Baju Muslimah Kanak-kanak
Showing posts with label Viet-Thai Canteen Cyberjaya. Show all posts
Showing posts with label Viet-Thai Canteen Cyberjaya. Show all posts

Sebelum saya rancak menaip, meh nak share dulu salah silah Asian Fusion Café ni. Untuk pengetahuan semua, Asian Fusion Café dulu di kena...

Asian Fusion Café | Tawaran Kod Diskaun untuk Berbuka Puasa


Sebelum saya rancak menaip, meh nak share dulu salah silah Asian Fusion Café ni. Untuk pengetahuan semua, Asian Fusion Café dulu di kenali sebagai Viet-Thai Canteen yang menawarkan makanan Vietnam dan juga Thai Fusion. Boleh baca food review saya di Viet-Thai Canteen di [SINI]. Sejak Ramadhan 2015, Viet-Thai Canteen telah mengalami plbagai perubahan yang besar. Antaranya ialan perubahan management team dah pembaharuan menu. 

Dengan perubahan yang besar ni, nama Viet-Thai Canteen telah ditukar kepada Asian Fusion Café. Bukan nama kedai jer baru. Menu² yang disediakan juga baru. Selain menawarkan makanan Vietnam dan Thai Fusion yang sedia ada, ia juga menghidangkan makanan fusion Western, Jepun dan Korea. Wowwww… Menarik sangat kan. Tapi ada yang lagi menarik.



Buat pembaca² blog SuperMOM With SuperKIDS, anda diberi kod diskaun sempena Ramadhan 2016 untuk menikmati hidangan berbuka puasa di Asian Fusion Café ni. Penjimatan sebanyak 40% atas pembelian set menu perayaan dengan menggunakan kod “RMD2016” yang bermula dari 6hb June sehingga 16 Julai 2016.

Apalagi... Jom serbu Asian Fusion Cafe untuk berbuka puasa ni. Bawak family sekali. Tak rugi berbuka puasa di sini sebab makanan nya sedap². Ni addressnya:

Asian Fusion Café
No. 6, Block E, Jalan GC 4 
Glomac Cyberjaya, 
Cyber 12, Cyberjaya
Tel: 03-8322 6986
Open: 9.30 am - 9.30 pm



Masakan Vietnam?? Sedap ker? Kalau masakan Thailand tu memang dah biasa makan. Tak dinafikan memang sedap. Tapi masakan Vietnam ni. Haaaaa....

Food Review | Viet-Thai Canteen @ Cyberjaya

Masakan Vietnam?? Sedap ker? Kalau masakan Thailand tu memang dah biasa makan. Tak dinafikan memang sedap. Tapi masakan Vietnam ni. Haaaaa...meh nak share sedap ker tak.


Haritu saya diberi peluang untuk mencuba masakan Vietnam dan Thailand di Viet-Thai Canteen yang terletak di Cyberjaya. Kiranya gabungan masakan Vietnam dan juga Thailand bergabung dalam satu masakan gittew. 1st time ni nak cuba masakan Vietnam. Apa lah rasanya yerp.


Antara hidangan² yang bakal masuk perut. 


Sementara menunggu hidangan, mari kita minum dulu. ICED LEMONGRASS PANDAN TEA sebagai penyejuk tekak. Seumur hidup, inilah kali pertama minum air serai. Rasa nya boleh tahan sedap. Boleh diterima dek tekak.


Antara menu² yang terdapat di Viet-Thai Canteen.


Hiasan dalaman. Nampak tak susunan meja tu. Macam kantin kan Nampak kemas jer. Kedai pon bersih dan tersusun.


Menu pertama yang saya cuba ni ialah VIETNAMESE RICE PAPER ROLL. Alaaaa...macam popia basah lah lebih kurang. 1st time makan dan ada carannya nak makan sebab nak kena balut membalut dulu. Nampak tak ada disediakan semangkuk air disitu? Haaaaa...air tu digunakan untuk membasahkan rise paper roll supaya rice paper roll menjadi lembut.


Macam ni. Bila dah lembut, kita susun bahan² yang disediakan tu. Kena cepat sebab rice paper roll ni cepat kering. Bila dah kering, dia jadi melekat². Pastu senang nak terkoyak. 1st balutan memang menjadi. Masuk 2nd time membalut...ppffttt...Tak boleh nak balut sebab dah terkoyak...ngeeee...


Amboiii...kusyuk kak ton membalut yerp...hahaha...Rasanya?? Perghhhh...memang sedap lah. Masih terasa lagi kesedapannya ni. 


Menu seterusnya ada lah Thai Platters iaitu GREEN PAPAYA SALAD (SOMTAM), PANDAN CHICKEN, HATYAI FRIED CHICKEN WING dan juga THAI FISH KEK. Ni nak bagitau. Suma nya sedap². Somtam dia tu... memang sedap. Kalau uolls datang sini harus order somtam ni. 


Beralih kepada Noodles Soups...VIETNAMESE BEEF NOODLE SOUP, VIETNAMESE CHICKEN SOUP dan juga SIAMESE LAKSA. Noodle soup kat Viet-Thai ni memang sedap. Rasa dia lebih kurang macam Boat Noodle jugak. 


Last sekali kita makan nasi. VIETNAMESE GRILLED LEMONGRASS CHICKEN WHOLE LEG dan VIETNAMESE GRILLED LEMONGRASS LAMB CHOP. Pon sedap. Senang citer suma makanan² kat Viet Thai Canteen @ Cyberjaya ni memang sedap² lah.


Ni kopi import dari Vietnam. VIETNAMESE DRIP COFFEE namanya. Cuba tengok cara penyediannya tu. Kopi tu diletak dalam filter. Pastu letak air panas. Menitik² air kopi tu dan kita tunggu sampai penuh...campur dengan susu dan minum. Perghhhh...sedap rupanya kopi vietnam ni. Ada rasa campuran coklat sket. Memang sedap lah. 

Kalau uolls nak mencuba masakan Vietnam ni, boleh lah singgah:


Viet-Thai Canteen

No. 6, Block E, Jalan GC 4 
Glomac Cyberjaya, 
Cyber 12, Cyberjaya

Tel: 03-8322 6986 
Email: viet.thai.canteen@gmail.com  


Note: Overal....memang sedap lah. Akan repeat lagi nanti ☺


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...