AFB Feeds

Showing posts with label World Quran Hour. Show all posts
Showing posts with label World Quran Hour. Show all posts

Masih ada yang tak aware lagi pasal WORLD #QuranHour ker? Mana yang terlepas pandang tu, meh ...

WORLD #QuranHour!!!


Masih ada yang tak aware lagi pasal WORLD #QuranHour ker? Mana yang terlepas pandang tu, meh nak war² kan. WORLD #QuranHour ni bukan satu event dimana ianya akan selesai selepas berinteraksi dengan Al-Quran yerp. Ianya lebih kepada Gerakan untuk mengajak semua orang mendekati, berinteraksi dengan al-Quran. Apa yang disampaikan sangat santai tetapi mengesankan hati-hati yang mendengar. Sumber [SINI]

Apa yang korang kena buat pada hari tersebut? Tak susah mana pon. PADA 11 SEPT 2016 Seluruh *UMAT ISLAM DIDUNIA AKAN BERIKTIQAF MEMBACA AL-QURAN SELAMA 1 JAM. LIVE TV serentak ASTRO, TV1, TV3, TV9 , AL-Hijrah bermula jam 0830 pagi sehingga 0930pagi. Hentikan segala aktiviti lain. Ambil wuduk dan dampingi lah Quran selama 1 jam.

Antara aktiviti yang patut korang lakukan dalam 1 jam adalah MEMBACA AL-QURAN, BACA TERJEMAHAN/TAFSIRAN (KALAU TAK TAU BACA AL-QURAN), BERBINCANG/BELAJAR TENTANG AL-QURAN DENGAN YANG MAHIR ATAU APA SAJA YANG BOLEH KITA MANFAATKNA APABILA BERDAMPING DENGAN AL-QURAN. 

Dalam setahun kita ada 8760 jam kan. Hanya 1 jam yang kita perlu untuk memberikan sokongan kepada kempen WORLD QURAN HOUR!!!

Dampingi lah Quran.
Kasihi lah Quran
Hayati lah Quran
Jadikanlah Quran panduan.

Mana mana yang dah lama sangat tak mengaji atau membaca AL-QURAB tu JADIKANLAH ini sebagai suatu PERMULAAN. Hadap FB, IG, Twitter dan Blog sehari boleh jer berjam². Tapi nak soh baca Al-Quran dalam masa sejam takkan tak boleh kot. Peringatan buat diri sendiri juga nih.

Jangan lupa set alarm untuk gerakan WORLD QURAN HOUR!!! untuk 11 September ni. Boleh juga download aplikasi World Quran Hour kat Google Play. untuk pengguna Apple saya tak sure. Jom download skang.

Note: Sejuk jer cuaca harini kan ☺


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Shoplinks