AFB Feeds

Showing posts with label Tadika. Show all posts
Showing posts with label Tadika. Show all posts

Ambil tahu dengan baju bajan anak² yang dok day care kat sekolah/nursery. Check kat baju/seluar...

Tudung Hilang, Seluar Tertukar | Parents...Sila Ambil tahu


Ambil tahu dengan baju bajan anak² yang dok day care kat sekolah/nursery. Check kat baju/seluar/tudung sekolah anak² sama ada set persalinan tu anak anda yang punya atau anak orang lain yang punya. Biasalah bebudak 5 tahun, kalau tak bawak balik salah baju/seluar/tudung memang tak sah. Pada hal dah pesan awal² baju sekolah tu lepas bukak terus letak dalam bag sekolah. Tapi ada gak salah masuk bag. 


Oh! My Anak Dara. Tudung dah hilang ntah kemana. For sure tertukar kan. Tapi tak der tanda² dipulangkan balik. Dah tanya cikgu banyak kali, 'ada tak jumpa tudung qahirah'...Tak der lah kak. Nanti kami cari lagi. Rasanya dari bulan lepas kot hilang. Baju plak ada sepasang jer. Nak beli baru size dah habis. Baru jer kirim kat member sebab anak dia pon skolah PASTI, tapi tudung dah out of stock . Pergi skolah pakai tudung biasa jer anak dara ni.

Tak tulis nama ker? Sepersalinan tu aku tulis nama. Memula seluar tertukar. Boleh plak dapat seluar dah lama. Nak terkoyak kat kelangkang tu. Pada hal seluar baru. Takkan dah lusuh dan nak koyak kot. Nama pon ada kat seluar qahirah tu. Tapi tak der pon parents nak pulangkan balik. Pakai jer lah seluar tu. Tanya cikgu macam biasalah jawapannya. Baik tak payah tanya lagi. Redho jer lah.  

Tolong lah wahai parents². Pulangkan baju sekolah kalau dah tertukar tu. Jangan diam buat harta jer. Macam tu jugak dengan baju bajan kat nursery. Pon selalu tertukar. Tak dapat balik pon ada jugak. Ni pon aku tengah menunggu legging ngan baju qahirah yang tak dapat² dari nursery. Lama dah nih. Parents pon...takkan tak perasan terbawa balik baju anak orang lain kot...ppffftttt...

Takkan pasal baju bajan pon nak berkira. Iyer...aku berkira. Untuk golongan marhaen macam aku ni sangat menghargai setiap duit yang keluar even harga baju tu setakat RM5 jer. Sekian...Harap maklum. Sekadar luahan perasaan. Lebih peringatan buat diri sendiri jugak. Kalau bawak balik baju anak orang lain. sila pulangkan. Peace...no war.

Note: News feed harini penuh dengan GST dan juga resit² selepas GST....hurrmmmm...


Sejak anak² dah sekolah ni, hari² ada lah hari yang havov bagi  #makbanyakanak  ni. Kalau sebelum n...

Hari Yang HAVOC!!!

Sejak anak² dah sekolah ni, hari² ada lah hari yang havov bagi #makbanyakanak ni. Kalau sebelum ni kimi sorang jer yang sekolah. Tak der lah havoc sangat. Tahun ni qahirah dah start tadika dan Iman Qhalif dah start playschool. Jadinya...time management agak lari. Ker aku yang tak pandai lagi nak buat time management...nnggeeeee....


Boleh kata pagi petang havoc. Pepagi nak kena siap kan bakul Iman Hakimi sebab tahun ni aku hantar transit. Mandi, makan dan bersiap² suma kat skolah agama. Kalau tahun lepas si Abah amik si anak balik skolah. Tapi tahun ni tak boleh sebab sekolah kebangsaan petang. Tu yang amik transit. Pagi petang ko kena hangkut bakul ni dengan bag sekolah dia yang beratnya boleh cecah SEPLOHKILO. Kenapa kena bawak bakul? Sebab nak letak barang² skolah kebangsaan macam bag sekolah, towel, sabun dan baju sekolah. Banyak budak² yang transit. Sebab tu cikgu² pon prefer sorang budak satu bakul siap nama skali. Baju memang dah gosok siap². Ada tempat gantung, tapi takut salah baju plak even dah tulis nama. Jadinya eku letak elok² kat atas bakul kimi.

Qahirah pulak. So far bangun pagi ikut mood. Ada masa ok dan ada masa ko. Merengek²...sejuklah, tak nak mandi lah, nak ibu mandikan lah, tak nak gi sekolah lah. Memang menguji kesabaran #makbanyakanak. Kalau si Qhalif bangun sekali pagi tu, lagi bertambah havoc. Sebab dia minta candu dulu. Susu botol tak layan. Dapat 5-10 minit pon jadi lah...ppffttt...Iyer...anak soleh qhalif tu masih menyusu badan.

Pepagi kimi masuk sekolah agama pukul 7.30 am. Qahirah plak pukul 7.20 am. Haaaaa...awal ko. Sebab guru besar cakap kalau boleh biar awal sebab ada perhimpunan, mengaji, berdoa dan solah dhuha *berapa kali nak ulang daaaa..*Sebab sampai² jer dorang kena amik wudhu. Sweet jer tengok bebudak ni belajar amik wudhu.

Yang Qhalif plak skang ni kalau boleh pihak nursery soh mandi kan pepagi dari rumah. Tu pon havoc gak tu. Mana ko nak siapkan abang ngan kakak dia. Nak buat breakfast lagi. Dalam masa yang sama ko nak siapkan si kecik jugak. Kekadang aku hantar tak mandi pon. Cuma tukarkan pampers jer. Kesuntukan masa lah. Harap² pihak nursery memahami.

Nak menghantar plak. Pepagi memang aku hantar kimi ngan qahirah, Qhalif plak abah dia hantar naik motokar. Anak dara tu tak nak naik motor...ppffttt...Penuh tangan aku bawak turun bakul, baju sekolah kebangsaan ngan bag sekolah anak dara tu. Berat katanya. Tak larat...cissss...Kalau keluar skali dengan husband, dia yang tolong bawakkan barang² tu. 

wefie sekeping sementara tunggu abam kimi habis skolah

Balik amik anak² plak. Ada 3 tempat yang aku kena pick up. Yang ni pon masalah jugak. Kimi keluar pukul 6.35 pm. Iman Qhalif start charge OT pukul 6.30 pm. Kalau aku amik qhalif dulu, macam mana aku nak mengangkut barang² kimi? Bebudak ni memang berlari sana sini jer kerjanya. Daripada tak ter handle, nak tak nak...1st tadika qahirah. Amik dia dulu. 2nd amik kimi. Parking yang jadi masalah. Depan sekolah...kiri kanan sampai nak masuk tengah jalan orang parking keta. Memusing cari parking. Nak masuk traffic light dah berderet keta yang beratur. Pastu traffic light kejap sangat bertukar merah. Memang hazab lah amik dorang time waktu puncak ni. Tunggu jer lah kad OT qhalif sampai. Aku sampai nursery dekat pukul 7.00 pm. Kalau hari² macam ni? Cer kira berapa OT yang kena bayar? Nangis weiiiiii.

Kekadang balik dah penat. Nak masak lagi, nak mengemas bag dorang lagi pastu nak ajar kimi buat kerja sekolah lagi. Kalau sempat, memang aku kemas siap² baju qahirah ngan qhalif untuk esok. Kalau dah penat sangat, pagi esoknya baru aku buat. Nak kata bangun lewat, pukul 5.30 am aku dah bangun. Tapi tu lah....macam tak cukup masa plak. Nak kena bangun lagi awal kot. Nak kena belajar urus masa lagi ni. Ker mugkin awal² ni agak kelam kabut sket kot. Dah lelama nanti baru ok. Hurrmmmmm...

Bento pon aku tak start buat lagi. Rasa terbakar jer hati tengok ibu²/mommies² kat KELAB BEKAL/BENTO MALAYSIA sediakan bento cute miut untuk anak². Terus rasa bersemangat membara nak buat macam tu jugak. Pagi ni dah start buat roti sosej frozen. Harap² esok dah boleh start ber bento....inshaa'allah...

Uolls plak macam mana? Havoc macam aku jugak tak? Macam mana dengan time management? Boleh bagi tips tak? 

Note: Mekasih suami sebab banyak juga membantu even masa bersama sangat terhad. 

Antara dilema IbuBapa juga nak memilih tadika untuk anak² kan. Antara kemahuan, kehendak, peng...

Tadika PASTI Pilihan Saya


Antara dilema IbuBapa juga nak memilih tadika untuk anak² kan. Antara kemahuan, kehendak, pengorbanan dan juga wang ringgit. Semua tu kena amik kira juga, Kemahuan dan kehendak kalau boleh nak hantar kat tadika yang bagus. Tapi kena berkorban jugak sebab tadika yang bagus sudah semestinya memerlukan perbelanjaan yang besar. Tapi perlu di ingat, yang mahal tak semestinya bagus dan yang murah tu tak semestinya tak bagus kan. Tepuk dada, tengok poket. Lebih baik ukur baju dibadan sendiri.

Testing masa baru dapat baju

Bila anak dah masuk fasa 5 tahun, parents pon dah mula dok survey tadika. Ada macam² jenis branding tadika. Nak yang mahal...murah...Pilihan di tangan kita sendiri. Kalau masa anak 1st dulu, bukan main lagi dok survey tadika sampai amik cuti lagi ko. kindergarten hunting gittew. Tapi untuk anak kedua ni, kesian plak. Tak der survey² bagai. Kita terus register kat PASTI SITI SARAH, SEKSYEN 7, BANGI jer lah. Sebab aku dah boleh agak price rate nya.


Seperti yang dijangka, memang registration fees and mothly fees akan meningkat tiap² tahun. Dan untuk tahun 2015 ni, registration fees PASTI adalah RM780. Rasa nak pitam jap. Monthly fees plak RM110. Masa jaman Iman Hakimi 2 tahun dulu RM80 jer. Daycare plak RM130. Total yang harus dibayar bulan² adalah RM280 ditambah dengan kelas mengaji dan hafazan yang dah diwajibkan skang ni even anak baru 5 tahun. Masa kimi dulu optional sama ada nak amik atau tak. Tapi bagus jugak lah kan.

Ada jugak try tanya tadika kat tempat nursery skang ni. Registration jer dah RM13++. Fengsan terus. Monthly fees plak RM380. Memang diluar kemampuan poket kami lah. Kekadang rasa macam...wow...hebatnya mereka sebab mampu bayar ribu riban untuk tadika anak saja. Tak per lah kan, rezeki masing². Bersyukur lah sebab masih mampu hantar anak ke tadika berbanding mereka yang tak mampu langsung :-(

Gambar ulang tayang ☺

1st day kat tadika [PASTI SITI SARAH]. Tapi seminggu sebelum tu dah start daycate. Semoga anak² kita membesar sebagai anak yang soleh/solehah...amin...inshaa'allah.

Note: Busy lately. Nanti mak hencik terjah blog uolls yerp.


Setelah sebulan lebih bercuti. Di tambah pulak cuti tambahan lagi seminggu, dah tiba masanya untuk ...

Back to SCHOOL!!!

Setelah sebulan lebih bercuti. Di tambah pulak cuti tambahan lagi seminggu, dah tiba masanya untuk kembali ke pangkal jalan yer anak². Selamat Kembali Ke Sekolah.


Imam muda dan juga Ustajah pilihan. Posing dipagi hari sebelum kesekolah gittew. Aku percaya. semalam ramai parents yang amik cuti sebab nak hantar anak² gi sekolah kan. Especially anak² yang baru masuk darjah satu dan juga anak² yang baru masuk tadika. Termasuk lah #makbanyakanak ni ha,

Kimi sekolah Agama pagi. Petang sekolah Kebangsaan. Qahirah plak 1st day kat Tadika semalam. Even dah seminggu daycare kat PASTI. Tapi cuti tetap kena amik jugak, 1st day anak nak skolah kan. Sian plak. 


Elok jer dok diam. Sengih². Tapi tak bergaul pon. Dah macam anti sosial plak. Ibu pon yakin jer ‪qahirah‬ mesti tak nangis. Tapi ramalanku tersasar. Tak lama lepas tu boleh plak dia menangis. Adoiiii...nasib jenis nangis yg tak menjerit². Pada hal sebelum tu dah hantar daycare seminggu. Hurrmmm...cikgu cakap mungkin masa daycare haritu tak ramai budak. Sekali bila datang pagi tu ramai plak khenn. Kejutan persekitaran gamaknya. Alhamdulillah pagi ni tak nangis dah. Senang hati ibu nak gi keja. 

Minggu ni blh lah masuk lewat sket. Start next week kakak kena gi awal dari biasa. Pkul 7.20 am dah kena ada kat skolah. Sebab pagi² dah start perhimpunan, baca doa dan mengaji. Kalau lewat takut tertinggal nanti. Bak kata pengetua lah. Tu yang kalau boleh kena datang awal. Smoga kamu menjadi anak yang solehah.


Ni plak masa amik kimi kat skokah. Perhimpunan sebelum balik. Kena keluar ikut giliran. Rambang mata aku cari budak ni smalam. Sepesen jer memasing...hehehe...Last² jumpa gak. 1st day jer lah layanan 1st class sebab ibu hantar and amik dari Sekolah Agama dan Sekolah Kebangsaan. harini belajar² lah transit. Semoga dipermudahkan urusan kamu yer nak. Dah bermacam² pesanan ibu ko ni bagi. Harap serap dalam kepala. 

Note: Agar risau sikit sebab kimi 1st time transit. Sebelum ni hari² abah dia amik. Bersiap suma kat umah. Kali ni kena bersiap² kat sekolah. Jangan hilang baju and kasut sudah lah even dah tulis nama. 



Ini berkaitan entry aku last year. Pasal Yuran Tadika yang Makin Mahal dan Hidden Fees . Boleh bac...

Kenapa Yuran Tadika Makin Mahal? Ini Jawapannya!!!


Ini berkaitan entry aku last year. Pasal Yuran Tadika yang Makin Mahal dan Hidden Fees. Boleh baca balik link tu. Ada dapat satu komen dari seorang Anon. Dan ini jawapannya:


Dah baca? Dah faham kenapa yuran tadika makin tinggi? ini semua disebabkan expenses wajib kerajaan yang tinggi. Jadi, kita tak boleh lah merungut kalau yuran tadika makin mahal. Sejak hantar Iman Hakimi tadika dari usia dia 5 tahun lagi. Memang tiap² tahun meningkat naik yurannya. Samalah juga dengan yuran nursery. Nasib nursery kat tempat aku hantar anak² masih maintain bayarannya. Tak tau lah coming soon dia akan naikan fees plak. 

Psstttttt...ada citer hot. Masih tak habis lagi kisah Selipar Dalam Sangkar. Baru jer berlaku semalam. Tak per lah, kat dunia ko lepas lah, tapi kat akhirat? Tunggu jer lah balasannya. Nantikan kisahnya.

Note: Tersepit....antara jiran dan anak murid. Apakah???? Tunggu....



” Ya Allah Ya Hayyu Ya Qayyum, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Latif, Ya Jabbar, Ya Khaliq, Ya Allah p...

EXAM Akhir Tahun│GOOD LUCK Iman Hakimi



” Ya Allah Ya Hayyu Ya Qayyum, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Latif, Ya Jabbar, Ya Khaliq, Ya Allah permudahkanlah anak-anak kami di dalam urusan mereka dalam menimba ilmu di atas seruan dan perintah-Mu. Tenangkanlah hati mereka untuk menerima ilmu-Mu,lapangkanlah jiwa mereka untuk mengharungi ujian-Mu dan berkatilah mereka dengan rahmat-Mu.Amin Ya Rabbalalamin..”

Hari ni anak bujangku, Iman Hakimi yang soleh tu exam. Exam akhir tahun. Semoga berjaya Kimi. Dan juga semoga berjaya buat anak² yang exam hari ni. Baca Bismillah dulu. Jawab soalan dengan tenang yer.

Macam ni lah kalau anak nak exam. Mak pulak yang terlebih over. Anak relax jer. Tu baru periksa untuk sekolah tadika. Belum masuk peperiksaan besar lagi kan...ahaks...

Note: Next month ada majlis convocation plak. Teruja mak noks. Dasyat bebudak tadika skang kan.


In shaa allah...kalau dengan izinnya dan berkat doa dari ibu dia ni. Doa seorang ibu setiap har...

IMAN HAKIMI...Bakal HAFIZ QURAN!!!



In shaa allah...kalau dengan izinnya dan berkat doa dari ibu dia ni. Doa seorang ibu setiap hari supaya IMANQAHIRAHQHALIF (singkatan Iman Hakimi, Qahirah dan Qhalif) dijadikan anak yang soleh/solehah dan hafiz/hafizah. Ni sebenarnya nak citer pasal Perjumpaan Ibu/Bapa dan Guru untuk Tadika Pasti Siti Sarah hujung bulan May aritu. Baru lepas periksa pertengahan tahun kan. Kebetulan si dia kerja. Jadinya...nak tak nak terpaksalah aku bawak qahirah dengan Qhalif skali. SUPERMOM katakan. Boleh jer handle...hehehe...Kalau tak pergi, rasa rugi. Nak juga tau perkembangan anak kat skolah kan.

Dah besar anak bujang nih. Tahun depan dah darjah 1. How time flies

Sampai² jer parents dah ramai. Tapi di bahagikan ikut kelas dan umur anak². Jadinya..tak der lah tunggu lama sangat kan. Tibalah giliran aku jumpa cikgu kimi. Cikgu tunjuk dulu buku prestasi kimi. Anak bujang ni dapat nombor 6 dalam kelas dari 19 orang. Tak per...boleh usaha lagi. So far dalam pembelajaran, kimi tak der masalah. Aku pon citerlah yang aku risau sebab kimi masih tak berapa nak lancar lagi membaca. Tapi cikgu cakap kimi dah boleh membaca, cuma lambat sikit lah. Ada lagi budak sebaya dia yang masih lagi tak tau nak membaca langsung. Pastu cikgu cakap, kimi ada kelebihan lain. Wah....aku dah excited dah ni nak tau.

Nak tau apa kelebihannya. Anak bujang ni pandai dalam HAFAZAN. Kalau cikgu baca ayat separuh jer pon, kimi dah boleh sambung. Dan kalau cikgu sebut nama surah, kimi dah tau surah apa. Ya! Allah...rasa nak nangis bila mendengarnya. Pastu cikgu cakap, setiap budak ada kelebihan dan kekurangannya. Mungkin kimi masih lemah dalam membaca, tapi kalau bab MENGHAFAL, memang kimi sangat bagus...puji cikgu lagi. Allah hu akhbar...kembang kempis kempus ibu >_<. Sambung cikgu lagi, suara kimi dalam kelas memang kuat. Jadinya...kalau cikgu suruh membaca ramai², cikgu boleh tau sama ada kimi baca atau tak. Habis...kalau dah suara dia kuat kan.

Di sebabkan suara dia yang kuat tu lah cikgu lantik jadi IMAM untuk Solat Dhuha pagi² dan juga solat² yang lain. Kadang² bergilir² dengan pelajar lain. Ya! Allah...speechless. Disebabkan IMAN HAKIMI bagus dalam HAFAZAN. In shaa allah...bulan august ni cikgu lantik  kimi untuk wakil skolah dalam pertandingan Hafazan. Kalau berjaya, boleh wakil untuk daerah pula.

Cerita dalam kelas pula. Kimi ni kerjanya jenis nak cepat siap. Kalau bagi kerja skolah, memang dia yang akan siap dulu. Sebabnya...cepat siap boleh lah main...haishhhh...masa periksa pon macam tu juga. Tu yang cikgu suruh dia semak dulu jawapan semua. Ni memang aku akui. Kimi memang jenis nak cepat. Tak per...nanti kita perbaiki.

Alhamdulillah...itu antara komen cikgu. Yang lain² biasalah kan. Dah nama pon budak, asyik nak main jer kerjanya. Apa² pon...IBU bangga dengan IMAN HAKIMI. Smoga dapat menjadi seorang Hafiz satu hari nanti...in shaa allah...

Note:  Salah satu permintaan anak bujang ni. Nak pergi LEGOLAD. In shaa allah yer kimi.  


Betul tak?Yuran tadika sekarang makin lama makin mahal. Dalam erti kata lain makin naik. Dah macam...

Yuran TADIKA Yang Makin Mahal dan HIDDEN FEES??


Betul tak?Yuran tadika sekarang makin lama makin mahal. Dalam erti kata lain makin naik. Dah macam nak masuk Universiti pulak. Tapi pada yang mampu hantar anak kat Genius Aulad, Little Qhalif, Brainy Bunch dan lain² tu, kira ok lah. Sebab mereka berkemampuan. Beruntung anak² dapat masuk tadika yang best ☺☺☺

Teringin juga nak hantar anak kat salah satu tadika tu, tapi kena ukur poket sendiri juga lah kan. Tak mampu...buatlah cara tak mampu. Nanti kalau dah tak boleh nak bayar, diri sendiri juga yang susah. Rasanya mana² tadika pon ada kelebihan masing² kan. Sebenarnya saya nak citer pasal hidden fees ni. Saya ada dapat komen dalam entry saya mengenai HASIL SURVEY TADIKA - YURAN PENDAFTARAN, YURAN BULANAN, etc. Cuba baca nih.


Dah baca? Nak tau ker tadika mana? Sila lah email saya yer...hehehe...Bukan apa, rasa macam tak elok pula kalau saya letak tadika mana yang charge hidden fees nih. Cuma nasihat saya pada parents² tu, silalah check betul². Kenapa perlu nak charge macam². Kalau betul untuk kegunaan anak² di tadika...ok lah kan. Kalau sebaliknya? Bak kata puan Lily...kita sebagai parents tak nak lah rasa tertipu dengan charge yang tak sepatutnya kan. 

Tahun depan.saya masih daftarkan kimi di PASTI. Seperti yang di beritahu, yuran tadika PASTI pon dah naik. Kalau tahun lepas RM 410. Tapi tahun depan dah naik kepada RM555. Tak per lah, masih berkemampuan lagi nak bayar. Siap bley bayar ansur² lagi noks. Dan tahun depan saya akan masukkan kimi dalam program TAHFIZ. Doa saya semoga Iman Hakimi dapat menjadi seorang TAHFIZ bila meningkat dewasa nanti...In Shaa Allah...

Saya tahu, semua ibu nak yang terbaik untuk anak² kan. Kalau boleh nak masukkan anak ke tadika yang terbaik. Tapi kita kena ingat kemampuan kita juga yer. Tak mampu buat cara tak mampu. Jangan nak ikut orang. Orang lain hantar anak kat tadika femes, ko pon nak hantar jugak. Jangan buat macam tu yer.

Note: Tak sabar nak tengok kimi konvo nanti ☺☺


Harap tak boring lah yer, asyik citer pasal tadika jer. Ok lah...dalam entry INI , aku lupa nak bagitau lokasi TADIKA ni semua kat mana kan....

Cerita TADIKA lagi...Lokasi SURVEY

Harap tak boring lah yer, asyik citer pasal tadika jer. Ok lah...dalam entry INI, aku lupa nak bagitau lokasi TADIKA ni semua kat mana kan. Dah excited sangat bercerita sampai lupa nak sebut tempat. Semua tadika ni terletak kat area BANGI, Seksyen 7.

Memang aku cari tadika yang dekat dengan rumah dan tadika yang sediakan daycare sekali. Sebabnya...kalau aku dapat tadika, tapi tak der daycare, perbelanjaan akan bertambah. Nak bayar duit tadika, duit daycare lagi, tu belum masuk transit. Takkan aku nak masukkan Iman kat tadika PASTI, daycare plak kat Nursery UBUDIYAH, tak ker banyak belanja tu. Jadi untuk menjimatkan, better amik tadika and daycare di tempat yang sama. Tapi terpaksa berpisah ngan adik dia lah.

Banyak sebenarnya tadika kat Bangi nih. Cuma kena rajin survey. Tadika ABIM yang aku nampak ada 2 buah. Kat Sg. Ramal and Kat Taman Surada. PASTI pon sama gak. Kat Taman Surada ada satu, tapi lupa apa namanya. Yang ni environment macam tak best sebab terletak kat tengah² dan nampak sempit, pastu sunyi plak tu. PASTI yang aku nak masukkan iman ni PASTI SITI SARAH kat seksyen 7. Rumah teres 2 tingkat and corner lot, nampak selesa lah klo bebudak nak main kat luar. Untuk booking fess kena bayar RM50.00 dulu, the rest bayar kemudian sebab agak ramai yang dah mendaftar.

Itu lah citernya. Tadika Islamic memang pilihan kami lah. Dari kecik ni lah nak terapkan dengan didikan agama, selain dari didikan agama kat umah. Harap² Iman happy lah dengan sekolah baru tahun depan.

Salam semua. Pagi ni busy to the max sebab semalam adalah hari cuti berjemaah somi isteri. Misinya adalah mencari Tadika untuk Iman Hakimi t...

Hasil SURVEY TADIKA...Yuran Pendaftaran, Yuran Bulanan, ETC.

Salam semua. Pagi ni busy to the max sebab semalam adalah hari cuti berjemaah somi isteri. Misinya adalah mencari Tadika untuk Iman Hakimi tahun depan. Dalam entry Tabika KEMAS, Taski ABIM, PASTI, Genius Aulad...Yang Mana Satu Jadi Pilihan?, aku dah buat tinjaun di beberapa buah tadika. Dah call tanya macam² lah. Tapi lagi best kalau jumpa owner sendiri kan. Cakap dalam phone tak berapa best sangat. Ni antara tadika yang aku call:


1) GENIUS AULAD

Registration ada 2 options including admin fees, ICT and others. Tapi aku lupa fees ni termasuk untuk baju atau tak. Tapi untuk buku memang tak termasuk. Umur untuk pendaftaran bermula dari 4 tahun - 6 tahun.

Option A = RM788 (1 year Fees)

Option B = RM568, selebihnya bayar kemudian

Ada 2 session class:

1) 8.30 am - 11.30 am
2) 1.30 pm - 4.30 pm

Monthly fees RM238.00

2) Tadika Khalifah Kecil (The Lil' Caliph)

Registration fees adalah RM1200.00 including monthly fees untuk January 2012. Tak termasuk duit baju.

Monthly Fees = RM220.00. Class start from 8.30 am to 12.00 pm. Ni branch untuk Lil' Caliph. ingatkan murah, sekali amik ko...terbeliak bijik mata dengar registration fees....ahaks...

3) PASTI

Registration fees RM410.00 including baju, baju sukan, buku teks, bulan january 2012 nyer fees dan lain² lagi lah. Panjang plak klo nak tulis suma kan. Umur untuk pendaftaran bermula dari 4 tahun - 6 tahun.

Monthly fees RM80.00, dah naik harga. Tahun lepas RM75.00. Ada di sediakan daycare. Fully Day RM120.00 dan half day RM80.00. Let say kalau aku nak hantar iman kat sini, total untuk tadika and daycare adalah RM200.00 sebulan. Overtime charge start dari pukul 6.30 pm. Sejam charge RM3.00

Petang ada di sediakan kelas iqra' dan Al-Quran. Tapi kena bayar RM30.00

Class session start dari pukul 8.00 am - 12.00 pm.

Transit (van) RM80.00. Yang ni mana yang hantar untuk tadika saja, nursery kat tempat lain.

4) ABIM

Registration fees RM578.00 including Buku teks, peralatan sekolah, baju, baju sukan dan lain² lagi lah. Umur untuk pendaftaran bermula dari 4 tahun - 6 tahun dan registration fees adalah berbeza mengikut umur. Untuk 6 tahun, kelas di asingkan (ada bangunan lain) dan untuk umur 4 dan 5 tahun bercampur.

Ada 2 pakej di sediakan:

Pakej Taski: 8.00 am - 1.00 am. Monthly fees RM200.00


Pakej Bistari: 8.00 am - 5.30 pm. Monthly fees RM300.00. Yang ni termasuk daycare. Ada aktiviti untuk petang. Antaranya kelas mengaji, hafazan dan aktivit² lain lagi lah. Overtime charge start dari pukul 5.30 pm. Sejam charge RM3.00

5) TADIKA UBUDIYAH

Yang ni nursery Iman, start buat tadika tahun depan. Registration fees dalam RM1,000.00 including baju, peralatan sekolah, buku teks, insurans dan banyak lagi. Ada kelas renang skali tapi optional lah. Siap ada CCTV lagi...kelas ko ^_^. TU yang mahal sket kot. Umur untuk pendaftaran bermula dari 5 tahun - 6 tahun.

Monthly fees RM200.00 tapi kalau iman daftar kat situ, ada diskaun. Dapatlah RM180.00.Boleh buat installment lagi untuk registration fees.

NI lah antara Tadika yang sempat aku survey dan call. Semalam aku buat lawatan sambil bertanya. Tapi buat masa ni yang berkenan di hati adalah tadika PASTI and ABIM. Criteria tadika yang aku cari ni suma nya dekat ngan umah. Cuma Genius Aulad and Lil' Caliph nih jauh sket. Lagi pon yuran agak mahal.

Tapi antara ABIM and PASTI, mungkin kami pilih PASTI kot. Yuran pon agak berpatutan. Yerlah...ikut kemampuan kan. Kalau gaji kecik tapi nak hantar skolah mahal, tu menyiksa diri namanya.

Ini lah info yang aku bley kongsi ngan uols. Pada yang ada anak nak skolah tahun depat, surveylah dari skang, nanti tempat penuh. Pilih ikut kemampuan. Survey harga, daycare, transit dan yang sewaktu dengannya. Ni baru anak nak masuk tadika dah pening, tu belum nak masuk skolah rendah, menengah dan seterusnya...haihhhhhh...

Ingat..."Yang bagus tak semestinya mahal dan yang mahal tak semestinya bagus"...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Shoplinks