Tabika KEMAS, Taski ABIM, PASTI, Genius Aulad...Yang Mana Satu Jadi Pilihan?
Personal Thursday, September 15, 2011Tengah survey Tadika untuk iman. Tahun depan dah 5 tahun. Dah elok sangat lah di dedahkan dengan alam persekolahan. Kepala pon tengan pening sebab tak tau nak hantar kat mana. Banyak gak nak kena fikir. Antaranya lokasi, kemudahan, yuran pendaftaran, transit...aduuuuuuuhhhhh...baru nak masuk tadika dah pening. Tu blom masuk darjah satu lagi.
Kritiria untuk memilih tadika mestilah kalau boleh nak yang terbaik kan. Dan yang penting, menitikberatkan pembelajaran islam. Ada beberapa tadika yang aku tengah survey, antaranya Taski ABIM. Kalau boleh nak yang area² Bangi ni jugaklah. Senang nak hantar dan senang nak gi kerja. Kalau tak silap, kat area sungai ramal ni ada, nak kena gi terjah lah nanti.
Tabika KEMAS plak aku tak sure kat Bangi ni ada ker tak, tapi pejabat daerah KEMAS ni ada kat Seksyen 9 Bangi. Tak tau lah klo Tabika Kemas ni kat situ gak ker. Nak kena calling² dulu nih. Kalau nak uols nak tau lebih detail pasal pendaftaran Tabika KEMAS ni, bley layari Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS). Borang untuk pendaftaran plak uols bley klik SINI
Tadika PASTI (Pusat Asuhan Tunas Islam) As-syakirin Fasa 2, Bangi. Nak kena survey lokasi. Tak der alamat lah plak kat website. Pendaftaran bermula 1 Disember 2011 hingga 10 Januari 2012.
Genius Aulad. Semua dah sedia maklum pasal GA ni kan. Teringin gak nak hantar iman kat sini. Tapi aku rasa macam tak mampu lah. Kena tengok pada budget dulu. Lokasi pon agak jauh dari rumah. Smart Reader plak memang di luar kemampuan lah. Registration jer dah macam nak masuk Universiti gamaknya.
Apa pon, setiap parents nak yang terbaik untuk anak. kalau boleh nak hantar ke sekolah yang bagus. Tapi kita kena tengok pada kemampuan jugak. Kena ukur baju pada badan sendiri. Kalau tak mampu, tak perlu lah nak hantar kat sekolah yg mahal². Jangan sampai terbeban dengan masalah kewangan di kemudian hari. Yang bagus tak semestinya mahal dan yang mahal tak semestinya bagus *erk...mcm pernah dgr jer...ekekeke*. Betul tak ^_^
OK lah. Nak sambung survey lagi and nak calling² plak.