Baju Muslimah Kanak-kanak

AFB Feeds

Showing posts with label UEMSunrise. Show all posts
Showing posts with label UEMSunrise. Show all posts

Salam pagi Khamis uols. Iols mulakan entry pagi ni dengan hebahan khidmat masyarakat dari tempat ku mencari rezeki. Khas untuk penduduk² Cy...

Semarak Muhibbah at Symphony Hills Cyberjaya

Salam pagi Khamis uols. Iols mulakan entry pagi ni dengan hebahan khidmat masyarakat dari tempat ku mencari rezeki. Khas untuk penduduk² Cyberjaya, Putrajaya, Bangi dan kawasan² di Key Ell ni lah.

Adakah dikalangan anda semua peminat UKE @ Ustaz Kazim Elias (Kalau Dah Jodoh)? Atau peminat Ustazah Dato' Siti Norbahyah dan Ustaz Wan Akashah (Semanis Kurma)? Juga peminat Ustazah Dato' Dr Fatma El Zahra? Jom serbu Symphony Hills, Cyberjaya ☺


Tempat aku mencari rezeki @ UEM Sunrise Berhad  akan menganjurkan acara Semarak Muhibbah yang menawarkan penceramah² seperti YBhg. Dato' Dr Ustazah Fatma Az-Zahra, YBhg. Dato' Ustazah Norbahyah Mahamood, Ustaz Kazim Elias dan Ustaz Wan Akashah Wan Abdul Hamid. Best kan.

Jadinya...Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk bersua muka. beramah mesra sambil mendengar ceramah motivasi dari mereka ya. Kalau nak tau, Moderator adalah Farrah Adeeba Mohamed Ashraf. Pengacara TV Al-Hijrah dan juga pemilik butik muslimah NAJJAH. Program tersebut akan berlangsung pada:

Date: 7 Sept 2014, Sunday 
Venue: Clubhouse Symphony Hills, Cyberjaya 
Time: 10am – 6pm
Speakers: Ustazah Dato’ Siti Nor Bahyah Mahamood, Ustaz Wan Akashah, Ustaz Mohammad Kazim Elias and Ustazah Dato’ Dr Fatma El Zahra 

Event Highlights: 

11.30am – 1.00pmExclusive forum with Ustazah Dato’ Siti Norbahyah Mahamood and Ustaz Wan Akashah (Topic: Mencintaimu Hingga Ke Syurga) 
2.00pm – 3.15pmBicara Bersama Ustazah Dato Dr Fatma Elzahra (Topic: Ketenangan Hati) 
3.30pm – 4.45pmSantai Bersama Ustaz kazem Elias (Topic: TBA)
* Light refreshments will be served

Teruja tak? Best tak? Best dan teruja tau. Bukan dengar ceramah jer, ada booth² yang disediakan. Salah satu booth adalah booth jubah untuk lelaki. Sebab semalam terserempak kat surau dengan orang yang nak buka booth tu. Raya Haji pon dah nak dekat kan. Boleh lah berjubah di Raya Haji nanti. Sambil dengar ceramah, sambil kita cukur poket...erkkk...hehehe...Nanti aku update booth apa lagi yang ada. Katanya booth tudung FAREEDA pon ada. 

Kalau datang ngan anak² kecik, aku cadangkan korang bawak baju lebih. Sebab ada swimming pool. Ko tau lah bebudak dan air memang tak dapat dipisahkan. Menggeletis jer kalau nampak pool. Tempat solat semua ada dan selesa. Jangan risau. Datang bawak diri, bawa camera dan monopod sebab korang kaki selfie kan dan juga bawak duit. 

Note: Jom lah datang beramai². Bley kita berlaga pipi ☺☺



Ok. Kita sambung cerita. Berkenaan entry aku smalam pasal FLIGHT TO DHAKA?? . Gelak besar iols bila baca komen² uols baik di IG, FB dan ...

Operational Readiness And Transfer Trials (ORAT) for KLIA2


Ok. Kita sambung cerita. Berkenaan entry aku smalam pasal FLIGHT TO DHAKA??. Gelak besar iols bila baca komen² uols baik di IG, FB dan juga BLOG. You made my day lah. Bukan gi bebetul pon ke Dhaka tu. Cuma trial to check and test the facilities at KLIA2 and to gauge view from public for the improvement of the facilities.


Pada yang masih belum tau apa itu  Operational Readiness And Transfer Trial (ORAT) atau dalam bahasa melayunya Kesediaan Operasi dan Pemindahan Lapangan Terbang. Ia nya adalah percubaan bagi menguji kemampuan sebenar fasiliti di KLIA2 boleh dilaksanakan dan juga menilai sama ada kualiti kemudahan itu sesuai dengan nilai wang yang dilaburkan kerana KLIA2 akan menjadi sebahagian daripada KLIA sedia ada iaitu pintu masuk utama negara. Fokusnya supaya kemudahan disediakan benar² berkualiti agar dapat menampung jumlah pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 serta tidak menjejaskan imej negara.

Sumber: [SINI]


Kiranya smalam kitorang ni pelancong kononnya. Gedik pilih penerbangan antarabangsa. Sekali dapat ke Dhaka ko. Redha jer lah. Siap dapat bagasi bagai. Buat procedure macam nak gi melancong betul². Gi check-in. Dapat tiket kapal terbang ko. Timbang bagasi bagai. Last minute kena tukar flight gi Singapore plak...hahaha...Kena check passport. Siap kena raba lagi...cisss...Masa nak masuk kat tempat scanning tu. Lupa nak bukak jam. Sekali dia berbunyi daaaa. Kena lah buat spot check satu badan. Tak pasal² kena raba. Tapi dengan orang pompuan yerp. 

Layan gak ah smalam. Announcement penerbangan. Siap flight delay lagi ko. Macam betul² nak naik flight jer. Memang besar lah KLIA2 nih. The art Hybrid Airport kan. Which is expected to open for commercial operation on 2 May 2014. 1st time join ORAT ni. 

Note: Tak sabar nak balik Gombak. Dah kerinduan teramat dengan Iman Hakimi ☺




Malas nak taip balik sebab kepala dah fening ngan bau tikus. Dah banyak tikus mamps kat office ni. Isnin baru ni mati dalam bilik bo...

Tikus Oh! Tikus



Malas nak taip balik sebab kepala dah fening ngan bau tikus. Dah banyak tikus mamps kat office ni. Isnin baru ni mati dalam bilik bos. Ko bayangkan lah dah 2 hari tikus tu arwah. Datang office di sajikan dengan bau bangkai tikus. Perghhhhhh...bau dia...hazab satu office. Dari ground floor dah berbau ko, apatah lagi aku yg dok kat kawasan kejadian ni kann. Rasa nak muntah...rasa nak MC...erkkkk...ekekeke...Kelmarin, anak tikus tersadai kat mesin photostat. Ajal dan sampai kan. Geli plak aku nengok.

Note: Alhamdulillah...my dear hubby dah getting better.



DaripadaNYA kita datang, kepadaNYA juga kita dikembalikan. Our beloved CEO/MD of UEM Sunrise passed away @ 5.00 am due to cancer. AL-FA...

AL-FATIHAH Buat DATO' WAN ABDULLAH WAN IBRAHIM



DaripadaNYA kita datang, kepadaNYA juga kita dikembalikan. Our beloved CEO/MD of UEM Sunrise passed away @ 5.00 am due to cancer. AL-FATIHAH. Smoga rohnya di cucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang² yang beriman.

Ok....masih dalam mood terkejut. Arwah baru jer balik dari menunaikan umrah. Tipulah kalau aku cakap aku tak nangis. Bergenang gak airmata bila baca whatsapp group. 


Ada gak gambar kenangan bersama Dato' Wan. YA! allah....sedihnya.

AL-FATIHAH




Inilah tujuan utama aku ke JB hari Sabtu tu. Seterusnya ke USS hari ahad. Rebranding Launch Dinner untuk staff. Meraikan dan memperkena...

REBRANDING Launch Dinner!!!



Inilah tujuan utama aku ke JB hari Sabtu tu. Seterusnya ke USS hari ahad. Rebranding Launch Dinner untuk staff. Meraikan dan memperkenalkan penjenamaan baru syarikat. No more UEM LAND. Sekarang dah dikenali sebagai UEM SUNRISE...lagi gah dan mantop katanya. Siapa tak kenal kawasan Mont' Kiara tu kan kalau bukan SUNRISE yang bangunkan. Siapa tak kenal NUSAJAYA, PUTERI HARBOUR dan juga  PUSAT PENTADBIRAN BARU KERAJAAN NEGERI JOHOR (JSNAC) kalau bukan UEM Land yang bangunkan. Bila kedua² syarikat hartanah ini bergabung, makin bertambah kukuh, berkembang dan mantap lah kan. in shaa allah. 

Berbalik kepada cerita. Mengikur jadual, semua staff kena berkumpul pukul 6.30 am. Nasib bas direct gi Cyberjaya. Kalau tak nak kena berkumpul kat Mercu, KL Sentral sana. Pagi yang kelam kabut. Boleh plak aku bangun lambat. Lagi lima minit nak pukul 6.30 am baru terjaga. Ya! allah...hati dah berdebar tak hingat. Kalau qhalif tak nangis minta nenen memang aku tak bangun. Mekasih nak sebab kejut ibu...ahaks...Terus call member office soh tunggu. Sepantas kilat aku bersiap. Anak² plak masih tido lagi. Plan asalnya nak bagun pagi² bergerak skali ngan mr.mama dan anak². Lepas hantar aku gi office, Mr. mama nak balik gombak. Minta tolong adik jagakan anak² skali. Tapi bila dah lambat, terpaksalah hantar si isteri dulu. Kesian anak² terpaksa bagun pagi  sebab nak hantar ibu. On the way tu aku susukan qhalif puas². 


Sampai² jer suma dah naik bas. Apa lagi...kena bahan lah kan sebab lambat. Bas bertolak dalam pukul 7.15 am. Sedih plak rasanya sebab 1st time berjauhan dengan anak². Nasib dorang tak nangis masa ibu naik bas. Nampak lah si Qhalif tertinjau² dari car seat dia tu...huhuhu...On the way tu rasa lapar sebab tak sempat nak breakfast. Bas berhenti rehat kat R&R Air Keroh, Melaka. 

Posing depan LEGOLAND pon jadi lah

Cute tengok signage toilet ni

Sampai Johor dalam pukul 11.00 pm. Kami di bawa ronda² sekitar kawasan² Nusajaya Centre, Puteri Harbour dan juga Pusat Pentadbiran Baru Kerajaan Negeri Johor. Banyak juga bas rombongan. 13 buah bas. Siap escort  dengan polis bantuan. Berhenti lunch dekat Medini Mall. Dapat coupon KFC. Tu yang sempat bergambar depan LEGOLAND. Sebelah menyebelah dengan Medini Mall ni. Tapi cuaca dia...masy'allah...panas terik. 



Masa untuk check-in. Sampai dekat The Zone Hotel dekat pukul 4.00 pm. Terus amik kunci. Bilik hotel plak mengadap laut. Memang penat lah. Rehat² kan diri sebab pukul 7.00 pm nak kena turun dewan. Tapi tak tidur pon. Sibuk baca novel sambil pam susu. 

Gambar 1st tu nampak aku mcm budak skolah plak ☺

Dinner paling sempoi. Tak payah nak pening² kepala pilih baju sebab company dah bagi t-shirt. Senang kan. Tapi kena pakai dengan black pants. Bila dah pukul 7.00 pm tu masing² dah mula turun. Sesi bergambar, sesi sign sambil buat ucapan dan macam² aksi lagi lah. Lautan merah dalam dewan tu. Sampai alas meja tu pon kaler merah ko. Dah macam Red Hot Chili Pepper...Merah garang uols. 


Acara kemucak malam tu dan acara yang di nanti² kan. AMY SEARCH buat persembahan. Memang hysteria dalam dewan tu...terpekik². Kecik jer Amy Search ni. Bila dah start nyayi, semua berkerumun kat depat termasuklah haku. Nak amik gambar kan. Dah tak kira depan tu meja Tan Sri ngan Dato'. Semua dok berdiri belakang meja tu sambil nyanyi. Sampai kena halau dengan event management sebab orang belakang tak nampak...hehehe...Memang happening lah malam tu.

Amy Search nyayi 4 buah lagi kalo tak silap. Bila tiba lagu yang last, makin hysteria jadinya, Lagu apa lagi kalau bukan lagu ISABELA. Dewan bergema bila semua nyayi sekali. Suara AMy Search memang mantop lah. 1st time tengok secara life kan. Haruslah excited. Tan Sri dan Dato pon sporting malan tu. Naik pentas skali menyayi. Tapi lupa lirik...ekekekeke...Memang puas hati lah. Yang tak puasnya sebab tak dapat bergambar dengan Amy Search...huhuhu...

Overall malam tu memang best. Makan pon sedap. Cuma aku tak puas hati dengan house keeping service. Aku tumpang ice pack dalam freezer dorang tapi kan...tunggu next entry yer...hehehe...

Note: Perghhhhh...jenuh nak mengarang entry ni wei. Tu belum entry USS lagi...haishhhh...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...