AFB Feeds

Showing posts with label Zalora. Show all posts
Showing posts with label Zalora. Show all posts

Alhamdulillah...rezeki blogging untuk entry [INI] . Voucher dapat dah lama. Tapi tak tau nak be...

Thank You ZALORA


Alhamdulillah...rezeki blogging untuk entry [INI]. Voucher dapat dah lama. Tapi tak tau nak beli apa. Asal bukak website Zalora, rambang mata haku nak memilih sebab banyak sangat barang yang best². Jadinya...sebelum voucher tamat tempoh, baik kita redeem cepat². Hari senin pilih² barang. Hari selasa dah dapat barang yang dipesan....perrghhhhh...service Zalora memang terbaik. 

Beli apa? Alaaaa...uols tak bagi tau pon iols dah bley agak isi hati uols mesti nak tau beli apa kan...muahahaha...Beli ni ha:


Nak beli baju, takut salah size. Sebab size dah mengembang bagai di pam². Tunggu next year baru mengecut balik badan nih. Memandangkan wallet pon dah uzur dan kasut pon dah nak haus tapaknya. Biasalah....jenis pakai barang pakai sampai lenjan. Dah tak nampak rupa baru beli baru. Gittew konsepnya. Maka 2 barang ni lah jadi pilihan selepas di tapis² ikut budget voucher yang diberi,

Last but not least...mekasih Zalora sebab menjimatkan duit iols yang tak perlu keluar sesen pon untuk beli barang. Kalau ada nak buat review jangan lupa blog SuperMOM With SuperKIDS yerp...hehehe...macam Zalora baca blog haku.

Note: Semalam tengok preview screening Alvin and The Chipmunks. Tunggu entry yerp  Memang best dan pecah panggung sebab kelakar ☺


Siapa peminat kasut Dr Martens sila angkat keyboard. Rasanya ramai peminat² kasut Dr Martens kan. B...

Koleksi Terkini Kasut Dr Martens!!!!

Siapa peminat kasut Dr Martens sila angkat keyboard. Rasanya ramai peminat² kasut Dr Martens kan. Bukan sekadar minat jer, siap buat koleksi kasut Dr Martens lagi kan. Kalau dah minat. Nak tau koleksi terkini kasut Dr Martens tak? Meh baca nih.


Nangis tengok kasut Dr Martens yang cantik nih. Saya juga penggemar jenama kasut Dr Marteen ni dari dulu lagi. Siapa yang tak suka dengan kasut Dr Martens ni. Antara jenama fesyen kasut yang popular di Malaysia. Jenama yang menjadi pilihan pencinta fesyen kerana ianya menampilkan gaya yang simple dan memberikan impak yang besar ke atas penampilan si pemakai. 



Perghhhh...smartnya. Dr Marten sentiasa hadir dengan rekaan yang segar dan berjaya menarik ramai pemnat fesyen. Tak perlu dinyatakan lagi kenapa jenama ini begitu popular kerana ramai yang akan bersetuju Doc mart cukup hebat dalam mereka dan menghasilkan kasut. Koleksi Kasut Dr Martens Online telah menarik perhatian ramai kerana hadir dengan gaya rekaan yang minimal tapi cukup bergaya. terutamanya untuk golongan lelaki, wanita dan juga remaja. 


Cantik bergaya dan sesuai untuk golongan wanita memakainya. Kalau dapat kasut ni memang tak tidur malam dibuatnya. Rekaan yang cukup cool daripada inspirasi yang mereka perolehi dari trend fesyen terkini yang sedang pupular dalam pasaran. Sebab tu lah jenama fesyen ni cukup menyerlah di antara jenama² yang lain kerana jenama Dr Martens adalah pakar dalam penghasilan kasut yang bergaya.


Kalau tak der idea nak bagi hadiah apa dekat Husband/Boyfriend/Tunang, apa kata anda hadiahkan sepasang kasut Dr Martens ni. Sebab penampilannya yang cukup bergaya untuk lelaki dengan gabungan elemen maskulin yang penuh macho dan fashionable. Memang smart tak hingat lah. Malah koleksi kasut Dr Mart lelaki online ni hadir dengan rekaan yang ringkas tapi cukup seksi untuk digayakan ke mana saja. Woww!!! seksi tu ☺


Apa lagi. Dah baca kan kelebihan kasut Dr Martens yang hebat bergaya, maskulin, macho, fashionable lagi seksi ni. Silalah dapatkan untuk diri sendiri dan pasangan anda untuk bergaya sepanjang masa walau ke mana saja anda pergi. Terjah cepat kasut Dr Martens Malaysia Online sekarang juga!!!

Note: Teringin nak sambar sepasang. Tapi harga tak mampu poket...huhuhu...


Hari ni kita nak borak pasal produk. Produk Jubah Muslimah . Kalau sebelum ni kita tengok trend J...

JUBAH MUSLIMAH


Hari ni kita nak borak pasal produk. Produk Jubah Muslimah. Kalau sebelum ni kita tengok trend Jubah Muslimah hanya tertumpu pada colour² pastel dan juga hitam. Tapi kebanyakan nya hitam lah yang banyak kita jumpa kan. Cuma sejak kebelakangan ini trend Jubah Muslimah dah banyak berubah. Berubah mengikut peredaran zaman katakan.

Meh nak share ngan uols tentang Jubah Muslimah ni. Especially untuk penggemar Jubah Muslimah di luar sana yang masih mencari Jubah Muslimah yang menarik dan trendy. Uols mesti teruja bila melihatnya. Sebab apa? Meh jamu mata sket:

Cantik tak? Cantik kan

Macam² colour ada

Pilih jer nak pattern yang macam mana

Amacam??? Menarik, terbaik dan tertarik tak nak beli? Ada macam² gaya, corak dan berwarna warni. Tak perlu risau pasal size. Jubah Muslimah ni didatangkan dengan pelbagai saiz. Bermula dari size XXS hinggalah size XXXL. Tak ker menarik tu. Orang yang berbadan kecil sampai lah yang berbadan besar pon boleh beli. Dah tak perlu risau pasal size lagi dah.

Dan yang lebih menarik lagi, Jubah Muslimah ni datangnya dari pelbagai jenama dan harganya bermula dari serendah RM45.00 hinggalah RM450.00. Kalau dah cantik dan berkenan tu tak kira murah atau mahal kan.

Kalau uols nak tau lebih detail lagi dan juga nak tau rekaan² lain yang menarik, boleh layari JUBAH MUSLIMAH DI ZALORA…Beratus jenama, beribu gaya dan yang paling best, penghantaran dan pemulangan ke seluruh negara adalah percuma. Selamat mencuci mata dan jangan lupa cuci poket sekali yer. 

Note: Nak cuci mata tgk jubah juga ☺☺


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Shoplinks