Baju Muslimah Kanak-kanak

AFB Feeds

Showing posts with label Traveloka. Show all posts
Showing posts with label Traveloka. Show all posts

You need a holiday lah! Yeahhhh… I really need a holiday. Korang pon macam aku jugak kan. Need a holiday. Seharian bekerja dipejabat. Balik...

#MyTravelokaEscapade | SABAH Destinasi Pilihan

You need a holiday lah! Yeahhhh… I really need a holiday. Korang pon macam aku jugak kan. Need a holiday. Seharian bekerja dipejabat. Balik kerja terpaksa mengharungi jalan yang sesak. Sampai rumah buat kerja rumah pulak… Masak, basuh baju, sidai baju dan macam-macam kerja rumah lah. Sambil buat kerja sambil jaga anak-anak yang seramai 4 orang tu pulak. Hadap lah kau dengan karenah anak-anak. Kejap bergaduh.. kejap menangis.. Lepas tu boleh pulak berbaik-baik. Kau pon rasa macam nak nangis jugak. Tersangatlah havoc kehidupan ku seharian.


Mulalah dalam hati ni dok terfikir… ‘Bestnya kalau dapat pergi bercuti’. Tapi tu lah, nak kena ada budget sebab bukannya murah. Setakat untuk seorang boleh lah cover lagi. Macam aku yang anak empat ni? Banyak yang perlu dibelanja kan untuk bercuti satu family. Macam sedih nya bunyi nya kan (memang sedih pon)…. Hahaha… Ok lah… Kita lupakan pasal budget. Apa kata kita berangan dulu. Mana tahu angan-angan tu jadi kenyataan kan TRAVELOKA ☺


Kalaulah diberi pilihan untuk bercuti kan, aku teringin sangat nak bercuti di Negeri Di Bawah Bayu iaitu Sabah… Negeri kedua terbesar di Malaysia. Kenapa aku pilih Sabah? Sebab Sabah merupakan negeri yang terkenal dengan alam semulajadinya yang cantik serta terpelihara dan juga kebudayaan etnik yang tinggal di Sabah. Ada 30 kaum etnik pribumi semuanya. Sebab itu lah Sabah menjadi lokasi percutian dan tarikan pelancong untuk bercuti ke sana. Kalau dah bercuti di Sabah, sudah semestinya kena pergi ke tempat-tempat menarik di Sabah kan. Disini aku senaraikan tempat-tempat menarik yang aku teringin sangat nak pergi:

1. Hounon Ridge Farmstay & Camping

Sumber [SINI]

Tak dapat daki Gunung Kinabalu, tapi dapat menginap dekat dengan Gunung Kinabalu pon dah ok. Masya’allah… cantik sangat view nya. Aman damai rasa. Hanya 12km dari taman Kinabalu, Ranau, Hounon Ridge Farmstay & Camping adalah homestay yang dibuka pada tahun 2012 dan dikelilingi oleh ekosistem hutan hujan tropika dan penuh dengan budaya Borneo. 

2. Manukan Island


Negeri Sabah juga terkenal dengan keindahan pulaunya yang sangat indah indah. Antaranya pulau mabul, sapi, sipadan, manukan dan banyak lagi lah. Jenuh kalau nak pergi semua pulau ni kan. Kalau biberi pilihan, aku nak pergi Manukan Island. Pulau Manukan adalah pulau yang paling popular di kawasan Kota Kinabalu. Pulau ini juga mempunyai beberapa kawasan yang terbentang baik di pantai selatan. Pantai yang terbaik adalah di kawasan hujung timur pulau itu. Pada luar pesisir Pulau Manukan terdapat terumbu karang yang sangat sesuai untuk diselam. Memang Pulau Manukan ni sangat sesuai untuk aktiviti menyelam dan snorkling sebab kejernihan airnya yang menghijua dan kecantikan dasar laut disekitar perairan pulau nih.

Pulau ini mempunyai kemudahan pelancongan yang paling maju dengan terdapat 20 unit chalet, rumah kelab, dan beberapa restoran dan pusat menyelam. Kemudahan rekreasi termasuk kolam renang, padang bola sepak, bola tampar dan sepak takraw. Kemudahan infrastruktur termasuk sokongan air bersih, elektrik, penyahgaraman tumbuhan, sistem pembetungan yang tersusun, dan juga telefon awam yang menggunakan tenaga solar.

3. Sepilok Orang Utan Rehabilitation Centre

Sumber [SINI]

Haaaa… Macam kat KL tak boleh tengok urang utan. Kenapa mesti Sabah? Ok… kalau korang nak tahu, Pusat ini dikhususkan untuk memelihara dan mengkaji spesies orang utan yang semakin pupus di dunia ini. Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok terletak di Hutan Simpan Sepilok - Kabili, 24 km dari Sandakan, Sabah.Malaysia. Terdapat 300 ekor orang utan yang hidup secara semula jadi, diberi makan, diternak dan ditempatkan (dibuang) ke sini dari tempat-tempat lain. Ia juga berfungsi untuk menyelamat dan mengembalikan semula anak orang utan yang terpisah daripada ibunya. 
Menurut kajian Jabatan Hidupan Liar Sabah, terdapat 13,000 orang utan di seluruh negeri Sabah. Oleh itu, pemilihan Sepilok sebagai pusat pemuliharaan orang utan amat bertepatan sekali.

4. North Borneo Railway

Sumber [SINI]

Best kalau dapat naik keretapi ni. Anak-anak mesti teruja sebab dapat naik keretapi zaman British North Borneo tahun 1900an yang sudah dipelihara dan diubahsuai bagaikan gerabak keretapi penumpang colonial. Pengunjung juga akan disajikan dengan sarapan pagi ala-Tiffin serta makan tengahari dengan hidangan Asia dan Continental. Wahhhh… menarik sangat.

5. Rumah Terbalik Sabah / The Upside Down House


Wajib pergi Rumah Terbalik Sabah / The Upside Down House ni sebab ianya merupakan rumah terbalik pertama di Malaysia dan tercatat didalam Malaysia Book Of Record. Keunikan rumah ni memang semua barangan nya diletakkan secara terbalik. Dah nama pok rumah terbalik kan. Jangan kau pening kepala sudah.

6. Desa Cattle Dairy Farm


Antara tarikan di Sabah yang aku teringin sangat nak pergi. Desa Cattle Dairy Farm... Dah macam New Zealand pemandangannya. Cantik sangat. Desa Cattle Dairy Farm merupakan sebuah ladang ternakan lembu dan kambing dan juga kilang pemprosesan susu lembu. Lembu tenusu yang diternak termasuk baka Fresian yang diimport dari New Zealand dan Australia. Lembu jenis Fresian mampu menghasilkan susu segar berkualiti dengan purata 14 liter setiap lembu, menjadikan baka jenis ini terkenal di seluruh dunia sebagai lembu yang mampu menghasilkan susu segar setiap hari. Sumber [SINI]. Memang best lah dapat minum susu fresh kan.


Terima kasih TRAVELOKA kerana merealisasikan impian aku nak ke Sabah... Erkkkk... Hahaha... Kalau nak ikutkan banyak lagi tempat yang aku nak senaraikan dalam ni. Tapi cukup-cukup lah. Kalau korang rasa nak pergi bercuti secara percuma, apa kata korang join contect  #MyTravelokaEscapade anjuran TRAVELOKA ni. Mana tahu rezeki kan. Masih sempat lagi nih. Korang cuma perlu pilih salah satu daripada 10 destinasi percutian idaman yang diberi ni.


Oh! Ya... Kalau korang masih belum pernah dengan mengenai TRAVELOKA ni, meh aku terangkan sikit. TRAVELOKA adalah salah satu platform tempahan penerbangan dan hotel terkemuka di Asia Tenggara yang telah berkhidmat lebih daripada 18,000 laluan dan ribuan hotel di Asia Pasifik. TRAVELOKA bekerja keras untuk menyediakan perkhidmatan dengan harga yang terbaik untuk hotel-hotel dan penerbangan setiap hari. Dan yang lebih penting, tiada kos tersembunyi. Kalau korang nak pergi bercuti, boleh lah cuba buat tempahan dengan TRAVELOKA.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...