Baju Muslimah Kanak-kanak

AFB Feeds

Showing posts with label Tekanan Darah Rendah. Show all posts
Showing posts with label Tekanan Darah Rendah. Show all posts

Bila di ingat² kan balik, memang senyum kambing dibuatnya. Memang tak boleh lupa betul lah tragedi Januari 2016 ni. Orang lain sibuk de...

Tragedi 4 Januari 2016 | Penangan Tekanan Darah Rendah


Bila di ingat² kan balik, memang senyum kambing dibuatnya. Memang tak boleh lupa betul lah tragedi Januari 2016 ni. Orang lain sibuk dengan anak² yang menangis nak masuk skolah untuk hari pertama. Sibuk selfie dengan anak memasing. Sibuk amik gambar untuk kenangan hari pertama persekolahan. Tapi aku? Buat kecoh bila tetiba pitam @ fengsan...ppffttt...#sambiltaipsambiltersengih...Kisahnya...

Biasa lah anak 1st day sekolah. Haruslah amik cuti. Kalau tak amik cuti pon tak per kot. Hemak kan ngengada. Nak hantar gak anak gi skolah. Sampai skolah semak senarai kelas untuk Qahirah. Boleh plak anak dara tu muncung sebab bukan kelas Cikgu Mas lagi dah. Dah 6 tahun tukar cikgu lain plak. Tunggu lah kejap kat PASTI tu.

Ada lah dekat 30-45 minit dok kat situ. Tapi berdiri lah. Cuaca plak tak der lah panas sangat. Ntah tetiba aku rasa darah macam dah naik kepala. Nafas tetiba pendek. Rasa macam tak larat nak berdiri. Terus cakap kat husband nak duduk sebab rasa macam nak pitam. Elok aku pegang lengan dia nak pusing terus aku dah tak sedar apa. Yang pasti, aku tak jatuh kat lantai...alhamdulillah...

Rasa macam kena angkat. Pastu dengar suara husband minta tolong orang angkat. Sedar² dah ada kat atas kerusi dengan dahi yang berpeluh². Dok relax kejap. Termalu plak ngan orang² kat PASTI tu,,,hehehe...Pastu terus gi klinik. Dah lah wallet tertinggal kat umah. Nasib ada record kat Klinik As-Salam. 

Sampai² tak tunggu lama. Terus jumpa Dr. Rosma. Check blood pressure. Memang rendah...atas 90 bawah tak ingan berapa. Check plak oksigen. Alhamdulillah...ok. Doc pesan soh makan makanan yang boleh tambah darah. Jangan stress². Kalau boleh lepas bangun dari tidur tu duduk dulu...jangan terus bangun. Terkejut badan dibuatnya. Dapatlah MC sehari. Doc soh relax. Pecah record sebab awal tahun dah dapat MC. 

Actually sebelum ni pon pernah pitam gak. Lepas bersalin anak pertama. Nak gi toilet. Ko baru lepas bersalin pastu bangun dari katil terus berdiri. Mana tak pitam. Dalam toilet plak tu. Ni berulang balik sejarah pitam lepas 8 tahun tak pitam...hehehe....

Skang klo buat kerja, tak boleh rushing². Rasa cepat mengah and nafas rasa pendek. Berdiri lelama pon dah rasa semacam. Alhamdulillah husband banyak menolong. Kekadang dia yang masak. Risau lah plak aku dengan keadaan diri sendiri nih. 

Apa itu Tekanan Darah Rendah (Hipotensi)

Tekanan darah rendah (hipotensi) adalah keadaan tekanan darah yang lebih rendah dari tekanan yang diperlukan oleh tubuh, sehingga setiap organ dari badan tidak mendapat aliran darah yang cukup dan menyebabkan timbulnya gejala hipotensi. Tekanan darah seseorang adalah berbeza. Ini kerana ia membabitkan kawalan utama otak, jantung, buah pinggang dan ransangan di dalam salur darah.

Faktor yang mempengaruhi tekanan darah

Dalam menentukan seseorang itu menghidap tekanan darah, terdapat beberapa faktor yang boleh membantu iaitu usia, aktiviti seharian, perasaan, ubatan, pendarahan daninfeksi

Gejala Tekanan Darah Rendah

Bagi penghidap tekanan darah rendah, mereka tidak akan menunjukkan tanda mereka mempunyai penyakit tekanan darah rendah.

Mereka akan menunjukkan gejala atau tanda-tanda awal seperti cepat lelah, pening kepala ketika posisi badan berubah, sukar untuk berkonsentrasi, mata berkunang-kunang, mual, kulit berasa dingin, pucat dan lembap, pernafasan cepat dan pendek, defresi dan cepat haus

Sekiranya seseorang itu hendak hamil, mereka digalakkan untuk membuat pemeriksaan terlebih dahulu sebelum hamil. Ini kerana ia adalah untuk mengelakkan berlaku komplikasi pada bayi itu nanti.

Penyebab Tekanan Darah Rendah

Tekanan darah ditentukan oleh dua pekara, iaitu jumlah darah yang dipompakan oleh jantung dan tahanan (resistensi) pembuluh darah yang kecil-kecil pada tubuh.

Terdapat beberapa penyebab yang boleh tekanan darah rendah terjadi iaitu kekurangan volum darah – cecair mengalir dalam saluran darah seperti pendarahan yang tidak boleh terkawal, dehidrasi – dehidrasi yang mengurangkan kandungan cecair dalam badan seperti kes muntah yang teruk dan cirit-birit, masalah jantung – deyutan jantung yang agak cepat mahupun sebaliknya yang terlalu lambat dan keadaan otot yang lemah.

Note: Risau gak sebenarnya ni sebab kekadang ada terasa gak. Rasa cepat mengah. Risau takut kena time drive...na'uzubillah...Skang memang spare gegula dalam Handbag. Kalau rasa semacam, cepat² kunyah gegula. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...