Baju Muslimah Kanak-kanak

AFB Feeds

Showing posts with label Weaning Off. Show all posts
Showing posts with label Weaning Off. Show all posts

Kluar dah topik breastfeeding. Tajuk bukan main panjang lagi. Maknanya panjang jugak lah kisahnya yerp...hehehe...Kali ni nak citer pasal W...

Weaning Off Breastfeeding | Jangan Dipaksa dan Biar Anak Bersedia

Kluar dah topik breastfeeding. Tajuk bukan main panjang lagi. Maknanya panjang jugak lah kisahnya yerp...hehehe...Kali ni nak citer pasal Weaning Off Breastfeeding si anak soleh Iman Qhalif.


Biasalah bagi ibu² yang menyusukan anaknya kan. Saat paling sedih bagi seorang ibu yang menyusukan anak adalah saat nak menceraikan/memisahkan susu badan dari anak tu sendiri. Mulut bukan main lagi dok saiko anak bila nak berhenti menyusu. Tapi jauh disudut hati tu...perasaan berat nak weaning off tetap ada. Hanya yang pernah mengalaminya saja yang tau perasaan tu.

Abang sado Iman Qhalif...dalam proses nak weaning off breastfeeding di usia 3 Tahun 5 Bulan. Satu tempoh penyusuan yang agak panjang kalau nak dibandingkan dengan abang Iman Hakimi dengan kakak Qahirah dia dulu. Kiranya anak solah Qhalif ni win lah dalam menyusu...hehehe....

Masuk harini dah hari ke 5 Qhalif tak minta 'nenen' @ menyusu. Agak mengejutkan jugak sebab budak ni kalau nak tido mesti nak mengempeng dulu. Tido malam skang pon dah boleh tido sendiri. Tak yah mengempeng pon dah boleh tido. Tepuk²...garu² belakang...erkkkk...dah lelap. Tido pon dengan abang dan kakak. Tak tido ngan ibu lagi dah.

Macam mana boleh weaning off breastfeeding sendiri? Kisahnya...lately bila qhalif  breastfeed, aku nyer nipp rasa sakit and pedih. Selalu cakap kat dia 'ibu nyer tek sakit lah dik, tak yah nenen lagi yer. Qhalif pon dah besar. Dah 3 tahun. Dah boleh benti minum susu ibu ni'. agak kerap jugak lah sebut perkataan ni. Dalam sakit² tu, bagi jugak lah. Dah anak nak susu. Takkan nak biar dia menangis kan.

Dari kerap menyusu, lama² kekerapan menyusu tu jadi kurang. Start jumaat last week sampailah pagi ni qhalif dah tak minta 'nenen' lagi. Aku plak yang tetiba boleh jadi rindu nak menyusu kan si qhalif ni. Boleh gittew. Rindu bonding time. Kalau menyusu kan tangan dia suka merayap²...pegang mata kita, pegang hidung kita, usap pipi kita...Alahaiiii...sedih plak rasa. Ibu ko yang emo terlebih ni Qhalif. 

Moral of the story buat ibu² yang menyusukan anak diluar sana. Kita sebagai ibu tak perlu lah nak paksa² anak untuk weaning off breastfeeding melainkan atas sebab² tertentu. Ko letak lah benda² pahit ker, masam ker atau cili sos nak kasi nampak nenen tu macam berdarah sekali pon. Kalau si anak tu tak bersedia, memang tak jalan teknik² ni semua. Memaksa untuk anak berhenti menyusu bukan jalan penyelesaian. Sebab memang anak ni akan berhenti menyusu dengan sendirinya bila dia dah bersedia untuk berhenti. Macam Iman Qhalif lah.

Malu sebab orang mengata? Dah immune telinga ni bila orang cakap 'Haaaaa...dah 3 tahun/dah besar masih menyusu lagi. Ada lagi ker susu badan tu?' 'Eeee...malulah dah besar minum susu ibu lagi' 'Tak nak berhentikan dia hisap susu badan ker? Dah boleh benti dah tu'....ppffttttt...#AkuYangMenyusukanKoYangPanas...hahaha...Abaikan jer lah. 


Tapi kan...masalah aku bila Qhalif dah weaning off ni, breast masih lagi rasa berat dan penuh. Sakitnya dah nak sampai ke bawah ketiak ni. Takkan bengkak susu kot? Malam tadi try pam. Tapi tak kluar setitik pon susu...huhuhu...Pastu sesaja try sua kat Qhalif. Dia reject hokay. Memang dah betul² weaning off nih. Sapa nak tolong kosongkan breast yang masih berat dan penuh nih,,,,uuwwaaaaaa....Rindu breastfeeding moment.

Kalau nau tau lebih lanjut tentang teknik Weaning Off Breastfeeding. Boleh klik [SINI]

Note: Tunggu next baby lah kalau nak sambung breastfeeding balik. Bila tu? Hurmmmmm... ☺


Lagi tak bagi, lagi banyak plak SUSU!!! Acaner tu? Ni hasil tenusu smalam di usia ustaz Iman Qhalif 2 Tahun 23 Hari. Dah malas nak menge...

Penangan ESP, ALFALFA & SR VITA C | Macam mana nak Wean Off ni???


Lagi tak bagi, lagi banyak plak SUSU!!! Acaner tu? Ni hasil tenusu smalam di usia ustaz Iman Qhalif 2 Tahun 23 Hari. Dah malas nak mengepam sebenarnya. Dan dah lama aku tak mengepam bila dah hujung² ustaz Qhalif nak masuk 2 tahun haritu. Tapi disebabkan kebengkakan, gigih gak bawa bag pump gi office smalam. Selalunya aku bagi direct feeding jer bila sampai umah. Bengkak² pon aku tahan gak. Tapi ni tak bley tahan dah.

Macam mana nak wean off ni? Orang kata kalau kita kurang bagi anak susu badan nanti susu tu akan kurang. Tapi ustaz Qhalif ni on weekend jer fully breastfeed. Sakan tak hingat lah khenn. Tak nak langsung susu botol. Gigih aku membancuh, tak nak diminumnya kecuali kalau betul² dah haus. Itu pon tak habis. Hari biasa memang bagi FM. Nak plak diminumnya...haishhh....Tapi bila ibu dia ni balik kerja, mengempeng jewr lah dia.

Macam aku ni, lagi tak bagi lagi banyak plak susunya. Siap package bengkak dan masih bocor lagi tu kalau tak bagi. Ni penangan ESP, Alfalfa dengan Sustained Release Vita-C ker? Nak salahkan vitamin plak yerp...hehehe...Alhamdulillah...atas rezeki dariNYA ini. Rezeku ustaz Qhalif yang meriah dengan susu ibu.

Ok...sambil menyelam minum air. Pada yang nak rasa susu banyak dan meriah macam yang aku rasa skang ni. Boleh PM/SMS/WhatsApp 018-2910156. 


Saya adalah pengedar sah SHAKLEE yang berdaftar dikawasan Cyberjaya, Bangi dan lain² kawasan...hehehe....Consultancy akan diberi secara percuma. 

Note: Maaf...tak sempat nak melawat kawasan lagi. Slow² yerp.


Dapat pertanyaan dari Anonymous dalam entry PHD in BREASTFEEDING dan Cabaran nak WEANING-OFF!!! . Ini soalannya: Thanks anon sebab b...

ANON Tanya Saya Jawab | Petua Weaning Off @ Cerai Susu cara Psikologi

Dapat pertanyaan dari Anonymous dalam entry PHD in BREASTFEEDING dan Cabaran nak WEANING-OFF!!!. Ini soalannya:


Thanks anon sebab bertanya. Dia nak tau macam mana nak buat cara psikologi untuk bercerai susu ni. Seingat aku yang ingat² lupa ni, memang aku pernah up entry pasal wean-off Iman Hakimi dulu. Jadinya kita korek² entry² lama. Situasi anon ni sama macam aku dulu...pregnant dan anak masih nak menyusu badan. Aku buat entry throwback lah yerp. Cuma point penting yang aku amik dan tambah. Kalau nak baca penuh, boleh baca full entry Cerita Cerai Susu Badan.

Waning off @ Cerai susu...Ianya bukan satu perasaan yang mengembirakan, tapi perasaan sedih dan berbelah bagi. Dalam fikiran ni nak wean off...letak cili sos lah, beli jadam lah, tapi tak pakai pon. Pastu letak akar batawali. Memang pahit. Tapi sebenarnya perasaan tak sampai hati tu begitu kuat. Gi basuh balik bila tengok muka kesian anak. Kata hati yang kalau boleh tak nak wean-off. Tapi terpaksa buat jugak. Aku still BF iman even Breast dan nipple rasa sangat sakit. Tapi bila keadaan dah bertambah teruk di mana belahan² kecil kemerahan dah mula kelihatan kat keliling nipple, aku kena stop kan jugak. Memang agak susah nak wean off kimi dulu. Lagi aku nak wean off, lagi galak dia menyusu.

Kebetulan terbaca blog Mommy Lyna pasal petua cerai susu badan. Aku print entry tu, nak hubby baca sebab husband pon memainkan peranan penting gak. Malam tu aku cuba buat kat iman. Guna Psychology lah konon. Dengan muka sedih aku cakap nenen sakit, siap tunjuk kat dia lagi (^_^). Pastu aku cakap "iman dah big boy, tak bley nenen lagi" sambil peluk dan cium dia. Hhmmmm...kejap jer. Bila nak tido mintak candu balik. Tapi kali ni nekad, aku tak bagi. Iman merengek, merajuk...aku tepuk punggung nak soh tido dia tolak tangan aku "jangan tepuk", huhuhu...sedih tu. 

Beberapa malam jugaklah macam tu, nak tido jer mesti mintak nenen, bangun malam nak nenen. Tapi aku tetap tak bagi, terpaksalah bangun bancuh susu. Alhamdulillah...lepas seminggu tu iman dah tak nak BF. Yang aku perasan, bila dia rindu sangat dengan BF moment tu, malam sebelum tido dia akan peluk aku dan di sembamkan muka kat breat aku (^_^)...sian, dapat bau pon jadilah ☺☺☺. 

Kekadang saja aku offer nenen, pastu dia cakap "tak nak, nenen ibu sakit, abah pon tak bley nenen"...erkkk...apa kene mengena dgn abah plak. Sejak dah wean-off nih, jarang lah iman bangun malam, sebelum tido dah bagi susu dulu. Lena sketlah tido malam ku (^_^). 

Gittew lah kisahnya. Kesimpulan...selalu ingatkan anak yang tak boleh susu lagi sebab dah besar. Sambil cakap tu berilah pelukan dan ciuman selalu kat anak. Katakan kita tetap sayangkan dia even dia tak menyusu lagi. Good luck lah pada kawan² yang tengah nak wean off tu termasuklah aku ni ha. 

Note: Antara ImanQahirahQhalif, Qahirah agak senang nak wean off. Si qhalif ni pon payah nampak gayanya ni. Lagi kita nak stop lagi galak dia mengempeng, especially malam. Dah macam tak nak lepas dibuatnya. Sakit wei...ppfftttt...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...