Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Keletihan yang sedang di lalui bukan keletihan yang sia². Tipu lah kalau anda kata anda tak pernah mengeluh. Tipu sangat kalau anda k...

Letih? Mengeluh? Meh baca dan amalkan Ayat nih



Keletihan yang sedang di lalui bukan keletihan yang sia². Tipu lah kalau anda kata anda tak pernah mengeluh. Tipu sangat kalau anda kata anda tak pernah menangis dalam diam disebabkan keletihan yang di alami. Tipu jugak kalau anda kata anda tak pernah menangis sebab karenah anak². Mengaku jer lah.

Kerja surirumah letih. Ibu yang bekerjaya pon letih jugak. Sampai satu tahap boleh buat ko menangis sebab penat sangat. Balik amik anak² sekolah. Jalan plak jammed. Sampai umah dah pukul 7.10 pm - 7.20 pm. Nak masak lagi. Dapat masak yang simple² pon jadi lah. Nasib anak² jenis tak cerewet makan. Dapat telur ngan kicap pon jadi lah. Paling win...nasik ngan kicap jer yang dia berselera...ppffttt...Mudah keja ibu ko nak. Mengeluh gak kekadang sebab penat

Bila baca caption nih...wahhhh... Beruntungnya kita. Bersyukurlah...keletihan kita ada ganjarannya. Dah...jangan mengeluh lagi yerp. Ucapkan Alhamdulillah. #selfremind. Amalkan zikir ni:


Baca sebelum tidur. Tapi tu lah...kalau dah penat sangat kekadang tu sempat baca syahadah jer. Lagi sadis bila ko tak sempat nak baca apa². Letak jer kepala kat bantal sekejapan terus masuk lalaland. Penat sangat gamaknya. 

Note: Letih...letih memikir nak update citer apa lepas ni...hahaha...



Kalau exam, memasing sibuk nak kejar A kan. Cuba kalau bab solat? Ramai yang sambil lewa. Kan bagus kalau dalam solat pon kita cuba dap...

Gred apa Solat Kita?? Jom Check!!


Kalau exam, memasing sibuk nak kejar A kan. Cuba kalau bab solat? Ramai yang sambil lewa. Kan bagus kalau dalam solat pon kita cuba dapatkan Gred A jugak. Self remind untuk diri sendiri juga nih. Masih banyak kekurangan yang perlu diperbaiki. Jom semak solat anda dalam Gred apa. 

Gred E 

Bila azan, buat tidak tahu. Tengah memasak terus memasak. Tengah berfacebook terus berfacebook. Tengah berwhatsapp terus je whatsapp. Sedang tengok TV, terus tengok tv dan seumpamanya.

Gred D 

Bila azan berkumandang, dia perlahankan tv, perlahankan radio, tetapi tetap meneruskan aktiviti. Tidak bersedia untuk solat.

Gred C 

Bila azan berkumandang, terus mengambil wuduk dan solat.

Gred B 

Bila azan, terusberwudhu' dan menuju ke masjid mahupun surau.

Gred A 

Bila azan, sudah berada di masjid dlm keadaan berwudhu' dan bersedia untuk solat.

Sumber: [SINI]

Dah baca? Apa Gred solat uolls? Aku rasa majoriti dari kita tergolong dalam golonga Gred A. Betul tak? Mengaku jer lah. Makin canggih teknolongi makin buat kita lalai, leka dan bertangguh². Kalau ada yang tergolong dalam Gred A tu...Alhamdulillah. 

Ingatlah...SOLAT adalah perkara nombor 1 yang akan di tanya oleh ALLAH di hari perhitungan nanti. Jom muhasabah. Sama² lah kita perbaiki diri dan solat kita. 

Note: Senin ni cuti Thaipusam. Selamat berhujung minggu dan selamat bercuti. 


Sharing dari WhatsApps group. Alkisah sebuah rumah... renungan untuk semua... Petang itu kedengaran rungutan tangga sudah tidak terben...

Sekadar Renungan Bersama

Sharing dari WhatsApps group. Alkisah sebuah rumah... renungan untuk semua...


Petang itu kedengaran rungutan tangga sudah tidak terbendung lagi . Dia terus berleter.

“Penat letih jadi tangga. Waktu orang naik, aku kena pijak. Waktu turun pun orang pijak aku. Seronok jadi atap. Tak pernah kena pijak. “

Mendengarkan kata kata tangga. Atap terus bersuara.

"Hoi tangga. Aku lagi sakit tau. Berpanas berhujan siang malam. Mendidih kepanasan bila tengahari. Bila hujan aku terpaksa menahan kesejukan. Yang seronok jadi tiang. Tak kena panas. Tak kena hujan. Tak kena pijak.”

Mendengarkan kata atap, tiang terus bersuara.

“Mana kamu tahu? Aku dok tahan pikul atap, segala alang rumah bertan-tan siang malam. Aku terpaksa pikul jugak. Tuhan saja tahu betapa beratnya. Yang seronok jadi dinding. Tak payah pikul. Tak kena panas. Tak kena pijak.”

Mendengar kata-kata tiang, lalu dinding menjawab.

“Akulah pelindung khazanah rumah ni. Aku lindung aurat tuan rumah, hartanya bahkan aku terpaksa jaga sepanjang masa. Kalau aku tak ada semua tak guna.“

Wahai sahabat² ku. Cerita ini untuk mengingatkan kamu semua bahawa setiap manusia mempunyai tugasnya sendiri. Kamu buatlah kerja yang diamanahkan padamu sebaiknya. Jangan sesekali engkau berdengki pada orang lain. Sebab mata kamu hanya dikurniakan penglihatan daripada segi zahirnya sahaja. Sedangkan realitinya mungkin tidak seindah yang kamu lihat di minda. Jadilah diri sendiri, jangan cuba jadi orang lain.

Manusia hari ini suka sangka-sangka

Ada sangka baik 
Ada sangka buruk
Orang beribadah disangka riak
Orang rileks disangka malas
Orang berpakaian baru disangka menunjuk
Orang berpakaian buruk disangka hina
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sedikit disangka diet
Orang yang senyum disangka mengejek
Orang yang masam disangka merajuk
Orang berbincang disangka mengumpat
Orang yang diam disangka menyendiri
Orang yang menawan disangka menggoda
Orang yang ceria disangka mengada
Orang yang bertanya disangka menyibuk

Hakikatnya...

Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah
Mana tahu yang masam itu kerana mengenang dosa
Mana tahu yang berbincang itu memberi pendapat
Mana tahu yang diam itu kerana beribadah
Mana tahu yang menawan itu bersih wataknya
Mana tahu yang ceria itu cerdas mindanya
Mana tahu yang bertanya itu perihatin orangnya

Justeru itu...Sesuatu perkara yang kita lihat

Jangan suka sangka-sangka
Sikap sangka-sangka akan memusnahkan jiwa
Kerap sangka-sangka mengundang celaka
Jangan terlalu bersangka-sangka
Jauhi sikap sangka-sangka...


- Cicak tak pernah komplen pada Allah kenapa makanan dia semua binatang yang terbang, kerana cicak tau Allah bagi dia lidah yang panjang untuk memudahkan dia makan... 

- Burung juga tak pernah komplen pada Allah bila pagi-pagi kena terbang keluar tak tau nak makan apa, tapi burung pulang dengan kenyang dan mampu bagi makanan pada anak-anaknya. Takda lagi kita dengar cerita burung bunuh diri malah pagi-pagi yang kita dengar burung tetap berkicauan... 

- Cacing lagilah, tanpa tangan tanpa kaki, tak pernah komplen pada Allah susahnya nak cari makanan, kenapa Allah tak jadikan dia macam ni macam tu. juga belum ada sejarah ada cacing bunuh diri...

Moral of the story, apabila Allah mencipta kita, Allah tau kemampuan kita, Allah takkan uji kita dengan sesuatu yang kita takkan mampu tanggung, malah tiada satu ujian pun untuk melemahkan :)

#bersyukurlah apa yang kita perolehi 


Note: Kejap jer dah penghujung January
posted from Bloggeroid

Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula  Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula  Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua  ...

BANGKITLAH!!!

Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula 
Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula 
Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua 
Sakit pada luka kan pulih semula 
Bangkit!!

Salam jumaat yang indah. Harini nak share perkongsian dari rancangan Semanis Kurma last week. Yang topiknya pada haritu ada lah BANGKIT. Baru hari ni sempat nak karang entry. Buat mereka² yang sedang di uji, meh baca perkongsian ni.

Sesungguhnya perancangan allah itu indah. Ketika kita sedih dia datangkan bahagia. Ketika kita menangis, dia datangkan senyuman. Ketika kita di uji, dia datangkan hikmah.


Dalam hidup kita ni, kita seringkali mengeluh. 'Penatlah…tak laratlah…sampai bila allah nak uji hidup macam ni?' Rupa-rupanya setiap keluhan ini ada jawapan yang indah dari allah di dalam Al-Quran

1)  Ketika kita mengeluh ‘Ya! Allah…susah sangat hidup ini'. Allah jawab.


Inna Ma’al ‘Usri Yusra
Sesungguhnya di sebalik kesusahan itu ada kesenangan.

2) Ketika kita mengeluh Apa sabar2 ni. Ingat senang ke nak sabar?. Allah menjawab.


"Innallaha ma’as sobirin"
Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar. Allah sayang orang2 yang sabar ni

3)  Bila kita mengeluh ‘Aduhhh…penatnya..letihnya..tak laratnya’. Allah menjawab.

"Wa ja`alna naumakum subata"
Dan kami menjadikan tidurmu sebagai istirehat. Bila kita bangun ke esok kannya, kita jadi lebih bersemangat.

4) Bila lita mengadu ‘Ya! Allah…serabutnya kepala otak ni. Stressnya’. Allah menjawab.

"Ala bizikrillahi tatmainnul qulub"
Ingat kepada allah, akan ada ketenangan jiwa.

5) Bila kita mengadu dan mengeluh ‘Ya! Allah..beratnya dugaan ini. Dah tak boleh nak tanggung dah dugaan yang allah berikan pada aku ya! Allah'. Allah jawab.


“Layukallifullahu nafsan illa wus’aha”
Allah tidak memberatkan/membebani seseorang melainkan ada kemampuannya.

6) Kita mengeluh juga ‘Sedihnya, tak seronoknya, frustnya, kecewa dalam hidup. Dukacita sungguh² ni'. Allah jawab.


"La tahzan innallaha ma’ana"
Jangan berdukacita. Sesungguhnya allah bersama² kita.

7) Kita mengeluh ‘Bila kita susah. Minta tolong kat sapa2 pon tapi semua tak nak tolong’. Mengeluh lagi ‘Dulu senang orang datang kat kita, Bula dah susah? Ya! Allah…tak der sapa nak tolong'. Rupa² nya allah menjawab keluhan kita. Begitu cantik sekali.

"Ud’uni astajib lakum"
Berdoalah kepadaku, Aku akan kabulkan doa engkau.

Di samping kita berusaha, teruskan berdoa kepada allah SWT kerana setiap doa yang kita pohon kepada allah semuanya allah mustajab yakni allah bagi kabulkan sama ada cepat atau pon lambat. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat hamba² nya. Kadang² allah nak simpan ganjarannya di hari akhirat nanti biar kita istirehat di dalam syurga yang kekal abadi.

Doa supaya ada ketahanan hidup, ada istiqomah, komitmen dan untuk kita bangkit dari kegagalan. Doa nya adalah dari surah Al-Baqarah ayat 286:


Amalkan selepas solat 5 waktu. Inshaa’allah kita ada kekuatan. Kita bangkit dari kegagalan. Bangkit dari kekecewaan untuk kita jadi lebih hebat lagi.

Note: Hidup tanpa ujian, kita tak akan kenal erti KETABAHAN. Hidup tanpa dugaan, kita tak akan kenal erti KESABARAN.


Sambungan dari UNIVERSITI KEHIDUPAN . Kita belajar tentang SEKOLAH RUMAHTANGGA pula. Hayatilah dan renugkan lah.  KELUARGA itu SENI ....

SEKOLAH RUMAHTANGGA

Sambungan dari UNIVERSITI KEHIDUPAN. Kita belajar tentang SEKOLAH RUMAHTANGGA pula. Hayatilah dan renugkan lah. 

KELUARGA itu SENI. Ada SENI KOMUNIKASI. Ada SENI MENDIDIK ANAK. Ada SENI MERASA. Ada SENI MENEGUR. Ada SENI MENCINTAI. Ada SENI DICINTAI. Ada SENI MENGURUS KEMARAHAN. Ada SENI MENGHIBUR. Ada SENI MENGURUS TEKANAN. Ada SENI MEMUJI. Ada SENI MENYIMPAN RAHSIA dan macam2 lagi SENI.

Gambaran dalam sebuah kehidupan berkeluarga…

SEBUAH SEKOLAH dimana ada banyak perkara yang kita tak pernah belajar dimana² institusi pendidikan. Tetapi kita belajar dalam SEKOLAH RUMAHTANGGA. Kita belajar:

- IKHLAS
- Kita belajar BETUL² MELETAKKAN ALLAH SEBAGAI TUJUAN
- Kita belajar YAKIN DENGAN ALLAH 
- Kita belajar UNTUK MENILAI DIRI SENDIRI, MUHASABAH DIRI 
- Kita belajar UNTUK MENERIMA KELEMAHAN 
- Kita belajar UNTUK MENGHARGAI KELEBIHAN 

Dan segala² nya kita belajar dalam UNIVERSITI RUMAHTANGGA. Jangan sia² kan SILIBUS inil. Jangan sia² kan SEKOLAH KEHIDUPAN ini yang sebenarnya allah nak suruh kita belajar banyak perkara dalam RUMAHTANGGA.

Note: Cinta itu bukanlah memerlukan orang yang sempurna. Tetapi cinta itu adalah memahami dengan sempurna orang yang tidak sempurna.



Salam pagi Jumaat semua. Pagi ni aku nak kongsikan sebuah nurkilan yang sangat indah dan puitis untuk kalian semua. Hayatilah.  JIK...

UNIVERSITI KEHIDUPAN

Salam pagi Jumaat semua. Pagi ni aku nak kongsikan sebuah nurkilan yang sangat indah dan puitis untuk kalian semua. Hayatilah. 


JIKA SEMUA YANG KITA KEHENDAKI TERUS KITA MILIKI
LALU DARI MANA KITA BELAJAR IKHLAS?
JIKA SEMUA YANG KITA IMPIKAN SEGERA TERWUJUD
LALU DARI MANA KITA BELAJAR SABAR?
JIKA SETIAP DOA KITA TERUS DI KABULKAN
LALU BAGAIMANA KITA DAPAT BELAJAR IKHTIAR?

SEORANG YANG TAAT PADA ALLAH 
BUKAN BER ERTI TIDAK ADA CACAT CELA DAN KEKURANGAN
SEORANG YANG TEKUN BERDOA
BUKAN BER ERTI TIDAK ADA MASA² SULIT 

KETIKA KERJAMU TIDAK DI HARGAI
SAAT ITU KAMU SEDANG BELAJAR TENTANG KETULUSAN 
KETIKA USAHAMAU DI NILAI TIDAK PENTING 
SAAT ITU KAMU SEDANG BELAJAR TENTANG KEIKHLASAN 
KETIKA KAMU LELAH DAN KECEWA
SAAT ITU KAMU SEDANG BELAJAR TENTANG KESUNGGUHAN 
KETIKA KAMU SEDANG MEMBAYAR BIAYA 
YANG SEBENARNYA TIDAK PERLU KAU TANGGUNG 
SAAT ITU KAMU SEDANG BELAJAR TENTANG MURAH HATI DAN DERMAWAN

HARI² YANG DI LEWATI SEJATINYA HARUS DI INGAT
BAHAWA KITA SEDANG MENIMBA ILMU DALAM
UNIVERSITI KEHIDUPAN

Sebuah nurkilan yang sangat indah dan puitis kan. Nurkilan yang aku dapat dari Ustazah Norhafizah Musa dalam segmen USRATI @ IKIM.fm. Setiap khamis jam 5.00 pm. Memang tiap² minggu aku dengar dan rakam. 

Sejujurnya, bergenang airmata bila ustazah baca nurkilan ni. Terasa kena dengan apa yang sedang aku lalui saat ini. Aku tau kita semua tak terlepas dari situasi yang sama kan. Jom kita muhasabah diri. 


Note: Nanti aku akan kongsikan lagi perkongsian dari Ustazah Norhafizah Musa. Dah jatuh minat dengan ustazah ni. Suka sangat dengan cara penyampaian dan nasihat yang diberi. Sangat menusuk hati sanubari



Salam 2 Ramadhan semua. Harini ni tak der gambar tayang lauk pauk dibulan ramadhan. Tak der story gi solat terawih, done tahajjud, done sol...

A. B. C | Allah Bagi Cuti!!

Salam 2 Ramadhan semua. Harini ni tak der gambar tayang lauk pauk dibulan ramadhan. Tak der story gi solat terawih, done tahajjud, done solat subuh, done sahur dan yang sewaktu dengannya. Biarlah semua amalan² ni hanya kita dan ALLAH jer yang tahu yerp. Ni nak sharing dari Usrah @ TV9 Dihatiku yang iols dengar pagi semalam.

Berkaitan dengan ABC = Allah Bagi Cuti ni lah. Semestinya lah untuk orang perempuan kan. Yang tetiap bulan dapat ABC. Tapi kan, orang lelaki pon ada ABC nya juga. Nak jugak macam orang pompuan kan. Tapi lagi teruk, acaner tu? Ini ustazah yang kata. Bukan iols suka suki mereka cerita hokey. 

Menurut ustazah. Bila kita ABC, banyak masa yang kita ada. Kita tak boleh lah rasa happy sebab tak boleh nak solat. Pastu gi shopping complex menghabiskan masa kat sana. Banyak benda yang kita boleh buat sebenarnya. Antaranya...BERZIKIR, BERSELAWAT, BERSEDEKAH, MEMBACA KITAB²/BUKU² AGAMA dan juga BUAT AMAL KEBAJIKAN. Contohnya gi surau, bersihkan surau atau tolong basuh telekung² wakaf ker. Hargailah masa semasa ABC - ALLAH BAGI CUTI. Guna masa bercuti untuk baca buku² agama untuk menambah ilmu keagamaan. Bukan baca novel yerp *akulahtu. 

Rebutlah pahala semasa CUTI. Uzur/Cuti bukan halangan untuk beribadah kepada allah. Nak seribu daya tak nak seribu dalih kan. Yang penting semasa CUTI, jaga kebersihan diri. Untuk para SUAMI pula hargailah ISTERI semasa mereka CUTI. Jangan rasa semacam/jijik bila Isteri sedang CUTI *mungkin ada suami macam ni kot*. 

KALAU KITA TERHALANG UNTUK MELAKUKAN SOLAT. TAPI KITA TAK TERHALANG UNTUK MENGINGATI ALLAH DENGAN CARA BERTASBIH, BERZIKIR DAN BERTAHMID KEPADA ALLAH. Renug² kan lah.

Note: Pesanan buat diri sendiri juga. Berpuasa bukan setakat menahan lapar dan dahaga, tapi nafsu pon kena berpuasa juga. Mulut, Lidah, Hati, Mata dan juga Telinga. DIAM adalah lebih baik. 




Perkongsian dari Usrati di IKIM FM ptg semalam. Doa Nabi Muhammad S.A.W yang sangat patut untuk kita teladani. Doa supaya Allah berika...

DOA


Perkongsian dari Usrati di IKIM FM ptg semalam. Doa Nabi Muhammad S.A.W yang sangat patut untuk kita teladani. Doa supaya Allah berikan kita kekuatan.

Ya! Allah, dengan pengetahuanmu pada yang ghaib dan kuasamu atas makhlukmu, hidupkanlah aku ya! allah sekiranya kehidupan itu baik untukku dan matikanlah aku ya! allah sekiranya kematian itu baik untukku...

Aku memohon rasa takut padamu baik dalam keadaan terang-terangan mahu pon dalam keadaan sunyi-sunyian.

Aku memohon padamu Ya! Allah perkataan yang benar pada saat redha dan saat marah...

Aku memohon padamu ya! allah kesederhanaan saat kaya dan saat miskin...

Aku memohon padamu ya! allah kenikmatan yang tidak akan pernah putus.

Aku memohon padamu ya! allah keredhaan atas semua yang telah engkau telah tetapkan...

Aku memohon padamu ya! allah kehidupan yang damai setelah mati dan kurniakan aku nikmat dapat melihat wajahmu dan kerinduan untuk bertemu denganmu dengan tanpa adanya sesuatu yang membahayakan dan menyesatkan...

Ya! allah, perindahkan diri kami dengan iman dan jadikanlah kami orang yang mendapat hidayah dan menyebarkannya kepada orang lain.

Note: Amin...salam pagi jumaat, penghulu segala hari :-)
posted from Bloggeroid





Tak best entry tanpa gambar kan...haha...Dia SUAMI  saya dan saya ISTERI dia.  Perkongsian pagi di IKIM FM dari seorang Ustaz pagi s...

KEBAHAGIAAN Dalam PERBEZAAN

Tak best entry tanpa gambar kan...haha...Dia SUAMI  saya dan saya ISTERI dia. 

Perkongsian pagi di IKIM FM dari seorang Ustaz pagi semalam. Tersengih² aku mendengarnya. Ni nak share ngan uols semua. Mengenai KEBAHAGIAAN dalam PERBEZAAN

Buat SUAMI, kalau ISTERI lari dari rumah. Paling jauh pon dalam bilik jer dia menyorok. Bukan mengada², tapi minta SUAMI datang dekat dia...pujuk. Orang perempuan ni kan suka dibelai manja dan dipujuk mesra...tak gittew. ISTERI plak, kalau SUAMI panggil 'oooiiii', itu tandanya mesra. Bagi kita kasar, tapi bagi mereka gurau senda. Jangan sentap plak yerp.

Pesanan buat ISTERI. Kalau SUAMI bercerita tentang masalah yang sedang dihadapi, si ISTERI tolonglah jangan menyampuk. Tugas kita hanya mendengar. Kalau kita menyampuk, bukan selesai masalah tapi menambah masalah. Pesanan buat SUAMI pula, kalau isteri bercerita tentang masalah, silalah menyampuk...bagi pandangan. Sebab ISTERI akan rasa seronok.

Nampak tak pointnya di situ? Kita ni berbeza dengan pasangan. Sebab tu kena saling lengkap melengkapi, SUAMI kena faham ISTERI dan ISTERI kena faham SUAMI. Perbezaan tu bukan halangan untuk BAHAGIA kan. SUAMI tak boleh bahagiakan diri dia sendiri atau ISTERI tak boleh bahagiakan diri dia sendiri. Itu get lost namanya...kata ustaz. Maknanya...kita kena saling membahagiakan antara satu sama lain. 

Note: Mahal betul tong air erk. Memang amik kesempatan betul peniaga ni tau.



Peringatan buat diri sendiri juga. Biar orang sakitkan hati kita, jangan kita sakitkan hati orang. Jagalah hati kita supaya tak tumbuh b...

Biar Bintik Hitam Di muka jangan Bintik Hitam Di hati!!!


Peringatan buat diri sendiri juga. Biar orang sakitkan hati kita, jangan kita sakitkan hati orang. Jagalah hati kita supaya tak tumbuh bintik hitam tu. Kekadang tanpa kita sedar, ada orang yang cuba sakitkan hati kita secara psychology. Betul tak? Tak per lah...di persilakan. Aku tak nak tambah kan bintik hitam pada hati aku nih. Cuma pesanan aku untuk orang² yang macam ni:


'SILENCE IS THE BEST REPLY TO A FOOL'

Note: Kjap lagi aku update pasal KLIA2 tu yer ☺



Sedikit perkongsian ilmu. Semalam aku berkesempatan menonton rancangan Tanyalah Ustaz Khas berkenaan dengan tragedi MH370. Sempat gak te...

Tanyalah Ustaz Khas dan Al-fatihah buat 529 Penyokong Ikhwanul Muslimin


Sedikit perkongsian ilmu. Semalam aku berkesempatan menonton rancangan Tanyalah Ustaz Khas berkenaan dengan tragedi MH370. Sempat gak tengok even dah separuh. Dalam rancangan smalam, di bincangkan mengenai Solat Jenazah Ghaib. Menurut Ustaz Abu Hasan Din Al-Hafiz, Solat Jenazah Ghaib tak boleh dilakukan selagi tidak pasti kematiannya. Apa yang boleh kita lakukan adalah dengan melakukan Solat Hajat dan berdoa tanpa henti supaya diberikan petunjuk. Dan doa yang paling makbul adalah doa dari keluarga mangsa² yang terlibat dan doa pada sujud yang terakhir. Berdoalah sebanyak yang boleh. Pohon pada allah . Jika benar mereka masih hidup, permudahkanlah urusan. Jika tenggelam, timbulkan lah. Dan jika tiada, berikanlah petunjuk. Jangan berhenti untuk berdoa dan solat hajat.

Dan janganlah di tangisi, diratapi dan berasa terlalu sedih dengan pemergian mereka. Berdoa dan terus berdoa. Pergantungan kita hanya pada Allah S.W T. Tanggungjawab kita pula, beri sokongan dan semangat buat mereka. Hentikanlah spekulasi² yang kita tak tau sejauh mana kesahihannya. Boleh jatuh fitnah kalau ianya tak betul. Janganlah di tambah kesedihan mereka dengan cerita² yang tak betul.



Semalam juga kesedihan berganda buat umat islam di mana 529 penyokong bekas Presiden Islamis, Mohammed Morsi dijatuhkan hukuman mati oleh makhmah Mesir. Hukuman yang paling tragis dan tak masuk akal. Anggota Ikhwanul Muslimin di dapati bersalah atas tuduhan termasuk menyerang dan membunuh anggota polis. Ini bermakna, seramai 529 orang dijatuhkan hukuman sekaligus dalam tempoh 3 hari bersamaan dengan:
  1. Terjatuhnya hukuman kepada 177 orang salam tempoh sehari
  2. Bersamaan 8 orang setiap satu jam
  3. 7 minit untuk setiap seorang dijatuhkan hukuman mati.


Wajah² sedih ahli keluarga. Ya! allah...luluh hati aku tengok. Sama² kita berdoa untuk keselamatan saudara² islam kita di sana. HASBUNALLAHU WANI'MAL WAKEEL...

Sumber: [SINI] dan Mesir kini



Salam pagi jumaat yang penuh barokah. Semoga solat kita diterima olehNYA. Sama² lah kita perbaiki mana yang kurang. Especially bab kus...

'Selesai SOLAT, duduklah dulu.....'


Salam pagi jumaat yang penuh barokah. Semoga solat kita diterima olehNYA. Sama² lah kita perbaiki mana yang kurang. Especially bab kusyuk dalam solat. 

Ni ada tips dari Ustaz Nor Amin untuk khusyuk dalam solat:
  1. Faktor pemakanan, jauhkan diri kita memakan makanan dari sumber yang tidak diketahui, contohnya makanan yang bertanda halal semata-mata. Makanan merupakan faktor yang paling penting untuk mendidik jiwa. Sunnah nabi, berenti sebelum kenyang dan makan ketika lapar. Bila kita makan banyak kita akan mengantuk dan menguatkan nafsu kita. dalam masa yang sama susah untuk kita melaksanakan ibadah kepada Allah dengan sempurna.
  2. Ambil wuduk dengan sempurna jangan ambil wuduk seperti batuk ditangga, kerana wuduk yang baik akan membuatkan solat menjadi baik, menentukan solat itu diterima ataupun tidak ialah berasal dari wuduknya.
  3. Sebelum memulakan solat disunnatkan kita membaca istiqfar, 3 khul iaitu Surah An-Nas, Surah Al-Falak, Surah Al-Ikhlas. fadhilat surah ini ialah untuk mencegah dari gangguan syaitan yang sentiasa mencari jalan untuk melalaikan manusia ketika solat.
  4. Semasa solat hadirkan diri kita seolahnya sedang berhadapan dengan Allah, rasa kehinaan kita kepada Allah, rasa taubat dengan segala kesalahan yang telah kita lakukan, sesungguhnya diri kita akan merasa gerun dan takut akan segala siksaan Allah terhadap segala dosa yang telah kita lakukan.
  5. Ketika solat perlu kita mentadabbur makna bacaan kita dalam solat, untuk memelihara hati kita supaya ia khusyuk dalam solat. Jika tidak tahu mentadabbur makna bacaan dalam solat maka boleh kita membayangkan segala perkataan dalam solat kita.
  6. Kalau boleh dirikanlah solat secara berjamaah kerana berjamaah pahalanya 28 pahala, jika hati kita tidak khusyuk masih ada pahala lagi. Lagipun solat berjamaah ini susah untuk diganggu syaitan. Hal ini berbeza dengan solat berseorangan kerana solat berseorangan pahalanya 1 sahaja jika tidak khusyuk habis ditolak oleh Allah. Sesiapa yang solat berseorangan diibaratkan sepertimana kambing yang berpisah dari kumpulannya dan mudah menjadi mangsa kepada serigala yang sentiasa mengintainya.


Perhatian buat kaum lelaki yang bergelar SUAMI. Nafkah yang harus di laksanakan terbahagi kepasa 3 jenis: 1) NAFKAH PERIBADI ISTERI ...

NAFKAH SUAMI ada 3 Jenis


Perhatian buat kaum lelaki yang bergelar SUAMI. Nafkah yang harus di laksanakan terbahagi kepasa 3 jenis:

1) NAFKAH PERIBADI ISTERI

Walaupon isteri yang bekerja, wajib si suami memberi nafkah..."Nah sayang, duit belanja bulan ni kot² nak beli lipstick ker...seluar kocik ker atau baju dalam yang dah terkeluar dawai tu"...muahahaha...

2) NAFKAH KELUARGA

Bila suami tak cukupgaji, isteri tolong top up. Sedekah yang paling baik adalah sedekah seorang isteri untuk membantu suami. Isteri bukan menanggung suami  tapi mencukupkan apa yang suami tak mampu. 

Kalau suami tak bagi nafkah, isteri tak redha. Segala perbuatan suami seperti solat dan puasa pon tak berguna lagi sebab tak dapat pahala apa² walaupon suami tu ustaz atau tok imam sekali pon. Haaaa...penting ni. Uols redha tak??? Mengaku cepat. Kalau tak redha nasiblah kaum suami. 

3) NAFKAH BATIN

Bukan hanya di bilik tido semata², tapi mengembirakan hati isteri, bergurau senda dengan isteri, memberi pujian pada isteri. Meh baca [APA MAKSUD SEBENAR NAFKAH BATIN]

Sekian tazkirah khamis untuk hari ni yerp ☺

Note: Jerebu sudah datang. Batuk dah mula menyerang dan tekak dah mula gatal². 



Salam pagi jumaat yang penuh barokah. Sekejap jer dah jumaat kan. Pagi ni aku nak share satu info yang sangat berguna untuk kita amalkan. I...

DAPUR | Ruang Meraih Pahala ALLAH

Salam pagi jumaat yang penuh barokah. Sekejap jer dah jumaat kan. Pagi ni aku nak share satu info yang sangat berguna untuk kita amalkan. Info dari FB Pn Raudzah Roslan. Mungkin kita jarang praktikkan benda ni ketita memasak. Pasang niat ketika memasak kerana Allah. Bukan niat masak kerana suami dan anak². Bukan niat ketika memasak jer. Semua benda yang kita buat dan ada di sekeliling kita, niat kan kerana ALLAH. Besar ganjarannya bila niat itu kerana Allah. Itu yang aku dengar dalam IKIM fm. Ok...sambung cerita ☺

Wahai wanita solehah yang mendambarkan kasih sayang serta rahmat Allah.

Tahukah anda, di dapur adalah salah satu tempat untuk kita mendekatkan diri kita kepada Allah S.W.T? Ruang itu merupakan tempat muhasabah diri paling berkesan buat dirimu.

Pernahkah tubuh kita beristighfar banyak² apabila terpercik minyak panas ketika sedang menggoreng ikan?

Masya Allah tabarakallah! Mulai hari ini, jadikan ruang dapur  itu tempat kita beramal ibadat dan bertaubat. Berdoalah, berzikirlah  sambil berselang seli dengan Berselawat kepada Rasulullah SAW. Moga hati kita menjadi insan yang semakin dekat dengan Allah.

Sungguh...IA BUKAN SEKADAR RESIPI

Peringatan buat diri sendiri juga. Memang tak dinafikan, memasak juga boleh mendatangkan risiko jika kita lalai atau leka. 


Adab memasak untuk kita amalkan. 

Note: Rajin² lah ke darpur buat yang malas nak ke dapur tu yer ☺☺



Renungan di petang jumaat. Peringatan buat semua dan buat diri sendiri. Ingat...novel terbaik adalah Al-Quran. Kalau bab novel2 cinta, se...

Yang TERBAIK adalah...



Renungan di petang jumaat. Peringatan buat semua dan buat diri sendiri. Ingat...novel terbaik adalah Al-Quran. Kalau bab novel2 cinta, sehari pon dah boleh khatam. Cer klo Al-Quran, sehari pon belum tentu baca khenn.


Note: Smoga kita dpt mengubah diri kita kepada yang lebih baik.

posted from Bloggeroid

Salam pagi Khamis uols. Di mulakan pagi ni dengan Tazkirah untuk renungan kita bersama. PEREMPUAN DI UJI DI DUNIA Kena pakai TU...

PEREMPUAN..Di UJI Di Dunia | LELAKI..Diberi KEMUDAHAN Di Dunia


Salam pagi Khamis uols. Di mulakan pagi ni dengan Tazkirah untuk renungan kita bersama.


PEREMPUAN DI UJI DI DUNIA

Kena pakai TUDUNG
Kena pakai STOKIN
Kena TUTUP AURAT dengan SEMPURNA
Kena banyak FITNAH
Kena TAAT perintah SUAMI
Kena menjaga MARUAH DIRI
Tak boleh BERLEBIHAN dalam BERHIAS
Di AKHIRAT...
SABAR + REDHA = IN SHAA ALLAH SYURGA menanti

LELAKI DIBERI KEMUDAHAN DI DUNIA

Tidak payah pakai TUDUNG
Tidak payah pakai STOKIN
AURAT senang di jaga
Tidak risau dengan FITNAH
MUDAH nak buat apa sahaja
Tapi di AKHIRAT...
Tanggung dosa DIRI SENSDIRI
Dosa ISTERI
Dosa ANAK²
Dosa TANGGUNGJAWAB yang tidak dibuat
Dosa tidak beri NAFKAH
Dosa tidak menjaga PANDANGAN
Dosa ADIK²
Dosa sesama MANUSIA
Dosa tidak SOLAT
SABAR + REDHA belum cukup kerana LELAKI akan di tanya TANGGUNGJAWAB mereka di BUAT atau TIDAK di DUNIA 

Renung² kan lah wahai WANITA/ISTERI dan LELAKI/SUAMI




Pesan Ustaz Mohd Nassru Abdul Latif: 1. Bila hari terima gaji, jangan dilupa ibu dan ayah. Perkara pertama buat, transfer utk mereka dah...

Bagaimana Mencukupkan GAJI??


Pesan Ustaz Mohd Nassru Abdul Latif:

1. Bila hari terima gaji, jangan dilupa ibu dan ayah. Perkara pertama buat, transfer utk mereka dahulu. Banyak atau sedikit, itu tidak penting. Walau mereka berdua mungkin sudah berpendapatan, tetapi berikan kepada mereka sebagai hadiah. Percayalah, duit gaji kita akan cukup! 

2. Jangan dilupa "Tabung Haji", memotong melalui potongan gaji lebih baik. Anda tahu, bila kita sudah mendaftar haji, ia bermakna "Nawaitu" itu telah ada! 

3. Sebagai seorang ayah, ingat kembali urusan anak. Aqiqahkan mereka dahulu, sebelum anda membeli TV LED baru, sebelum menukar sport rim baru! 

4. Sebagai seorang isteri yang bekerja, bantulah suami! Tidak salah jika isteri berkata "Duit I, Duit I, Duit suami, Duit I! Tapi, redha itu lebih penting. Suami pula jangan ambik kesempatan atas kebaikan isteri! 

5. Sebagai isteri yang tidak bekerja, redha dengan apa yang ada. Jangan merungut! Tiada suami yang mahukan kekurangan dalam keluarga. 

6. Lihat ahli keluarga yang terdekat, siapa yang perlu dibantu? Orang susah, anak yatim? Rizki kita akan sentiasa cukup jika mendahulukan orang yang dekat! 

7. Jangan kedekut tetapi jangan pula terlalu boros! Memberi makan merupakan sadaqah yang sangat mudah. Sekali sekala, apa salahnya belanja keluarga dll.

Sumber: FB

Note: Jom amalkan. Smoga rezeki kita bertambah murah.



Budak ni nangis bukan sbb kena pukul tau. Tapi tengah merajuk sebab ibu dia tak layan...hehe.. Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda : ...

JANGAN DIPUKUL ANAK KECIL YANG MENANGIS


Budak ni nangis bukan sbb kena pukul tau. Tapi tengah merajuk sebab ibu dia tak layan...hehe..

Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda :

Janganlah kamu pukul anak-anak kamu Di sebabkan mereka menangis dalam masa setahun. Kerana pada empat bulan pertama kelahiran nya Ia bersyahadat LAA ILAAHA ILLALLAH. Pada empat bulan kedua pula ia berselawat ke atas Nabi s.a.w. Dan pada empat bulan seterus nya pula ia mendoakan kedua ayah bonda nya. ( H.R. Abdullah Ibnu Umar r.a. ). 

Baginda Rasulullah s.a.w. menjelaskan bahawa tangisan anak di waktu kecil pada bulan pertama adalah tanda ia bertauhid kepada Tuhan Nya dan empat bulan kedua pula ia membacakan selawat kepada Nabi nya dan empat bulan seterus nya ia memohon istighfar untuk kedua ayah bonda nya. 

Bersabda Baginda Rasulullah s.a.w. : 

Anak-anak sebelum sampai ia baligh maka apa-apa yang di perbuat nya daripada kebaikan maka di tuliskan untuk nya dan kedua ibu bapa nya. Dan apa yang di perbuat nya daripada kejahatan maka tiadalah di tulis untuk nya dan tidak pula di tulis untuk kedua ibu bapa nya. Apabila ia telah baligh maka berlakulah yang di tulis itu atasnya ia itu segala amal baik atau buruk nya. ~* ( H.R.Imam Anas bin Malik r.a.)


Note: Bertabah dan Bersabarlah dalam mendidik dan menagani kerenah anak² kita. Peringatan buat semua dan buat diri sendiri juga ni.

Extra Note: Selamat datang November. Kejap jer kan.





Tazkirah dihari Jumaat...Penghulu segala hari. Info yang sangat baik untuk direnung-renungkan dan dikongsikan bersama.  Ramai oran...

ALLAH Menjawab AL-FATIHAH kita!!!


Tazkirah dihari Jumaat...Penghulu segala hari. Info yang sangat baik untuk direnung-renungkan dan dikongsikan bersama. 


Ramai orang membaca Al-Fatihah dengan tergesa gesa keranan ingin menghabiskan solat dengan cepat. Padahal di saat kita selesai membaca satu ayat dari surah Al-Fatihah tersebut, ALLAH menjawab satiap ucapan kita.

Dalam setiap Hadits Qudsi, ALLAH S.W.T berfirman:

'Aku membagi solat menjadi menjadi dua bahagian, untuk Aku dan untuk Hamba-ku'

Ertinya, tiga ayat di atas "Iyyaka Na'budu Wa Iyyaka nasta'in" adalah Hak Allah dan tiga ayat kebawahnya adalah urusan Hamba-Nya

Ketika kita mengucapkan "Alhamdulillahi-Rabbil'alamin"
Allah menjawab: "Hamba-ku telah memuji-ku"

Ketika kita mengucapkan "Ar-Rahmanir-Ra-Him"
Allah menjawab: "Hamba-ku telah mengagungkan ku"

Ketika kita mengucapkan "Maliki yaumiddin"
Allah menjawab: "Hamba-ku memujaku"

Ketika kita mengucapkan "iyyaka na'budu wa iyyaka nasta'in"
Allah menjawab: "Inilah perjanjian antara Aku dan hamba-ku"

Ketika kita mengucapkan "Ihdinash siratal mustaqim,siratal ladzina an'amta 'alaihim ghairil maghdubi 'alaihim waladh-dhaalin"
Allah menjawab: "Inilah perjanjian antara Aku dan Hamba-ku. Akan ku penuhi yang ia minta" (HR Muslim dan At-Tirmidzi)

Berhentilah seketika setelah membaca setiap satu ayat, Hayatilah jawapan indah dari Allah kerana Allah sedang menjawab ucapan kita.

Seterusnya kita ucapkan "Aamiin" dengan ucapan yang lembut, sebab Malaikat pon sedang mengucapkan hal yang sama dengan kita.

Barangsiapa yang ucapkan "Aamiin-nya" bersamaan dengan para Malaikat, maka Allah akan memberikan Ampunan kepada-nya. (HR. Bukhari, Muslim, Abu Dawud)

Note: Ya Allah..berikanlah daku petunjuk. Agar bisa ku meneruskan hidup. Agar bisa ku berjalan di jalan yang lurus. 



'Banyak apa yang saya inginkan dalam hidup ini tidak tercapai. Kadang² saya berdoa menangis minta pada Allah. Tapi tetap tidak dapat ...

Kenapa DOA saya semuanya tidak DIMAKBULKAN???


'Banyak apa yang saya inginkan dalam hidup ini tidak tercapai. Kadang² saya berdoa menangis minta pada Allah. Tapi tetap tidak dapat apa yang saya inginkan. Adakah ini hukuman kepasa dosa saya yang banyak di masa lampau. Saya menangis sepanjang malam tapi doa saya tidak dimakbulkan'

Antara persoalan² yang sering bermain difikiran...KENAPA DOA SAYA MASIH BELUM TERMAKBUL? Aku juga tak terkecuali dari persoalan ini. Meh baca jawapan dari USTAZ EBIT LIEW:

Kamu menangis tapi kamu hanya minta apa yang kamu mahu. Menangis lagi banyak² dan minta kasih sayang ALLAH. Saya dengar depan Kaabah orang menangis tapi minta 'Ya allah, bagilah saya jawatan sekian..bagi saya kedai buku banyak..bagi saya sekian²...'

SEBENANRNYA KITA BELAJAR MENANGIS MINTA KASIH SAYANG ALLAH DULU.  YA! ALLAH, KAMI DAPAT KASIH SAYANG DAN CINTA MU..KAMI DAPAT SEGALANYA. YA! ALLAH, KAMI TAK KAYA..TAK SENANG TAK PE YA! ALLAH, TAPI KAMI HANYA NAK MU YA! ALLAH. Lepas tu baru minta Ya! Allah, saya nak ini sekian²...

Allah tahu apa yang kita nak. DIA tahu kita lemah. Tapi DIA suka kita belajar minta dan cakap yang betul. Ini kerana kelemahan dan kejahilan kita, kita tak tahu apa yang baik untuk kita. Allah suka kita belajar² minta kasih sayang ALLAH

Bangunlah dan belajar minta IMAN, KASIH SAYANG ALLAH, RAHMAT ALLAH. Kita akan lihat bagaimana Allah keluarkan kita dari segala kesulitan dan bagaimana Allah membahagiakan kita. Tidak pernah kecewa orang yang kembali pada ALLAH.

Note: Peringatan buat diri sendiri. Allah ada banyak cara untuk mendekatkan diri kita setiap saat kepada NYA. Dalam setiap cara itu ALlah akan menguji keikhlasan, kesabaran dan keyakinan setiap hambaNYA. Mungkin Allah ingin menambah pahala dari ibadah khusyuk, munajat dan doa yang kita panjatkan setiap hari.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...