Baju Muslimah Kanak-kanak
Showing posts with label Tips Lipat Baju. Show all posts
Showing posts with label Tips Lipat Baju. Show all posts

Mana yang ada penyakit femalas nak lipat baju tu, korang tak perlu rasa malu sebab korang tak keseorangan. Ramai ibu-ibu diluar sana mengha...

Malas Lipat Baju | Amalkan 7 Tips Ini

Mana yang ada penyakit femalas nak lipat baju tu, korang tak perlu rasa malu sebab korang tak keseorangan. Ramai ibu-ibu diluar sana menghadapi masalah yang sama termasuklah #makanakempat ni haaa. Never ending story punya ceerita. Entah apa penyakit pon tak tahu lah. Misteri wan peah betul kan tetiba dapat penyakit malas lipat baju nih. 


Ada cara sebenarnya yang kita boleh kita aplikasi kan kalau tak nak bagi baju bajan bertimbun. Tapi kau kena konsisten dan istiqomah lah kalau nak buat. Tak boleh lepa. Kalau lepa memang katil kau atau katil anak kau jadi tempat letak baju yang bertimbun tak berlipat tu lah... hahahaha... Tak kelakar hokay. Sakit mata memandang lagi adalah. Kalau korang tak nak baju yang tak berlipat bertimbun, boleh amalkan tips ni. Perghhhh... Kau sendiri pon malas lipat baju ada hati nak bagi tips... ngeeeee... Ini berdasarkan pemerhatian aku. Tips untuk aku jugak ni supaya rajin lipat baju. 

Tips Rajin Lipat Baju 


1) Angkat Baju Terus Lipat

Kalau baju dah kering kat ampaian tu. Angkat dan terus lipat. Jangan letak dalam bakul baju. Kau amik letak atas katil pastu lipat terus. Baju pon cantik tak berkedut. Kalau kau letak dalam bakul, memang selamat lah baju tu dalam bakul tak berlipat. Kedut seribu baju kau dibuatnya. Nak pakai pon kena gosok dulu.

2) Lipat Baju Depan TV

Hiburan di kala melipat baju gittew. Tak der lah bosan sangat kan. Sambil lipat baju, sambil nengok TV. Mata kat TV tapi tangan buat kerja. Untuk korang yang tak ada anak kecik boleh lah. Tapi kalau ada anak kecik macam aku ni memang tak boleh. Kau lipat dia punggah jadinya. Melainkan kau letak dia dalam baby cot dan letak segala mainan dalam tu bagi dia leka. Kau pon kena lah cepat-cepat lipat baju bajan tu. Jangan mata ke TV tangan tak jalan.

3) Ajak Anak-Anak Lipat Baju

Kemas tak aku lipat... hahaha... ☺☺

Time diorang kecik ni lah nak kena ajar buat kerja rumah. Melentur buluh, biar dari rebungnya kan. Ajak anak-anak lipat baju sekali. Kau asingkan baju anak-anak. Biar diorang lipat sendiri. Tak kemas pon tak apa. Lama-lama nanti ok lah. Tapi kan, jenis macam aku yang ada sipi-sipi OCD ni agak payah jugak. Aku sejenis yang suka lipat baju ikut turutan. Baju yang besar kena letak bawah. Ikut susunan. Kalau baju anak-anak, aku suka lipat sekali dengan seluar. Pairing gittew kan. Biar baju yang aku lipat tu nampak cantik tersusun. Bila anak dah tolong kau lipat baju, kau lipat balik baju tu sebab tak kemas. Jangan tiru macam aku... hahaha... Kena buang tabiat nih. Nak anak tolong, tapi bila anak dah tolong kau punggah balik... ppffttt...

Kemas atau tak lipatan baju si anak, abaikan saja. Ajar step by step macam mana nak lipat baju. Lama-lama bila dah biasa lipat nanti ok lah tu. Practice make perfect gittew kan. 

4) Off kan Hand Phone

Aku tahu. Korang sambil lipat baju sambil layan FB, IG, Blog and Twitter kan. Mengaku jer lah sebab aku pon macam tu.. muahahaha... Lipat baju sehelai dua lepas tu tengok HP. Baca newsfeed FB. Tengok gambar-gambar kat IG. 30 minit nengok HP. Sambung lipat sehelai dua lagi dan sambung nengok HP balik. Dah kalau asyik belek HP jer yang lama ater bilanya nak habis kerja melipat baju?? Jadinya... Kau kena OFF kan handphone tu dulu. Baru lah cepat kerja melipat baju kau siap. Dah siap semua barulah kau ON kan balik HP tu. Boleh sahut tak cabaran ni... ekekeke...

5) Sediakan Bakul Baju Untuk Setiap Anak

Kalau anak kau ada 4, kau kena beli empat bakul. Beli yang saiz sederhana sudah lah. Asingkan baju anak-anak dalam bakul masing-masing. Senang sikit kau nak cari baju anak-anak kalau tak sempat nak lipat kan. Bila kau dah asingkan baju anak-anak ni, nampak lah kemas sikit. Lepas tu kebarangkalian kau rajin nak melipat baju tu datang sebab nampak baju tak banyak sebab dah susun dalam setiap bakul. Cuba kalau kau letak semua baju-baju tu dalam bakul besar? Perghhhh... Perasaan malas kau makin menjadi-jadi. Ini semua permainan psikologi. Kau boleh baca kat [SINI]. Ada benarnya jugak. Jom lah cari bakul baju untuk anak-anak ☺☺

6) Jadikan Melipat Baju Sebagai Hobi

Iyer... Nak rajin lipat baju, kau jadikan lipat baju tu sebagai hobi. Macam hobi kau baca novel. Selagi kau tak habis baca selagi tu lah kau tak boleh tidur. Macam ada benda tak kena. Sanggup berjaga sampai pagi sebab nak baca sampai habis. Cuba kau anggap Melipat Baju pon macam tu jugak. Selagi tak habis selagi tu kau rasa tak boleh tidur, Sanggup berjaga malam sebab nak habiskan lipat baju. Amacammm... Ada berani jadikan melipat baju sebagai hobi... ngeeee... 

7) Hantar Dekat Sevice Lipat Baju

Ini paling sadis. Kalau tips-tips yang aku bagi ni tak jalan. Kau hantar jer lah dekat service lipat baju. Habis cerita. Dah banyak service lipat baju sekarang ni. Kau mintak tolong pakcik google carikan. Dia boleh bagi kau contact untuk service lipat baju... Nampak sangat kau pemalas kan... muahahaha...

Sekian perkongsian tips dari pemerhatian #makanakempat... Salah seorang yang tergolong dalam kumpulan terlebih rajin nak melipat baju bajan. Sambil bagi tips sambil teringat kain baju kat rumah tu yang dah macam gunung kinabalu. Smoga aku diberi kekuatan dan kerajinan untuk melipat baju. Minggu ni kita operasi... Insya'allah... hehehe...

Note: Rasa macam nak amik cuti jer. Semata-mata nak selesaikan lipat baju. Boleh ☺☺



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...