Baju Muslimah Kanak-kanak
Showing posts with label Work/Office. Show all posts
Showing posts with label Work/Office. Show all posts

Salam rabu uolls. Ada yang masih bercuti lagi ker? Wahhhh...syiok lah korang cuti lama. Atau ada yang amik MC sebab malas nak kerja har...

Back To WORK!!!


Salam rabu uolls. Ada yang masih bercuti lagi ker? Wahhhh...syiok lah korang cuti lama. Atau ada yang amik MC sebab malas nak kerja harini...ngeeeee...Aku dah selamat kembali ke pangkal jalan lepas bercuti 4 hari. Tu pon rasa kemalasan yang teramat sangat pagi tadi nak gi kerja. Ku gagahkan jugak diri ini. Nak MC?? aku bukan jenis kaki MC. Tak sakit tapi buat² sakit sebab nak MC. No..no..no...Aku sanggup amik EL dari amik MC hokay. Buat apa nak mengaku tak sihat sedangkan diri tu sihat wal'afiat khenn. Sakit betul² nanti baru tau.

Mood masih lagi ke laut china selatan. Nak citer pasal raya...hurmmm...nanti² lah. Biasa² jer citer raya aku. Tak macam citer raya uolls yang meriah tu. Tak berjalan sangat pon. Kampung pon kat kampung pandan tu jer. Mertua plak kat gombak ngan rawang. Mak, kakak ngan abang ada lah balik kampung Negeri sembilan melawat saudara mara. Tapi aku tak ikut. Dah lama tak balik nogori. 

Haishhhh...bosan plak dok office. Line tenet macam siput cadury. Kejap on kejap off. Photostat machine pon tak boleh pakai. Acaner nak buat kerja nih...ppfftttt... 

Note: Teringin nak makan ketupat palas. Tapi tak jumpa lagi...huhuhu...



Chaakkkkk!!!! Rasa macam dah lama tak update blog. Macam dah banyak habuk jer. Mood nak blogging merudum lah. Dari last week asyik bukak......

Family Day @ Sunway Lagoon Theme Park

Chaakkkkk!!!! Rasa macam dah lama tak update blog. Macam dah banyak habuk jer. Mood nak blogging merudum lah. Dari last week asyik bukak...tutup...taip...padam dan begitu lah asyik ulang benda yang sama. Alaaaaa...kalau lama tak update pon bukan orang cari pon. Blog sendu jer. Jadinya...kita jalan² kat blog kawan² dan buat komen marathon jer lah. Ok...ni nak citer pasal apa ni? Pasal mood ker pasal family dah...hahahhaa...


Dah sminggu aku perap. Pegi nya sabtu lepas @ 16 May 2015. Tapi maca aku cakap lah. Mood tak der. Dengan nak make up gambar lagi. Nak letak watermark lagi. Nak pilih gambar yang cun². Pada hal tak banyak mana pon gambarnya....muahahaha...Beberapa minggu sebelum tu dah bagitau anak² yang kita akan ke Sunway Lagoon. Reaksi dorang jangan cakap lah. Happy bukan main. Happy dorang tu sampai boleh dikatakan hari² dok bertanya 'bila kita nak gi Sunway Lagoon???'. Pada hal dah cakap banyak kali dah tarikhnya...ppfftttt...Excited tak hingat namanya tu.


Tiba hari yang dinanti². Pukul 7.30 am dah kluar rumah. Rezeki adik² ipar sebab dapat join skali. Mana yang tak boleh pergi tu, kita amik lah tiket dia kan. Nak masuk parking pon berderet² kereta. Apatah lagi nak masuk kat dalam Sunway Lagoon tu. Dah nama pon UEM Group punya Family Day kan. Lebih 18 ribu staff wei. Orang macam semut. Belum terjun kolam lagi memasing dah basah sebab bermandi peluh. Acaner tu??? Kesian kat bebudak lah.

Dah masuk dalam tu pon ada masalah gak. Masalah nak mencari tempat duduk. Jadinya....kita duduk jer lah kat memana kan. Asalkan ada tempat nak parking barang. Ikut hati rasa macam nak mandi. Tapi pengalamam terdahulu, tak per lah...aku jadi pemerhati anak² mandi dan juga jadi penjaga harta benda berharga jer lah. 

Kalau ikut kan memang teringin sangat nak mandi. Tapi bila fikir² balik, pengalaman terdahulu yang terpaksa beratur panjang sebab nak tukar baju rasa hazab plak. Ko bayangkan lah umat manusia dalam tu berbelas ribu. Toiletnya ada berapa jer. Lagi pon sapa nak jaga barang² ngan anak² kan. 

Kakak dengan adik jer. 


Si Qahirah dengan Qhalif jer yang aku pantau. Si iman hakimi dengan abah dengan makcik² nya dah hilang. Pandai si kakak ni jaga adik dia. Di heret adik dia dari kolam ke kolam yang lain. Aku perhati jer dari jauh. Dalam perhati² tu. Tiba²..... 

Anak² aku ni hilang dari radar. Aku punya menggelabah jangan cakap lah. Bebudak yang mandi pon baju lebih kurang sama kalernya dengan Qahirah ngan Qhalif. Berpusing² aku mencari. Mana lah anak² aku ni. Akhirnya jumpa jugak. Lega. Pesan dah jangan main kat tempat lain. Dah lah cuaca agak panas. Tempat berteduh pon nan hado. Berteduh dicelah² pokok jer. Pantau punya pantau sekali si Qhalif plak hilang dari pandangan. Ya! allah...Berderau balik jantung aku. Dah macam main peek-a-boo plak bebudak ni. Tanya si kakak, dia pon tak tau adik dia kat mana. Tak perasan adik dia dah hilang gamaknya.


Haishhhhh...Memang menguji kelajuan degupan jantung si ibu betul tau. Nasib tak lama lepas tu nampak kelibat qhalif...phewwwww...lega mak nak. Dahhhh...stop mandi dulu. En. somi, kimi dengan makcik² nya dah dekat sejam lebih tanpa khabar berita. Tengah rilex² dorang muncul. Ingatkan dah lupa kat kitorang ni ha...hehehe...


Rupa² dorang gi beratur sejam lebih sebab nak naik VUVUZELA. Perghhhh...tabah betul beratur panjang². Dengan si kimi join main sekali. Tak sangka plak aku berani juga si kimi tu naik gelongsor besar nih. Bila dah sejuk tu perut pon lapar khenn. Makanya...isi perut dulu sebelum main game yang lain plak.


Dah kenyang perut, gi cari port untuk letak barang² dan jugak stroller. Dah jumpa port, sambung main. Gi main slide yang masuk terowong bengkang bengkok panjang ni haaa. Tak sempat nak snap gambar kimi ngan abah dia. Laju bebenar turunnya.


Lepas tu sambung main lagi slide yang panjang ni plak. Nampak tak anak bujang sorang tu. Berani plak dia main. Aku ngan anak² jadi tukang tengok jer lah. Pastu rasa nyesal sebab tak mandi...hahahaha...


Lepak jap kat kolam mainan kanak² ni. Si abah sado sedang memanaskan badan anak² yang kesejukan...hehehe...


Pindah plak kat kawasan persisiran pantai berpasir dalam Sunway Lagoon tu. Baru lah dapat snap adik beradik nih ha. Tengoklah tu...bukan main terbaring lagi. Dengan cuaca panas berdeting. Kulit pon gelap. Lagi sekali En. somi ngan adik² nya @ makcik² #ImanQahirahQhalif hilang dari radar. Kali ni si kimi tak join. Bila tak join tu, mulalah dia tanya mana abah ngan makcik² dia pergi.

Kali ni lagi lama dorang hilang. 2 jam jugak kot. Naik bosan aku menuggu. Apsal lah lama sangat nih. Dengan si kimi tanya soalan yang sama banyak² kali...ppffttt...Tengah dok termenung atas batu, sekali nampak macam susuk tubuh yang aku kenali tengah turun dari Malaysia’s Longest Flying Fox dari ketinggian 206 meters. 

Patut lah lama. Gi Extreme Park. Main paintball pastu tak tau dorang main apa lagi lah. Last sekali tu yang naik Flying fox. Nak naik tu jer kata en somi beratur dekat 2 jam. Lagi lama dari nak naik vuvuzela. Macam² lagi lah dorang main kat dalam tu.


Macam² lagi lah dorang main kat dalam tu. Surf Simulator or ‘FlowRider’ ni pon en somo main. Sampai 2 kali. Nasib tak berapa ramai sangat orang. Yang kelakarnya, ada yang sampai tercabut seluar wei. Nasib cepat² cover...hahaha...


Seronok tengok mereka semua happy. Rasa macam tak cukup jer masa tu sebab ada lagi game yang tak sempat main. Macam rumah hantu tu memang tak der lah aku nak masuk. Tengok hantu² palsu berkeliaran kat situ pon aku dah ngeri. Tunggu group UEM punyer family day for the next 2 years kalau nak ke sini lagi. 

Ok...dah tamat. Tapi aku tau ada yang skip membaca bila entry panjang² ni kan...muahahaha...Mekasih lah kalau ada yang baca sampai habis ☺☺

Note: Mood malas ni tak boleh dilayan sangat. Kalau dilayan memang malas jer memanjang.


Berkhidmat untuk company. Berkhidmat untuk suami pon dah nak masuk 10 tahun gak. Tapi tu kena tunggu bulan November nanti...hehehe... ...

Dah 10 Tahun Berkhidmat!!!

Berkhidmat untuk company. Berkhidmat untuk suami pon dah nak masuk 10 tahun gak. Tapi tu kena tunggu bulan November nanti...hehehe...


14 April 2005 - 14 April 2015 = 10 Tahun

Sedar tak sedar dah 10 tahun aku berkhidmat kat company ni. How time flies. Setia betul kan. Nak curang rasa sayang. Sebab benefit yang company bagi pada pekerja. Insurance cover untuk suami dan anak², training, saham dan lain² lagi lah. 

Gambar kiri tu masa memula join company ni. Still UEM Land. Belum kawin lagi. Suci murni jer muka tu kan. Gambar kanan plak dah beranak pinak dah. Tapi muka maintain cute kan...bluekkkk...ekekeke....Tapi nama company dah bertukar jadi UEM Sunrise.

Masa memula interview, buat kat bangunan MCOBA. Situ bangunan UEM Group dulu. Penempatan aku plak kat Faber Tower, Jalan Klang Lama. Kat bangunan tu memang mostly UEM Group. Kat situlah PLUS, OPEL, UEM Land, UEM Builder dan lain² lagi lah. Memang best masa kerja kat Faber Tower sebab tempat makan pon senang dan murah. Banyak pilihan. 


Pastu setiap isnin semua staff UEM Group kena pakai uniform. Kemeja putih, seluar kaler dark blue dan juga kot. Macam dalam gambar tu. Siap ada name tag tau. Tak ingat dah kot tu fitting atau dorang bagi ikut size. Memag fefeeling wanita korporat lah setiap isnin....hahaha...Seronok jer tengok sebab seragam jer memasing dengan uniform. Tapi tu dulu. Skang dah tak der hari uniform dah. 

Dari Feber Tower, berpindah ke bangunan baru kat Mercu KL Sentral sana. Sebab dah ada bangunan sendiri kan, Tapi tu Group yang punya lah. Sewa tetap kena bayak...ahaksss...Makan kat sini pon ok. Sebab ada cafe. Tapi harga agak mahal jugak lah even ada staff discount. Kekadang gi makan kat bangunan depan Mercu Kl Sentral tu. Tak ingat dah bangunan apa. Kekaang gi Sooka sentral. Paling jauh, makan kat KL Sentral lah.

Memandangkan aku dah transfer department ke bahagian project, terpaksa lah berpindah randah lagi ke Cyberjaya. Maka tercampak lah aku kat Cyberjaya nih. 3 kali berpindah randah wei. Memang hazab sebab ko nak mengemas dan memunggah balik barang pindahan kan. Tapi yang best dekat dengan bangi. Dekat² pon adalah 20-30 minit perjalanan. Bergantung pada kesesakan lalulintas jugak lah. 

Skang ni penempatan aku bergantung kepada project. Habis jer project kat Cberjaya ni, berpindah lagi lah aku. Mungkin kat Bangi plak kot. Pindah lagi wei...ppffttt....Nak transfer department, lagi jauh lah perjalanan aku sebab dengarnya nanti suma pindah kat Solaris, Dutamas tu. Bangunan sendiri kan. 

Cuma yang tak bestnya skang adalah....ENVIRONMENT. Dah tak macam dulu. Semuanya berubah sejak merge. Aku rasa macam bukan kerja ngan GLC lagi dah. Faham² lah kan. Yang pasti, aku rindu zaman UEM Land. Rindu environment di UEM Land. Orang² lama pon ramai yang dah tak der...huhuhu... 

Apa² pon, SELAMAT ULANGTAHUN PERKHIDMATAN YANG KE 10 buat diri sendiri. Untung company sebab dapat staff yang setia macam aku....hahaha...Setia sampai bila pon tak tau lah nih. 

Note:  Alhamdulillah atas rezeki harini. 



As salam semua. Salam pagi Isnin. Alhamdulillah....masih diberi peluang olehNYA untuk bernafas sambil menikmati udara segar dimuka bumi...

2015 | Hari Pertama & Entry Pertama


As salam semua. Salam pagi Isnin. Alhamdulillah....masih diberi peluang olehNYA untuk bernafas sambil menikmati udara segar dimuka bumi ini. Harini hari pertama aku start kerja. Kena cancel cuti harini sebab cuti sekolah dah dilanjutkan lagi seminggu. Jadinya senin depan cuti sebab anak dara tu 1st day nak masuk tadika. Tapi harini hantar jugak daycare kat tadika baru. Kalau hantar kat nursery lama haruslah kena charge kan. Seminggu tu. Jadinya...kita hantar kat tadika baru jer lah. 

Harini jugak entry pertama aku untuk tahun 2015 nih. Jumaat last week pon cuti lagi. Menghabiskan sisa² cuti yang ada. Tetiba teringat plak nak cek cuti² tahun lepas yang aku pernah amik. Kesnya malam tadi beborak dengan en. somi. Dia kata aku tak pernah amik MC last year. Aku ingat² lupa. Tu yang check pagi ni. Memang betul lah. Cemerlang lah aku tahun lepas sebab tak pernah amik CUTI SAKIT. Alhamdulillah atas kurniaan kesihatan yang baik dariNYA ini. Harapnya tahun ni dapat mengekalkan lecemerlangan tanpa CUTI SAKIT...inshaa'allah.

Sambil cuti tu daftar tadika Qahirah sekali. Last minute baru nak buat khenn. Tapi dah booking nama dulu uolls. Nanti aku up pasal tadika qahirah yerp. Kalau masa kimi dulu aku siap amik cuti sebab nak survey tadika. Tapi bila qahirah nak tadika ni memang aku tak survey sebab aku dah boleh agak price rate nya. Yang pasti....SEMUANYA NAIK.

Note: Jadi jugak kitorang import Iman Hakimi duduk umah Atok/Opah kat Gombak. Weekend ni baru amik bawak balik :-(


Quick Update. Hari mengemas workstation. Next week 30 september 2014 ada 5S . Bila dorang nak datang baru terhegeh² dan kelam kabut ...

5S | Bertabahlah!!!

Quick Update.


Hari mengemas workstation. Next week 30 september 2014 ada 5S. Bila dorang nak datang baru terhegeh² dan kelam kabut nak kemas khenn. Rasakan...sehari suntuk mengemas nampaknya nih. Kat bawah meja ni tak boleh ada apa² kotak hokay. Jadinya...mari kita sorok suma benda² di bawah meja. Bila dah habis 5S, kita letak balik di bawah meja....eerrkkkk...korang pon buat macam tu kan...ekekeke...

Maaf...harini tak dapat nak menjenguk jiran² tetangga. Banyak nak citer nih. Tapi kekangan masa dan tugas tak mengizinkan. Sekian....harap maklum. 

Note: Itu pon nak citer kan...hahahaha. #sukahatiakulah



Jalan lengang. Tapi yang ni aku suka sebab tak perlu hadap jalan sesak. Office pon lengang. Sebab ramai yang bercuti. Yang bestnya bos p...

Kosong...Kosong...kosong...!!!


Jalan lengang. Tapi yang ni aku suka sebab tak perlu hadap jalan sesak. Office pon lengang. Sebab ramai yang bercuti. Yang bestnya bos pon cuti. Best kan. Bila bos cuti kita pon cuti, tak best. Biar bos cuti tapi kita kerja. Baru boleh enjoy...hahaha...Gurau jer. Enjoy lah sangat kan. CCTV ada kat atas ni. Jaga²...ada yang memerhati. 

Note: Uols cuti ker kerja harini? Sibuk plak nak tau orang cuti ker tak erk...ngeeee... 




Salam pagi Khamis uols. Iols mulakan entry pagi ni dengan hebahan khidmat masyarakat dari tempat ku mencari rezeki. Khas untuk penduduk² Cy...

Semarak Muhibbah at Symphony Hills Cyberjaya

Salam pagi Khamis uols. Iols mulakan entry pagi ni dengan hebahan khidmat masyarakat dari tempat ku mencari rezeki. Khas untuk penduduk² Cyberjaya, Putrajaya, Bangi dan kawasan² di Key Ell ni lah.

Adakah dikalangan anda semua peminat UKE @ Ustaz Kazim Elias (Kalau Dah Jodoh)? Atau peminat Ustazah Dato' Siti Norbahyah dan Ustaz Wan Akashah (Semanis Kurma)? Juga peminat Ustazah Dato' Dr Fatma El Zahra? Jom serbu Symphony Hills, Cyberjaya ☺


Tempat aku mencari rezeki @ UEM Sunrise Berhad  akan menganjurkan acara Semarak Muhibbah yang menawarkan penceramah² seperti YBhg. Dato' Dr Ustazah Fatma Az-Zahra, YBhg. Dato' Ustazah Norbahyah Mahamood, Ustaz Kazim Elias dan Ustaz Wan Akashah Wan Abdul Hamid. Best kan.

Jadinya...Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk bersua muka. beramah mesra sambil mendengar ceramah motivasi dari mereka ya. Kalau nak tau, Moderator adalah Farrah Adeeba Mohamed Ashraf. Pengacara TV Al-Hijrah dan juga pemilik butik muslimah NAJJAH. Program tersebut akan berlangsung pada:

Date: 7 Sept 2014, Sunday 
Venue: Clubhouse Symphony Hills, Cyberjaya 
Time: 10am – 6pm
Speakers: Ustazah Dato’ Siti Nor Bahyah Mahamood, Ustaz Wan Akashah, Ustaz Mohammad Kazim Elias and Ustazah Dato’ Dr Fatma El Zahra 

Event Highlights: 

11.30am – 1.00pmExclusive forum with Ustazah Dato’ Siti Norbahyah Mahamood and Ustaz Wan Akashah (Topic: Mencintaimu Hingga Ke Syurga) 
2.00pm – 3.15pmBicara Bersama Ustazah Dato Dr Fatma Elzahra (Topic: Ketenangan Hati) 
3.30pm – 4.45pmSantai Bersama Ustaz kazem Elias (Topic: TBA)
* Light refreshments will be served

Teruja tak? Best tak? Best dan teruja tau. Bukan dengar ceramah jer, ada booth² yang disediakan. Salah satu booth adalah booth jubah untuk lelaki. Sebab semalam terserempak kat surau dengan orang yang nak buka booth tu. Raya Haji pon dah nak dekat kan. Boleh lah berjubah di Raya Haji nanti. Sambil dengar ceramah, sambil kita cukur poket...erkkk...hehehe...Nanti aku update booth apa lagi yang ada. Katanya booth tudung FAREEDA pon ada. 

Kalau datang ngan anak² kecik, aku cadangkan korang bawak baju lebih. Sebab ada swimming pool. Ko tau lah bebudak dan air memang tak dapat dipisahkan. Menggeletis jer kalau nampak pool. Tempat solat semua ada dan selesa. Jangan risau. Datang bawak diri, bawa camera dan monopod sebab korang kaki selfie kan dan juga bawak duit. 

Note: Jom lah datang beramai². Bley kita berlaga pipi ☺☺



google pic. Kisah semalam. Panas hati jer rasa. Dah lah memang cuaca tengah panas kat luar tu. Ini lah masalahnya bila parking ka...

Parking | Seronok 'BLOCK' Kereta Orang???


Kisah semalam.

Panas hati jer rasa. Dah lah memang cuaca tengah panas kat luar tu. Ini lah masalahnya bila parking kat kawasan yang padat. Kawasan yang menjadi tumpuan waktu lunch. Dan kawasan yang banyak kedai makan. Kebetulan hari ni bernasib baik. Doa orang yang tengah lapar tahap gigil dimakbulkan Allah kekdahnya. Dapat parking. Kalau tak memang susah nak dapat. Tak sah kalau tak buat 2-3 kali pusingan.

Dah puas makan dengan kenyangnya, tibalah masa untuk berangkat pulang ke office. Tapi kan...ada pulak keta block kat belakang. Dah macam mana nak kluar nih. Yang jadi masalahnya, KENAPA TAK TINGGALKAN NO HP??? Ko dah tau parking belakang keta orang dalam erti kata lain ko block keta orang yang nak kluar, pastu ko suka suki blah macma tu jer. Tinggalkan lah jejak wei. 

Apa lagi....hon lah banyak kali kan. Tak jugak kluar. Hon panjang² pon tak kluar jugak. Nak menyinga plak rasanya. Kalau dapat orang yang panas baran tahan langit ketujuh memang bahaya nih. Nasib lah kawan aku ni cool lagi. Dekat 10 minit gak lah menunggu. Sekali kan....

Boleh dia menonong masuk keta tanpa angkat tangan atau tanpa ucap perkataan 'I AM SORRY'. Memang cisskek betul lah orang macam ni wei. Malang lah kalau siapa dapat lelaki macam ni.  Tak der rasa hormat kat orang langsung. Dah tau buat salah blah macam tu jer. Tak kira lah bangsa apa sekali pon. Sebab dalam setiap agama ada di ajar hormat menghormati dan adab bersopan santun kan.

Note: Peringatan buat diri sendiri juga ni. Jangan suka suki block parking orang. Kalau emergency sekali pon silalah tinggalkan no HP.




Burrpppp...Alhamdulillah. Save duit budget untuk lunch harini sebab dapat makan kat open house raya @ Persada PLUS. Transport tak yah r...

Open House Raya 2014 | Makan...makan...makan...


Burrpppp...Alhamdulillah. Save duit budget untuk lunch harini sebab dapat makan kat open house raya @ Persada PLUS. Transport tak yah risau sebab ada bas yang akan datang hantar dan amik. Curlasss ko kan. Yang naik tak sampai 10 orang...hehehe...Sampai² jer tengok orang dah mula beratur amik makanan.


Macam biasa. Kat mana² stall pon suma panjang². Yang aku serbu dulu sudah tentu lah bahagian kambing kan. Dah jatuh cinta ngan daging kambing nih. Memang sedap. Satay pon sedap. Putu Piring ni pon sedap. Ada Young Tau Foo, Lasagna, Roti Jala, Kuey teow goreng dan macam² lagi lah. Oh ya! Sushi King pon ada ko. Tapi aku tekak melayu. Tak boleh diterima dek tekak masa try dulu. Rasa hanyir jer. Tapi agak frust sket lah sebab aku tak pusing habis. Kat belah dalam banyak lagi makanan. 


Tak sah kalau tak bergambar kan. Wefie raya. Muka² kekenyangan. Dah kenapa plak tangan aku macam tu.


Wefie lagi. Peduli hapa. Nampak lain plak muka pompuan yang kat belakang tu. Skang ni ber 'shawl' jer. Bila pakai tudung awning ni nampak lain plak. Muka pon nampak makin mengembang. Seiring dengan badan yang dah stary mengembang sejak dah tak mengepam ni...ppfftttt...Ok...rasa macam nak kena pergi gym ni. Gunakan facilities yang ada kat office nih. Cakap jer lebih aku ni. Ntah iyer buat ntah tidak....muahahaha...Hari² naik tangga dukung anak kira ok lah kan. 

Macam Open House Raya tahun lepas, tahun ni ada juga dapat bergambar dengan Group MD/CEO UEM Group, Dato' Izzaddin Idris. Sesi beramah mesra dari meja ke meja. Tapi gambar kat camera orang lain. Itu jer lah kisah open house harini. Uols tak buat open house ker? Iols nak datang...ekekeke....

Note: Last timbang, jarum penimbang menunjukkan 45kg. Kali  ni kalau timbang agak² dapat nombor ni lagi tak...seram ni.





Hurmmmm...Ker Kota Singa lagi lah kita. Sendirian berhad tanpa anak² lagi nampaknya. Last year USS. Memang best *ntah bila nak up entry...

Company Trip | SINGAPORE Lagi!!!


Hurmmmm...Ker Kota Singa lagi lah kita. Sendirian berhad tanpa anak² lagi nampaknya. Last year USS. Memang best *ntah bila nak up entry USS...ppffttt. Cer bawak gi Bandung ker, Bali atau Langkawi. Tak pon gi Legoland ker for staff and family. Kalau tempat mandi manda macam ni kat KL pon ada. Nak mandi manda dan tengok kehidupan laut jauh² buat apa. Tak bley bawak family plak tu. Bawak anak²lah best kalau gi tempat macam ni.

Haipppp...jangan nak merungut. Ok lah tu daripada tak der kan. Nasib passport expired tahun depan. Cuma nak kena sediakan duit jer lah. Nak cash out duit nuffnang dah tak sempat...hehehehe...sebab nak pegi bulan depan.

Note: Sian anak² kena tinggal lagi. 



Khas buat yang sedang mencari rumah untuk di beli atau untuk di duduki atau untuk aset dimasa hadapan.  Located at Bangi which is ac...

Iklan | Property Development @ Bangi

Khas buat yang sedang mencari rumah untuk di beli atau untuk di duduki atau untuk aset dimasa hadapan. 


Located at Bangi which is accessible via major highways, including the North South Expressway (exit at Bangi or Putra Mahkota interchanges), LEKAS Highway (exit at Semenyih interchange) and the SILK Highway (exit at Kajang interchange via Jalan Reko). Total land area approx. 448.61 acres and Land tenure is Freehold.

Product type plak jenis Double-Storey Terrace 22' x 70' bermula dari 1,924 sq ft - 2,000 sq ft. Ini adalah untuk Phase 1. Biasalah...development kan phase by phase. Dan akan ada lebih banyak lagi development. Tapi tak boleh lah nak update skang. Kalau dah confirmed baru bley update.

Best nya kalau dapat umah landed macam ni. Berangan jer lah dulu. Berangan tu kan free...hehehe...Kalau ada yang berminat nak beli, boleh jer pakai nama iols sebab ada staff discount and bumi discount. Tapi kena lah ulur² sket...hahaha...Gurau jer. Kalau berminat, ni detailnya:

Sales Office

A-03-G (Ground floor)
Jalan Medan Pusat Bandar 5
Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi
Selangor Darul Ehsan
1-300-888-555
[WEBSITE] - For online registration

Note: Bestnya kalau dapat beli rumah by cash kan...hurmmmm...Orang sibuk citer pasal raya ko citer pasal rumah. Tak per...raya sebulan ☺


Kemana lagi kalau tak kembali bekerja. Iyerlah...Surirumah berkerjaya macam ni lah. Best nya kalau dapat jadi surirumah sepenuh masa kan......

Kembali Ke pangkal Jalan!!!

Kemana lagi kalau tak kembali bekerja. Iyerlah...Surirumah berkerjaya macam ni lah. Best nya kalau dapat jadi surirumah sepenuh masa kan...hurmmmmm...Blog pon dah bersawang. Turut cuti ngan tuannya skali.


Ada yang windu kat ahdik comel ni ker...hahaha...*bluerkkkkk...Sekali sekala selfie. 

Rasa lemau teramat sangat bila cuti lama² ni wei. Nak buat macam mana. Nursery tutup 3 hari. Nak tak nak #makbanyakanak ni pon dipaksa cuti gak. Siapa nak jaga anak??? Cuti pon tinggal setengah hari jer  ni...huhuhu....Sistem baru kat office ni, cuti dibahagikan untuk setiap bulan. Macam hampagas betul tau. 

Nak citer pasal raya, tak der yang menarik pon. Ada pon kisah anak² di hari raya. Baju raya iols pon recycle jer. Mak tak kisah noks. Gambar raya pon nan hado. Bersederhana tahun ni. Turut rasa tempias kesedihan dengan tragedi MH17 dan juga nasib rakyat Palestin di Gaza yang rakus dibunuh dengan kejam oleh tentera Israel.

Erkkkk...kejap² lagi lah yerp citer pasal raya. Tak pon esok lusa masih ada. Raya kan sebulan. Selagi tak habis sebulan selagi tu lah citer pasal raya...kan..kannn. 

Note: Pantas betul masa berlalu. Dah masuk bulan august dah kita yerp.



The one and only princess in my life. Kawan bergurau, kawan mengemas, kawan mengacau dan banyaknya kawan bergaduh lah. Sebab anak dara ni...

My Princess and Me


The one and only princess in my life. Kawan bergurau, kawan mengemas, kawan mengacau dan banyaknya kawan bergaduh lah. Sebab anak dara ni suka mendera emosi ibu dia nih..hehehe...
Anak dara ni klo bergambar tak buat muka memang tak sah...haisshhh...

Selfie time. Sama tak hidung kami? Hidung photostat...hahaha...Tak tau nak story apa. Baru balik dari training 2 hari. Selesaikan apa yang patut. Segregate document yang nak dibuang sebab aku pon dah pening tengok workstation sendiri. Banyak dengan kertas² yang dah bertahun² disimpan. Mentang² baru balik  dari training khenn. 5S uols...5S...hahaha...Banyak nak kena buat nih.

Ok lah. Nak gi potluck dulu. Nak menternak lemak sebelum posa nih. As per requested by my colleague, dorang soh buat cheesecake. Pukul 11.30 malam tadi aku mem baking. Sedar² dah pukul 4.00 pagi. Lama kek aku dok dalam oven. Tapi dah set bakar sejam kan. Ok lah.  Kejap lagi iols nak ketuk pintu umah uols. Step by step hokey. Tak perlu sediakan air sebab iols dah kenyang....hehehe...mu tunggu aku datang deh.

Note: Jerebu datang lagi. Sidai baju tapi baju bau asap...ppffttttt....



Bukan Iphone5S. Tapi amalan 5S yang bermaksud kaedah atau alat pengurusan yang boleh mewujudkan persekitaran di tempat kerja berkualiti yan...

5S???




Baru habis briefing pasal 5S nih. Kat syarikat² lain dah lama amalkan 5S ni. Tapi kat tempat iols baru nak start. Kalau sebelum ni dengar kawan² bercerita pasal 5S. Tapi skang baru tau macam mana 5S tu berfungsi. Phewwwww...banyak gak keja nak kena buat nih. Lebih² lagi kerja kat bahagian project. Document/Drawing/Tender tak boleh sukasuki buang selagi project tak siap. 

Atas meja...bawah meja kena kemas. Kena amik gambar sebelum dan selepas. Bukti katanya. Banyak juga nak kena buat nih. Filing label and filing system nak kena upgrade. Apa² pon, nak kena buat seiri (sort = sisih) dulu. Dah lah store kecik. Kabinet file apatah lagi. Ok lah...sekian laporan untuk hari ni. 

Note: Masa blogging amat terhad skang ni. Maaf uols sebab tak dapat melawat kawasan sangat.



Pinjam gambar google Situasi lebih kurang macam dalam gambar ni. Tapi bukan kat Shopping Complex, kejadian kat parking office. Masa n...

Salah KERETA lahhhhh!!!


Situasi lebih kurang macam dalam gambar ni. Tapi bukan kat Shopping Complex, kejadian kat parking office. Masa nak balik petang smalam. Boleh lupa ingatan plak aku. Iyerlah....aku posa ganti smalam. Tu yang mamai sket kot. 

Boleh plak lupa time lunch smalam aku balik umah. Amik Iman Hakimi dari skolah. Si suami tak dapat balik sebab valve...ntah apakebendanya *kes catu air* tak bukak lagi sebab hujan. Jadinya tugas aku lah gi amik anak bujang tu. Double penat gak lah aku smalam. 

Balik office, tempat parking keta aku tu dah di ambil. Parking lah kat tempat lain. Masa nak balik tu aku menonong jer gi kat keta tempat aku parking pagi tu tanpa aku sedar yang aku parking kat tempat lain. Dah lah keta yang sama parking kat situ. On the way nak ke keta tu tekanlah alarm...Ekkkk...apsal bunyi alarm ni kat tempat lain? Tengok balik kat keta tu. Mata terpandang kat no plate keta. Cisssssss...salah keta. Pak guard dah pandang². Nasib member² office tak der time tu. Kalau tak memang malu lah wei.

Masuk jer keta aku dah gelak sorang²...Membayang kan macam mana aku boleh lupa tempat parking keta sendiri...sengal...hahaha...

Note: Alhamdulillah....anak dara nan sorang tu ok. Tak de muntah².




Ok. Kita sambung cerita. Berkenaan entry aku smalam pasal FLIGHT TO DHAKA?? . Gelak besar iols bila baca komen² uols baik di IG, FB dan ...

Operational Readiness And Transfer Trials (ORAT) for KLIA2


Ok. Kita sambung cerita. Berkenaan entry aku smalam pasal FLIGHT TO DHAKA??. Gelak besar iols bila baca komen² uols baik di IG, FB dan juga BLOG. You made my day lah. Bukan gi bebetul pon ke Dhaka tu. Cuma trial to check and test the facilities at KLIA2 and to gauge view from public for the improvement of the facilities.


Pada yang masih belum tau apa itu  Operational Readiness And Transfer Trial (ORAT) atau dalam bahasa melayunya Kesediaan Operasi dan Pemindahan Lapangan Terbang. Ia nya adalah percubaan bagi menguji kemampuan sebenar fasiliti di KLIA2 boleh dilaksanakan dan juga menilai sama ada kualiti kemudahan itu sesuai dengan nilai wang yang dilaburkan kerana KLIA2 akan menjadi sebahagian daripada KLIA sedia ada iaitu pintu masuk utama negara. Fokusnya supaya kemudahan disediakan benar² berkualiti agar dapat menampung jumlah pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 serta tidak menjejaskan imej negara.

Sumber: [SINI]


Kiranya smalam kitorang ni pelancong kononnya. Gedik pilih penerbangan antarabangsa. Sekali dapat ke Dhaka ko. Redha jer lah. Siap dapat bagasi bagai. Buat procedure macam nak gi melancong betul². Gi check-in. Dapat tiket kapal terbang ko. Timbang bagasi bagai. Last minute kena tukar flight gi Singapore plak...hahaha...Kena check passport. Siap kena raba lagi...cisss...Masa nak masuk kat tempat scanning tu. Lupa nak bukak jam. Sekali dia berbunyi daaaa. Kena lah buat spot check satu badan. Tak pasal² kena raba. Tapi dengan orang pompuan yerp. 

Layan gak ah smalam. Announcement penerbangan. Siap flight delay lagi ko. Macam betul² nak naik flight jer. Memang besar lah KLIA2 nih. The art Hybrid Airport kan. Which is expected to open for commercial operation on 2 May 2014. 1st time join ORAT ni. 

Note: Tak sabar nak balik Gombak. Dah kerinduan teramat dengan Iman Hakimi ☺




Malas nak taip balik sebab kepala dah fening ngan bau tikus. Dah banyak tikus mamps kat office ni. Isnin baru ni mati dalam bilik bo...

Tikus Oh! Tikus



Malas nak taip balik sebab kepala dah fening ngan bau tikus. Dah banyak tikus mamps kat office ni. Isnin baru ni mati dalam bilik bos. Ko bayangkan lah dah 2 hari tikus tu arwah. Datang office di sajikan dengan bau bangkai tikus. Perghhhhhh...bau dia...hazab satu office. Dari ground floor dah berbau ko, apatah lagi aku yg dok kat kawasan kejadian ni kann. Rasa nak muntah...rasa nak MC...erkkkk...ekekeke...Kelmarin, anak tikus tersadai kat mesin photostat. Ajal dan sampai kan. Geli plak aku nengok.

Note: Alhamdulillah...my dear hubby dah getting better.



Makan Buah-buahan tempatan yer. Ada yang ingat buah lain ker? Buah import ker...hahaha... Smalam Sport Club ada buat perta Jom Makan...

Pesta Jom Makan Buah!!!


Makan Buah-buahan tempatan yer. Ada yang ingat buah lain ker? Buah import ker...hahaha...


Smalam Sport Club ada buat perta Jom Makan Buah kat office nih. Kenyang buah aku smalam. Ada buah durian, rambutan dan manggis. Dah lama aku mengidam manggis. Akhirnya dapat jugak makan smalam. Licin habis semuanya. Semuanya hantu buah. Tak padan dengan batuk dan skit tekak. Bedal juga buah rambutan. Banyak juga aku makan. Sekali hamik ko...batuk tak hingat malam tadi dan di tambah pulak dengan sakit gigi melampau sampai aku tak der mood nak memasak malam tadi. Dasyat kat penangan sakit gigi. Maaf yer anak². Malam ni ibu masak sedap. Ker nak gi pasar malam...hehehehe...

Alhamdulillah...dengan adanya SHAKLEE SR Vita-C Plus *iklan jap, sakit tekak dan batuk² aku dah beransur pulih. 

Note: Alhamdulillah...dah 2 kali merasa bonus Shaklee ☺



Ni lagi satu umat pengotor. Aku tak tau lah dia lupa nak flush atau segaja tak nak flush atau buat² lupa nak flush atau memang jenis da...

Hoi!! FLUSH lah dulu!!!!!



Ni lagi satu umat pengotor. Aku tak tau lah dia lupa nak flush atau segaja tak nak flush atau buat² lupa nak flush atau memang jenis dah berak tak reti nak flush. Bluekkkkk...Kembang tekak aku wei. Cissssss...pengotor betul. Ni bukan kat tandas awam. Tapi tandas kat office ni.

Tak tau lah angkara siapa ni. Bikin panas hati jer. Sebelum kluar tu check lah dulu dah flush ker belum. Stool tu ada lagi ker tak. Titis² kuning kat toilet bowl tu dah jirus ker belum. Ni tak, main keluar jer. haishhhhh...bodoh betul lah...Rosak mata aku pagi ni.

Note: Tolonglah...jangan lah jumpa toilet macam ni lagi.

Extra Note: Masih tak boleh nak publish komen...huhuhu...



Ok...Dah habis citer pasal raya. kita citer pasal Open House Raya plak yer. Weekend ni ada 2 jemputan open house. Bersiap sedialah untuk m...

Cerita Open House Raya - Dapat Bergambar dengan Orang² Penting @ Dato'² >_<


Ok...Dah habis citer pasal raya. kita citer pasal Open House Raya plak yer. Weekend ni ada 2 jemputan open house. Bersiap sedialah untuk menternak lemak.


Semalam ada jemputan Open House. Khas untuk staff² UEM Group. Buat kat Persada PLUS. 1st time jejak kaki kat sana. Sampai² jer dah nampak khemah bersusun². Kalau nak sejuk, bleylah duduk dalam dewan. Tapi ko faham² je lah kan. Bila dah ramai umat manusia kan. Sure dorang dah booking dewan air-cond awal² kan. Duduk luar jer lah.


Ada macam² jenis makanan dan makanan memang sedap². Tapi nak amik makanan punyalah hazab. Beratur panjang tak hingat. Nak amik kambing panggang...perghhhhh...gila panjang nak beratur. Tak sanggup mak noks. Dengan panas lagi kan. Jadinya...tak dapat makan kamping panggang, dapat makan sate kambing pon jadi lah.

 Dengan Dato' Wan Abdullah Wan Ibrahim

Dengan Dato' Izzaddin Idris

Dengan gang office. Sedih sebab Susan last day hari ni. Hampir 9 tahun kerja bersama dari kat Faber Tower lagi...huhuhu...

Part yang paling best skali. Bila dapat berposing dengan dua orang kuat syarikat dan group. Siapa lagi kalau bukan dengan Group MD/CEO UEM Group, Dato' Izzaddin Idris dengan MD/CEO UEMSunrise, Dato' Wan Abdullah Wan Ibrahim. Berdiri sebelah Dato' Izzaddin tu...auwwwwww...vangga jap. Bukan senang nak bergambar dengan orang² penting syarikat ni kan. Dan selebihnya macam baisa lah. Posing ngan gang office. Posing itu kan harus. Nak letak dalam blog katakan...hehehe...

Artis jemputan plak Nabil, Mila dan Angah Raja Lawak. Tak sempat nak bergambar dengan dorang pon. Overall semua ok. 

Note: Kejap jer nak jumaat kan.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...