Baju Muslimah Kanak-kanak
Showing posts with label TNB. Show all posts
Showing posts with label TNB. Show all posts

Kalau ada tunggakan yang tak sampai sembilan puluh hinggit...sampailah surat merah sebagai amaran untuk pemotongan. Tapi kalau customer bua...

Alahai TNB....


Kalau ada tunggakan yang tak sampai sembilan puluh hinggit...sampailah surat merah sebagai amaran untuk pemotongan. Tapi kalau customer buat aduan pasal masalah bekalan elektrik, malam ni komplen...esok pagi baru datang tengok, macam mana nih Tenaga Nasional Berhad? Tarif elektrik makin naik, tapi perkhidmatan...kenapa tak naikkan gak?

Ni kisah hari khamis lepas. Rumah aku tetiba shut down. Memula lampu berklip², pastu trus gelap. Tapi tak der plak dengar kotak meter tu naik ke atas. Ingatkan suma rumah tak der bekalan. Tapi rupa² nya hanya rumah aku sahaja yang terpilih tak der bekalan letrik. Alhamdulillah...aku dah habis masak, cuma tak sempat masak nasi. Kebetulan si dia memang balik lewat. Call jiran atas...minta suami dia tolong tengokkan. Memang tak der masalah. Suma ok. Dah try banyak kali pon tak bley gak. Menumpang lah kami anak beranak kat rumah jiran sampai si dia balik.

Malam tu call TNB dalam pukul 11.00 lebih. Dia bagi solution, tapi hampeh lah kan sebab memang tak boleh. Nak gi kat kotak beso kat floor kitorang tu memang tak boleh lah kan sebab dah ada amaran, hanya org TNB jer yg boleh bukak. Katanya nak datang dan nanti dorang akan call. Malam tu tido dalam keadaan yang gelap bertemankan sinar lampu kat luar. Sliding memang bukak bagi angin masuk. Alhamdulillah gak cuaca malam tu tak panas sebab baru lepas hujan...sejuk sket tido. Anak² pon tak kepanasan.

TUnggu punya tunggu sampailah ke pagi...nan ado batang hidung orang TNB...memang hampeh. Tunggu lagi sampai pukul 10.00 am lebih...sabar lagi tu tunggu. Memang @#$%^&. Call balik TNB, dorang kata ada call HP si dia...wak lu lah, satu miss call dari TNB pon tak der kat screen hand phone tu, macam mana plak dorang bley kata call banyak kali tak dapat. Dasar tak buat kerja. Kerja nak menipu customer jer.

On the spot tu gak dalam 15-20 minit dah sampai kat umah. Tak sampai 5 minit dah ada bekalan letrik nya. Bukan besar pon masalahnya, itu pon lama nak kena tunggu ker? Alahai TENAGA NASIONAL BERHAD @ TNB, perkhidmatan tu biarlah memuaskan. Jangan tau nak naikkan harga elektrik jer.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...