Baju Muslimah Kanak-kanak
Showing posts with label USS. Show all posts
Showing posts with label USS. Show all posts

Note: Tunggu...owner blog cuti hari ni. Kepenatan berjalan sampai melecet kaki tak hilang lagi ni. Extra Note:  Tungg...

Teaser: Rebranding Launch & USS, Singapore



Note: Tunggu...owner blog cuti hari ni. Kepenatan berjalan sampai melecet kaki tak hilang lagi ni.

Extra Note: Tunggu lagi yer. Owner blog busy plak hari ni...huhuhu...


Boleh tak nak jakun kejap. 1st time buat passport dan 1st time nak bercuti kat over the sea katakan...hahahaha.... Alhamdulillah.....

Cerita BUKU MERAH dan IMIGRESEN!!!


Boleh tak nak jakun kejap. 1st time buat passport dan 1st time nak bercuti kat over the sea katakan...hahahaha....


Alhamdulillah...selesai juga masalah passport. Bukan main susah lagi nak buat. Dari hari jumaat last week. Aku gi Jabatan Imigresen Putrajaya. Sekali system offline. Frust. Member office ni gi hari isnin. Tengah amik nombor. System offline lagi. Tengah hari pergi lagi. Masih lagi offline. Amik nombor hari isnin untuk hari selasa nyer appointment. boleh gitu? Passport nak kena submit before 27th May nih.

Kisahnya...pagi selasa aku gi Jabatan Imigresen kat Terminal Bas Kajang Jalan Reko tu. Pukul lapan lebih aku sampai....perghhhhhh...dah beratur panjang wei. Ramai betul orang nak buat passport dan ramai betul orang nak bercuti kat over the sea kan. Lagi pon mungkin aku salah timing sebab nak cuti sekolah ni. Ramai lah orang. Pastu member office ni cakap. Mungkin sebab gomen dah clearkan nama² orang yang dah di black listed kan (janji pilihanraya ker?). Tu yang berebut² gi buat passport.


Nak pitam aku beratur. 2 jam lebih hokey. Dengan tak breakfast nya lagi. Buat tambah lagi tension haku ni kan, gambar passport skang ni nak yang background putih. Aku nyer gambar background biru...arghhhhh...keluar barisan jap gi amik gambar pulak. Ramai juga orang sebab memasing baru tau nak background putih kot. Kesian pada orang yang bawak anak kecik lah. Sian tunggu mak sampai tertido kat kerusi. Luluh plak hati aku ni nengok*dasar hati tisu*. Member aku ni pon kesian jugak. Gi buat kat Pudu Sentral. Pon ramai orang. Pastu passport siap dalam masa seminggu. Selangor jer yang siap hari tu juga. Patah lah balik member aku ni gi Kajang. Nasib sempat amik nombor. 

Dah amik nombor, kena tunggu step by step plak. Daftar nama bagai, tunggu nombor di panggil untuk pembayaran. Tunggu lagi ko. Dah buat pembayaran, tunggu nombor di panggil untuk amik passport pulak...selepas 2 jam plak tu....alahaiiiiii...pastu boleh plak system offline kejap. Seharian aku kat Jabatan Imigresen ko. Dekat pukul 4 petang baru habis. Makanya...aku tak masuk office. EL lah gamaknya smalam semata² nak buat buku merah ni.

Sempat lah berborak dengan pegawai imigresen tu. Katanya mungkin sebab nak cuti skolah. Tu yang ramai. Selalu tak der ramai macam nih. Iyo lah tu. Yang aku hairan, kaunter banyak, tapi yang buka hanya beberapa kaunter sahaja. Imigresen kena upgrade lah system dorang. Yang kat Putrajaya tu asyik offline memanjang. Aku dengar kat mana² imigresen pon orang ramai/penuh. Kesian dekat pemohon yang kena tunggu lama. 

Nasihat aku, kalau korang nak gi buat passport, keluarlah awal². Aku rasa dorang ni lepas subuh dah kluar amik nombor agaknya. Pastu kan. Nak lagi senang. Buat² lah macam ibu mengandung. Perut tu kasi buncit macam mengandung 9 bulan. Tapi yang belum kahwin jangan lah buat macam ni. Tak pasal² jer kena beratur balik sebab menipu. Amacam...ada berani??...hehehehe...gurau jer. 

Itu jer lah kisah aku dengan Buku Merah dan Imigresen. Panjang juga erk. Luahan ferasaan noks...ahaks...

Note: Abaikanlah mukaku dipassport tu. Urat senyum dah putus. Orang yang tengah tension sebab beratur panjang sangat kan  >_<.



USS...here i come. Tapi dlm dilema...nak gi atau tak? qhalif still fully BF. Stok susu is zero, acaner tu? #memyself #emotional #work ...

Universal Studio Singapore dan DILEMA!!!



USS...here i come. Tapi dlm dilema...nak gi atau tak? qhalif still fully BF. Stok susu is zero, acaner tu? #memyself #emotional #work #office #uss #qhalif #breastfeeding

Status ku semalam. Tak sangka ada juga rejeki aku nak ke sini. Selalu baca dan tengok orang bercerita dan bergambar. Terdetik di hati...'bilalah aku bley sampai ke USS ni'. Sekali semalam dapat email dari HR:

Dear Colleagues,

We are pleased to inform you that the Management had approved a staff outing to Universal Studio Singapore come June 2013. This recreational trip to Singapore is in conjunction with the rebranding initiative program to be held in Johor Bahru on 15 June 2013 

Perghhhhh...seronok wei. Attendance is COMPULSORY. Tapi kan, aku berat hati nak pergi lah. Tak sampai hati nak tinggalkan anak². Especially Qhalif sebab qhalif still fully breastfeed. Stok susu aku plak dah zero. Lagi pon, kalau jalan² tak syiok kalau tak bawa anak². Lebih² lagi kalau gi tempat macam ni kan. Uuuwwaaaaa...tak boleh kalau tak gi. Kalau nak bawa spouse ngan anak² boleh, tapi kena budget sendiri termasuklah hotel. Tapi aku bley pakai corporate rate.

Promosi untuk USS termasuk Lunch, Snack Set and free parking ialah RM168 untuk dewasa dan RM135 untuk kanak². Murah lah tu kan. Ker ada lagi murah? Rugi rasanya kalau tak gi kan.

Sekali sekala dapat peluang macam ni, tak salah kalau nak berbelanja sket kan. Tanya juga si dia...nak gi tak...hurmmmm...biasalah. Macam² yang difikirnya....huhuh...acaner ni. Kesian lah anak² kena tinggal. Mak tak sanggup nak happy sorang² tanpa mereka...uuwwaaaaa...

Note: Tak pernah berpisah lagi dengan anak². Memang tak sanggup nak berjauhan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...