AFB Feeds

Showing posts with label Standard 1. Show all posts
Showing posts with label Standard 1. Show all posts

Orang lain dah lama update. Kau baru nak citer. Ke busy an melanda. Cenggini lah. Kisah anak ke...

Back To School | Darjah 1 Dah


Orang lain dah lama update. Kau baru nak citer. Ke busy an melanda. Cenggini lah. Kisah anak kedua. Pejam celik pejam celik... Kejap jer dah naik Darjah 1 anak dara nan sorang ni. Badan comel lote jer... petite macam ibu jugak. Hari pertama persekolahan haritu memang betul-betul sibuk dan agak memenatkan jugak. Ke sana sini uruskan van, transit dan jugak ajar/kenal van sekolah.


Pagi sekolah Agama. Hantar KAFA integrasi kat area Bangi jer. Nasib ada kekosongan lagi sebab tempat limited. Yang best nya sebelah surau. 1st day sekolah tu kan hujan. Kami hantar Qahirah pagi tu. Dapat pulak satu kelas dengan kawan tadika PASTI. Suka lah dia. Tunggu sekejap jer pon. Tengok anak dara tu ok... Tak nangis. Terus kitorang gerak. 

Kau bayangkanlah hari pertama persekolahan tu aku ngan husband baru nak cari van dengan transit. Van dah ada cuma nak confirmkan saja. Once dah confirm suruh kakak van amik terus kat sekolah agama. Misi mencari transit pulak. Kat rumah ni ada. Tapi tak amik ikut jam lah pulak. Kalau aku amik. Rugi sebab transit tak sampai 2 jam. Nasib van ni ada amik transit. Malas nak fikir panjang, amik dengan van yang ada transit sekali.

Iman Hakimi aku tak kisah sangat sebab dia dah independent. Tak payah nak transit bagai. Anak dara ni tunggu dah besar sikit baru aku berani tak nak transitkan dia. Sekolah Agama masuk pukul 7.30 pagi balik pukul 10.30 pagi. Balik sekolah agama tu kami ajar dia naik van dulu. Just tunggu kat rumah jer lah. Selesai sekolah pagi.


Maka bersambung pulak sekolah petang. Kami ajar terus naik van pergi sekolah. Follow van dari belakang jer. Biasalah bila 1st day kan. Agak sesak sikit sekolah. Maklumlah... anak masuk darjah 1 kan. Nasib awal-awal dah tahu nama kelas anak. Ada ditampal senarai kelas untuk anak-anak darjah 1. Terus beratur ikut signboard kelas. Tahun ni ada 12 kelas untuk Darjah 1... phewwww... Alhamdulillah... Qahirah dapat kelas bawah. Tak payah naik turun tangga. Lega hati aku. Dah lah bag sekolah besar dari orang ☺

Aku tunggu sampai rehat. Tapi dok perhati dari jauh jer lah. Yang bagus sekolah ni, ada nama kelas dekat meja kantin. So bebudak ni tahu lah mana dorang kena duduk. Bila 1st day tu kau faham-fahamlah. Kantin pon penuh dengan parents jugak, Memula tengok qahirah duduk jer. Pastu hilang. Bila tinjau tengok dia dah beli makanan. Terkedek-kedek berjalan bawak mangkuk. Pandai dia bawak diri walaupon baru hari pertama masuk sekolah.

Mommy monster dan anak daranya ☺

Alhamdulillah... Semua urusan untuk hari pertama persekolahan berjalan dengan lancar. Qahirah dah pandai dan kenal van yang dia kena naik. Dah tau transit dekat mana. Dan tahu apa kena buat kat transit tu nanti. Hari kedua dia dah fully naik van dan jugak transit. Memang aku manfaatkan cuti dua hari untuk ajar semua ni. Antara benda yang paling merisaukan ibu bapa bila uruskan transit anak-anak. 1st time anak naik van sekolah. Siapa tak risau. 

Note: Perasaan bila anak masuk tadika berbeza dengan perasaan bila anak dah masuk darjah 1 ☺



Haaaa... Curlass kau kan. Cuti sekolah pon belum lagi kau dah siap buat persiapan persekolahan. Apa...

Persiapan Persekolahan 2017!!!

Haaaa... Curlass kau kan. Cuti sekolah pon belum lagi kau dah siap buat persiapan persekolahan. Apa cerita nih? Cerita nya... Aku dah beli sikit-sikit persiapan persekolahan untuk anak-anak. Bayangkanlah tahun depan Iman Hakimi darjah 4, Qahirah darjah 1 dan Qhalif pulak Tadika. Agak-agak berapa perbelanjaan yang kau kena keluarkan? Pitam jugak lah.


Sebab tu lah kena buat preparation awal-awal. Senang nak budget nanti. Macam aku, ingat nak beli barang-barang time cuti sekolah jer nanti. Bukan apa... anak-anak kan cepat membesar. terutama anak lelaki. Nanti kalau beli awal-awal takut tak muat. Sekejapan jer dah meninggi. Tapi husband cakap dia nak beli awal jugak. Beli lah besar sikit. Takut terpakai pulak duit tu nanti katanya. Peruntukan memang husband dah sediakan untuk persekolahan anak-anak tahun depan... Alhamdulillah...


Maka... Dengan semangatnya husband gi cari kelengkapan sekolah dengan anak dara kesayangannya minggu lepas. Berdua hokay. Ibu tinggal. Tau-tau jer dapat call dah ada kat Pasaraya Hari-Hari. Standard aku cari barang-barang persekolahan anak-anak dekat Hari-Hari jer. Itu yang mampu poket. Nak beli jenama Canggih ker. Professor ker... Memang diluar kemampuan. Kami mampu dengan jenama Jony Jeny ni jer. 

Petang tu beli barang Qahirah. Malam pulak husband beli barang Iman Hakimi. Kena tinggal lagi aku sebab dorang pergi berdua jer. Bersyukur sebab husband yang uruskan semua. Pandai lah dia pilih barang-barang persekolahan. Dari Baju kurung, tudung, baju sekolah, kasut sekolah,dan jugak socks untuk Iman Hakimi dengan Qahirah semua husband yang beli. Husband lagi expert dari aku kot. Kau tahu lah orang perempuan kalau membeli kan. Kalau tak lama tak sah. Semua nak dibeleknya satu-satu. Nak senang.... Biar husband pergi sendiri dengan anak-anak. Habis citer.


Bagus ker jenama Jony Jeny nih? Dari Iman Hakimi darjah satu dah pakai jenama ni. Kualiti setanding dengan jenama-jenama lain. Memang tahan lasak sampai akhir tahun lah. Cuma yang tak tahan lasak nya bila anak kau menggosok baju. Api seterika besar. Maka berlubanglah  baju sekolah dia. Bukan sepasang tapi dua pasang berlubang kau tahu tak. Jarang sebenarnya Kimi gosok baju sekolah dia sendiri. Tapi memang dah di ajar gosok baju sendiri. Nasib lah mak kau tak jadi tarzan sebab dah nak habis sekolah. Kau pakai lah baju masa darjah dua tu. Sado pon sado lah. Kau nampak... Baju masa Iman Hakimi darjah 2 masih boleh dia pakai lagi, Cuma dah mengecut jer lah sebab Iman Hakimi dah besar. Memang aku puas hati dengan jenama Jony Jeny nih.

Berapa total cost untuk semua barang persekolahan Iman Hakimi dengan Qahirah? Hurmmm... dekat Empatratus jugak lah. Itu baru kos untuk Sekolah Kebangsaan. Belum masuk kos buku-buku sekolah kebangsaan. Belum masuk kos untuk baju-baju dan buku-buku Sekolah Agama dan juga belum masuk kos registration untuk tadika Iman Qhalif yang berjumlah Enamratuslebih tu. Makan ribu riban gak nih untuk tahun depan. Nanti aku buat entry berapa kos untuk baju sekolah, kasut, tudung semua tu yerp.  

Note: Minggu ni last sekolah. Jalan mesti kurang traffic jammed nya kan ☺☺


Salam pagi Rabu yang dingin. Al maklumlah...baru lepas hujan. Memandangkan skang ramai parents espe...

KELENGKAPAN SEKOLAH MURID DARJAH SATU YANG PERLU IBUBAPA TAHU!!!

Salam pagi Rabu yang dingin. Al maklumlah...baru lepas hujan. Memandangkan skang ramai parents especially yang 1st time anak nak masuk darjah 1 tahun depan. Jadinya...saya up balik entry berkenaan kelengkapan persekolahan untuk rujukan ibu² dan bapa² diluar sana yerp ☺
_____________________________________________________________________

Hamek ko...Huruf besar aku letak tajuk tu. Menandakan topiknya yang agak penting juga buat IBUBAPA yang anak nak masuk darjah 1 (satu) tahun depan. Sila bersiap sedia untuk membaca karangan yang agak panjang ini yerp. Membuak² idea datang masa memandu tadi.

Semalam terbaca satu status dari sahabat FB. Anak nak masuk darjah satu katakana. Apakah kelengkapan yang perlu di beli untuk anak masuk darjah satu ni. Memandangkan ramai jugak kawan² aku yang anak² mereka akan memasuki tahun satu. Meh nak share pengalaman #makbanyakanak tahun lepas. Harap dapat membantu.

Perkara utama yang perlu ibubapa amik tahu adalah:

1) Yuran Sekolah

Tak perlu risau pasal yuran sekolah sebab tiada yuran yang di kenakan. Sekolah lain aku tak sure tapi sekolah Iman Hakimi ni tak der. Cuma kena bayar duit PIBG sebanyak RM50 sahaja. 

2) Buku sekolah 


Untuk buku sekolah ni, better beli awal². Jangan beli masa hari orientasi sebab faham² lah kan. Dah tentu ramai parents yang nak membeli buku jugak. Kat kedai buku ada disediakan list² buku untuk dari darjah satu sampailah darjah enam. Kalau tak sure buku apa yang nak dibeli, masa hari orientasi tu nanti tanya cikgu² darjah satu buku apa yang perlu dan tak perlu dibeli. Pastu terpulang lah nak beli haritu jugak atau selepas tu. Kalau tabah nak beratur panjang, dipersilakan…hehehe… 

Kalau nak tau, total untuk suma buku termasuk neck tie dan lencana sekolah adalah RM119.90. Buku teks tak payah risau sebab sekolah bagi free jer.

3) Baju Sekolah (Kebangsaan dan Agama)

Model tak berbayar Jony & Jeny

Untuk Iman Hakimi, aku peruntukkan 3 pasang (Baju dan Seluar) untuk sekolah Kebangsaan dan 3 pasang (Baju, Seluar dan Sampin) untuk sekolah agama. Jenama plak untuk rakyat marhaen macam aku ni memang beli yang mampu poket. Aku beli kat Pusat Pakaian Hari2 jenama Jony & Jeny. Alhamdulillah…tahan lasak dan tahan lama baju tu. Apa ada pada jenama kan. Kalau uolls mampu poket, boleh jer beli jenama canggih manggih, professor dan juga jenama² yang lain. Bergantung pada kemampuan masing². Kalau nak tempeh baju anak pon boleh. 

4) Bag Sekolah

Aku peruntukan 2 bag sekolah. Satu untuk sekolah kebangsaan dan satu untuk sekolah agama. Bag sekolah kimi tu dapat free masa graduation day. Penjimatan di situ. Tapi bagi aku, better beli bag sekolah yang mahal sket sebab tahan lasak daripada beli bag murah yang terpaksa tukar berkali2. Betul tak….hehehe…Faham² lah budak lelaki kan. Koyak sana sini bag sekolah tu di kerjakan. Dengan zip bag tercabut lah. Dua kali lah kimi tukar bag sekolah…ahaksss…Kalau budak perempuan mungkin pandai jaga sket kot.

5) Kasut Sekolah


Bagi pendapat aku. Better keli kasut sekolah jenis canvas, bukan jenis canvas + PVC yang macam span tu. Dan ingat…beli kasut lekat dan bukan kasut bertali melainkan anak² anda memang sangat mahir ikat tali kasut. Kenapa kasut canvas? Sebab kekadang kan cuaca tak menentu. Hari mendung dan hujan buatkan kasut lambat kering. Jaman kita dulu kalau kasut basah kita boleh sidai kat belakang besi freezer. Sampai kuning² kasut ko kan. Ingat tak? Freezer skang mana ada besi kat belakang tu. Jaman skang ni kalau kasut basah sidai bawah kipas dengan volume kipas pon bukan main laju lagi. Tapi kalau nak beli kasut canvas + PVC tu pon boleh. Make sure beli jugak kasut canvas sebab kalau basah ada back up. Aku beli 3 pasang kasut sekolah untuk kimi untuk sekolah kebangsaan dan agama. Tapi skolah agama si kimi ni pakai selipar jer. Sekolah KAFA. Tak der strict sangat.

Jangan lupa juga beli kapur kasut. Kalau agak² lupa nak basuh kasut, kapur jer kasut tu bagi putih…hahaha…macam ada pengalaman jer…ngeeee…Kimi memang aku suruh dia [basuh kasut sendiri]. Sebab ibu dia ni dulu pon basuh kasut sendiri jer. 

6) T-Shirt Putih dan Tracksuit

Yang ni pon perlu di ambil kira jugak. Budak² sekolah skang kalau ada subject pendidikan jasmani dorang kena pakai baju sukan PJ sehari . Tak macam kita dulu. Ada PJ jer baru kena tukar baju pastu tukar balik pakai baju sekolah. Actually baju PJ ngan tracksuit (bertampal nama sekolah) ni ada jual di kedai buku. Tapi memandangkan permintaan tinggi, stok cepat habis. Kalau ada pon size besar. Jadi ko kena menunggu. Ni pengalaman dari #makbanyakanak sendiri yer. Mana yang tak der baju PJ tu, cikgu akan suruh pakai t-shirt putih. 

7) Stationery

Haaaaaa…bab stationery ni kekadang mengundang amarah jugak kat parents. Asal bagi jer, hilang. Asal hilang jer mesti pencil. pembaris ngan pemadam. Colour pencil jangan cakap lah. Kontot² di kerjakannya...ppffttt…Cadangan aku, anda beli stationery macam pencil, pemadam, pembaris dan jugak colour pencil secara banyak. Tak der lah membazir kalau asyik nak membeli jerk kan. Gi jer dekat GM. Beli banyak dapat murah kan. 

8) Bag Tags

Maaf empunya blog. Pinjam gambar jap

Cute kan. Aku tau kalau barang cute mute ni ibu² yang over kan. Yang ni untuk gantung kat bag sekolah anak kalau anak tak cam atau lupa mana satu bag sekolah dia. Biasalah…bag sekolah kan kekadang sama design nya dengan kawan² yang lain. Jadi nya bag tag ni adalah penyelamat. Tapi Kalau tak letak pon tak per. 

Iyer lah tu tak nak kan. Order untuk diri sendiri pon boleh jugak ni. Nak lettwe...ekekeke...Boleh order kat [SINI] atau bley gi [FB] dia untuk tengok design² yang cute miut. Boleh juga cuci mata kat [AnnaRozy Homemade Kids Couture]. Ada bag tags jugak. Pilihan di tangan anda.

9) Sticker Nama


Bagus jugak kalau order ni. Boleh tampal kat stationery anak². Tampal kat botol air dan juga bekas makanan. Kalau rasa malas nak menulis nama kat buku anak, boleh juga tampal sticker nama ni. Order nama ngan nama kelas. Tapi untuk tampal kat buku sekolah anak² pilihlah gambar yang senunuh sikit. 

10) Lencana dan Name Tag Sekolah


Dulu pakai lencana besi jer. Name tag plak pakai pin  Skang ni suma nya kena berjahit. Kalau baju kurung mungkin senang nak jahit. Tapi kalau baju kemeja sekolah ni agak payah sket sebab nak kena jahit kat poket tu *Alasan malas jahit..hahaha..*. Baru nampak cantik. Yang ni aku hantar kat kedai jer. Untuk 3 pasang baju sekolah bawah RM10. Tak ingat dah berapa dorang charge. Cuma [name tag] tu aku jahit sendiri. Lama jugak tunggu name tag nih.

11) Duit Belanja

Aku bagi Iman Hakimi duit belanja sekolah sehari RM3 pagi dan RM1 petang sebab tengah hari abah dia datang amik pastu bawak gi makan. Tapi better bawak bekal sebab jimat plus kalau dorang beli ntah apa makanan yang di belinya. Pastu [makanan kat kantin skolah pon boleh tahanmahal] wei. Sian kat bebudak. Untuk 1st day tu cikgu akan guide murid² untuk kekantin. Tapi parents kena ajar anak² macam mana nak membeli tau.

12) Transit

Yang ni sangat penting. Macam aku pepagi En. Bos atau aku sendiri yang hantar. Sekolah agama kimi plak memang berhadapan dengan sekolah kebangsaan. Jadinya…kalau murid² habis sekolah, cikgu sekolah agama akan tunggu kat pondok pengawal dan bawak bebudak ni gi sekolah agama. Mana yang transit akan terus mandi dan tukar baju utk sekolah agama terus.  Tapi aku amik yg private yang di panggil kelas KAFA. Tapi berdaftar under JAKIM

Ada jugak sekolah agama gomen. Tapi jauh dari rumah. Banyak factor yang aku kena fikir sebab anak² aku yang amik waktu petang. Keselamatan kimi kalau aku terlewat balik yang paling merisaukan. Kalau KAFA ni ada day care skali. Transit kat area rumah aku tu RM70 even sekolah ngan umah sekangkang kera. Dan aku rasa tahun depan naik lagi kot yuran van/bas sekolah.

Zaman skang tak macam zaman kita dulu. Gi sekolah agama dulu jalan kaki jer. Agak jauh jugak lah dari rumah. Tapi skang ni kalau nak lepaskan anak² gi sekolah sendiri memang fikir banyak kali. Jenayah makin berleluasa tak kira umur. Parents pon kena ajar anak² macam mana nak transit. Ikut dari belakang van/bas sekolah dalam seminggu ker.  Biar anak² hafal dan tau van/bas sekolah mana yang dorang perlu naik. Jangan lupa letak nombor HP parents sendiri dekat bag sekolah anak² kalau ada emergency kes ker kan. 

Ok...dah panjang berjela. Harap dapat bagi panduan untuk ibu² yang anak nak masuk darjah satu tahun depan, Banyak benda nak kena amik tahu. Especially bab transit tu. Alhamdulillah...aku tak der masalah dalam bab transit ni sebab En. somi yang handle. Kalau dia tak dapat amik, aku sendiri yang amik. 

Note: Nanti jangan lupa bawak camera gi masa 1st day sekolah. Moment yang tak boleh di lepaskan. Macam² aksi nanti. Parents yang over amik gambar anak. Anak relax jer,,,hehehe...



Baju Sekolah dah kepam @ kusam macam nak masuk hujung tahun persekolahan. Tengok ni: Lutu...

SEKOLAH...Baru Masuk Bulan Kedua tapi????



Baju Sekolah dah kepam @ kusam macam nak masuk hujung tahun persekolahan. Tengok ni:


Lutut seluar hitam, lengan baju hitam dan hujung kaki seluar pon hitam...hitam legam. Ni dah basuh ngan clorox masih tak hilang hitamnya. Memang degil ko yer hitam. Ntah apa yang di buatnya si Iman Hakimi ni sampai hitam legam. Ko main apa kat skolah ni abam? Jalan melutut ngan menyiku ker ker ni? 

Tu baru baju sklah agama. Baju skolah kebangsaan pon sama jugak. Dah bagi sapu tangan ni. Letak siap² dalam poket. Haishhhhh...di lap nya mulut ngan lengan baju. Lupa kot sapu tangan kat dalam poket tu yer kimi. Dengan kesan minyak² makanan...kesan air tumpah...pppfftttt...Rasa nak menyinga jer tengok baju skolah Iman Hakimi nih. Kalau macam ni gayanya, banyak lah baju skolah nak kena beli. Jangan kata baju, stok clorox pon nak kena ada banyak juga...ekekeke...

Tapi kalau rendam baju ngan clorox, baju cepat reput. Katanya Vanish ok. Thanks for suggestion IZWA. Vanish pon bley tahan mahal juga harganya khenn.

Note: Tu baru citer pasal baju skolah, Blum citer pasal stationary dia lagi.



Tengok lah anak bujang ni. Gigih memberus kasut sekolah sendiri. Berus...jangan tak berus Iman ...

Kasut Sekolah | Sila Basuh Sendiri Yer



Tengok lah anak bujang ni. Gigih memberus kasut sekolah sendiri. Berus...jangan tak berus Iman Hakimi...hehehe...Kesian pon ada bila tengok. Baru darjah 1 dah kena basuh kasut sendiri. Haaipppp...tak boleh nak kesian² sangat. Kecik² ni lah kita nak kena ajar berdikari. Biar dia buat sendiri. Melentur buluh, biar dari rebungnya kan. Kalau dah besar baru nak suruh basuh kasut, ko ingat dia nak buat ker? Tak der maknanya sebab dah biasa ada orang tolong basuhkan. Ini berdasarkan pemerhatian aku...cewahhh...

Ibu awak ni dulu pon basuh kasut sekolah sendiri kimi. Siap basuh berjemaah dengan kawan baik. Bawa kasut gi umah kawan tu and basuh sama² sambil main buih. Bila kasut tak kering sidai belakang peti ais. Pastu kasut pon jadi kuning sebab terlebih panas khenn...hehehe...Haaaa...mesti uols pernah  buat macam ni juga kan. Kenangan jaman persekolahan. Peti ais dulu kan ada jaring, senang nak sidai.

Iman Hakimi memang aku paksa basuh kasut sendiri. Kalau tak nak basuh, gi lah sekolah ngan lasut hitam legam tu. Nak? Tapi aku soh dia rendam dulu kasut sekolah tu. Agak² dah bersih sket baru soh dia memberus. Tapi with my supervision lah. Mana yang hitam² lagi tu aku tolong beruskan sket. Kapur kasut skolah pon dia buat sendiri. Abah dia yang tolong ajarkan. 

Note: 2 kali menaip entry ni. Boleh plak hilang...cissss...



Google pic. Tak sempat nak amik gambar anak dgn bag sekolah yg berat itu Last friday kimi b...

Beratnya BAG SEKOLAH!!!


Google pic. Tak sempat nak amik gambar anak dgn bag sekolah yg berat itu

Last friday kimi bawa balik jadual sekolah. Maknanya this week dah mula sesi pembelajaran untuk murid² tahun 1. Sedih aku tengok buku teks. Buku teks free khenn. Dapat plak yg dah lusuh dan nyawa² ikan. Haishhhhhh...tak boleh komplen banyak sangat. Bersyukurlah dah dapat free kan...ahaks...

Jadinya....malam semalam si ibu menyusun buku ikut jadual yang cikgu skolah bagi. Boleh tahan juga beratnya. Sehari ada 4 subjects. Buku teks ngan Buku Latihan 1Malaysia pastu dengan buku tulis lagi. Boleh tahan juga beratnya. Dengan botol air dan juga bento. Bertambah lah beratnya khenn. Soh pegang bekal tu tak nak. Nak letak gak dalam bag...haishhhh...layan kan jer lah.

Aku risau apa tau. Kelas kimi kat tingkat 2. Bawa bag berat lagi. Kalau bawa bag beroda pon tak membantu sangat sebab nak heret juga bag tu naik kat atas. Alahaiiii...sian sagat tengok anak bujang aku tu. Bertabahlah yer Iman Hakimi. Nak menmba ilmu ni banyak cabarannya. Tu baru sekolah rendah.

Ya! allah...permudahkanlah urusan anak² kami dalam menimba ilmu dan peliharalah keselamatan mereka.

Note: Alhamdulillah...Iman hakimi masih lagi berbento. Tahniah juga buat diri sendiri kerana gigih menyediakan bento pepagi. Harap dapat dikekalkan sampai hujung tahun persekolahan, in shaa allah ☺




Mak budak dah start keja harini setelah hampir sminggu bercoti. Blog pon sunyi sepi juga. Smalam...

Hari Pertama Darjah 1!!!



Mak budak dah start keja harini setelah hampir sminggu bercoti. Blog pon sunyi sepi juga. Smalam plak mak budak ni excited hantar anak gi skolah. 1st time lah katakan. Perasaan excited, sayu, pilu, sebak sumanya ada lah. Macam tak caya jer anak aku yang lahir 3.3kg dulu ni dah darjah 1...huhuhu...




Sampai2 jer tgk ramai budak and parents berkerumun kat papan tanda. Nak tgk anak masing2 kelas apa kan. Pastu bawa anak2 beratur kat foyer berdasarkan papan tanda kelas memasing. Untuk tahun 1 kat SRK Seksyen 7 Bangi ni, ada lebih 500 pelajar yg berdaftar untuk tahun 1. Memang ramai lah sangat. Ada 12 kelas klo tak silap.




On the way nak masuk kelas. Kelas plak kat tingkat 2. Macam manalah nanti ni kimi. Ko tau lah bag budak skolah skang kan. Berat macam batu. Nak pikul naik tingkat 2 lagi. Bertabahlah anakku yer. Untuk minggu ni dan minggu depan, hanya bawa alat tulis dan beberapa buku jer.




Macam2 gelagat bebudak nih. Yg tak tahan tu, ada yang tido. Baik punya lentok. Sian sangat tengok. Ada yang nangis. Ada yang bergaduh. Gelak2 dibuatnya. Bukan gelagat budak jer, mak bapa budak pon sama. Sikit2 nak amik gambar. Dalam kelas nak amik gambar. Anak makan kat kantin pon nak amik gambar. Aku lah salah sorang daripadanya...muahahaha...Mestilah over kan. Moment anak masuk darjah 1 tu tak boleh dilupakan dan harus dirakam sebagai kenangan :-)




Last but not least, gambar kakak hantar adik gi skolah...*bluekkk*...hahaha...Dgn ini, rutin baru sudah bermula. Bangun lebih awal dari biasa. Sediakan breakfast/bento untuk kimi. Sediakan baju dan bag skolah agama. Baju bajan skolah hari2 kena basuh. Nak kena ajar kimi basuh dan kapur kasut skolah sendiri...phewwww...


Note: Alhamdulillah...1st day skolah kimi dah blh berdikari. Beli makanan sendiri & makan ngan kawan2.

posted from Bloggeroid

Ni namanya budak tak sabar nak naik darjah satu tahun depan. Testing baju skolah siap ngan kasu...

Keperluan Skolah | Berbelanja Secara Berhemah!!!



Ni namanya budak tak sabar nak naik darjah satu tahun depan. Testing baju skolah siap ngan kasut. Layan kan jer lah. Alhamdulillah...keperluan untuk Sekolah Kebangsaan dah selesai. Cuma untuk Sekolah Agama belum selesai lagi. Nak memilih sekolah agama pon dalam di lema juga ni. Tu nanti aku luahkan dalam next entry.

Memandangkan semua keperluan dah naik. Makanya....aku sebagai rakyat marhaen terpaksa berbelanja secara bijak dan berhemah. Cari baju skolah yang berkualiti tapi dengan harga murah. Skang klo nak berbelanja kena pandai bandingkan harga. Lagi pon budak lelaki klo pakai baju skolah...faham² lah kan. Baju skolah tadika pon hitam² dan koyak sana sini, inikan baju skolah rendah. 

Jadinya kami shopping kat Pusat Pakaian Hari² sajork. Apa? Tak glamer? Fedulik lah. Orang bukan belek jenama baju anak ko pon kan. Ukur baju di badan sendiri sudah. Beli baju 2 pasang. Seluar plak terlebih sepasang. Jadinya 2 baju dan 3 sluar. Kena tambah baju lagi sehelai. Kasut skolah plak cari yang berpatutan. Tak sampai RM20 pon. Tapi beli sepasang lah. Nak kena cari lagi berpasang² gak ni. Total untuk 2 baju, 3 seluar, kasut, stoking dak kapur kasut bersamaan dengan RM100++. 

Semalam plak aku cuti. Nak gi membeli buku skolah plak. Malas nak beli masa orientasi nanti sebab sure beratur panjang kan. Better beli awal. Gi smalam pon ramai juga parents yang borong buku skolah. Total untuk duit buku termasuk lencana dan tie skolah bersamaan dengan RM119.90. Ada juga member FB kata buku latihan tak perlu beli. Just belil buku tulis jer. Tapi aku beli semua. Tak per lah...aku kan ibu yang baru 1st time anak nak masuk darjah satu. Ke-excited-an dia tu lain macam sket...muahahaha...Tapi ada juga rasa terkilan bila dorang ckp tak pakai pon buku tu. Kalau tak pakai, kita buat kat rumah jer lah. 

Ni shopping untuk skolah agama belum lagi. Ntah berapa plak charge nya nanti. Memang terasa lah perbelanjaan untuk skolah. Tu baru anak sorang. Klo anak berderet? Lagi banyak nak pakai duit wei. Dengan zaman barang yang semuanya naik khenn. 

Note: Sabtu ni kimi ada orientasi. Siap ada latihan ke kantin lagi. Alahaiiii...macam tak caya jer anak aku nak darjah satu tahun depan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Shoplinks