Baju Muslimah Kanak-kanak

AFB Feeds

Showing posts with label Traffic jammed. Show all posts
Showing posts with label Traffic jammed. Show all posts

Jiwa yang lara dan terseksa dek kerana terpaksa menghadap traffic jammed setiap hari without fail. Ada 3 kesesakan yang perlu aku tempuh......

Bertabahlah Wahai JIWA

Jiwa yang lara dan terseksa dek kerana terpaksa menghadap traffic jammed setiap hari without fail. Ada 3 kesesakan yang perlu aku tempuh...aarrggghhhhhhhhhhhhh....


Setiap pagi dan setiap hari di Tol Sungai Ramal yang sememang nya tak perlu diramalkan lagi sesak ker tak sesak sebab tiap² hari stuck kat sini dekat 10-15 minit. Pucanya sebab nak masuk laluan kontra tu jer. Kekadang sebelum tol dah sesak. Sampai lah ko nak masuk laluan kontra. Sesak nak mamps sampai kereta ko pon boleh kena himpit kalau ko tak nak megalah. Signal jangan cakap lah. Kalau signal tu boleh bercakap, dah lama dia menjerit kot sebab dah penat blinking. Dah lama bagi signal tapi kedekut nak mati punya orang tak nak bagi jalan...ppffttt....

Setiap petang dan setiap hari lepas balik kerja. Kekadang dah start sesak depan IOI Mall Putrajaya tu. Lagi heaven pernak sesak lepas SHELL SKVE. Pergghhhhh...tak tau nak cakap apa dah. Istighfar jer lah. 


Tak habis lagi kisah #makbanyakanak dengan traffic jammed. Baru tempuh 2 kesesakan. Ni kesesakan ke 3 plak. Setiap petang dan setiap hari kecuali Khamis sebab khamis bebudak keluar pukul 6.00 pm. Masa nak amik anak sekolah. Siapa yang amik anak kat sekolah petang² tau tau lah macam mana keadaannya kan. Kiri, kanan, bahu even tengah jalan pon berderet keta. Ibarat jalan ini aku yang punya...hahahaha...gittew lah gamaknya. Tapi meyusahkan orang. Iyerlah...suma orang nak cepat dan nak balik khenn. Terpaksalah jadi selfish.

Kimi kan transit. Pepetang amik dia kat tempat transit. Transit plak depan sekolah kebansaan. Skolah habis pukul 6.35 pm. Memang kena hadap lah hari². Kalau cepat, aku amik qhalif dulu kat nursery. Pastu amik qahirah. Last skali Kimi. Kalau jalan sesak nak mamps, aku amik qahirah dulu. Sebab tu kalau boleh aku kena cepat sebelum bebudak habis waktu. Kalau lewat macam ni lah jadinya. Stuck dekat 10 minit jer kat depat skolah. Traffic light plak ada kat depan tu. Lagi satu hal bila traffic light pon kejap sangat nyalaan hijaunya. Rasa nak bako jer. Lagi rasa terbakar hati bila traffic light rosak. Ya! allah....hazab weiiii.

Tak der jalan lain yang aku boleh lalu untuk elak traffic jammed. Pi mai pi mai tak tu jugak aku kena hadap SETAP HARI, SETIAP PAGI dan SETIAP PETANG. Standard time aku sampai rumah pukul 7.00 - 7.30 pm. Capek memang tak hingat. Nak solat, masak, kerja sekolah anak, anak nak susu, iron baju, basuh baju....sumanya kena cepat. Terkejar² dibuatnya. Memang SUPERMOM kita nih kan.

Tu dia luahan perasaan #makbanyakanak. Konon nak Take a Break. Tak der maknanya. Mesti nak luahkan jugak kat blog.Tetiba bertalu² masuk idea nak menulis. Cuma kekangan masa yang agak terhad telah membataskan untuk aku menulis.  

Note: Jangan risau, aku amik gambar masa jalan tengah sesak tak bergerak tau. Bukan sambil drive sambil amik gambar yerp.


Gambar screen capture. Video bley tgk kat FB/YouTube Dah tengok ker video ni? Kalau belum, silalah tengok macam mana pemandu lori ni ...

Kesesakan Melampau | Lori Kontena Terbalik!!!



Gambar screen capture. Video bley tgk kat FB/YouTube

Dah tengok ker video ni? Kalau belum, silalah tengok macam mana pemandu lori ni memandu. Laju wei. Scary tengok masa terbalik tu. Berlaku petang smalam kat lebuhraya SKVE menghala ke Hospital Serdang. Disebabkan lori ni lah aku sangkut dalam kesesakan lalulintas yang sangat dasyat. Keluar jer susur highway SKVE ni dah sesak. Tak pernah² sesak teruk macam ni sepanjang aku kerja kar Cyberjaya. Kalau sesak pon slalunya start lepas Shell. 

Betapa hazabnya aku smalam. 2 jam 20 minit terperangkap dalam keta. Clutch, break, gear and handbreak jadi mainan smalam. Naik fening kepala aku dok dalam keta. Dengan perut yang lapar lagi. Nak ikut jalan lain aku tak reti. Aku kan buta jalan. Jalan tu jer lah yang aku tau. Nak tak nak terpaksa lah redah. Bertabah jer lah.

Bukan jalan jer sesak. Station minyak shell tu pon sesak. Berderet² keta nak isi minyak. Takut minyak habis tengah jalan disebabkan jalan sesak nak mamps kan. Habis minyak keta haku smalam. 

Note: Salute ah dengan orang yang balik pantai timur. Redah jalan sesak bila nak balik raya.

posted from Bloggeroid

Kamu...kamu semua. Yang bekerja di tengah² Bandaraya Kuala Lumpur yang jalannya bley di katakan hari² sesak. Demi mencari rezeki, jalan se...

TABAHNYA kamu!!!


Kamu...kamu semua. Yang bekerja di tengah² Bandaraya Kuala Lumpur yang jalannya bley di katakan hari² sesak. Demi mencari rezeki, jalan sesak sanggup ku redah kan. Masa gi training kat Solaris, Dutamas. Ya! Allah...hazabnya nak balik. Faham² jerlah kalau dah masuk Jalan Duta tu kan. Jalan sesak nak mamps. Kalau hari hujan apatah lagi. Pening kepala duduk dalam kereta lama². Bukan pening jer, punggung pon naik kebas di buatnya. Hati mula berdetik 'Ya! allah...tabahnya dorang nih. Sanggup harung jalan sesak hari²'. Memang salute lah.

Kira saya pon dalam category tabah juga lah kan. Skang ni balik keja hariiiiiiiii-hariiiiiiii jalannnnnnnn sesakkkkkkkk. Di tambah dengan MAHA dan November Rain kan. Alahaiiiiii...nak nangis dibuatnya. Tapi kalau tak der MAHA dan November Rain pon, jalan tetap sesak. Tak faham mak noks apsal jalan sesak. Cuti sekolah pon sesak gak. Pagi sesak, petang pon sesak...allahuakhbar...Tahap kesabaran pon boleh hilang,

Jalan sesak bukan sebab accident pung. Kalau accident pon lagilah berjela-jela sesaknya kan. Ni sesak sebab nak masuk simpang/susur jer. Lepas tu clear dah jalan. Adoiiiiiiii...letih lah kalau hari² macam nih. Dah lah keta manual. kejang kaki wei. Nak naik motor....tak pandai lah pulak, lagi pon takut lah nak menunggang motokar...hurmmmmm...Redah jer lah.

Note: Kejap jer dah jumaat kan...kejap jer dah nak masuk bulan december.

Gambar pinjam Siapa yang terperangkap dalam kesesakan petang semalam? Mesti ramai kan. Aku pon tak terkecuali. Nak nangis dibuatnya. Rasa ...

Satu Jam Tiga Puluh Minit



Siapa yang terperangkap dalam kesesakan petang semalam? Mesti ramai kan. Aku pon tak terkecuali. Nak nangis dibuatnya. Rasa macam best jer kalau ada kereta yang boleh terbang. 1 jam 30 minit terperangkap dalam kesesakan yang menyesakkan. Dengan accident lagi.

Tapi hujan petang semalam memang lebat. Kat umah aku ni pon banjir. Tak pernah² air longkang tu naik. Habis baju di ampaian basah. Nasib tak terbang di bawa angin. Pastu tingkap bilik lupa nak tutup plak tu, hurmmmm...lencun ah langsir. Kesudahannya petang smalam, dekat pukul 8.00 pm sampai rumah. Memang penat ah. Sakit urat ketin ni ha. Dok main clutch ngan minyak.

Si dia plak dekat pukul 11.00 pm baru sampai umah. Jalan kat sungai besi sesak teruk. Banjir katanya...keta tak bley lalu. Banyak keta tersadai. Nasib naik motokar, bley buat u-turn. Kesian lah kat kenderaan² yang lalu jalan tu. Pukul 11.00 pm pon jalan masih sesak lagi.





Balik kerja petang semalam betul² meyesakkan hati, kepala, kepala lutut dan semuanya lah. Kesesakan jalan yang luar biasa daripada biasa. Y...

Kesesakan yang Luar Biasa dan Sikap Pemandu


Balik kerja petang semalam betul² meyesakkan hati, kepala, kepala lutut dan semuanya lah. Kesesakan jalan yang luar biasa daripada biasa. Ya! allah...rasa nak menangis. Menyumpah seranah jangan cakap lah, dah macam orang tak betul cakap sesorang dalam keta, istighfar bebanyak jer lah. Start jammed betul² lepas SHELL SKVE (rasanya) sampai lah masuk Highway Kajang Silk.

Perjalanan yang amik masa hanya 25-30 minit berlanjutan sampai 1 jam 45 minit. Sampai rumah pukul 8.00 pm. Hazab nya hanya DIA jer yang tahu. Di tambah pulak dengan sikap pemandu kat Malaysia nih kan...memotong barisan. Selagi boleh selit...asyik menyelit jer lah. Memang sakit hati, lagi lah bertambah jammed. Yang lori jangan cakap lah, mentang² ko besar kan, nak menyelit gak tu. Pastu dah tau memotong, tak reti² nak bagi signal...sorry lah aku nak bagi jalan. Orang lain pon nak balik gak kan.

Kepala dah pening sebab asyik tersengguk². Tekak dah mula mual. Kepala lutut dah mula gigil² macam orang kena parkinson...kejap² pegang lutut. Minyak plak dah mula susut. Dalam hati asyik berbisik 'bila nak sampai nih...apsal sesak sangat nih...bla..bla'...yang hairannya, tak der plak nampak kesan accident. Cuma petang semalam hujan. Tapi kalau hujan pon, tak der lah sesak teruk macam petang semalam. Memang sangat teruk ah kesesakannya.

Aku tak dapat bayangkan orang yang balik pantai timur...yang radah jalan sesak berjam-jam, dengan anak² kecik...perghhhhh...semalam nyer sesak pon dah buat hati menggelegak. Penat...letih sangat².

Amik bebudak kat tadika semalam, nampak dari luar anak dara tu tengah termenung kat tingkap, sambil makan roti. Mesti tertanya² 'apsal lah ibu lambat sangat nih'. Alahaiiiiii...bila tengok anak², terubat sikit lah kepenatan tu ☺☺☺

Ni terjadi seminggu sebelum raya. Time balik kerja. Jalan jammed tahap gaban gila babis. Menyumpah seranah aku kat dalam keta tu *astaghfiru...

Tragedi kat Plaza Tol...Habis CALARRRRR

Ni terjadi seminggu sebelum raya. Time balik kerja. Jalan jammed tahap gaban gila babis. Menyumpah seranah aku kat dalam keta tu *astaghfirullah...kuramg pahala posa*. Kaki dah gigil² macam orang kena parkinson, kepala plak dah pening² lalat. Mana taknya...asyik tekan break jer, terhenjut²...mau tak fening. Fluid dah banyak kluar sebab posa² pon tetap pam susu.


Sampai kat plaza tol sungai ramal, bila dah bayar singgit, dengan confident nya aku rasa macam steering dah lurus tapi sebenarnya senget ke kanan. Orang tengah fening kan, benda bengkok pon di sangka lurus. Maka terdengarlah bunyi...ttttsreeeetttttttt...yang agak kuat. Aku dah langgar divider kat tol lah. Apa lagi, terkejut beruk mak yeh tak hingat dunia lah di buatnya. Dada dah berderau dengan kencangnya. Kalau ada orang sebelah pon aku rasa boleh dengar lah degupan jantung aku yang kuat tu...muahahahahaha...*mengarut*.

Aku drive macam biasa tapi hati still gundah gulana. Dengan harapan jangan lah kena kat bumper keta, masak aku kena ngan hubby nanti. Sampai jer kat nursery, trus aku check.


Rim tayar sudah calar balar...huhuhuhuhu...1st time kena selama hampir setahun memandu. Pengajarannya, kena lebih berhati² lepas nih. Bukan tu jer kisah kat plaza tol. Sebelum nih 2 kali duit jatuh melayang masa nak bayar. Kakak tol lah yang keluar tolong amikkan...adoiiiii...malunya.

Google pic. Panas hati btul balik keja petang smalam. Jalan jammed giler nak mamp**. Dekat 1 jam tersangkut dalam jalan sesak tu. Bikin ha...

Semalam yang MALANG



Panas hati btul balik keja petang smalam. Jalan jammed giler nak mamp**. Dekat 1 jam tersangkut dalam jalan sesak tu. Bikin hati panas jer. Aku pon tak tau apa puncanya. Nak kata accident, tak der plak. Tak taulah kalau masih ada road block petang² tu. Sebab pagi smalam kan jammed teruk. Perhimpunan BERSIH nyer pasal lah nih. Tak pasal² menyusahkan pengguna jalanraya. Memang penat giler ah. Keta manual plak tu. Faham² lah kan.


Tak habis lagi malang. HP bley tertinggal dalam keta. Balik² jer kena marah plak ngan en. somi. Sebab dia call banyak kali tak angkat...risau katanya...hhhmmmmmm...what a bad day yesterday :-(



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...