Showing posts with label The SpongeBob Movie: Sponge Out Of Water 3D. Show all posts
Showing posts with label The SpongeBob Movie: Sponge Out Of Water 3D. Show all posts

Are you ready kids "Aye Aye Captain" I Can't hear you "AYE AYE CAPTAIN" Ohh...Who lives in a pineapple under...

Movie Review | The SpongeBob Movie: Sponge Out Of Water 3D


Are you ready kids "Aye Aye Captain"
I Can't hear you "AYE AYE CAPTAIN"
Ohh...Who lives in a pineapple under the sea
"Spongebob squarepants"

Lagu pon dah layan. Tapi sampi tu jer lah hafalnya...hahaha...Siapa yang tak kenal dengan cartoon SpongeBob SquarePants kan. Every weekend memang anak² akan tengok citer nih termasuklah mak budak ni skali. Even citer berulang pon tetap setia menonton ko. Tak bosan cartoon nya. Sabtu baru² ni aku and family telah dijemput oleh NICKELODEON untuk exclusive preview screening The SpongeBob Movie: Sponge Out Of Water 3D di TGV Cinemas, Sunway Pyramid. Thanks to Nickelodeon and Anusha @ Edelman ☺


Excited jangan cakap lah. Bila bagitau anak² yang kita semua akan tengok filem SpongeBob, memasing dah tak sabar. Siap ucap ‘Terima Kasih Ibu sebab bawak tengok citer SpongeBob”…Alololo…so sweet tau. Ini pengalaman pertama untuk Qahirah dan Qhalif. Kesian kan sebab baru nak bawak nengok wayang. Risau jugak kalau takut ker kan sebab gelap dalam tu. Alhamdulillah…anak ok jer dok dalam panggung wayang.


Ada macam² aktiviti sebelum tayangan bermula. Yang ni aku terlepas pandang. Sebab sampai agak lewat. Acara dorang buat kat dalam panggung wayang. Masuk² jer tengok tengah umumkan nama2 peserta yang dapat bergambar dengan mascot Invincibubble @ SpongeBob. Nak jugak bergambar tapi anak² tak nak. Kusyuk jer nengok mascot tu. Ok….tak nak bebel panjang². Meh baca sinopsis mengenai The SpongeBob Movie: Sponge Out Of Water ☺


The SpongeBob Movie: Sponge Out Of Water 3D | Siapa yang tak kenal dengan Plankton kan. Si kecil yang berwarna hijau yang juga pemilik Chum Bucket. Misinya ada lah untuk mencuri resipi rahsia Krabby Patty dari saingan perniagaan nya iaitu Mr. Krabs, pemilik Krustry Krab.

Di Bandar dasar laut di Bikini Bottom, Krusty Krab telah diserang oleh Plankton dengan makanan2 gergasi yang tujuannya tuntuk mencuri formula. Dalam masa yang sama, Plankton menggunakan dirinya sebagai umpan. Tapi…Plankton yang menjadi umpan itu hanya sebuah robot untuk mengaburi mata Mr. Krabs. Plankton yang sebenar sedang meyusup masuk ke dalam bilik kebal Mr. Krab untuk mencuri formula rahsia Krabby Patty. Malangnya…SpongBob sempat menangkap Plankton yang sedang mencuri formula tu. Berlaku lah perebutan dan pergelutan antara Plankton dan SpongeBob.

Tetapi….haaaaaa…Formula tu hilang secara tiba². Di sinilah bermulanya hura hara di Bikini Botton. Bekalan Krabby Patty dah habis. Formula rahsia dah hilang. Tanpa formula rahsia, SpongeBob tak boleh nak buat Krabby Patties. Pelanggan dan jadi kemaruk dan merusuh sebab tak dapat makan Krabby Patty dan mereka mula menyalahkan Plankton kerana mencuri formula rahsia yang sebenarnya hilang secara tiba2. Hanya SpongeBon yang percaya Plankton tak bersalah.

Maka bermulalah kerjasama antara Plankton dan SpongeBob untuk mencari kembali formula rahsia yang hilang tiba2. Mereka mencipta mesin masa yang boleh membawa mereka kepada masa sebelum formula rahsia tu hilang. Bermulalah perjalanan mereka merentas masa. Tapi bukan masa sebelum tu, perjalanan mereka jaun ke masa depan si mana mereka bertemu dengan Bubbles, Ikan lumba² yang ajaib yang tugasnya menyelia kosmos. Akhirnya mereka Berjaya mendapatkan semula formula, tapi formula tu adalah palsu.

Haaaaa…Mana perginya formula rahsia tu? Macam mana SpongeBob SquarePants, Patrick Star, Squidward Tentacles, Mr. Krabs dan juga Sandy Cheeks boleh sampai ke daratan sedangkan mereka tak boleh hidup tanpa air kecuali Sancy Ckeeks. Siapa Burger-Bread the Pirate? Kalau nak tau kesudahan citer ni, silalah ke panggung wayang yang berdekatan yerp. Overall citer ni memang best. Bebudak pon enjoy. Termasuklah makpak budak jugak. 

The SpongeBob Movie: Sponge Out Of Water 3D ini akan akan memulakan tayangannya pada 5 March 2015. Untuk movie trailer, boleh tengok kat [SINI]. Untuk info filem, boleh tengok kat [SINI]. Kalau nak tau pasal rancangan² di NICKELODEON, boleh terjah [FB Nickelodeon].


Note: 1st time buat movire review. Selalu buat product review jer ☺

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...