Baju Muslimah Kanak-kanak

AFB Feeds

Showing posts with label The Frutzee Family. Show all posts
Showing posts with label The Frutzee Family. Show all posts

Sudah menjadi rutin setiap pagi si ibu untuk menyediakan breakfast terbaik untuk anak-anak. Cakap jer nak makan apa, semua ibu boleh sediak...

The Frutzee Family | Resipi Makanan Ringan Yang Sihat untuk Kanak-Kanak

Sudah menjadi rutin setiap pagi si ibu untuk menyediakan breakfast terbaik untuk anak-anak. Cakap jer nak makan apa, semua ibu boleh sediakan. Macam saya, breakfast yang selalu saya sediakan biasanya Roti bakar, nasi goreng, mi hoon goreng, cekodok dan macam-macam lagi lah. Tapi kali ni saya bagi breakfast lain dari yang lain sikit. Apa yang lain tu?


Pernah dengar The Frutzee Family tak? Haaaaa… Sebenarnya ini produk baru. Produk keluaran Nutri Food ni baru jer dilancarkan bulan Ogos yang lepas. The Frutzee Family ni merupakan produk makanan ringan sihat yang pertama bagi kanak-kanak tau. Kalau selama ni kita selalu bagi anak-anak makanan ringan yang tak berapa nak sihat tu. Tapi apa kata korang cuba makanan ringan The Frutzee Family ni pulak.

Apa yang best dengan makanan ringan The Frutzee Family  ni? Bestnya sebab ianya snek yang sihat secara semulajadi, enak rasanya, tanpa bahan pengawet, pewarna dan penambah rasa. The Frutzee Family dikenali sebagai snek siri buah-buahan pertama bagi kanak-kanak dan sesuai untuk kanak-kanak berumur 12 bulan ke atas. Penghasilannya daripada buah-buahan segar sebenar yang dibeku-keringkan sebaik sahaja dipetik supaya ia dapat mengekalkan  segala zat-zat asli dan kebaikan nutrisi buah-buahan segar. Terdapat 4 jenis rasa buah-buahan bagi Frutzee iaitu

Crispy Banana

Pisang adalah sumber Vitamin B6 yang sangat baik yang membantu badan kita untuk pertumbuhan sel-sel baru. Kandungan potassium yang tinggi adalah penting untuk otot yang baik dan fungsi saraf. Manganese adalah penting untuk kesihatan tulang dan metabolisme.

Crunchy Grapes

Kalsium adalah sangat penting untuk diet kanak-kanak kerana ia menyumbang kepada pertumbuhan tulan dan gigi. Potassium dalam anggur adalah penting untuk kesihatan jantung. Anggur adalah sangat tinggi dengan vitamin C yang mengandungi antioksidan yang kuat.

Crispy Apple

Isi apple mengandungi Boron, mineral yang amat penting untuk kesihatan tulang dan pertumbuhan otot. Pectin mengawal system penghadaman anak-anak kita. Sebiji Apple mempunya jumlah serat yang sama dengan semangkuk bijirin. Tinggi dengan Vitamin C, Apple membantu meningkatkan system imun anak-anak kita.

Crunchy Berry

Kandungan serat yang tinggi dalam Strawberry juga merupakan sumber folat yang menakjubkan. Ia dipenuhi dengan antioksidan iaitu penggalak imuniti yang kuat untuk kanak-kanak. Manganese adalah penting untuk kesihatan tulang dan metabolisme. Phytonutrients dan flavonoids dalam Strawberry membantu system pencernaan, pemutihan dan kerengsaan kulit.

Menarik sangat kan. Nutrio Food menggunakan teknologi yang terbukti canggih dan dipatenkan. Buah-buahan dibersihkan dan diletakkan di dalam ruang vakum untuk disejukkan sehingga suhu 30 darjah Celsius supaya buah-buahan dibekukan dalam keadaan segar supaya rasa asli dapat dikekalkan. Macam mana nak nikmati hidangan snek makanan ringan ni? Meh cuba resipi nih. 


Bahan-Bahan

1) Fresh Milk
2) Natural Yogurt
3) The Frutzee Family 


Campurkan saja The Frutzee Family ke dalam susu atau pon yogurt dan makan ☺


Macam budak ni ha. Qhalif makan dengan yogurt. Makan macam tu saja pon dah ok sebab sedap tau. Dalam banyak-banyak flavor, saya suka flavor pisang. Tapi semua sedap sebenarnya. Boleh lah korang gantikan makanan ringan dengan The Frutzee Family snack ni. Terbaik.

Kalau nak tau lebih lanjut mengenai produk The Frutzee Family. Boleh layari:

Website: www.frutzee.my



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...