Showing posts with label Work. Show all posts
Showing posts with label Work. Show all posts

Dari dunia blog buat sementara/ Errkkkk...boleh percaya ker ni...hahaha...Propa sangat #makbanyakanak ni. Take a break kejap dari kerj...

Take A Break!!!


Dari dunia blog buat sementara/ Errkkkk...boleh percaya ker ni...hahaha...Propa sangat #makbanyakanak ni. Take a break kejap dari kerja² office nih. Dari pagi sampai petang non stop sampai tak cukup nafas dibuatnya. Dengan tulisan bos yang sangatlah berseni sampai buntang biji mata aku nak mencari apakah ayat yang ditulisnya...ppffttt....

Sorry lah kesayangan hamba semua. Mana rumah yang sempat jer aku terjah. Yang tak sempat tu tunggu aku buat komen marathon yerp. Tapi kan....kalau tak berupdate blog SUPERMOM WITH SUPERKIDS ni, maknanya memang aku take a break lah nampaknya dari dunia blog. Kalau update tu, memang cakap tak semenggah namanya...ekekeke...Iyer lah, blog picisan. Tak der sapa nak rindu. 

Ok lah. Hujan pon dah turun dengan lebatnya. Kalau tido memang syiok. Mata pon dah berat nih. Baik buat nescafe tarik bagi hilang ngantuk. Bila dah hujan lebat ni, elok berdoa sebab antara dua doa yang tak pernah ditolak adalah doa ketika waktu azan dan doa ketika waktu hujan.

Note: Sambung keja balik.



Dari pagi sampailah skang ni. Baru perasan yang tudung ku terbalik...cisssss...nasiblah tak ketara sangat khenn. Macam manalah bley ...

TERBALIK rupanya TUDUNGKU!!!



Dari pagi sampailah skang ni. Baru perasan yang tudung ku terbalik...cisssss...nasiblah tak ketara sangat khenn.


Macam manalah bley tak perasan ni. Rasanya pagi tadi sbelum pakai dah betul lipatannya...hurmmm...pandangan mata ada kalanya boleh menipu kan....cewahhh...sendiri yg salah nak salahkan pandangan mata plak...ekekeke...


Nasiblah kat office ni tak der joyah. Iyerlah....yg jenis suka memerhati nih kan. Pastu mengata. Orang mcm ni kita pakai apa pon dia perasan. Tak pasal2 joyah pon kluar kan. Apa kaitan joyah ngan tudung terbalik...haha..


Teringat kisah 4 tahun lepas. [Gi kerja pakai selipar terbalik.]


Note: Tudung terbalik pon nak citer. Gasaklah...

posted from Bloggeroid

Back to work uolssss. Kerja...kerja...kerjaaaa!!!!!  As-salam semua. Agak lama blog sunyi sepi. Blog pon cuti raya juga. Hari ni bar...

Kembali ke Pangkal Jalan!!!!


Back to work uolssss. Kerja...kerja...kerjaaaa!!!!! 


As-salam semua. Agak lama blog sunyi sepi. Blog pon cuti raya juga. Hari ni baru start kerja. Sepatutnya smalam. Tapi kan...diri ini tak berapa nak sihat. Batuk dan selsema. Penangan air sejuk. Siapa soh minum banyak². Kan dah batuk ^_^. 

Bila dah lama cuti tu...alahaiiiii...rasa berat jer nak gi kerja. Malas yang amat...haishhhh...tu yang malas cuti lelama. Lemau jer rasa nak kerja. Kedai makan pon masih banyak lagi yang tutup. Jalan pon masih lengang lagi. 

Note: Tak sabar nak tunggu hujung bulan ☺☺☺






Inilah tujuan utama aku ke JB hari Sabtu tu. Seterusnya ke USS hari ahad. Rebranding Launch Dinner untuk staff. Meraikan dan memperkena...

REBRANDING Launch Dinner!!!



Inilah tujuan utama aku ke JB hari Sabtu tu. Seterusnya ke USS hari ahad. Rebranding Launch Dinner untuk staff. Meraikan dan memperkenalkan penjenamaan baru syarikat. No more UEM LAND. Sekarang dah dikenali sebagai UEM SUNRISE...lagi gah dan mantop katanya. Siapa tak kenal kawasan Mont' Kiara tu kan kalau bukan SUNRISE yang bangunkan. Siapa tak kenal NUSAJAYA, PUTERI HARBOUR dan juga  PUSAT PENTADBIRAN BARU KERAJAAN NEGERI JOHOR (JSNAC) kalau bukan UEM Land yang bangunkan. Bila kedua² syarikat hartanah ini bergabung, makin bertambah kukuh, berkembang dan mantap lah kan. in shaa allah. 

Berbalik kepada cerita. Mengikur jadual, semua staff kena berkumpul pukul 6.30 am. Nasib bas direct gi Cyberjaya. Kalau tak nak kena berkumpul kat Mercu, KL Sentral sana. Pagi yang kelam kabut. Boleh plak aku bangun lambat. Lagi lima minit nak pukul 6.30 am baru terjaga. Ya! allah...hati dah berdebar tak hingat. Kalau qhalif tak nangis minta nenen memang aku tak bangun. Mekasih nak sebab kejut ibu...ahaks...Terus call member office soh tunggu. Sepantas kilat aku bersiap. Anak² plak masih tido lagi. Plan asalnya nak bagun pagi² bergerak skali ngan mr.mama dan anak². Lepas hantar aku gi office, Mr. mama nak balik gombak. Minta tolong adik jagakan anak² skali. Tapi bila dah lambat, terpaksalah hantar si isteri dulu. Kesian anak² terpaksa bagun pagi  sebab nak hantar ibu. On the way tu aku susukan qhalif puas². 


Sampai² jer suma dah naik bas. Apa lagi...kena bahan lah kan sebab lambat. Bas bertolak dalam pukul 7.15 am. Sedih plak rasanya sebab 1st time berjauhan dengan anak². Nasib dorang tak nangis masa ibu naik bas. Nampak lah si Qhalif tertinjau² dari car seat dia tu...huhuhu...On the way tu rasa lapar sebab tak sempat nak breakfast. Bas berhenti rehat kat R&R Air Keroh, Melaka. 

Posing depan LEGOLAND pon jadi lah

Cute tengok signage toilet ni

Sampai Johor dalam pukul 11.00 pm. Kami di bawa ronda² sekitar kawasan² Nusajaya Centre, Puteri Harbour dan juga Pusat Pentadbiran Baru Kerajaan Negeri Johor. Banyak juga bas rombongan. 13 buah bas. Siap escort  dengan polis bantuan. Berhenti lunch dekat Medini Mall. Dapat coupon KFC. Tu yang sempat bergambar depan LEGOLAND. Sebelah menyebelah dengan Medini Mall ni. Tapi cuaca dia...masy'allah...panas terik. 



Masa untuk check-in. Sampai dekat The Zone Hotel dekat pukul 4.00 pm. Terus amik kunci. Bilik hotel plak mengadap laut. Memang penat lah. Rehat² kan diri sebab pukul 7.00 pm nak kena turun dewan. Tapi tak tidur pon. Sibuk baca novel sambil pam susu. 

Gambar 1st tu nampak aku mcm budak skolah plak ☺

Dinner paling sempoi. Tak payah nak pening² kepala pilih baju sebab company dah bagi t-shirt. Senang kan. Tapi kena pakai dengan black pants. Bila dah pukul 7.00 pm tu masing² dah mula turun. Sesi bergambar, sesi sign sambil buat ucapan dan macam² aksi lagi lah. Lautan merah dalam dewan tu. Sampai alas meja tu pon kaler merah ko. Dah macam Red Hot Chili Pepper...Merah garang uols. 


Acara kemucak malam tu dan acara yang di nanti² kan. AMY SEARCH buat persembahan. Memang hysteria dalam dewan tu...terpekik². Kecik jer Amy Search ni. Bila dah start nyayi, semua berkerumun kat depat termasuklah haku. Nak amik gambar kan. Dah tak kira depan tu meja Tan Sri ngan Dato'. Semua dok berdiri belakang meja tu sambil nyanyi. Sampai kena halau dengan event management sebab orang belakang tak nampak...hehehe...Memang happening lah malam tu.

Amy Search nyayi 4 buah lagi kalo tak silap. Bila tiba lagu yang last, makin hysteria jadinya, Lagu apa lagi kalau bukan lagu ISABELA. Dewan bergema bila semua nyayi sekali. Suara AMy Search memang mantop lah. 1st time tengok secara life kan. Haruslah excited. Tan Sri dan Dato pon sporting malan tu. Naik pentas skali menyayi. Tapi lupa lirik...ekekekeke...Memang puas hati lah. Yang tak puasnya sebab tak dapat bergambar dengan Amy Search...huhuhu...

Overall malam tu memang best. Makan pon sedap. Cuma aku tak puas hati dengan house keeping service. Aku tumpang ice pack dalam freezer dorang tapi kan...tunggu next entry yer...hehehe...

Note: Perghhhhh...jenuh nak mengarang entry ni wei. Tu belum entry USS lagi...haishhhh...



Note: Tunggu...owner blog cuti hari ni. Kepenatan berjalan sampai melecet kaki tak hilang lagi ni. Extra Note:  Tungg...

Teaser: Rebranding Launch & USS, Singapore



Note: Tunggu...owner blog cuti hari ni. Kepenatan berjalan sampai melecet kaki tak hilang lagi ni.

Extra Note: Tunggu lagi yer. Owner blog busy plak hari ni...huhuhu...


Alhamdulillah...akhirnya tercapai juga hasrat nak jumpa dengan kakak Blogger nan sorang nih. Siapa dia? Ini lah dia...kenal tak☺☺....

Berlaga Pipi dengan BLOGGER!!!


Alhamdulillah...akhirnya tercapai juga hasrat nak jumpa dengan kakak Blogger nan sorang nih. Siapa dia?



Ini lah dia...kenal tak☺☺. Mungkin ada yang dah kenal kan...Kakak CHO ZILA. Bley terjah blog akak kita ni kalau nak berkenalan ^_^. 1st time bersua muka. Kalau kat dalam blog bukan main susah lagi nak tengok gambar akak kita nih ^_^. Banyak gambar anak² jer...kan kak ☺☺. Nice meeting you kak. Memula rasa macam segan juga, Iyerlah...mak kan pemalu ...ahaks...Jumpa pon sebab ada urusan sket. Tak lama pon. Rasa macam tak puas plak nak berborak. 

Kak...next time kita dating lagi yer. Boleh bercerita panjang sket. Mekasih kak sebab sudi datang office saya. Semoga ukhwah kita berkekalan sampai bila² yer kawan². Even di alam maya sekali pon. 

Ok, ada siapa² yang nak dating dengan saya. Alaaaa...saya duduk area Bangi. Kerja plak kat Cyberjaya.  ...ahaks...macam ko fofular sangat kan.

Note: Ahad ni balik Perak...Kg Gajah. Ada kawan² yang duduk area sana ker? *wink*


Google pic. Baru aku tahu, selain pancit...tayar juga bley jadi menggelembung @ benjol. 1st time alami situasi macam nih. Bulan lepas nya c...

Tayar Kereta Menggelembung @ Benjol


Baru aku tahu, selain pancit...tayar juga bley jadi menggelembung @ benjol. 1st time alami situasi macam nih. Bulan lepas nya citer. Dalam perjalanan nak balik umah, masa tengah drive tu rasa macam tak selesa. Steering asyik² nak ke kanan jer. Pastu rasa perjalanan tu tak lancar...macam tersangkut². Dalam hati dah menggelabah dah. Tayar pancit ker? Rasa macam tayar pancit pon ada. Nak berhenti kat stesen minyak tapi dah terlepas. Cuba press minyak nak try bagi laju, tapi tak boleh...rasa kereta tu berat. Dah sah² memang ada yang tak kena lah ni.

Dalam hati tu berdoa jer lah semoga selamat perjalanan pulang. Bawak kereta memang slow tahap cipan. Bawak pon kat lane 1 jer. Rasa macam nak cepat² sampai kat umah. Bila sampai kat nursery, check lah tayar kereta, tapi tak der plak nampak pancit...ok jer. Bersyukur sgt² sebab selamat gak sampai.

Esok nya si dia bawak keta gi bengkel, rupa² nya tayar gelembung. Mungkin sebab aku ada langgar lubang dan hentakan agak kuat, tu yg tayar jadi benjol. Memang bahaya. Ini ada sedikit info punca tayar gelembung dan Tips Mengawal Kenderaan Sewaktu Kecemasan:

Anda tahu apa itu tayar mengelembung atau benjol?

Tayar benjol atau mengelembung ialah tayar yg dah putus radial dalam atau jaringan besi dalam tayar tu.

Bagaimana perkara tayar gelembung aka benjol ini terjadi?

Tayar benjol atau mengelembung boleh terjadi kerana habis tarikh luput walaupun bunga masih banyak dan akibat jatuh kedalam lubang sehingga menyebabkan terputusnya tali-tali radial dalam tayar tu.

Apakah simptom-simpton tayar mengelembung?

Kalau anda bawa kereta atau motor, anda rasa seperti menaiki atau melalui jalan yang tidak rata (disebabkan tayar tu dah benjol). Anda mungkin merasakan gegaran padasterin . Anda mungkin merasakan kesalahan balancing tayar kereta, beza masalah balancing dengan tayar benjol ialah, kalau tayar benjol masa nak bawa (dari berhenti ke bergerak) tayar susah bergegar,anda dapat rasakan melalui steren yg anda pegang. Kalau masalah balancing plak, steren anda akan bergegar pada halaju tertentu contoh 80km/j.

Apa penyelesaiannya?

Tayar benjol atau mengelembung anda perlu tukar tayar baru sebelum "gunung berapi" tayar anda pecah aka meletup.

TIP MENGAWAL KENDERAAN SEWAKTU KECEMASAN

Adalah penting bagi seseorang pemandu mengetahui bagaimana memberhentikan kenderaan dalam keadaan kecemasan bagi mengelak kemalangan.

Di bawah ini disertakan panduan kepada para pemandu untuk diikuti sekiranya anda menghadapi masalah seperti berikut:

Tayar Pecah
  • Pegang stereng dengan erat.
  • Jika tayar belakang yang pecah, kenderaan akan tidak stabil iaitu membelok ke kiri dan ke kanan.
  • Membrek dengan perlahan-lahan dan berhati-hati.
  • Membrek dengan tiba-tiba boleh menyebabkan kenderaan berpusing dan sukar dikawal.
  • Naik ke atas bahu jalan perlahan-lahan di kawasan rata dan selamat untuk melakukan proses penukaran tayar.
  • Jangan tukar tayar di kawasan bahaya.
  • Nyalakan lampu kecemasan atau meletakkan alat kecemasan agar pemandu kenderaan lain akan mengetahui ada kecemasan di hadapan mereka.
Lampu Hadapan Kenderaan Terpadam
  • Kejadian ini akan menghadkan pandangan anda sewaktu memandu.
  • Pegang stereng untuk meluruskan arah pergerakan kenderaan dan membrek segera tanpa menyebabkan kenderaan terbabas.
  • Naik ke atas bahu jalan iaitu jauh dari aliran lalu lintas.
  • Hentikan kenderaan dengan segera.
  • Nyalakan lampu kecemasan dan digalakkan menggunakan alat kecemasan untuk memberi amaran kepada pengguna jalan raya yang lain agar lebih berhati-hati.
Kenderaan Terbakar
  • Kejadian sering kali berlaku akibat litar pintas di dalam sistem elektrik kenderaan.
  • Hentikan kenderaan dengan segera.
  • Matikan sistem penghidup/pencucuh dan arahkan penumpang keluar.
  • Buka bonet dan cabut wayar yang terbakar jika boleh.
  • Gunakan alat pemadam kebakaran.
Source: SINI dan SINI

    Hari² jumpa pon, hari² rasa rindu. Hari² rasa tak sabar nak balik...tak sabar nak tunggu weekend. Rindu dengan siapa: - - - - - - - - - - - ...

    RINDUlah....

    Hari² jumpa pon, hari² rasa rindu. Hari² rasa tak sabar nak balik...tak sabar nak tunggu weekend. Rindu dengan siapa:
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -

    Siapa lagi klo bukan dengan dua orang buah hati pengarang jantung, penghibur hati, penyeri suasana...semuanya lah...hehehehehe...Bila tengok gambar, teringat telatah budak berdua nih, bley gelak sesorang di buatnya. Si adik plak skang nih dah pandai gaduh ngan abang. Aahhhhhhh...tak sabar nak balik rumah lah.

    Terubat segala penat dan stress bekerja seharian bila tengok wajah anak² kan...hhmmmmmm...

    Kini masih gelap....ekekekeke....masih mendung sebab hujan. Pagi nih hujan lebat betul. Nasib aku dah melepasi zon jalan sesak. Iyerlah...kl...

    Pagi yang Gelap...

    Kini masih gelap....ekekekeke....masih mendung sebab hujan. Pagi nih hujan lebat betul. Nasib aku dah melepasi zon jalan sesak. Iyerlah...klo dah hujan lebat, mat² motor mesti berteduh bawah flyover kan...kesian dorang kan. Kenderaan pon mulalah slow, especially lori ngan katak besi @ bulldozer yang berderet² di pagi hari. Tu yg buat jalan lagi sesak.


    Haihhhhhh...bestnya kalau dapat tidur di waktu² sejuk macam nih kan ☺☺☺.

    Smalam nyer lunch ^_^. Penangan Durian Pancake nyer pasal. Kebetulan baca blog HANIM yang baru makan DP kat Sweetchat. Apalagi...zzasstttt....

    Lunch @ SweetChat Cafe

    Smalam nyer lunch ^_^. Penangan Durian Pancake nyer pasal. Kebetulan baca blog HANIM yang baru makan DP kat Sweetchat. Apalagi...zzasstttt...trus bukak website SC nak nengok kat mana lagi branch SC nih. Yang paling dekat pon kat The Mines lah. Pastu dak CINTA pon teringin nak makan durian, tak dapat durian sebijik, dapat DP pon jadilah.


    Puas rasa dapat makan. Sedap...tapi yang kat IKANO tu warna dia lagi kuning. Yang SC nih nampak macam pucat² sikit, tapi tetap sedap.


    Pastu makan Baked Mac 'N' Cheese. Sedap...tapi bila dah banyak makan rasa muak, yer lah...cheese kan. So...uols yang teringin nak makan DP bley lah cari kat SweetChat selain dari MV ngan IKANO. Kat Ice Room pon ada gak.

    Seperti gambar di atas, macam ni lah rupanya bila puan punya kereta terlupa nak amik kunci. Kunci pon tak pulas habis. Dari pukul 8.30 am t...

    Careless - Kunci Kereta tertinggal dalam Kereta


    Seperti gambar di atas, macam ni lah rupanya bila puan punya kereta terlupa nak amik kunci. Kunci pon tak pulas habis. Dari pukul 8.30 am till 6.00 pm kereta aku berkeadaan macam nih. Ni citer minggu lepas. Kalau aku parking kat tempat lain, memang sah² hilang lah kereta aku. Pencuri nak mencuri pon gelak² syaiton sebab memudahkan kerja mereka nak mencuri. Nasib parking kat office yang 24/7 ada pak guard yang jaga. Kalau tak.....nangis aku.

    Aku pon tak perasan macam mana bley tak amik kunci kereta. Ni suma gara² anjing lah nih...pagi² dah sambut aku datang, siap bertenggek kat tepi pintu kereta, dah lah aku allergy ngan anjing. Nak cepat...takut anjing datang lagi, tu yang terus lupa nak amik kunci kereta. Bila nak balik baru perasan, cari² kunci kereta dalam handbag tapi nan ado. Menggelabah gila babi tak hingat di buatnya. Yang aku risau takut pintu tu automatic lock, nasib tak...klo tak jenuh nak mengumpil.

    Haihhhhh...makin menjadi² plak penyakit lupa nih. Bahaya batul lah. Ingatkan suami jer careless, rupanya isteri dia lagi careless.

    Morning. Hari ni sampai office lewat daripada biasa. Adoiiii...jalan sesak giler pagi nih. Sebelom masuk tol Sungai Ramal dah jammed. Dekat...

    Tension...tension..


    Morning. Hari ni sampai office lewat daripada biasa. Adoiiii...jalan sesak giler pagi nih. Sebelom masuk tol Sungai Ramal dah jammed. Dekat sejam gak lah sangkut. Dengar radio kata ada accident kat Highway Kajang Silk. Tapi tak nampak pon accidennya kat mana.

    Kaki pon dah gigil² nih and sakit. Sejak drive nih, aku dah mula kena sakit lulut. Mana taknya...mengadap jammed hari²...huhuhu...

    Sakit kepala tampal koyok, kalau sakit lutut, nak tampal apa? Huhuhuhu....nak breakfast dulu.


    Tadaaaa....... Alhamdulillah...Banyak plak hasil tenusuibu untuk pagi nih. Aku pam kat office 2 kali jer. Selalunya kalau buat 2 session p...

    1st Pumping Session, hasilnya....

    Tadaaaa.......


    Alhamdulillah...Banyak plak hasil tenusuibu untuk pagi nih. Aku pam kat office 2 kali jer. Selalunya kalau buat 2 session pumping dapat lah 10 oz per day, kekadang 8 oz. Tapi pagi nih hasilnya lebih daripada biasa, 8 oz untuk 1st pumping session...suka...suka...

    Dah lama tak dapat hasil macam nih. Masa mula² baru masuk kerja jer meriah sket, tapi bila dah lama², hasil sedikit drop, huhuhuhu...ni baru naik balik (^_^).

    Lepas nih nak buat 3 kali pumping session plak. Tapi tu la...bila dah buat keja tu kekadang terlajak. Nak try gak trial pack shaklee untuk banyakkan susu nih...hhmmmmm...


    Morning uols..dah breakfast? Me...makan roti berintikan tuna jer. Maklumlah...last month dapat gaji awal, kena lah kontrol budget sket (^_^)...

    Traffic Jammed

    Morning uols..dah breakfast? Me...makan roti berintikan tuna jer. Maklumlah...last month dapat gaji awal, kena lah kontrol budget sket (^_^). Pagi nih sampai lewat daripada biasa, traffic jammed and hujan. Kenapa erk...bila hujan jer mesti jalan jammed bila jammed jer mesti hujan. Dah lah tu, daripada 3 lane jadi 5 lane, berebut² nak masuk.


    Adoii...patang smalam pon jammed, bley di katakan hari² jammed. Letih di buatnya. Dah lah keta manual, ketak kepala lutut nih. Aku kalau hujan lebat dengan jalan jammed ni memang cuak sket, takut enjin mati...ahaks...


    Goodle Pic. Finally...hari isnin dalam sejarah hidup aku bersamaan dengan 29/11/10...aku terpaksa drive sendiri gi kerja. Selama nih ada &...

    Selepas 7 tahun gantung Lesen Memandu...

    Goodle Pic.

    Finally...hari isnin dalam sejarah hidup aku bersamaan dengan 29/11/10...aku terpaksa drive sendiri gi kerja. Selama nih ada 'supir'. Pergi berhantar, balik berjemput. Skang aku kena gi kerja sendiri. Laluan pon dah lain². Sang somi kat PJ, sang istri plak kat Cyberjaya. Pool car company ada sediakan, tapi leceh sbb aku nak kena gi KL pastu gi Cyberjaya. Pada hal rumah kat Bangi jer. Cuma 2 bulan jer aku guna khidmat pool car, sbb dah sarat kan.

    Dalam tempoh 7 tahun nih, bley dikira dengan jari brapa kali aku drive. Sejak pindah bangi ni barulah start bawak sesikit. Itupon dari rumah kekedai yang sekangkang kera...ahaks...Memandangkan hari senin baru nih aku start kerja, aku cakap ngan hubby nak test drive dari umah ke tempat kerja. Nak soh dia tengok sama ada aku bley drive ker tak. Lagipon...aku ingat² lupa jalan nak ker office. Kecut gak lah nak drive, lebih² lagi bila somi ada kat sebelah. Faham² lah mulut org lelaki nih.

    Memula ok jer drive, tapi bila dah kena sedas ayat² cinta, hati dah mula gelabah. Pastu kena lagi berdas das. Kereta manual plak tu. Hhhhhmmmm...amik ko, trus tumpuan aku hilang. Dari gelabah sket trus melebih² plak gelabahnya. Kesudahannya...aku terlajak & tetiba aku bley lupa office kat mana. Hangin jer hubby aku, trus tukar tempat. Membebel-bebel gak lah, tahan jer lah telinga nih. On da way back tu aku dok fikir², "bley ker aku drive esok nih?. Nk drive ker tak nak. Tapi sampai bila nak takut²". Malam ahad tu hati aku dah start berdebar².

    Pagi isnin, di mulakan dengan kalimah² suci, dengan hati yang kencang berdebar² macam nak tercabut jantung aku pon memulakan perjalanan ke tempat kerja dengan jayanya...hoorraaayyyyyy...alhamdulillah, selamat pergi & selamat sampai rumah. Klo hubby ada jer aku tak bley drive kot. Bila drive sesorang ok lah plak (^_^).

    Bagi aku yang baru² nak drive nih, klo nak drive buat pertama kali even dah lama dpt lesen:

    - Keyakinan yang tinggi kena ada, kena buag rasa takut.
    - Klo bley gi Driving class balik, tapi aku soh hubby jadi guru memandu (^_^)
    - Kena fikir "alaa, OKU bley drive, takkan aku tak bley"..."org kecik jer, tapi bley bawak keta beso, takkan aku tak bley". Tu yg slalu aku fikirkan, secara tak langsung bley memotivasikan aku untuk drive.
    - Buat permulaan nih, drive kat lane kiri jer lah. Pastu drive ikut I.S.A (Ikut Suka Aku). Ko nak hon ker hapa ker...ada aku kisah..dah namanya pon lane kiri, slowlah sket kan. Klo ko nak laju² masuklah lane kanan.

    Sampai hari ni rasa gelabah tu masih ada lagi, especially bila time jalan sesak, tapi dah kurang sket lah. Hhhhmmmm...nilah kisah aku yang penakut nak drive yang baru nak berjinak² memandu semula. Lagipon aku dah janji ngan hubby, habis pantang aku akan drive gi kerja. Dah lama dia tanya bila nak drive sendiri. Janji tetap janji. So...janji sang istri sudah tertunai. Sukalah hubby bila istrinya dah bley drive sendiri ☺☺☺☺. Bila dah expert sket nnt, panjang lah langkah haku...muahahahaha...




    Terputus hubungan dengan dunia luar @ internet (^_^) Salam suma. Rindu sangat dengan blog...rindu sangat nak menulis & nak meluahkan is...

    Kembali Bersiaran selepas 2 Bulan......

    Terputus hubungan dengan dunia luar @ internet (^_^)

    Salam suma. Rindu sangat dengan blog...rindu sangat nak menulis & nak meluahkan isi hati...rindu sangat nak baca blog uols...rindu semuanyalah. Tapi nak buat macam mana, keadaan tak mengijinkan. Maternity Leave 2 bulan, berukband pon nan ado.

    Alhamdulillah, aku dah selamat delivery baby girl on 25 September 2010. Banyak yang nak di ceritakan. Salah satunya pasal pengalaman bersalinlah kan, tak sah klo tak citer (^_^) dan post natal depresion...huhuhu...baru aku tahu macam mana rasanya bila dah ada anak 2 nih.

    Hari ni 1st day aku start keja, tu yang bley berkarya balik nih. Kerja office banyak yang sedang menanti. Bukan kerja jer yang banyak, dengan barang² aku pon banyak yang lesap. Ni kes pinjam barang tak letak balik lah nih, tak sempat nak kunci drawer...hishhh...Dengan ini...aku nak buat keja dulu, nanti² aku sambung lagi.


    Terpaksalah menahan apa yang patut. Dah lah perut aku sakit nih, air plak tak der, macam mana nih...adoiiiiii. Kat site office nih memang ...

    Bila Toilet tak der air...


    Terpaksalah menahan apa yang patut. Dah lah perut aku sakit nih, air plak tak der, macam mana nih...adoiiiiii.

    Kat site office nih memang macam nih, tiap² petang air tak der. Klo nak pee atau nak poo, kena awal², klo lambat...tahan lah sampai rumah. Seksa btul bagi pompuan mengandung macam aku nih. Ni lah penangan bila pindah office yang blum sempurna sepenuhnya.

    Hhhhhmmm...rasa macam nak cari keja lain jer. Tempat uols ada kosong tak? Nak hantar resume lah...ahaks...


    Nak update blog...muahahahahaha...tak der lah. Pagi tadi makan nasi lemak, kenyang lagi. Rasa malas plak nak kluar lunch. Dah lah panas teri...

    Sanggup tak lunch semata²....

    Nak update blog...muahahahahaha...tak der lah. Pagi tadi makan nasi lemak, kenyang lagi. Rasa malas plak nak kluar lunch. Dah lah panas terik kat luar nih. Baik dok office jer. Bleh gak tulis apa yg patut. Pukul 2.00 pm jap lagi dah kena blocked.

    Sejak keja site nih, badan aku jadi gatal². Leher aku habis naik ruam, tak santek dah...huhuhu...Biasalah, habuk sana sini. Redha jer lah.


    Masuk 2 hari dah duduk kat Office baru. Better that before lah...cantik. Cuma ada lagi yang tak complete. Masih kedengaran bunyi bingit oran...

    From MERCU to CYBERJAYA...

    Masuk 2 hari dah duduk kat Office baru. Better that before lah...cantik. Cuma ada lagi yang tak complete. Masih kedengaran bunyi bingit orang men'drill', sakit telinga di buatnya. Cuaca sangatlah panas terik, yerlah...dah namanya pon site office. Nak makan plak jauh, nak kena kluar...huhuhu...Pening kepala di buatnya bila panas² nih

    1st day kat office tersangatlah membosankan. Sebab nak kena kemas & punggah barang. Adoiiii....penat giler. Kemas barang bos lagi. Ni pon tak habis kemas lagi. Paling tensi, semalam tak boleh nak berbloging. Tetiba blocked plak, tak bley nak sign-in. meroyan gak lah seharian semalam. Dah penat², nak jugak ada selingan kan. Banyak benda nak cerita nih.

    Ingatkan pagi nih kena blocked lagi, malas nak buka tenet. Dah sumanya kena blocked kan. Ni pon tergerak nak try bukak blog...bolehlah plak sign-in. Sukanya......(^_^).

    Nantikan entry seterusnya yer uols.


    Salam pagi jumaat uols. Barulah bley update blog hari nih. Dari semalam hati aku sakit, sakit sangat². Sebabnya.... Pasal pindah office lag...

    Seharian di Site Office yang menyakitkan hati

    Salam pagi jumaat uols. Barulah bley update blog hari nih. Dari semalam hati aku sakit, sakit sangat². Sebabnya....

    Pasal pindah office lagi lah. Semalam our department sudah di arahkan pindah. Segala PC suma dah di angkut. Suppose hari isnin, tunda ker hari khamis sebab TNB tak masuk lagi. Pergilah aku semalam kat site office. Masuk jer site dah macam naik kuda, dengan jalan berlubang...berlekuk sana sini. Uols bayangkan lah mak buyung naik pajero kena berpaut kat pemegang sambil angkat punggung nak mengelakkan hentakan dan hentaman dari jalan yang tak rata. Bila sampai jer office...Ya! Allah...masih ada palang² besi kat luar office, dengan buruh² binaan yang tengah khusyuk buat kerja. Masuk jer kat dalam office dengan cermin, meja berhabuk...tak lap. Dengan bunyi bising orang buat kerja, dengan debu² berterbangan, line telefon & kabel masih tak siap lagi. Pantry pon baru nak pasang KC semalam. Macam mana nak pindah office? Setakat partition jer yang dah siap pasang itu yang di katakan dah bley pindah. Tak faham betul aku dengan ORANG ATASAN nih.

    Aku jadi stress smalam duduk sana, tetiba sakit kepala. Dengan tak boleh buat kerja. Dengan bunyi bising. Berjalan naik bukit turun bukit nak ke kabin. Yang lagi best, toilet cantik tapi tak der air. Aku terpaksa menahan kencing dari lunch sampai petang. Nak gi toilet kat kabin? Aku kena berjalan 10 minit, pastu nak kena mendaki bukit sket. Gila apa? Toilet plak kotor + berbau...eeuuwwwwww..

    Menyusahkan betul lah. Tak salah kalau staff merungut. Sebab tengok condition pon memang tak siap lagiiiiiiii. Bos...tak boleh ker tunggu office tu betul² siap? Tak kesian ker kat staff² especially mak buyung macam aku nih. Dah lah office tingkat 2, toilet jauh kat luar. Memang tak selamat untuk kami duduk lagi. Yang lagi best, orang² HP hantar barang, untuk set-up apa yang patut, tapi terpaksa patah balik bila tengok office dalam keadaan yang tak siap dan kelam kabut. Takut barang² hilang. Better save than never. Tak ker menambahkan cost namanya tu.

    Bukan nak memburukkan tapi kenyataan. Macam ni lah gamaknya pemikiran orang² yang dah terlebih pandai macam PD aku nih. Siap ker...tak siap ker, kena pindah jugak. Tak fikir kebajikan staff. Memang BODOH, ada otak...PANDAI, ada akal...PAKAI, ada bijak...GADAI.

    Pagi ni sepatutnya aku dah mula kerja kat site office. Tapi sorry lah. Dengan keadaan macam tu nak suruh aku pergi? Tak selamat. Baik aku duduk kat MERCU nih. Kakak² kat office nih suruh aku buat surat sebab keadaan aku yang macam nih tak sesuai duduk kat site melainkan office tu betul² siap sepenuhnya. Launching plak end of this month. Just wait and see lah.

    Pagi nih badan aku rasa sengal², penangan naik bukit turun bukit, naik tangga turun tangga, menepuh perjalanan ala² berkuda. Hhhhmmmm...


    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...