini k...

Zespri's 14-day Scoop of Amazing Challenge: DAY 3

MURTABAK MAGGI KARI BERPERISA KIWI

Untuk cabaran hari yang ke 3 ni, saya buat Murtabak Maggi Kari. Buat minum petang. Sebenarnya ini kali pertama saya buat murtabak maggi. Sebelum ni memang tak pernah buat. Risau juga kalau tak menjadi kan.

Macam biasa, saya campurkan dengan zespri's kiwi green dan sungold. Alhamdulillah, menjadi murtabaknya even baru pertama kali mencuba.



Inilah hasilnya :-). Murtabak Maggi Kari berperisa KIWI. Kalau nak tau rasanya macam mana, uols kena cuba dulu. Rasanya memang tak mengecewakan. Percayalah...cewahhhhh...:-)



Antara bahan2 yang diperlukan. Rebus maggi. Saya pakai sebungkus jer. Tumis bawang merah, bawang putih. Dah kekuningan masukkan cili boh 1 sudu. Masukkan daging cincang. Sementara tunggu bahan gorengan masak. Pukul telur dan campurkan bersama serbuk kari maggi tu. Campurkan maggi, bahan gorengan, sedikit daun sup dan juga buah kiwi tadi kedalam telur yg dah dipukul. Gaul sebati bahan2 tadi. Pastu gorenglah. Padat2 kan maggi tu sampai masak. Senang jer nak buat :-)

Selain kaya serat dan vitamin C, kiwi juga membantu memudahla sistem usus dan mengelakkan masalah sembelit. Haaa...kalau uols ada masalah sukar membuangm, bolehlah amalkan pemakanan buah kiwi ni.
Nantikan cabaran, khasiat dan menu saya yang seterusnya yer :-)



posted from Bloggeroid

BEE HOON GORENG WITH   ZESPRI® GREEN &   ZESPRI® SUNGOLD KIWIFRUIT Cabaran Zespri's 14-day Scoop of Amazing Challenge sudah mas...

Zespri's 14-day Scoop of Amazing Challenge: DAY 2

BEE HOON GORENG WITH ZESPRI® GREEN & ZESPRI® SUNGOLD KIWIFRUIT

Cabaran Zespri's 14-day Scoop of Amazing Challenge sudah masuk hari yang kedua. Untuk cabaran kali ni, kita main masak² lah plak. Tak susah pon buat bee hoon goreng kan. Sekejap jer pon penyediaannya. Nak buat untuk breakfast pon boleh. Nak buat untuk dinner pon ok.


Tapi ini saya buat untuk breakfast. Nampak pelik kan bila buah kiwi dicampur dalam masakan. Belum cuba belum tahu kan. Bila dah cuba, baru tahu ianya sesuai untuk dicampur dalam masakan seperti mee hoon goreng yang saya buat ni. Tak percaya? Meh tengok:


Rasanya memang sedap. Bila makan terasa crunchy dari biji² kiwi tu. Masa tengah masak tetiba terfikir, why not kalau cuba campur dengan buah kiwi. Hurmmmm...memandangkan kombinasi rasa Zespri® Green Kiwifruit dan Zespri® SunGold Kiwifruit yang manis, masam dan sedikit juicy, secara tak langsung ianya dapat mengurangkan  pengunaan sos cili dan sos tomato. Rasa asli dari buah katakan. Dah macam chef lah plak...hehehe...


Nak letak juga resipi. Bahan² tu ikut kesukaan. Kebetulan bahan tu jer yg ada kat umah. Cara  nak masak pon nak kena ajar ker? Hehehe...macam biasa, tumis bawang besar, bawang putih dan cili boh. Dah masak letak fishcake, kicap, sos tomato dan sos cili sket. Jgn letak banyak sebab nak letak buah kiwi. Dah sebati bahan² baru letak Zespri® Green Kiwifruit dan Zespri® SunGold Kiwifruit. Pastu baru letak bee hoon. Kacau² kasi rata bee hoon dengan bahan tumisan. Dah siap. Taburkan jer daun sup atas mee hoon goreng tu.

Nak tahu apa khasiat yang terkandung dalam Zespri® Green Kiwifruit dan Zespri® SunGold Kiwifruit ni? Khasiatnya cukup tinggi. Untuk Zespri® Green Kiwifruit, ianya mengandungi dua kali ganda vitamin C seperti oren. Ia juga tinggi dalam mineral, vitamin, secara semula jadi rendah dalam natrium , lemak dan mempunyai IG yang rendah (Indeks Glisemik). Zespri® SunGold Kiwifruit ni pula penuh dengan lebih 20 vitamin dan mineral lebih daripada hampir semua buah-buahan yang sama. Ia mempunyai tahap yang sangat tinggi antioksidan Vitamin C (tiga kali ganda lebih daripada oren) dan Vitamin E (tujuh kali lebih daripada epal dan oren) dalam buah.  

Nantikan Zespri's 14-day Scoop of Amazing Challenge yang seterusnya. Banyak lagi khasiat² kiwi yang akan saya kongsikan. Jangan lupa ikuti cabaran saya ini di:


Jangan lupa juga layari website http://www.zespri.com.my untuk maklumat lanjut.

Pada yang terlepas semalam, ini link Zespri's 14-day Scoop of Amazing Challenge - DAY 1 




LEBIH SEDAP DIMAKAN BEGITU SAJA Kami dan kiwi memang tak dapat di pisahkan...cewahhhh...sebab ianya kegemaran kami anak beranak. Bila d...

Zespri's 14-day Scoop of Amazing Challenge: DAY 1


LEBIH SEDAP DIMAKAN BEGITU SAJA

Kami dan kiwi memang tak dapat di pisahkan...cewahhhh...sebab ianya kegemaran kami anak beranak. Bila di beri peluang untuk menyahut cabaran ni. Memang saya tak teragak² untuk menerimanya. Rasa tak sabar sebab banyak menu yang bermain² di minda ni.

Ok...saya nak bercerita serba sedikit tentang sejarah Zespri ®. Zespri ® adalah pengeluar utama kiwi New Zealand ke sseluruh dunia. Zespri ® International Limited adalah pemasar terbesar di dunia buah kiwi, menjual buah kiwi di lebih daripada 60 buah negara. Jenama Zespri ® menetapkan tanda aras bagi kecemerlangan dijamin dan buah kiwi semulajadi lazat.

Untuk cabaran ni. Saya di beri 2 jenis buah kiwi jenama Zespri ®. Zespri® Green Kiwifruit dan juga Zespri® SunGold Kiwifruit.

Anak² menikmati kesedapan buah Zespri® Kiwifruit

Zespri® Green Kiwifruit, ianya mempunyai kombinasi rasa manis dan masam. Rasanya lebih asli dan menyegarkan gitew. Berbentuk bujur dengan kulit kabur. Untuk Zespri® SunGold Kiwifruit, ianya berwarna kuning keemasan, sedikit jiucy dan yang menarik, buah kiwi ini lebih besar dengan tekstur yang halus di dalam kulit yang licin. Memang kedua² perisa Zespri® Kiwifruit ini adalah sangat sedap.


Terpulang pada anda nak makan macam mana. Cara makan pon nak ajar ker...hehehe...gurau jer. Ada sudu khas di sediakan. Senang jer pakai sudu ni. 

Ada tips yang saya nak kongsikan dengan anda. Kalau anda beli buah kiwi dan ianya masih keras atau belum masak sepenuhnya, Zespri ® Kiwi Hijau boleh masak lebih cepat dengan menyimpannya dengan epal atau pisang dalam beg dan meletakkan ia pada suhu bilik untuk beberapa hari. ini kerana gas yang terhasil pada epal dan pisang itu akan membantu mempercepatkan lagi proses kematangan buah kiwi.

Nantikan Zespri's 14-day Scoop of Amazing Challenge yang seterusnya. Ada resipi menarik berasaskan kiwi menanti anda. Saya juga akan kongsikan khasiat² yang terdapat dalam Zespri® Green Kiwifruit dan Zespri® SunGold Kiwifruit. Ini baru 1st day. Ada 13 hari lagi. Jangan lupa ikuti cabaran saya ini di:


Jangan lupa juga layari website http://www.zespri.com.my untuk maklumat lanjut

Note: Wish me luck uols ☺


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...