Baju Muslimah Kanak-kanak
Showing posts with label Ubat Lipas. Show all posts
Showing posts with label Ubat Lipas. Show all posts

Lipas kalau lapar akan memakan apa sahaja...gam, sabun buku, kertas dan tentu sekali MAKANAN! Bayangkan pula, si lipas merayap dalam kediam...

Mengelakkan LIPAS Dalam Rumah


Lipas kalau lapar akan memakan apa sahaja...gam, sabun buku, kertas dan tentu sekali MAKANAN! Bayangkan pula, si lipas merayap dalam kediaman kita, dan kemudian hinggap pula di badan. Tiada siapa yang suka.

Mengelakkan dan Membunuh Lipas

  • Simpan makanan di dalam bekas tertutup atau di dalam peti ais. Masukkan tepung, gula, bijirin dan biskut di dalam bekas tertutup.
  • Cat rak kabinet dan laci dengan cat enamel dan pastikan sentiasa bersih.
  • Bilas semua bekas makanan, anginkan ia seminggu sekali atau mengikut kesesuaian masa anda.
  • Masukkan sampah di dalam bekas sampah dan pastikan ia tertutup rapat.
  • Lap dan keringkan meja makan selepas makan dan dapur selepas setiap kali memasak
  • Elakkan menyimpan makanan, perabot dan pakaian yang tidak lagi di gunakan. Buang baju buruk jika tidak mahu di pakai lagi.
  • Bersihkan longkang, sinki atas dan bawah.
  • Letakkan simpulan daun pandan di dalam laci. Lipas tidak menyukai bau ini.
  • Bancuh sabun mandi dengan air dan letakkan dalam bekas penyembur (spray). Sembur lipas dengannya. Ia akan sukar bernafas kerana lemas.
  • Sediakan botol kaca yang terbuka mulutnya seperti botol jam dan madu. Letakkan sedikit serbuk kopi atau koko dalam botol. Letak berhampiran dinding atau tempat yang biasa nampak lipas. Biasanya lipas boleh panjat masuk botol tapi tak dapat nak keluar. Bila dah terperangkap, spray dengan air sabun.
AWAS!

Salam perut lipas betina ada ribuan telur yang walaupun halus tetapi sangat kuat. Lipas yang di bunuh dengan cara memukul atau memijaknya akan membuatkan telur² nya ini bertaburan di merata² tempat. Jika anda telah menyebabkan lipas pecah perut, sila lap dan bersihkan. Gunakan air dan sabun.


Source: Ratuhati.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...