AFB Feeds

Showing posts with label Website Yang Wajib Dilawati. Show all posts
Showing posts with label Website Yang Wajib Dilawati. Show all posts

Sekarang ni ada banyak laman web atau website yang sangat berguna untuk kita lawati. Ada bermacam-m...

Kenali 6 Website Yang Sangat Berguna dan Wajib Anda Lawati

Sekarang ni ada banyak laman web atau website yang sangat berguna untuk kita lawati. Ada bermacam-macam jenis laman web yang boleh kita jadikan rujukan. Antaranya laman web yang berunsurkan Parenting atau keibubapaan. Laman web yang bercerita mengenai teknologi seperti Handphone dan Camera dan bermacam-macam lagi lah. Tapi harini saya nak share bukan 1 tapi 6 laman web yang sangat berguna dan memang patut korang lawati.

Laman web yang saya nak kongsikan ini sangat berguna untuk mereke-mereka yang masih mencari peluang pekerjaan disektor awam mahu pon  kerajaan. Khas juga buat Guru-guru dan juga ibu bapa. Excited tak? Ok… check it out 6 website penting ni:


Nak tau tak? Government.my ni menyediakan lebih 10,000 jawatan kosong untuk sector awam yang khusus di Malaysia. Website ni juga ada menyediakan pelbagai info dan isu semasa yang berkaitan selain dari menyediakan banyak peluang pekerjaan.


Nak bekerja disektor Kerajaan? Jangan risau, Jawatan Kosong Kerajaan ada. Laman web JawatanKosong.co ni lebih memfokuskan kepada korang yang nak mencari kerja kosong dengan kerajaan dimana jawatan dan gajinya adalah lumayan, terjamain dan senang nak buat loan. Ni yang korang suka kan. Tapi tu lah. Bukan senang dah dapat kerja dengan kerajaan ni kan. Orang kata kena ada kabel baru boleh tembus… hehehe.. Betul ker? Apa kata korang cuba dulu



Sedang mencari pekerja atau ingin mencari pekerjaan? Boleh lawati Kerjakosong.co dimana portal ini menghubungkan majikan dengan pekerja. Pada majikan yang mencari pekerja, boleh submit dan publish jawatan kosong kepada mereka yang berminat. Yang mencari pekerjaan dengan gaji yang tinggi, rajin-rajinlah  terjah portal Kerja Kosong nih.



Haaaaa… Laman web ni sangat sesuai untuk ibu bapa. Kalau ada anak yang dah sekolah, boleh bookmark laman web Saps atau nama singkatannya Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah yang dibangunkan oleh KPM. Dah jelas kan. Tak jelas lagi? Laman web ni untuk ibu dan bapa menyemak keputusan peperiksaan anak masing-masing. Cuma masukkan nama penuh dan nombor kad pengenalan. Akan terpaparlah keputusan peperiksaan anak korang. Tak tau markah periksa anak-anak? Saps ada ☺

5) APDM


Apalah APDM nih? Ianya aplikasi pangkalan data murid. Khas untuk cikgu-cikgu dan memudahkan cikgu-cikgu sekalian mengisi data murid seperti kehadiran, mata pelajaran dan lain-lain. Sistem yang dibangunkan oleh KPM demi memajukan system pendidikan sekolah Malaysia gittew. Cikgu-cikgu, sila bookmark websiter ni yerp

6) Hrmis2


Siapa yang tak familiar dengan system Hrmis2 ni kan. Aplikasi dalam talian yang lebih dikenali sebagai Sistem Maklumat Penguruan Sumber Manusia atau dalam Bahasa Inggeris nya Human Resources Management Information System. Untuk penjawat awam yang ingin memohon cuti atau ingin mengemaskini maklumat peribadi dari masa ke semasa, Hrmis2 ni lah aplikasinya.

Ok… Ini lah dia perkongsian 6 Website yang sangat berguna dan wajib korang lawati. Saya tahu ramai yang tak tahu pasal kewujudan website-website  ni kan. Yang saya tahu website nombor 4. Dan yang saya pernah dengar website nombor 6. Yang lain-lain memang saya tak tahu pon. 

Di harap dengan perkongsian 6 website ni dapat membantu mereka-mereka yang sedang mencari dan masih lagi mencari pekerjaan. Sila bookmark ke enam-enam website ni untuk rujukan korang semua. Lagi bagus kalau korang share dengan kawan-kawan yang masih mengganggur tu. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Shoplinks