Showing posts with label Sushi King. Show all posts
Showing posts with label Sushi King. Show all posts

Seumur hidup aku. Ini yang pertama *sila baca dalam nada lagu Ukays...hahaha...Pertama kali makan kat Sushi King. Sebelum ni banyak kali...

Sushi King @ Bangi Gateway


Seumur hidup aku. Ini yang pertama *sila baca dalam nada lagu Ukays...hahaha...Pertama kali makan kat Sushi King. Sebelum ni banyak kali en. somi ajak makan. Katanya sedap. Tapi tekak aku kan tekak kampungdotcom. Tak boleh diterima dek tekak dengan sushi nih. Pernah juga try sushi yang ada Jaya Jusco tu. Tapi....tak tertelan sebab bau hanyir seaweed. Kluar balik ko. Buruk betul perangai kan.


Baru² ni En. somi menyuarakan lagi hasrat nak ajak makan kat Sushi King. Katanya bukan sushi jer ada dalam tu. Makanan lain pon ada jugak. Hurrmmmm...fikir panjang jugak. Last² kita setuju jerlah. Maka serombongan lah kami anak beranak gi Sushi King kat Bangi Gateway. Belek² menu dan pilih nak makan apa. Anak² bukan main lagi. Macam qahirah dia nak pernah dating ngan abah dia kat Sushi King berdua *amboi. Tapi si Qhalif ni ha...bukan main teruja tengok sushi tu berpusing². Risau plak aku.


Peri-peri Chicken set pilihan suami. Ada nasi, sup dengan chawanmushi


Mixed Bento pilihan isteri...sedap ☺


Kids set *lupa nama pilihan si anak. Ada chawanmushi jugak

Qahirah ngan Qhalif?? Ibu, abah ngan abang dia punya kan ada. Kongsi sudah. 1st time merasa chawanmushi. Sebelum ni pernah minta resepi kat member blog jugak. Tapi terperap jer. Buatnya tak. Boleh tahan jugak rasanya. 


Sementara tunggu makanan sampai, kita pilih² sushi dulu. Inari...yang ni jer lah yang aku boleh makan. Yang lain tak try pon. Tapi En. somi ada lah makan yang lain jugak. Mana yang ada seaweed memang aku tak boleh telan. Tak tahan bau hanyir nya tu. 

Overall memang ok jugak lah Sushi King pada tekak aku ni. Anak² pon boleh terima. Si kimi pon beriya makan. Next time boleh lah makan kat sini lagi. Bak kata orang...makan sekali, mesti nak makan lagi...hehehe...


Kita wefie dulu sebelum balik. Buat muka cheeky plak dia ☺☺

Note: Kejap jer dah jumaat.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...